Monday, October 5, 2015

Bersihkan Facebook Anda

  23 comments    
categories: ,







Assalamualaikum

Brapa kerap anda membuka Facebook? Sehari sekali? Seminggu sekali? Sejam sekali?

Apa kegunaan Facebook anda? Untuk berhubung dengan sanak saudara? Untuk membaca hot story? Minyak naik? Untuk tengok gambar kucing-kucing comel? Untuk mencari jodoh?

Berapa ramai kawan Facebook anda? Seratus? Seribu? Lebih dari 5000 sampai kena buat Facebook Fan Page? Woww glamournya anda

Berapa kerap anda upload gambar di Facebook? Sekeping sebulan? Semua gambar dalam phone?

Berapa kerap anda update status? Apa bentuk status anda? Mengamuk? Bersyukur? Memerli?

Eh banyak plak soalan aku kan.. Hahaha.. baik suruh jawab questionnaire je. Hahaha







Aku bukan apa.. Saja la nak tanya korang. Korang tak boring ke dengan Facebook ni? Dulu masa Facebook ni tak ramai orang, memang asek2 aku ni mengupload gambar aje.. Gambar depan cermin toilet pun aku upload. Ish3.. 

So kita sebagai perempuan ni, kena la beringat sket dan jaga aurat. Eh tetiba masuk mode Ustazah Internet. Hehe. Yela.. gambar kadang-kadang tu maybe menutup aurat, tapi posing kadang-kadang macam tak sesuai. Yelah, sekarang tak perlu terror edit pakai Photoshop, pakai phone app pun orang boleh edit gambar kita. Tak pasal-pasal jadi fitnah dan viral. Ngerii and scaryy





So sebagai langkah permulaan, apa kata kita unfriend orang-orang yang tak berkenaan dalam Facebook? Yelah kadang-kadang tu kita main approve je sapa2 yang request. Memula dulu bajet hot la ramai yang request friend kat kite, sekarang ni macam "Eww..apasal aku fikir cenggitu?". So.. time boring-boring, bersihkanlah account FB tu, dalam 1000 orang kawan tu, takkan sumenye kita kenal kan?

Mungkin ada yang saja add sebab nak main game ke, nak jual ubat ke.. True story, aku ada kenal sorang budak yang buat banyaaakk account sebab nak main game. Ish tak paham btol.. And untuk orang yang kita tak berapa nak kenal tu (mungkin pernah terserempak 2,3 kali kat korridor universiti), tak perlu kot jadi friend, itu pendapat aku lah, sebab, untuk apa kan? Kalau ko nak jemput RSVP kahwin pun, mungkin ko akan skip je dia. Haha. Pendapat memasing lain kan..Well, mungkin aku yang tak berapa friendly KAH3

So lepas unfriend tu, baru rasa selamat sket kan? Timeline pon takdelah bersepah. Hehe. 




Ok bye!


23 comments:

  1. Betul dah tu. Aku pun tak sesuka hati approve friend request mahupun send friend request kat orang yang tak kenal/baru kenal. Ada rule sendiri buat kalau dengan orang yang baru kenal. kalau the number of lepak sessions equals to or greater than 3, baru add/follow orang tu. hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kalau kena ada lepak sessions.. haha.. tapi btol gak.. ramai2 pon klu stakat nak stalk je x perlu kot

      Delete
  2. Saya selalu juga buat cleaning process dekat Facebook ni. Kalau boleh, rasa macam nak deactivate je Facebook. Tapi, banyak sangat benda sekolah guna Facebook, terpaksalah biarkan sahaja Facebook tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah.. kadang2 lecturer letak nota kat dlm FB group lagi.. haha

      Delete
  3. hahaha bab accept request dari stranger tu betul. terutamanya bila kita perempuan. aku dulu ada accept request sorang mamat ni. turns up rupanya dia ni gay dan penjual ubat kuat lelaki hahaha habis sepah timeline aku dgn benda bebukan terus aku unfriend plus block huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah bagus siap block lagi! kan.. sekarang ramai je add sebab nak jual barang.. kadang2 okay blh cuci mata, kadang2 semak sbb barang yg x diperlukan.hehe

      Delete
  4. Saya guna FB sebab nak manage group yg ada gambar2 family je. Nak share dengan family senang. Dan orang-orang yang ada dalam friend list semua yg saya kenal tap jarang jumpa. At least boleh la tau sikit2 perkembangan diorang. Bab banyak iklan dan share benda2 merepek tu memang annoying gile rasa. Oh ye, kawan2 sekolah pun tak semua yg saya approve di FB sbb sy tau, nanti bukan ada apa2 plan pun. Biasanya just nak skodeng each other and for what kan? Life masing-masing pun dah berubah.. so just move on.

    That's just my 2 cents. =) good day..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn pendapat anda. fb ni bagus kalau nak share2 gambar.. tp restrict utk family ok kan..byk je features kat FB for privacy..sy pon x abes explore..

      Delete
  5. dh unfren mereka2 yg xberkenaan.. dlm frenlist tgl sedara mara n kwn2 rapat je..
    gmbr pon byk dh delete.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha..sama la.. gambar ada dah delete.. ada dah private.. kadang2 klu tgok balik, terfikir, awatlaa aku upload gamba ni.. haha

      Delete
  6. facebook dah setahun lebih tak aktif..huhu
    fokus pada blog je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wau setahun lama tuuu..

      xpala skrg ada mcm2 medium lain utk berhubung

      Delete
  7. wak updet blog je., fb pon on off ;p

    ReplyDelete
  8. Aku x pernah aktif fb. Fb tu buat ada2 je...So, x kotor sgt la...haha..Member bilik sebelah aku yg aku selalu main futsal dgn dia pun aku x approve...inikan pulak stranger...haha..

    Aku bukak fb pun cuma nk baca berita2 atau post2 yg berilmiah n post yg berkaitan dgn U yg aku belajar je....Malas nk ambik tahu sgt pasal org atau share life aku yg x menarik dgn public.... Tapi kt blog xpe, sebab aku anonymous..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah..dulu aku pon nak jadi anonymous kat blog tapi x berjaya.. xpalah..

      bagus hang ni baca benda berilmiah je kat facebook.. good2!

      Delete
  9. Btul2... stuju psl aurat tu... even tutup penuh jgn senang2 nk upload... perempuan kan fitnah dunia... kne hati2... tp skrg rmai upload kt ig plk xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah.. skrg ramai upload kt ig.. x kesah nak upload cuma tulah.. klu sek upload selfie pun x brapa best gak. hehe

      Delete
  10. zizie tiap2 hari bukak blog tp setakat main game and bukak.. rajin sikit, tempek update blog yg baru & biz.. zizie xsuka approve strangers.. paling habis strangers pun biarlah kawan2 blogger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol.. kalau boleh nak approve org yg ada 20 mutual friends ke atas je.. hahaha

      Delete
  11. betul2... setuju... saya punya frendlist mmg hanya yang saya kenal... blogger pun ada yang nak add fren... tapikan kalau setakat dtg blog kita sekali... lepas tu request fren, saya mmg tak approve la... sbb tak kenalkan... kalau yang dah biasa dtg blog saya... tinggalkan komen berkoyan2... (hahahhaa), baru la saya akan add kalau dorang request. kata saya nak request dulu mmg tak la... sbb mungkin juga mereka sama macam kita... tak nak add org.. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya add, akak approve kan? hahahahahaha

      Delete
  12. hi Dear Friend Excellent working.
    http://www.auratrends.co.uk/
    http://grabbit.com.pk/

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)