Monday, September 21, 2015

Movie Best Giler: Monkey Kingdom



Assalamualaikum

Teruja sangat aku nak share dengan korang movie ni. Habis tengok je terus menaip. Hah! Semangat nak menaip blog datang tiba-tiba.. Hahahaha! Ok lah aku macam biasa tengah cari cari movie nak download, pastu ternampak poster movie gambar monyet. Aku pon excited la menekan butang download, bajet2 ala-ala macam citer Planet Of the Apes la kononnya! Haha

Sekali bila dah tengok seminit dua.. Rupanya cerita ni berbentuk dokumentari. Owhhhh barulah kutahu. Tapi tapi tapi.. walaupon berbentuk dokumentari, dia ada cerita taw. Jalan cerita dia memang best dan sure tak boring punya! 

Okay meh tengok sinopsis dulu:

Maya, seekor beruk jenis touqe berada dalam kasta rendah dalam kelompoknya. Dia hidup dengan memakan sisa-sisa makanan yang jatuh dari pokok fig. Golongan kasta tinggi saja yang boleh makan buah di puncak pokok. Apabila Maya mendapat anak, Kip, barulah dia sedar yang dia perlu menaikkan taraf hidupnya. Sehinggalah Kumar datang semula, sesuatu berlaku apabila kumpulan beruk yang lain menyerang kelompok mereka dan akhirnya Maya pun bertindak.




Inilah Maya dengan anak jantannya, Kip. Huhu..sedih tau.. Maya ni jadi single mother kejap, bila si Kumar (suami Maya) yang datang entah dari mana, pastu carik gaduh dengan Alpha Male kat situ, so Kumar tu kena halau.. Tapi tak lama lepas tu Kumar datang balik.. walawehh cinta sejati beb..   > <



Apa yang best sangat movie ni??


  • Walaupun cerita ni berbentuk dokumentari, dimana takdelah ade scene beruk berupaya bercakap bahasa Inggeris, tapi narrator dia Tina Fey! Tina Fey wehh.. gempak tak gempak.. Hoho
  • Filem ini dibuat di Sri Lanka, dekat istana ke kuil dalam hutan, cantik Subhanallah. Langit, pokok, sungai, air terjun.. semua nampak macam tak tercemar dan asli saja. Pastu selain monyet, ada banyak jugak featuring binatang lain. Hehe syoknya
  • Jalan cerita dokumentari ni sangat best, dari mendatar, sampai ke klimaks dan sampai lah ke happy ending. Yeay happy ending!! (sejak akhir-akhir ni banyak cite aku tengok tergantung atau sad ending
  • Banyak sangat nilai-nilai positif dalam dokumentari ni, macam kasih sayang ibu anak, leadership, semangat tak berputus asa dan memacam lagi 
  • Aku pon baru taw yang dalam group beruk pun ada kasta, sapa kasta tinggi boleh makan buah atas pokok, tidur kat tempat ada bumbung. Sapa kasta bawah macam Maya, tunggu jelah kalau ada buah jatuh. Eh ke dalam cite ni je dia buat senario macam tu?? Hmmm


Oklah rasa macam dah taip panjang dah ni, pendek kata aku bagi 9/10 markah!

Haha penonton yang berpuas hati sangat ni

 Alahai kiutnyer..





Ok bye!

14 comments:

  1. jalan cerita ni memang betul ke berlaku sama macam yang diorang rakam? atau rakaman yang disusun jadi plot-plot cerita...

    apa pun, part kasta tu tak kisah la betul atau tidak (tak mustahil pun ada kasta dalam kelompok komuniti haiwan), tapi seolah macam terkena pada batang hdung manusia ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakaman yg disusun jadi plot cerita kot... tapi serius macam betol.. haha

      itulah kena baca lagi, btoi ke ada kasta2 ni..

      Delete
  2. Bolehlah saya cuba-cuba tengok nanti kalau saya ada masa.

    ReplyDelete
  3. Happy Ending? Kalau happy ending memang nak kena tengok sebab saya ni jenis senang menangis kalau bab2 binatang ni (movie Hachiko paling teruk melalak). Thanks for this post otherwise memang tak tau movie ni wujud. Btw, selalu download movie kat mana? Selalu tak jumpa yg betul2 free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha memang boleh menangis juge tgok ni.. saya selalu download kat

      http://dayt.se/

      senang.. direct link je

      Delete
  4. Layan ke citer ni?brape star kau boleh bagi?

    ReplyDelete
  5. Interesting! Sekali skala seronok jugak tengok cerita macam ni. Storyline nya pun nampak best! ;)

    ReplyDelete
  6. Wah... markah raz bagi tu hampir penuh... mmg best sungguh la eh cerita ni....! Tak sangka monyet pun ada kasta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg suka tgok binatang.. mesmerizing gitu.. haha

      Delete
  7. Salam, ehh aku ingat ni citer kartun...wahhh best jugak citernye...unik! ok, aku nak download jugak...hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lah cite dia mmg x menghampakan.. :)

      Delete

sila komen jangan segan-segan :)