Tuesday, July 28, 2015

Jenis-Jenis Tudung: Pro & Cons

  29 comments    
categories: , ,



TUDUNG AWNING

Pro:
  • Senang nak pakai. Bak kata mak aku, sambil berlari pun boleh pakai tudung
  • Jimat masa, cantik ekspress
  • Bermacam-macam design, nak tujuh layer pun boleh
  • Bermacam-macam colour dan corak yang boleh disesuaikan dengan busana anda  

 Cons:
  • Susah siket nak jaga. Tak boleh masuk washing machine, takut awning dia rosak or lembik
  •  Susah jugak nak lipat. Pada aku la.. kena ada hanger yang special.. ala yang bulat-bulat tu
  • Kalau tak kena gaya, boleh menambahkan umur anda . Senang cakap, nampak tua.. Hoho.. tu yang kita tak maww tu 







SELENDANG/SHAWL

Pro:
  •  Boleh digayakan dengan pelbagai cara, asalkan kreatif
  • Kebanyakan shawl bercorak dan material tak perlu digosok. Sesuai jugak kalau nak pakai masa travel
  •  Bermacam-macam corak dan design yang boleh dipilih
  • Range harga shawl pun banyak yang berpatutan 
  • Banyak size, nak shawl panjang or pendek? You choose
  • Nampak stylo, trendy dan up to date gitu


Cons:
  •  Kena guna peniti! Dan brooch
  • Kalau tak kena gaya, muka nampak macam pinggan. Bulat sangat
  • Kalau tak pandai pakai, nampak macam serabai. Tak kemas. Comot.  Hahaha (ni kes aku je kot) 
  • Kalau tiba-tiba peniti hilang or jatuh, naya naya
  





TUDUNG BAWAL

Pro:
  • Tudung yang tak lapuk dek zaman. Sesuai digunakan di mana-mana era peredaran zaman
  • Senang dipakai. Kelepet-kelepet jerr
  • Material dia selalunya tak panas  
  •  Selalunyaa.. si pemakai nampak lebih muda.. awet muda gitteww
  • Design dia lebih kepada penampilan yang kemas dan formal

  Cons:
  • Biasanya tudung bawal ni materialnya jenis yang kena iron.. leceh sket
  • Designnya terhad.. takdelah tudung bawal yang berlayer-layer sangat
  • Ada jugak yang complain tudung bawal ni jarang
  • Style pemakaian juga terhad
  • Epok-epok wujud! (macam gelembung-gelembung kat muncung tudung, this is no-no)







TUDUNG SYRIA 

Pro:
  • Senang dan mudah dipakai.. Sarung sahaja ya kawan-kawan
  • Tak pakai brooch pun takpe..
  • Macam-macam corak dan material yang boleh dipilih
 Cons:
  •  Kena ada inner.. Kalau takde boleh jugak, tapi macam tak lengkap la plak
  • Macam tak glamour sangat.. Susah nak jumpa design yang kebabom sekarang ni..nape ek? (Luahan hati peminat tudung Syria)







INSTANT SHAWL 

Pro:
  • Untuk orang-orang yang tak reti pakai shawl, tapi nak bergaya macam pakai shawl, this is for you!
  • Mudah dan pantas. Kau cantik bergaya sepantas kilat
  • Tak perlu pin or brooch. Wuhuuu!!
  • Trend terkini. 

Cons: 
  • Agak mahal. Selalunya mahal. Hmm
  • Kadang-kadang potongan dia macam tak berapa kena. Better test dulu before beli
  • Kadang-kadang jarang, ikut material 
  


Orait.. itu sahaja untuk kali ini

Bye! :)
  

29 comments:

  1. banyak jugak jenis tudung ni..
    yang tau tudung bawal sgn shawl jer..
    1 lg yang jenis sauk tu.. oo syria nama dia. mak pakai yang ni la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha mak2 mmg suka pakai yg cepat kan

      Delete
  2. saya pilih shawl & bawal.. yang lain, mmg tak sesuai dgn saya... instant shawl belum pernah try...

    ReplyDelete
  3. Cantiknya model shawl tu...Terjatuh sekejap hati ni...hehehe

    Baca entri ni barulah ada input sikit tentang tudung.
    Kalau tanya aku pasal tudung, tak reti aku nak beza mana-mana pon.
    Semua aku panggil tudung je...heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku yg perempuan ni pun suka tengok model shawl tu.. hahahha

      Delete
  4. Replies
    1. saya dulu bawal lover gak hehe.. until i found syria.. :D

      Delete
  5. I prefer bawal and syria... Hurm... :)
    Ekceli saya taktau sangat nama nama tudung nie. Bedal jer. Hahahaha
    Thanks info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe ada banyak jenis lg yg sy pon xtaw.. haha

      Delete
  6. Replies
    1. kagum dgn org yg pandai pakal shawl.. sy x pandai :(

      Delete
    2. simple je raz.. cuba laa, best sampai tk nak akai dah bawal...hihi

      Delete
    3. yakaa.. baik nnt kita cuba

      Delete
  7. pro and con untuk tudung saji ada? :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahhahaahahah lupa nak selit :p

      Delete
  8. Hahhahahah raz... setuju dgn semua yg ditulis... tang tudung awning nmpk tua tu mmg betul kot... saya pakai tudung awning gak kalau takat pi kedai or anta anak pi sekolah... tapi bila rajin skit pakai shawl org tegur kata nampak muda pakai mcm ni... huhuhu nmpk sgt ai dah tuo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kan.. tp awning pantas.. sy pon suke klu nak pergi tmpat yg sekejap2

      Delete
  9. Model lawa salah satu teknik pemasaran tudung ni..Hoho!

    ReplyDelete
  10. Comel klu isteri sy pakai tudung bawal..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. betul semua point2 fira tu ..tp saya paling suka bawal jugak..

    ReplyDelete
  12. tudung syria paling mudah di pakai, ummi suka.. ummi suka...:-)

    ReplyDelete
  13. tudung paling mudah dipakai, ummi suka...:-)

    ReplyDelete
  14. Salam, hahaha entry ni best...semua pun betul!

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)