Wednesday, May 20, 2015

Review Buku: Travelling To Infinity:My Life With Stephen





Hi Assalamualaikum..

Aku baru je habis baca buku ni..Berminat nak baca buku lepas tengok movie pasal ex laki dia , si Stephen Hawking dalam The Theory Of Everything. Aku ni jenis tak percaya sangat dengan movie, sebab selalunya dalam movie ni dia banyak tukaq2 nak bagi sedap cite kan ataupun tutup-tutup mana yang mengaibkan .. So aku pun ambiklah buku ni dari rak untuk tahu cerita sebenar tentang diorang ni.. Tengok cover depan pon dah tulis kan, The True Story Behind The Theory of Everything






In case kalau korang ingat-ingat lupa atau memang hilang ingatan pasal siapa si Stephen Hawking yang famous amos ni, bolehla refer kat SINI



Buku ni ditulis oleh ex wife Stephen, iaitu Jane Hawking. Buku ni buku kedua. Buku first (Music To Move The Stars) dia katenye lagi hardcore dia kutuk Stephen, tak sure sangat la sebab aku tak baca kan


OK, tanpa melengahkan masa, meh baca sket SINOPSIS buku ni:

Profesor Stephen Hawking adalah salah seorang saintis yang paling terkenal dan pengarang buku terlaris saintifik A Brief History of Time, yang telah menjual lebih 25 juta salinan. Isteri pertamanya, Jane Hawking, menulis novel tentang cerita di dalam perkahwinan yang luar biasa mereka. Apabila akademik Stephen melonjak, dia diserang penyakit neuron motor. Jane cuba untuk mengimbangi penjagaan 24 jam dengan keperluan keluarga mereka berkembang mendedahkan kekuatan dalaman penulis. Ketulusan hati Jane jelas apabila perkahwinan itu akhirnya berakhir dalam krisis berprofil tinggi, dengan Stephen meninggalkan Jane untuk salah satu daripada jururawat dan Jane berkahwin dengan seorang rakan keluarga lama. Dalam memoir sangat terbuka, bergerak, dan sering lucu ini, Jane Hawking menghadapi bukan sahaja dilema akut rumit dan menyakitkan perkahwinan pertamanya, tetapi juga garis sesar hubungan itu didedahkan oleh pengaruh sifat kemasyhuran dan kekayaan. Hasilnya ialah sebuah buku tentang harapan, cinta, dan perubahan.

 Sumber sinopsis: Amazon
Google translator tolong translate tq



Komen saya:


  • Buku ni mengisahkan kehidupan sebenar mengenai Stephen & Jane, iaitu dari perkenalan pertama, then semanis-manis percintaan, sehinggalah ke alam perkahwinan dan beranak-pinak. Bukanlah perkahwinan tu tak manis, manis jugak tapi banyak jugak cabarannya. So adik-adik, get ready physical & mental ye.. Jangan ingat kahwin tu sweet suwit ajer.. Hahaha tiba-tiba bagi nasihat macam mak-mak dah knape
  • Tabik spring dekat Jane Hawking sebab sanggup bersusah-payah menjaga suaminya selama lebih 20 tahun dan juga anak-anak mereka seramai 3 orang tu.
  • Kagum jugak dengan ketabahan dan kecekalan Stephen dalam mengharungi penyakit neuron motor tu. Even dia tak boleh bergerak, dan sampai dia tak boleh cakap, contribution dia dalam Fizik memang tak boleh disangkal
  •  Walaupun background mereka berbeza, sorang sains dan sorang lagi sastera, tapi mereka boleh jugak bekerjasama & menyokong antara satu sama yang lain.. Well lama tau perkahwinan diorang, lebih 20 tahun ok! Even dah cerai sekarang, actually diorang still keep in touch dan berbaik-baik
  •  Buku dia ni detail jugak dia cerita, siap dengan bulan dan tahun benda tu berlaku, which is baguslah kan.So korang, kalau agak-agak nak buat buku pasal life korang, sila buat diari ke apa, senang sket nak tulis nanti. Haha! Kalau aku jangan harapla, smalam punye cite pon dah lupa
  • Lesson learned dari buku ni ialah, Don't give up on your family, kalau ada problem citerlah jangan pendam-pendam nanti breakdown, tapi citerlah kat orang yang boleh dipercayai, support each other, dan berusaha bersungguh-sungguh!
  •  Ok aku suka buku ni, aku nak bagi 8/10!


Ok bye

10 comments:

  1. Replies
    1. itulah.. banyak pengorbanan dan tolak ansur kan dalam kisah hidup diorang ni

      Delete
  2. salam, hee rajinnya baca buku ;po

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. hehe.. membaca selagi boleh membaca dan ada masa.. :)

      Delete
  3. xde malay version ke? haha. memang idok la nak baca buku english. T_T

    ReplyDelete
  4. tak minat membaca utk satu tempoh masa yg lama...bukan apa.apa yg pasti akan dibuai mimpi...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala.. tu berbulan2 nak abes tu

      Delete
  5. ok. nak beli. baca sinopsis dan komen. memang macam best. i like

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)