Sunday, May 31, 2015

Baju Kedut Tapi Malas Nak Gosok Guna Seterika?




Kalau aku diberi pilihan samada nak cuci toilet ke ataupun nak iron baju kemeja, maka aku dengan tanpa ragu akan jawab cuci toilet. Confirm! Aku macam menyampah sket nak iron-iron baju ni. Tak tahu kenapa. Jadi tak mungkin aku akan bekerja kat kedai laundry. Hahaha


Lagi menyampah nak iron masa tengah travel. Kat hotel kena call mintak iron kan.. mane de dia letak kat bilik sorang satu kan. Ingat lagi masa kat Paris, penat aku speaking mintak iron.. iron.. Diorang still tak paham-paham.. Aduhai.. Rupa-rupanya pronouncation Iron pada diorang ialah " Ai-Ron". Aku plak sebut "A-YEN". Alaaa standard orang Melayu sebut iron la kan, macam sebut Iron Man tu.. Aku tak taw aku yang salah atau pun diorang.. Rasa macam aku yang betul.. Hak3


Ada orang jenis gigih abadi siap bawak iron dari rumah! Aiyooo beratlah luggage kuuu.. Tak sanggup pula aku gigih sebegitu even ada iron yang kecik pun...

So camana nak ilangkan kedut kat baju time travel dan takde iron?

Camana?

1) Make sure korang dah iron baju/tudung/ seluar tu sesiket kat rumah pastu letak dalam surat khabar.. Lipat elok-elok dalam bag. Jangan gumpal-gumpal ye tak senonoh gitu. Pastu sesampai je kat hotel, teruslah korang gantung menggunakan hanger.Cara ni boleh meratakan baju korang tu semula

2)    Dalam bilik kat hotel biasanya ada Pengering Rambut. So korang renjis-renjis air sket kat tempat kedut tu dan blow guna pengering rambut tu. Haa inshaAllah hilanglah kedut tu.. Lambat sketlah dari guna Iron tapi efektif jugak cara ni... Aku dah pernah guna dah..

3) Gantung kat dalam shower. Shower kat hotel selalunya lah ada water heater kan. So wap panas dari water heater tu akan tolong memanaskan baju korang sekaligus menghilangkan kedutan. Tapi lama sket lah ek.. janganlah letak 5 minit pastu tetiba hilang kedut.. memang tak laa.. Hehehe. Letak sebelum tidur, esok nak pakai mesti dah ok!

Ok tu saja!

Bye!




10 comments:

  1. Salam..hahahaha nice tips wehhh...aku kadang2 sbb nilah yg aku mls bcuti...nk bawak iron mmg x ah..then hotel bukan semua ade sediakan iron..nyampah!! Hmm, tp before ni aku duk hotel xde nampak pulak pengering rambut..hahaha

    ReplyDelete
  2. Oh macam tu caranya, terima kasih :-)

    ReplyDelete
  3. tips bagus jugak ni kalau pergi holiday.saya pun semenjak tak bekerjaya ni memang malas nak gosok baju. suka beli baju2 yang tak payah iron hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu pon 1 tips gak.. x yah gosok terus. hahhaha

      Delete
  4. nice tip. samalah kita nak iron baju merupakan satu kemalasan yang melampaui batas. hihi

    ReplyDelete
  5. Masuk duduk asrama malas gosok baju. Letak baju bawah tilam untuk hilangkan kedut. :)

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)