Friday, January 2, 2015

Masih Relevankah Blogging Pada Tahun 2015?




Hai Assalamualaikum..

Demi untuk mencapai targetku menulis di blog 2x seminggu.. Maka kugagahkan jua diri pepagi bangun bukak laptop office pada hari CUTI dan menaip.. Hahahha

So topik hari ini ialah masih relevankah blogging ni?

Pada pandangan aku lah.. sekarang aku memang agak malas (agak ke or memang?) untuk bukak blog sebabnya aku dah distracted dan terleka lagi alpa dengan segala jenis applikasi dalam handphone. Kalau nak bukak blog aku prefer kat desktop/laptop sebab lagi besar.. Tapi masalahnya kat opis susahla sket nak bukak kan..

Well.. sekarang dah ada twitter, snapchat and instagram... Cite pasal instagram aku memang agak addicted lah dengan Instagram.. Hahahha.. Kalau boleh nak upload setiap jam 1 gambar.. over kan.. LOL. Tapi yang paling aku suka kat Instagram ialah tengok gambar orang lain upload lah.. Gambar makanan & Babiesss.. !

Dan Instagram ni aku rasa ialah applikasi yang paling memberi saingan sengit untuk blog sebab gambar pun boleh bercerita kan.. Bak kata orang putih.. "A picture speaks a thousand words".. Heheheh. Lagipon kat picture tu kita boleh letak description panjang-panjang macam buat karangan.. So apa guna blog kan? Yang jenis blog memang tulis pendek-pendek lagi lah suka Instagram ni.. Hihi

Lagi pun sekarang Instagram pon dah boleh menjana pendapatan.. Tengok jelah artis2 dan blogger2 yang glamour.. Diorang selalu buat Instareview.. Ala macam promote barang orang and post kat Instagram.. Lagi berbaloi kot sebab orang sekarang handphone melekat kat tangan (including me!).. So lagi ramai orang tengok.

 Anyway aku rasa ramai kot orang perasan dunia blogging dah semakin suram.. Sebab blogger-blogger famous kegemaran aku pun dah jarang update blog.. Kalau update pun sebab nak promote barang atau advetorial post je.. Boring..!Ooopss.. hehehe

Apa-apa pun aku rasa blogging ni tak patut dipinggirkan begitu saje.. sebab  blogging ni sebenarnya best kot.. Kita menaip dari hati then orang baca.. Blogging ni nampakla effort lebih sket kan.. Instagram just upload pic sahaja.. apa lah sangat. Dan aku rasa app Blogger untuk mobile dan ipad/tablet perlu diperkemaskan lagi kot.. Yang sekarang punya ni tak user-friendly lah... Aku pernah update blog dari handphone.. Tak best dan tak puas.. Maybe sebab handphone kecik kot.. Okay lah.. itu sahaja untuk kali ini.. Bye!


Sambung minum kopi & membaca.. Kepada yang bekerja, selamat mengaut rezeki :)

Assalamualaikum




10 comments:

  1. waalaikumsalam.. kekadang nak update blog nih kena ada mood dan idea.. bila kedua2nya ada in shaa Allah boleh update yang terkini.. memang kalau guna handphone memang susah nak update.. better guna PC atau laptop..lebih mudah..

    ReplyDelete
  2. Yup, saya pun ada perasan benda yang sama jugak. Most bloggers dah jarang-jarang nak update. Probably, distraction terhadap mobile device yang makin murah sekarang ni. Tapi, saya tak rasa orang dah makin malas untuk baca blog sekarang. Demand tu mungkin tak drop, cuma supply content dari bloggers-bloggers tu yang makin berkurangan.

    ReplyDelete
  3. Tak keje ke makcik oi? Untunglaa..

    ReplyDelete
  4. @izzeyda kekadang idea tu ada tapi mood xdak.. hahaha.. btol2 dua2 kena ada

    ReplyDelete
  5. @Sylarius Yusof setuju dgn pandangan anda.. blog x meriah sgt now

    ReplyDelete
  6. biar semua blogger lari ke app lain pun, kite tetap setia dengan blog dan blogging akan sentiasa releven, to me! Hikhiks Tapi memang pun, kekadang rindu nak baca blog famous bloggers, diorang dah jarang sangat update, kan? tsk. tsk..

    ReplyDelete
  7. @mia kaftiya bagus! semangat itu yg kita mahukan :D

    ReplyDelete
  8. Salam kenal. Saya pun rasa blog masih penting terutama nak dapatkan pelbagai info. Happy blogging!

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)