Friday, August 29, 2014

Ada Apa dengan 'Infused Water'?

  16 comments    
categories: ,


So sekarang ni 'Infused Water'  tengah in & meletop-letop.. Sebab selalu nampak orang share kat facebook & Instagram.. Aku pon suka tengok sebab colorful sangat dan nampak lazat. Sesuai jugak untuk orang yang tak suka makan buah..atau tak suka minum jus.. Infused Water ni rasa light2 sajer..



Apa itu 'Infused Water'?
 Infused Water ni air yang dicampur dengan buah-buahan dan diperap dalam peti sejuk selama beberapa jam. Ada macam-macam jenis.. Contohnya seperti All Citrus, Raspberry Lime, Pinapple Mint dan banyakkk lagi.. Yang penting campur-campurkan buah.. Sedap kot..






So.. bagus ke Infused Water ni? Apa kelebihan dia?

  • Kelebihan paling glamour ialah dapat menurunkan berat badan! Woww! Suka2! Sebab buah-buahan ni boleh meningkatkan metabolisma dalam badan kita :)
  • Dan juga dapat mengenyangkan kita.. So tak perlu nak makan banyak.. sekaligus menurunkan berat badan.. 
  •  Sasuai juga untuk menyahkan toksin dalam badan, jadi badan lebih sihat! Yeay!
  •  Meningkatkan da memperbaiki mood. Hmm..? Bagus nih!
  •  Mengurangkan rasa mengantuk/lemah sewaktu tengah hari.
  • Mengurangkan sakit-sakit otot semasa work-out
  • Melindungi organ-organ dalam badan semasa berpeluh



 Okay lepas baca artikel-artikel tentang Infused Water ni.. memang banyaklah kelebihan dia kan.. yang paling best tu dapat turunkan berat badan tu la.. hihihiihihihihih..  So jomlah kita sama-sama try buat air ni.. Alahaii senang sangat.. potong2 buah, masuk dalam air then simpan semalaman.. Jadi dah..



 Sumber imej



Kalau nak tengok resepi Infused Water, boleh tengok2 kat link bawah ni, mungkin boleh membantu :

Resepi 1

Resepi 2


Ok selamat mencuba.. bye! :)



Thursday, August 28, 2014

Jalan-Jalan: Singapura Lagi!

  13 comments    
categories: ,
Assalamualaikum...

Lama betul tak update blog kesayangan ni.. Ksian.. Kalau blog ni orang, dan entri tu adalah makanan, okay dia dah mati.. Sebab dah 4 bulan tak makan.. Ok nuf said

So sebagai pembakar semangat, so update benda best iaitu.. jalan-jalan! Wuhuuu.. Dan jalan-jalan kali ini ialah di.. Singapura Kota Singa! Ok ini adalah kali kedua aku ke sini.. Ermm.. mengapa? Niat pertama ialah untuk cuba semua game dalam USS! Hehehe.. Niat kedua plak ialah... target aku setahun mesti sekali pergi melancong luar negara (ihiks).. So untuk tahun ni target tercapai.. walaupunn.. dah pernah pegi. Tak cakap pun target tu mesti pergi tempat yang lain kan? Hehe.. lagi satu sebab nak save bajet.. LOL  *middle-class problem*




Gambar dalam kapal terbang haruslah ada.. Macam biasa naik Air Asia.. :p






Tadaaa! Tengok line telefon dah jadi Starhub/Singtel, tu maknanya kita dah sampai Singapura! Wuhuu.. Jangan lupa off roaming network nanti tiba-tiba je kredit tinggal 0.01 sen ..





Tak sah kan kalau sampai sini tak makan Murtabak Singapura! Sedap giler kot! And besar, jangan tamak makan sorang-sorang ea.. Hehehe.. Ni makan kat Restoran Zam-Zam di Arab Street.. Ada banyak menu lain sedap-sedap macam Nasi Beriyani, Ayam Tandoori.. Harga tak mahal pun, standard macam harga kat kedai mamak tapi dalam matawang mereka lah. :)






Bincang tentang politik semasa. Hehe.. Ni dekat tepi laut berdekatan dengan Fullerton House.. Panas time ni. Alhamdulillah boleh jalan-jalan







Gambar censored sket.. :p






Last time aku pergi, Merlion ni tengah dimaintain.. This time, yeah! dapat jugak bergambar dengan dia ni. Barulah lengkap kan.. Hehehe..







Malam tu kami pergi Mustafa Centre. Ia terletak di Little India, Syed Alwi Road. Tengok dari luar, nampak macam bangunan biase je. Tapi dalam banyak barang-barang berjenama jugak! Haa.. Caye tak? Susun atur dia pack macam kat Mydin Malaysia.. Tapi ada jual macam-macam lagi. Cakap je nak ape.. Perfume? Souvenir? Alat-alat elektrik? Gadjet? Make-up? Makanan? Suma ada....! Best! Harga pun murah jugak taw. Perfume ori macam Jimmy Choo, Taylor Swift.. pun ade. Murah lagi dari beli di Dubai yang tak ori tu. Hehe.. orang cakaplah.. 






So next day kami pergi ke USS! Weeee~! Excited komain. Okay gate tak bukak lagi, kami tengah beratur ni.. Tazabar.. 







We love Minion! Babababa~ Banananana







Kisah gambar ni ialah.. kami semua teruja nak naik Canopy Flyer kat section The Lost World. Tapi ada sorang takut! Haha. So kami pun naik la.. best..! Turun-turun kami citer la kat dia takdelah menakutkan pun.. biasa-biasa jer.. best lah. So dia pon naik bersama 3 kawan lagi.. Hehe.. Nasib tak ramai orang sangat, so takdelah lama tunggu turn kan? Aku sempat snap pic ni dari bawah! Hehe







Okay ni selepas menaiki roller coster Revenge Of The Mummy: The Ride. Memang. Gempak. Giler. Aku tak sempat naik hari tu.. now.. aku dah boleh tidur lena.. Hahahaha.. Roller Coster dalam gelap memang best.. rasa macam tak cuak sangat dari open air roller coster Battlestar Galactica tu.. Tapi aku menjerit tak henti gak! Hahaha.. Nora bagi 5 bintang!







Transformers The Ride ni wajib naik okayyyyy.. Kami siap naik 2 kali! Ada makcik dari kedah berumur 40-an takut nak naik, tapi kami pujuk-pujuk dia.. Rugi makcik, datang jauh-jauh dari Kedah tak naik. Akhirnya dia bersetuju dan dia tak menyesal sama sekali. Hehehehe.






Ni plak roller coster Sesame Street Spagetthi Space Chase. Kisahnya kita kena tolong Elmo cari balik spagetthi dia yang hilang. Hehe. Comel jer. Ni sesuai untuk budak-budak. Mak budak pun boleh.. mengimbau kenangan lama aper.. :)






Elmo want cookies!





Lastly, dah petang sket.. kami pun menonton Hollywood Dreams Parade. Ala macam perarakan kereta berhias la.. Hehe.. Dipenuhi dengan semua watak-watak dalam USS ni. Ada Shrek, Madagascar, The Mummy, Transformers dan memacam lagi,.. Syokk.. Ini macam penamat lah sehari di USS, dan kali ni aku puas hati dapat main semua game yang aku nak.. terbaik!






Anyway, sume perjalanan kami, kemana-mana kami pergi.. Kami naik MRT!Lebih kurang macam LRT kat Malaysia lah kan.. Senang and murah.. Kami tidur kat Lofi Inn kat Little India.. Dorm jer takde maknanye hotel-hotel nih.. (Walaupun di hati nak juga tidur di Fullerton Bay Hotel)






Keesokan hari kami pergi Orchard Road and Bugis Street. Kat Bugis Street, adelah beli souvenir sket. Kat Orchard Road cuci mata jeee..Hihihi.. next time InshaAllah








Okay itu sahaja.. then kami balik ke KL tercinta.. kui3. Suke gak gi Singapura ni.. Orangnya ramah-ramah.. Masa kami tengah jalan nak ke stesen MRT, ade yang tegur2.. Hehe. And masa berjalan rasa selamat jer.. Bersih plak tu.. ok ada masa kita gi lagi :)


Ni link dulu masa first time gi, kalau rajin leh baca:




Ok bye.. Salam :)

Tuesday, August 12, 2014

Get Serious Please!

  
Ramai yang cakap blog semakin tidak relevan buat masa kini. Aku setuju.. Hahaha! Sebab aku macam takde masa nak membaca blog.. apatah lagi.. pos baru!

Anyway sesekali baca blog best jugak! Hilang tensi sekejap!

Ok lah lepas ni nak rajin update lah.. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee