Saturday, November 30, 2013

Potongan Harga 50% Jika Off Handphone di Restoran






Taw tak di sebuah restoran Arab kat Jurusalem, pihak pengurusan restoran akan memberikan potongan harga sehingga 50% jika anda off handhone anda sewaktu makan. Gila lah! Just off phone anda dalam masa yang sekejap, dapat makan murah dah. Hehe

Kenapa owner restoran tu murah hati sesangat?

Menurut beliau, dia dah penat dan muak melihat pasangan yang datang, suami isteri atau kekasih, bukannya datang makan atau berbual sesama diorang, tapi sibuk dengan smartphone masing-masing! Ada tu siap tak makan langsung, then bila nak makan, makanan dah sejuk and diorang suruh restoran panaskan semula... !

Pada mulanya, owner restoran tu nak mewajibkan semua orang yang nak masuk ke dalam restoran tu memberi handpone mereka untuk disimpan dulu.. ala macam nak masuk dewan exam tu, tapi macam kejam sangat kan.. so kena la buat potongan harga


Pada beliau, masa untuk makan bersama sepatutnya menjadi romantik, mata bertentang mata, saling bertukar-tukar senyuman tetapi sekarang? Mata mereka lebih tertumpu kepada handphone mereka yang canggih tu.... Huhuhu


Okaylah aku memang terasa jugak dengan artikel ni, sebab aku pon suka sangat main handphone sambil makan. Sebelum makan, check-in dulu kat Foursqure, makan kat mana, show-off sket.. kikiki.. Pastu sementara tunggu makanan sampai, main Twitter jap.. Bila makanan dah sampai plak, snap gambar makanan masuk dalam Instagram plak... Then time sedang makan tengok Facebook plak sambil comment2... !


Amboi3.. orang yag jauh dari kita, kita sibuk layan, tapi orang yang dekat, kita buat tak tahu je kan? Tapi nak buat camana? Dah sume kawan-kawan aku pun lebih kurang macam tu jugak. Kah3. Semua sibuk dengan smartphone masing2 yang canggih manggih tu

So yuolls, time makan tu apa salahnya kita borak-borak kasual dan bergelak ketawa secara semulajadi, bukan gelak sorang-sorang sambil tengok handphone! Kalau nak cakap, cakap je.. tak payah nak menaip komen sangat.. Whassap ke, WeChat ke, tinggalkan jap.. :)

p/s: Dekat Malaysia ada tak restoran yang bagi 50% discount macam tu? Kalau ada aku nak gi je! Jimat sket! Apelah sangat tutup phone dalam masa sejam kan?


Bye!