Monday, October 7, 2013

Pulau Socotra


Assalamualaikum dan hi.. Hari ni bangun awal sebab sahur.. dannn akhirnya ada masa nak bermanja dengan blog.. Hak3. Saja nak cite, sekarang ni keje banyak sket kat office. Dah takde masa sangat nak bukak blog.. uhuhu

Dan tahun ni jugak, aku tak g bercuti di oversea.. eceh. Nak bercuti kat oversea je ko nyah.. kelass
Takdelah, orang kata time muda (muda ke??) ni jelah nak jalan-jalan tengok negara orang.Nanti dah tua, banyak komitmen dan tak sempat nak fikir untuk jalan-jalan..Hmmm takpelah, kalau ada rezeki berjalan lah kita ye di bumi Allah ni

Tapi tadi google2 jumpa satu pokok pelik.. macam tak pernah nampak kat Malaysia ni..Rupanya pokok tu ada kat Pulau Socotra je.. Hoho! Cantik gila kot pulau ni.. Banyak spesis pokok pelik2 kat sini. Tapi yang peliknya, kenapa Pulau Socora ni tak glamour ek? Kalau ada kat Malaysia ni, confirm2 banyak gila kempen melawat pulau ni, nak buat duit kan.. 



Ni lah imej pokok yang aku jumpa tu. Nama pokok ni pokok Darah Naga. Erk. Scary tak? Takde kat tempat lain tau, cuma ada kat pulau Socotra je. Kenapa darah naga? Sebab getahnya berwarna merah.





Cantik kan? 





Ni wajah-wajah orang tempatan kat sana. Macam orang arab kan? Hehe. Memang pulau ni terletak 80 km sebelah timur Tanduk Afrika dan 380 km selatan Jazirah Arab. Ia termasuk dalam Republik Yaman. Tapi pulau ni memang terpencil. Takda orang datang sangat pon. Takde facilities macam hotel atau resort2 ke.. padahal pulau dia unik and cantik sesangat. Orang kat sini cakap bahasa diorang sendiri, iaitu Semit Soqotri. 



Pokok pelik lagi.. Namanya Dorstenia Socotra. Nice name, huh?



Ada yang menggelarkan pulau ni Pulau Neraka sebab dia terpencil dan tak ramai orang datang. Huh, weird kan? Neraka takkan lah cantik macam ni.. Ada jugak yang panggil pulau ni Pulau Persembunyian Dajjal.. Hmm.. Wallahualam.. 




Iklim kat sini panas dan kering



Kawasan penempatan penduduk. Sebab pulau ni terpencil, so memang tiada pengaruh kemodenan di sini. Teringin plak nak gi sini. Hoh teringin gi tempat pelik-pelik plak.

p/s: Lepas google 'Any chance for me to go to Socotra Island?',  rupa-rupanya pulau ni dah tak misteri sangatlah. Dah ramai sangat orang pergi. Airport, hotel, tourist guide.. suma ada. Google jer. Pasni leh masukkan senarai tempat untuk honeymoon ek. Kah3. Paris, London sume tu common sangatlah. :p


Ok bye. Nak siap2 gi opis.

Laters.



10 comments:

  1. 1st of all, subhanallah cantiknya ciptaan Allah. hehe rasa mcm teringin gak nk ke sana suka tgk structure bangunan dorang..

    ReplyDelete
  2. wow!!
    unik tempat ni..
    akhirnya blog dah x private lagi..
    ehehheee

    ReplyDelete
  3. maybe sebab tak ramai yg pergi kecantikkan semulajadi dia masih terpelihara.. ada pulak namakan tempat cantik neraka. kalau neraka cantik takde org takut nak masuk neraka

    ReplyDelete
  4. pstt... takkan honeymoon nak gi tpt panas2.. hahahaha.. saja cikda melawak..
    tapi sunguh cikda pun tak pernah tahu pulau nih ..

    ReplyDelete
  5. @Suria Lekatlekitgurl

    tu la pasal. saja la tu x nak bg g tempat die. hehe

    ReplyDelete
  6. mmg rare...aku pun x penah tau tempat ni...ada potensi untuk tarik pelancong kalau gini

    ReplyDelete
  7. @APAN

    dgr cite mmg dah ramai yg g sini.. tp blogger atau org malaysia x pernah baca lg.. :)

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)