Thursday, May 9, 2013

Review: 9.9.81

  23 comments    
categories: 





Tadaaa..! Lama tak menonton cerita hantu Thailand. Meh bace SINOPSIS ni:



Satu pagi, seorang perempuan bernama Wipawee telah membunuh dirinya dengan terjun dari tingkat 20 pangsapurinya dengan memakai baju pengantin. Motif Wipawee membunuh diri menjadi tanda tanya dan tidak ada siapa pun yang mengetahui, tetapi ada yang merasakan kejadian itu bukan insiden bunuh diri biasa. Ia disyaki daripada roh jahat atau telah disihir. Kejadian bunuh diri ini mempunyai hubung kait dengan sembilan insiden sama, di mana ia melibatkan lelaki yang tinggal bersebelahan pangsapurinya yang mempunyai perasaan terhadap Wipawee, orang gaji, rakan baiknya, seorang remaja yang mencuri barangnya, ibu bapanya, polis yang menyiasat kesnya, penyewa baru rumahnya dan teman lelakinya. Adakah misteri kematian Wipawee dapat dibongkar?




Komen saya:

  • Expectation saya begitu tinggi terhadap movie ni. Hehe. Mungkin kerana posternya yang begitu menyeramkan. Dahlah ada state Based On True Story gitu. Jadi 10x ganda seramnya la kononnya kalau berdasarkan kisah benar. Tapi hakikatnye seram lagi citer ni. 

  • Takde hantu baru atau kelainan contohnye seperti hantu buat gangnam style ke.. semuanya macam hantu-hantu kebiasaan.. So.. menguap jugak la 2,3 kali.. Banyak jugak elemen kejutan-kejutan yang macam boleh dijangka.. tapi okay jugakla

  • Lakonan pelakon-pelakon memang hebat dan menusuk hati. Huhu

  • Jalan cerita agak slow.. tapi kemas dan lancar. Mula-mula macam tertanya-tanya dan tak paham.. Tapi lama kelamaan semua persoalan tu akan terjawab pada setiap babak. 


Okay tu je kot.. Aku pun tak reti sangat nak kritik-kritik filem ni. :p


Overall, saya bagi 5.5/10 markah


Selamat menonton!!





23 comments:

  1. takleh tgk movie hantu..nnt takut..

    ReplyDelete
  2. macam best,. tp tak berani nk tgk citer seram.. ;(

    ReplyDelete
  3. tgh mlm tengok entry ni bikin xtidur malam le jawabnye..serammmm

    ReplyDelete
  4. tengok poster daa seram.. huhuhuhu ;(

    ReplyDelete
  5. aku x saba nk layan fast n furious 6 ni..hehe

    ReplyDelete
  6. mana lagi seram crita ni dengan shhutter thailand?

    ReplyDelete
  7. <--- tak berapa nak minat tgk citer hantu sorang2. best tgk raami2, time tu baru berani nak kondem apa2 yg tak logik dlm citer tu.

    ReplyDelete
  8. suka tengok cite hantu..nnti ada masa nk tgk. hee

    ReplyDelete
  9. maybe sebab based on true story. so, x boleh mlebih2 sngat dlm pmbuatan film ni.. true story mana ada hntu menari gngnam style.. hehehe... gudmorning..

    ReplyDelete
  10. aiyakkkk..cikda tgk gambar 1st tu terus scroll skrin ke bawah cepat2 tau.... kuss semangat..

    ReplyDelete
  11. @Nur Hidayah Isa kalau suka cite hantu wajib tgok ye.. :P

    ReplyDelete
  12. cerita horror thailand mmg best.. lgi2 cerita Long Khong. sekali je tgk, kedua x nak dah..ada unsur2 keganasan .. takut mehh~

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)