Thursday, August 30, 2012

10 Kesilapan Tentang Tidur

  37 comments    
categories: ,



1. Tidur Tak Tetap Waktu

Ini bahaya, boleh menyebabkan isomnia dan kepenatan yang melampau. Tu yang muka ko mengantuk je kat opis @ kelas.. Tak elok taw. Mesti muka pon nampak sememeh je. Kakaka. So untuk elakkan ia berlaku, set time untuk tidur di malam hari, paksa diri tidur.. lama2 nanti badan pun biasa 







2. Tekan Snooze Button!

Jangan sesekali anda tekan button itu! Bangun terus boleh tak?! Kenapa tak elok? Sebabnyer... butang snooze ni kan bagi ekstra 10 minit untuk korang tidur balik kan.. kan kan..  Sebenarnya snooze ni cuma mengganggu tidur anda je, dan boleh menyebabkan anda jadi lagi letih








3. Risau Tentang Tidur

Risauu tidur sebab takut dapat mimpi ngeri? Cuba tidur macam biasa dan jangan terlalu fikir. Anggap je mimpi tu sebagai mainan tidur






4. Caffeine

Tak elo minum caffeine lepas tengah hari. Ini kerana caffeine akan merangsang sistem badan anda untuk berjaga untuk 12 jam lagi.. 










5. Tidur Dalam Terang

Sistem dalam badan kita ni ada signal yang menunjukkan dia nak tidur, salah satunya ialah keadaan GELAP. So make sure bilik anda dalam gelap untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.










6. Gula Sebelum Tidur

No no no.. sebabnya gula boleh mengganggu tindak balas kimia dalam sistem badan yang akan menyebabkan anda mudah terjaga di tengah malam. Haa pasni jangan ingat hantu kejut ea, sebab korang tu ha yang terlebih gula.. kih3






7. Stress

Stress akan menyebabkan sistem badan akan mengeluarkan hormon yang menyebabkan kita tak boleh tidur. So sebelum tidur, lupakan sekejap masalah supaya anda boleh tidur dan esok pagi bangun dengan ceria dan tenang dan bertenaga untuk menyelesaikan masalah anda tu :)






8. Alkohol Sebelum Tidur

Hmm.. ni tak payah explain panjang-panjang la kan.. Memang tak elok bila-bila masa jer ni









9. TV dalam Bilik Tidur!

Tapi best kan ada tv dalam bilik? Hehe.. TV kan bising, takut tengah tidur, terjaga sebab bunyi bising.. lepas tu tengok tv ada gambar hantu.. Huhuhuhuhu








10. Tidur Lama Sangat!

Percayalah.. tidur lama bukannya menyebabkan anda semakin segar, tapi sebenarnya anda akan semakin letih. Kecuali anda bayi yang sah-sah memang makan-tidur aje






Tuesday, August 28, 2012

Raya 2012

  13 comments    
categories: , ,


Rasanya tak terlambat lagi untuk saya mengucapkan....


SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN


kepada kawan-kawan blogger saya.. :)

(padahal hari ni dah 9 Syawal! Keh3)


Maafkan saya kalau melalui penulisan saya ada yang menyebabkan anda semua berkecil hati atau terasa hati atau marah dan sebagainye

Maaf yer...

Maaf juge sebab terlewat wish.. tee hee hee



Comel plak wish dari Churp Churp ni ;)







Nuffnang juge comel.. hee hee








Ni je haaa gambr raya yang eden ado.. 

Curik kat facebook .

:)




Tuesday, August 14, 2012

Wordless Wednesday #27: Ramadhan Semakin Meninggalkan Kita....

  22 comments    
categories: ,




Macam mana Ramadhan tahun ni?

Tak tinggal terawikh kah?

Sembahyang sunat tak malam?

Khatam 1 Al-Quran ?

Adakah Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelum?

Harapnya berjumpa Ramadhan yang seterusnya..



Sunday, August 12, 2012

Diari: Jalan-Jalan Di Paris #1

  28 comments    
categories: , ,


Hahaha berkurun sudah balik dari Paris, niat di hati memang nak update sesampainya kaki di Malaysia tapi itu semua tinggal impian. Huhuhu

Takpelah.. let's go hey ho! (Teka trademark siapa yang cakap ni? Hint: Blogger a.k.a photographer)




Gambar first dah gambar makanan kan.. ntah hape-hape.. hehehe.. Pizza Salmon.. Halal.. Tapi sayangnya masa tu aku selsema.. tak rasa la plak..








Tadaa.. Eiifel Tower in the house! Tapi tak naik pon sebab ramai sangat orang.. Dahlah time tu diorang tengah wat maintenance kat lift.. so .. amek gambar kat bawah je la.. jadi la.. :)








Wuhuuuu..!! Seronok..Alhamdulillah... dapat jugak naik bas doubledecker, walaupun bukan warna merah macam kat London.. hehe.. Cuaca pagi tu cerah dan matahari memancar dengan cemerlangnya, so mari nikmatinya.. jangan lupa pakai sunblock + sunglasses.. hehe







Tambang naik bas : 37 euro untuk 2 hari. Senang jugak. Nanti driver bagi earphone, pastu sumbat kat telinga (obvious kan? hehe). Then kita akan dengar penerangan tentang tempat & bangunan yang kita lalu tu.. Tapi aku tak dengar sangat pon, amaze dengan pemandangan yang cantik-cantik di Paris







Chapel of Saint-Louis-des-Invalides, Paris

Dibina pada tahun 1679, dahulunya digunakan secara rasmi sebagai pusat orang-orang tua lepas pencen dari berperang. Sekarang ni dah jadi muzium askar. Sebabnya: Orang-orang tua lepas perang dah semakin sedikit dan bangunan tu jadi terlalu besar so diorang dipindahkan ke tempat yang lebih sesuai








Ada patung emas.. eh emas betul ke ek..? Tak kot









La Madeleine Church 

Ini macam bangunan Roman kat Itali kan? Tapi ini adalah salah satu gereja yang femes kat Paris

p/s: Ada kawan aku cakap tak elok ambil gambar gereja, betul ke? Ada sapa-sapa boleh clarify?








Indahnya suria pagi :')








Bendera France! Hehe...








Arc de Triomphe

The most famous monument in Paris. Arc de Triomphe menjadi titik laungan tentera Perancis yang berarak selepas berjaya dalam peperangan dan untuk Perbarisan Hari Bastille tahunan Tentera. Sekarang ni jadi tempat bersejarah je la kan..



Hmmm ok la sambung untuk entri seterusnye la plak! (jari dah penat sebenarnya!)


Bye!


Monday, August 6, 2012

Hatiku Sedih & Pilu.. Tapi Bangga

  20 comments    
categories: ,



Tak boleh lupa lagi macam mana Lin Dan menang tipis dengan Dato Lee Chong Wei (21-19)

Tak boleh lupa lagi macam mana happynye Lin Dan bila dia menang, dia lari keliling court, stadium masa tu sunyi je

Aku terpinga-pinga

Tak boleh lupa lagi macam mana Dato Lee Chong Wei terduduk menangis

Sedih. 

Hancur hati.

Bukan sedih sebab dia tak dapat emas, tapi sedih bila tengok Dato Lee Chong Wei kecewa dan frust

Aku macam faham

Macam mana perasaan bila kita cuba sekali lagi, dengan bersungguh-sungguh, tapi masih tak berjaya.

Macam faham

Tapi sebenarnya aku mesti tak faham

Aku berjuang untuk diri sendiri, kecewa dengan diri sendiri.

Dia berjuang untuk negara + diri sendiri dan kecewa untuk negara + diri sendiri

Berat

Berat sangat





Betapa humblenya manusia ini, selepas berjuang berhabis-habisan, apabila kalah, siap minta maaf. Tak perlu itu semua. :')


Pada kami, anda adalah JUARA sebenar

Bukan dia

Bukan






"Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts."