Thursday, June 28, 2012

Jalan-Jalan: Hatiku Tertinggal Di Universal Studio Singapore (USS) #2




Mak Datin - mak datin nak masuk USS

Tips:
  • Tak perlu pakai dress atau gown rambu-ramba di sana unless kamu datang memang sekadar untuk berposing dan bergambar. Sebabnya ada roller coster berpusing 360 darjah dan ade kawasan curah-curah air. Nanti luntur pula color dress cantik kamu
  • Sediakan air mineral sebotol sebab harga kat dalam USS mak oiii mahaiinya.. Botol jangan buang plak, boleh buat tadah air untuk digunakan semasa beristinjak. Makanan pon spare la takut lapar boleh makan atas roller coster. hee
  • Oh ye sila pakai kasut flat yer sebab anda akan mengalami kekejangan kaki akibat terlalu banyak berjalan. Prevention is better than cure!



Masa bergambar ni aku pon tak taw gerangan siapakah dia ini tapi nampak scary so buat2 takut la kan. Tadi google2 barulah taw nama dia Beetlejuice. Comel lah nama dia! Dia ni hantu yang menyeramkanlah masa tahun 1988. Ouh vintagenya






Bersama tugu Universal Studio.. hehe suka2 aku je bagi nama






Gloria!! We want to be fabulous like you!!!






Watak dalam citer The Mummy Return kot? Kagum dengan keberanian mereka berdiri di atas kayu yang panjang. Nampak gagah dan perkasa. Aummmm






Roller coster merah yang membuatkan jantung aku macam terhenti seketika. Nak jerit pun suara tak terkeluar. Huwaaa.. Nasib baik dah mengucap sebelum naik. Eh. 

Yang biru tak sempat naik. Next time maybe. Kalau berani. heee





Geng binatang huru-hara






Nak buat gambar passport sebenanye ni




Game-game best yang patut dicuba di dalam USS:

  • Jurassic Park Rapids Adventure. Duduk dalam boat dan dibawa ke sungai untuk melihat dinasour di tepi-tepi sungai. Best! Tapi kurang dinasour. Anda akan mengalami kebasahan. Kalau tak nak basah boleh beli raincoat 3 Dolar

  • Shrek 4-D Adventure. Jom join Shrek selamatkan Princess Fiona dari raja yang jahat it. Bukan sekadar menonton, tapi merasa juga. Hee hee memang best!

  • Enchanted Airways. Naik roller coster berkepala naga (bini Donkey). Nampak macam lekeh je tapi sebenanyeee ngeri gak la. (Ok ape2 roller coster pon mengerikanlah pada aku!)

  • Battlestar Galactica:HUMAN. Roller coster yang super-laju. Tak sukaaa!! Tapi try la kena try weh datang jauh tiket mahal jangan sia-siakannyaaa


  • TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle. Syok sangat! Lawan robot-robot jahat! Bumblebee akan tolong kita nanti. Kita menang! Wohoooo!!

Eh sebenanya banyak lagi game yang best , cuma aku tak sempat nak try so senaraikan 6 jelah yang dah try. So overall USS memang best! Best giler! 1 hari memang tak cukup, make sure korang main sume game ea kalau nak gi nanti.

:)





Tuesday, June 26, 2012

Monday, June 25, 2012

Jalan-Jalan: Hatiku Tertinggal Di Singapura #1





Haha poyo je kan tajuk entri tapi itulah kenyataannya. Walaweh. Weekend lepas aku gi jalan-jalan ke Singapura. Tak sangka dah berpuluh tahun duduk di seberang Singapura, baru hari ini aku dapat menjejakkan kaki ke sana. Alhamdulillah..Seronok sangat. Percutian kali ni aku bawak duit poket 50 Dolar je (pakej semua sebenanye 420 ringgit). Keh keh keh. Sebab niat aku memang nak jalan jer, bukan nak soping2. Setakat untuk makan dan beli souvenir untuk sedara dan teman2 rapat cukup ler






Kedai branded2 macam butik Louis Vuitton, Prada ni banyak dekat Orchard Road. Dan Singapore sekarang ni tengah sale. Tapi aku hanya dapat tengok jela, memang tak berhenti pon kat sini sebab budget traveler kan. Sedar diri ini. Uhuk3







Eye of Singapore.. Hehe.. tak diorang panggil Singapore Flyer... terbang sangat kan.. ehehe







Gambar kenang- kenangan..







Perkara yang aku kagum dengan rakyat Singapore ni ialah mereka memandu kereta dengan begitu berhemah di sana. Hehe. If U Know What I Mean. Jarak kereta pon memang diorang jaga. Dan jugak negara mereka ni takde kesesakan lalu lintas kot. Sebab apa? Sebab tak banyak kereta. Sebab apa tak banyak kereta? Sebab kos untuk memiliki kereta kat sana sangat tinggi dan prosedurnya sangat ketat. Tapi takpe, MRT, bus semua banyak so tak susah pon nak gi mana2 even takda kereta







Haa ni Arab Street. Kat sini banyak la makanan untuk Muslim. Sedap-sedap beb. Tryla murtabak Singapore. Tak silap macam 3-4 Dolar. Gitula.

Tips: Kalau nak beli souvenir, kat sini la murah-murah. 







Lunch hari Sabtu: Nasi Beriyani dekat Restoran Islamic. Sedap! Ayam dia lembut sesangat. Harga: 7 Dolar kot. Kalau tak silap lah. Campur tax 10%. So kira sendiri. Hehe. Aku makan ni kongsi 2 orang. Kenyang jugaklah. Kenapa nak kongsi kalau sedap kan? Perlu diingat ye aku hanya ada 50 Dolar. Kui3







Bangunan-bangunan bank pencakar langit yang ada. Maybank pon ada lah! Wow! Diorang ni kuat percaya pada Feng Shui. Bangunan yang tinggi boleh membantu dalam bisnes diorang. Gitulah citenyer







Yang ni pula Makam Habib Noh. Beliau merupakan antara keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau juga dianggap sebagai Wali di Singapura. Memang ramai orang ziarah makam ni. Kami pun tidak ketinggalan menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. Makam ni betul-betul tepi highway. Kisahnya, semasa pembikinan highway tu, diorang nak pindahkan makam ni kat tempat lain, tapi sebab banyak halangan dan rintangan, makam Habib Noh stay kat situ until now. :)








Bugis Street. Banyak jugak souvenir dan t-shirt. Ok jugak la tapi kat Arab Street lagi murah kot! Kat sini banyak choice la jugak. Sini ramai sangat la orang. Habis aku asek kena langar. Hoho. Hati-hati yer :)







Marina Bay Sands Hotel. Memang architecture die cantik dan terbaekk. Atas yang bentuk kapal tu swimming pool. Bayangkan mandi manda kat atas tu sambil tengok view kat bawah? Memang amazing lah. Harga sewa bilik ni heishh memang tak dapat aku nak jangkalah. Tempat orang-orang kaya nih




Ternganga 2 minit





Friday, June 22, 2012

8 Tabiat Untuk Menjadi Orang Yang Berjaya!




Aku nak berjaya. Nak berjaya menjadi anak yang baik, kawan yang baik dan pekerja yang baik. Konteks baik itu, adalah konteks aku dan mungkin tidak sama dengan orang lain. Aku nak berjaya kurus, tapi tak jadi lagi. Hak hak hak.

Kenapa gagal? Sebab aku tak konsisten. Maybe sebab aku tak mengamalkan 8 tabiat ni. Jom cekidaut!!


1. Kenali Nilai Berharga Dalam Diri Anda

Untuk berjaya, korang kena taw apa nilai-nilai yang berharga dalam diri korang, so korang akan rasa yang korang ni kira bagus ape..! Hehehe ( tapi jangan riak plak). Mungkin susah mula-mula nak pikiaq apa nilai tu tapi ini penting hokay!! Buat brainstorming sket dalam bilik, pikir2 pastu tulis dalam diari pink korang cewaahhh.. Contohnye macam : Baik hati, senang bergaul dengan semua lapisan umur, ceria. So setiap hari korang bangun pagi, korang akan rasa happy untuk hidup dan bersemangat untuk berjaya :) Dan yang penting skali... korang akan mengamalkan nilai-nilai berharga tu dalam kehidupan seharian






2. Tentukan Matlamat

Nak berjaya kena la ada matlamat. Matlamat contohnya nak teror main bola. Fokus tu kena ada. Kalau boleh, dalam satu masa tetapkan 1 matlamat jer, so senang nak fokus kan? 








3. Tetapkan tempoh dan deadline

Bila dah set kan matlamat tu, kenalah set masa sekali. Bila agaknya matlamat tu akan tercapai? So tempoh tu kenalah realistik. Contohnya dalam masa seminggu ko target ko dah pandai main gitar. Agak-agaklah, takkan seminggu dah pandai kot. Kalau dah asek keje + tido + makan, bila masanye nak practice tu kan? :)






4. Fikiran yang Positif

Jangan pedulikan orang lain, apa mereka kata. Mungkin pada mereka, anda mungkin tidak akan berjaya. Tapi yang nak berjaya tu anda, bukan mereka, so biaqpi lah. Jangan fikirkan kegagalan taw!






5. Buat Jadual Mingguan 

Untuk mencapai matlamat tu, bukannya kena duduk senang lenang tup tup terus berjaya kan? Rancang apa usaha yang nak dibuat untuk berjaya tu dan kemudian ikut jadual tu. InsyaAllah semuanya berjalan lancar :)




6. Hadapi Risiko!

Jangan asyik berada di zon selesa jer. Banyakkan belajar benda baru dan cari idea baru. Jangan takut! 




7. Bertabahlah..

Kegagalan tidak dapat dielakkan apabila anda mengambil risiko, yang adalah apa yang anda akan lakukan jika anda mahu berjaya. So kalau tak berjaya tu, jangan give up ea..Daripada kegagalan lah kita akan mendapat kejayaan :)







8. Belajar!

Jangan berhenti belajar. Belajar dari orang lain, macammana diorang boleh berjaya dan apa caranya. Baca buku pon boleh. Cari apa-apa sumber untuk belajar ye dan cari inspirasi untuk terus belajar



Ok selamat berhujung minggu

:)
This entry was posted in

Wednesday, June 20, 2012

Sunday, June 17, 2012

Lirik Lagu Dark Side - Kelly Clarkson






Dark Side

Kelly Clarkson



There's a place that I know 
It's not pretty there and few have ever gone
If I show it to you now

Will it make you run away


Or will you stay
Even if it hurts
Even if I try to push you out
Will you return?
And remind me who I really am
Please remind me who I really am

Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Like a diamond
From black dust
It's hard to know
What can become
If you give up
So don't give up on me
Please remind me who I really am

Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Don't run away
Don't run away
Just tell me that you will stay
Promise me you will stay
Don't run away
Don't run away
Just promise me you will stay
Promise me you will stay

Will you love me? ohh

Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Don't run away
Don't run away

Don't run away
Promise you'll stay


Nota Kaki:

Lagu Kelly Clarkson semua best sebab semua lirik dia meaningful dan berkaitan dengan kehidupan kita. Yang penting, mengajar kita untuk menjadi lebih baik! Dan semua orang pun taw, suara Kelly ni memang power sesangat. Hehe




Saturday, June 16, 2012

Oh. My. KTM!





Masa belajar kat Nilai setahun yang lepas, aku memang boleh dikira pengguna Komuter @ KTM yang tegar. Err kerap menggunakan KTM  lah kiranya. Selalunya aku pergi Seremban lah sebab Seremban ialah bandar yang sangat hip bagi aku. Eheh. Dan Terminal 1 mempunyai panggung wayang yang awesome sebab murah. Target: Hari Rabu dan membawa student card. Kenapa Seremban hip dan in? Sebab tak serabut macam Kay Ell kot.. dan lebih dekat.


Dan Seremban ialah hentian terakhir KTM. Tapi tak lama lepas tu, KTM membuat perubahan dengan menyambung 2 hentian selepas Seremban iaitu Senawang dan Sungai Gadut(kalau tak silap itulah namanya). Aku pun sangat happy sebab rumah makcik aku kat Senawang, so selepas adanya stesen itu mereka tidak perlu fetch aku dari Seremban yang agak jauh. So eazy :)



Tapi yang kelakarnya masa baru-baru tu, diorang guna tiket KTM yang manual iaitu sekeping kertas lebar yang perlu diisi oleh jurutol. Eh jurutol ke namenye..?? Alaaa orang yang jaga tiket kaunter tulah!
But I was cool before sebab aku fikir alaaaa stesen baru... banyak lgi nak kena improve!




Tapi baru-baru ini, selepas hampir setahun tidak menuju ke Senawang, aku terkesima kejap. Eceh ayat. Poyo jek. Aku masa tu dari Stesen Bandar Tasik Selatan, aku tengok, ehhh.. awat pakai lagi KERTAS RESIT MANUAL ni??? What the..??



Apesal benda ni pun aku nak kecoh kan? Maybe nampak remeh, tapi.. pada aku.. macam tak brape nak remeh sangat lah. 


1. Sebab jurutiket tu akan menjadi agak lembab, sebab kena tulis2 bagai, macammana kalau time tu KTM dah sampai dan abang tiket tu dok terhegeh-hegeh tengah tandatangan kat kertas tu. Tak pasal2 aku kena lari pecut mengejar KTM itupun kalau sempat! Dahlah KTM banyakkk sangat kat Malaysia ni. Wow ayat. Komain perli lagi aku kan



2. Macammana kalau aku terlupa pasal tiket manual tu? Bayangkan senario ini: Aku sedang tidur lena dibuai mimpi di atas couch KTM gerabak 6 yang baru tu, bila dah sampai Senawang, aku pun mamai-mamai carik tiket biasa tu pastu aku tak jumpe! Tak pasal-pasal hormon adrenalin dalam badan meningkat.


3. Sebab stesen KTM Senawang sangat cantik dan canggih. Rugilah ade machine yang canggih pastu tak guna. Nanti dah berkarat membazir je kan.



Sekian bebelan dari saya

Have a nice weekend peeps :)






Thursday, June 14, 2012

Busuk Hati & Cara Mewangikannya




Pernah rasa sebegini?


Sebagai manusia dan hamba Allah yang serba kekurangan, kita tak pernah terlepas dari kesilapan dan kelemahan. Hati kita lemah, iman kita goncang. Selalunya kita tidak minta perasaan begini. Tetapi perasaan busuk hati, iri hati, dengki dan perasaan buruk ini selalu sahaja mengganggu jiwa kita. Ini adalah normal, kita bukan maksum, kita ada hati dan perasaan.

Tetapi, kerana kita manusia jugalah, kita perlu mengawal perasaan mazmumah ini. Kita ada agama yang suci, yang menuntut supaya kita membersihkan hati dan memupuk sifat mahmudah dalam sanubari kita. Ingatlah, dengan hilangnya sikap busuk hati dalam diri kita, kita akan menjadi lebih tenang dan dekat dengan pencipta.



Rasulullah SAW bersabda, 
" Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya dan apabila ia itu rosak maka rosak pula seluruh perbuatannya. "
 (HR Imam Al-Bukhari).


Jadi, bagaimana caranya untuk mengubati hati ini?



1) Berdoa kepada Allah. 
Semua perkara walau sekecil zarah pun datangnya dari Allah. Jadi mohonlah kepadanya agar dibersihkan hati kita. Yakinlah dengan-Nya dan bersangka baiklah dengan Allah. Doa yang baik InsyaAllah akan diterima oleh-Nya.







2) Tukarkan tenaga busuk hati itu kepada tenaga positif
Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka. Kalau kita busuk hati sebab dia pandai, maka kita perlu berusaha untuk menjadi pandai macam dia. Barulah bersaing secara sihat namanya. Hehe





3) Yakin dengan keadilan Allah 
Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.
Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku.




4) Banyakkan membaca Al-Quran
Sape yang rasa dia suka marah-marah, dengki, busuk hati, tertekan dan banyak lagi masalah jiwa, cubalah baca Al-Quran. Semakin banyak membaca Al-Quran, semakin banyak masalah jiwa yang berjaya ditutup.



أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang".
Surah Ar-Ra'd ayat 28. 








"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" 


(An-Nisa' : 32)




-Sumber-


Wednesday, June 13, 2012

Tuesday, June 12, 2012

Kompang Dipalu~~ Pengantin Baru!





Duduk bersanding.. tersipu malu :D



Alhamdulillah pakcik aku yang paling muda dan hensem (keh keh keh) akhirnya telah selamat berkahwin bersama pilihannya yang cantik molek. :) Suka sangat2~!!





Kumpulan caklempong dari Negeri Sembilan.. serius diorang memang best.. Aku prefer muzik macam ni dari karaoke... hehehe





Kumpulan silat gayung yang kelihatan gagah dan perkasa :)





Sewaktu majlis pernikahan di rumah perempuan, Perak. Alhamdulillah Pokde sudah menjadi suami orang. Tak leh jadi budak-budak lagi. Kui kui kui. Yela tu!





Cuaca juga baik. Hujan sekejap di waktu pagi dan kemudian panas hingga ke petang :) Syukur...





My happy familia!






Gambar rambang pilihan minggu ini! Wohoooo!!





Selamat Pengantin Baru

kepada semua yang baru saja mendirikan rumah tangga :)




Thursday, June 7, 2012

Lirik Lagu Rindu Bukan Teman - Ernie Zakri




Comei kan?




Rindu Bukan Teman 

Ernie Zakri



Yang pertama kubukakan mata
Dari pejam ku yang tiada lena
Bayang wajahmu menyentak
Jatungku sehingga berdegup kencang
Oh sakitnya

Yang terakhir kupejamkan mata
Tika beradu di pentas lena
Bayang wajahmu berkunjung
Bergelut resahku dengan dingin malam tiada hujung

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan....

Yang teratas dilaras kalbuku
Di dalam celik ataupun lena
Ku impi kita kembali
Dipersatukan bertentangan mata
Seharusnya

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Kerinduan membara
Menjadi dendam yang tak daya ku pujuk redha
Lalu berpusar bagai ribut
Yang melanda di jiwa

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Kerinduan bukan teman
Yang mendamai perasaan dikala sepi
Rindu bukan teman
Yang merawat duka dikala kau berjauhan

Dikala kau berjauhan
Dikala kau berjauhan




Wednesday, June 6, 2012

Sunday, June 3, 2012