Wednesday, May 30, 2012

Lirik Lagu Andai Ku Bercinta Lagi - Mojo

  26 comments    
categories: 




Andai Ku Bercinta Lagi

Mojo
Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga
Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini


Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh
Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata
Dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda







Kenal lagi tak dia ni? Dia ni lah Aweera dalam OIAM dulu! Sekarang dah jadi vokalis Mojo. Okayla tu kan? :) Powerlah suara diaaaa!




Wordless Wednsday #21: Otak Kita

  14 comments    
categories: 






Saturday, May 26, 2012

6 Makanan Terburuk/Tak Elok Untuk Dimakan

  32 comments    
categories: 




1. Daging yang telah diproses

Menurut penyelidikan dari American Institute for Cancer Research, daging yang telah diproses seperti sosej biasanya mengandungi bahan-bahan pengawet yang membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan kanser kolon! Erk~~ Dan yang pastinya mengandungi banyak lemak, garam dan kolesterol





2. Donut

Argh! Macam tak percaya donut yang macam innocent ni tergolong antara makanan tak elok. Dahlah mak saya selalu buat. Hohoho. Tapi yang home made punya takpe sangat kot. Yang jual kat shopping complex tu bahaya sebabnya donut mengandungi kandungan seperti lemak tepu, gula dan tepung yang sangat tinggi. Kalori dalam donut boleh mencecah hingga 300. Hmm.. banyak tu






3. Cip Kentang

Termasuk juga French Fries ye, makanan ini mengandungi  karbohidrat yang boleh mengubah saiz pinggang anda. Selain itu, ia mengandungi acrylamide, iaitu karsinogen yang terbentuk semasa makanan dibakar dalam suhu yang tinggi. Dan acrylamide akan meyebabkan pelbagai jenis kanser. Huhu









4. Makanan Rendah Lemak

Jangan tertipu taw, memang la dia tulis rendah lemak, tapi anda tahu kan, lemak lha penyedap makanan. Semakin banyak lemak, semakin sedaplah makanan itu (fakta). So kalau rendah lemak? Mestilah tak berapa sedap kan? Kalau tak berapa sedap, mesti lepas tu ramai orang tak nak beli kan? So untuk mengelakkan perkara itu, pengusaha makanan itu akan menambah perasa tiruan, garam, gula dan macam-macam lagi









5. Marjerin

Oh no! Ni makanan wajib tiap-tiap pagi ni! Bahaya jugak ke? Marjerin mengandungi kandungan lemak tepu yang tinggi. Okay sebagai alternatif boleh guna merjerin dari sayur-sayuran contohnya seperti olive oil.







6. Air gas

Paling popular pasal air gas ni mestilah kandungan gula dia yang tinggi giler tu. Air gas juga boleh menyebabkan kanser pankreas. Bila dah banyak gula, kebarangkalian untuk mendapat diabetis, kencing manis dan pelbagai lagi penyakit kronik. Bahaya wooo!!



Nota Kaki:

Perasan tak semua makanan di atas memang sedap-sedap belaka dan sekarang ni dah jadi macam trend plak kan makan semua tu Macam donut, saya suka sangat Big Apple. So macam mana? Tak kan nak stop terus kot! Susah la walawehh

Apa yang saya boleh buat ialah kurangkan semua makanan-makanan ni. Maybe mula-mula seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali, then lama-lama kita akan terbiasa. Okay tak?

Selamat menjalani kehidupan yang sihat. Ingat tubuh badan kita cuma pinjaman saje. Jagelah ia sebaik-baiknya :)







Thursday, May 24, 2012

Perkara Yang Menyebabkan Aku Rasa Aku Dah Tua! :(

  22 comments    
categories: , ,


1. Dulu selalu tengok Anne Ngasri masa kanak-kanak dalam drama Cili Padi, sekarang... anak dah 3 dah dia.. kui3.. 







2. Hey Arnold! Huwaaa.. aku rindu cerita kartun ni! Kartun yang ditunggu-tunggu time cuti sekolah! Aku suka bilik Arnold.. cantik boleh tengok bintang malam-malam.. Tapi kalau time tengah hari buta?? Errr.. Aku suka kawan-kawan dia jugak.. bestnye bestnye bestnye!







3. Harry Potter.. huhu innocentnya wajah mereka dulu-dulu.. Tapi sekarang diorang dah jadi elegan pulak dah.. Salute! But I miss Hogward.. huhu... I want magic again! 








4. Kalau budak-budak sekarang, celik mata kat dunia ni je terus kenal Facebook, aku plak bermula dengan Friendster, masa form 5... Kah3 tua tak? Friendster best la woii.. kita boleh customized page kita ikut corak-corak @ design yang kita suka.. haaaa FB  ade ke? takde kan.. heheh.. Pastu anta gamba comel-comel, kilat2 kat page kite.. FB boleh ke? Huuuu...








5. Nsync menjadi kegilaan ramai kanak-kanak darjah 6 di sekolah aku. Heheh. Rambut kerinting Justin Timberlake dulu menjadi sangat cute di mata aku. ;) Masa time diorang la start nyanyi-nyanyi lagu bahasa Inggeris. Kui3









6. Britney Spears dulu menjadi idola aku sekejap. Suke sangat tengok dia dalam video klip Baby One More Time. Pastu suke jugak tengok dia couple dengan Justin. Hehehe. Tapi lama kelamaan Britney hanyut dengan arus glamour. Dia jadi liar. Tapi sekarang dah okay kot?







7. Aku pernah guna bende alah (disket) ni..Korang mesti dah tak guna dah kan?





:)

Walaupun dah tua, jangan sedih, hati masih muda.

:P


Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday #20:Jehan Miskin Masuk MasterChef Malaysia! Yahoo!!

  20 comments    
categories: ,




Sebagai peminat Jehan Miskin, aku berasa sangat gembira!

Mesti macho giler Jehan masa memasak nanti!

Hahahaaaaa!!

Jehan mesti menang!!

Tuesday, May 22, 2012

Gemuk Kerana Genetik?

  8 comments    
categories: 






Think again what you ate today

Hehe


Sunday, May 20, 2012

Apa itu MEME?

  12 comments    
categories: ,


Apa itu MEME? Adakah dia saudara mara Memey Suhaiza?

Tidak. MEME ialah satu unit yang menunjukkan budaya, simbol atau amalan yang boleh ditafsirkan kepada orang lain melalui gambar, simbol, penulisan, isyarat dan lain-lain yang tersebar di dalam internet dan akhirnya menjadi fenomena masa kini



Bagaimana nak menyebut perkataan MEME ni? ME-MEY?

Sebutannya ialah: MEEM. Atau dalam bahasa Melayu: MIM



Dari mana asal-usul datangnya si MEME ni?

Tidak dapat dipastikan, tetapi banyak sumber mengatakan ianya bermula pada tahun 2006. Pada mulanya ianya disebarkan dari email ke email, tetapi dengan kepesatan website dan applikasi seperti twitter, reedit, dan facebook, MEME menjadi sangat terkenal sekarang



Tunjuk sket MEME yang popular



OH CRAP/OMG FACE

Merujuk kepada imej seseorang yang sedang marah, terkejut, takjub ataupun hairan. Kalau marah, mata imej ditambah dengan warna merah






FOREVER ALONE

MEME yang menunjukkan seseorang yang kesepian dan tiada teman dalam kehidupannya.





Impossibru

Merujuk kepada simbol tindak balas,  sama ada meluahkan rasa takut, tidak percaya atau marah secara mengejut





Horrifying House-guest

Simbol ini melambangkan imej hantu yang selalu menemani kita pada malam hari berseorangan. Hee hee hee





Unhelpful High School Teacher

Merujuk kepada simbol cikgu - cikgu kitA.. Tabiat-tabiat cikgu yang cliche apabila sedang mengajar dan berinteraksi dengan anak-anak murid





Paranoid Parrot

Melambangkan orang yang selalu paranoid dan takut dengan perkara-perkara normal





Consending Wonka / Creepy Wonka

Melambangkan orang yang suka memerli dan membuat sarkastik, ejekan kepada orang lain



Okay setakat ini dahulu.

Tata




Saturday, May 19, 2012

#TWITTER: Account Yang Harus Difollow

  22 comments    
categories: , , ,




1. @IslamSpeaks



Sebab: Penuh dengan kata-kata hikmah tentang Islam, seronok membacanya, tidak menjemukan dan sangat menyedarkan.






2. @KLroadblock



Sebab: Senanglah untuk anda yang always on the road nak jumpe client ke whatsoever. So boleh elakkan road block yang berada di Kay Ell yawww. Cepat dan pantas tak perlu lagi menunggu radio. Reliable juga.





3. @TheGoogleFacts



Sebab: Untuk menambahkan informasi dalam hidup dengan cara yang ringan. Ehehehe. Esok-esok kalau dah tak taw nak borak apa dengan boss, recall balik Google Facts ni dan cerita kat dia. Mesti boss impress sangat2. Sangat bagus pekerja aku ni menambahkan ilmu pengetahuannya.





4. @IslamicThinking



Sebab: Banyak kata-kata hikmah yang seronok untuk dishare dengan orang lain. Dapat pahala juga. Hee






5. @TheseDamnQuote



Sebab: Banyak bagi tips dan kata-kata falsafah tentang percintaan remaja. Eheh. Remaja kah?






6. @itsWillyFerrel



Sebab: Twit - twit yang kelakar dan menyebabkan anda gelak sorang-sorang .

Contohnya: I wish gas stations have a happy hour.

Kah kah kah





7. @razfira


hehehe





Wednesday, May 16, 2012

Wordless Wednesday#19:Menunggu Lelaki Yang Sempurna

  13 comments    
categories: 



Keh keh keh

Realitinya beginikah?

Have faith in life :)


Sunday, May 13, 2012

Lirik Lagu Live My Life - Far East Movement feat Justin Bieber

  4 comments    
categories: 




Live My Life
Far East Movement feat Justin Bieber

[Intro - Justin Bieber]
I’m gonna live my life
No matter what, we party tonight
I’m gonna li-li-live my life
I know that we gon’ be alright



[Far East Movement]

Yo, hell yeah, dirty bass

Ghetto girl, you drive me cray
Hell yeah, dirty bass
Yo, yo

This beat make me go wow
This drink make me fall down
I party hard like carnival
Let’s burn this motha down
This bass make me go ache (go ache)
This girl circus so late
You’re that telly cake with a cali shake
I got dough, who’s down to fake


Oh my, dirty bass
Oh you got it like that
I can work that bad
Let me get that
(get your ass on the floor)
Oh my, dirty bass
Oh you got that small
I can break that off
Let me get that
(get your ass on the floor)


[Justin Bieber - Chorus]
I’m gonna live my life
No matter what, we party tonight
I’m gonna li-li-live my life
I know that we gon’ be alright

I’m gonna live my life
No matter what, we party tonight
I’m gonna li-li-live my life
I know that we gon’ be alright


Wo-oh oh, wo-oh oh,
I know that we gon’ be alright
Wo-oh oh, wo-oh oh
I know that we gon’ be alright


[Far East Movement]
Yo, hell yeah, dirty bass
Ghetto girl, you drive me cray

Hell yeah, dirty bass
No matter where we be at VIP, or in the ceiling
All we need to start it is the speakers in my chit-chat
I spot a couple hotties
Holla, we’re the party, we that
Girl move it like pilates
Put your head where you knee at

Oh my, dirty bass
Oh you got it like that
I can work that bad
Let me get that
(get your ass on the floor)
Oh my, dirty bass
Oh you got that small
I can break that off
Let me get that
(get your ass on the floor)

[Justin Bieber - Chorus]
I’m gonna live my life
No matter what, we party tonight
I’m gonna li-li-live my life
I know that we gon’ be alright

I’m gonna live my life
No matter what, we party tonight
I’m gonna li-li-live my life
I know that we gon’ be alright


[Bridge]
This is my moment tonight
Hell yeah we doing it right
So get your hands up in the air-
Like we living your life
This is my moment tonight
Hell yeah we doing it right
So get your hands up in the air
Like we living your life



[Justin Bieber - Chorus]

I’m gonna live my life

No matter what, we party tonight
I’m gonna li-li-live my life
I know that we gon’ be alright

I’m gonna live my life
No matter what, we party tonight
I’m gonna li-li-live my life
I know that we gon’ be alright







Tak taw knapa Justin Bieber takde dalam video ni..
Sedih la gini :(
Tapi yang LMFAO tu ade plak.. pelik2..
Tapi memang suke lah lagu ni.. Rasa macam nak join je joget atas bas tu
Hak hak hak



Thursday, May 10, 2012

Malulah Cakap Depan Orang Ramai... Macammana Nak Jadi Tak Malu?

  41 comments    
categories: , , , , ,





Korang pernah tak rasa takut nak cakap depan orang ramai? Sebelum mula bercakap, korang akan masuk toilet 8 kali, rasa nak muntah, rasa macam ada rama-rama dalam perut. Pastu mula fikir bukan-bukan, takut orang tak dengar, orang boring.. Pernah tak rasa? Aku pernah.. selalu.. dari zaman sekolah, sampai sekarang dah kerja pon! Arghh! Lagi-lagi kalau kena speaking omputih. Wargghh! Masa berlatih macam paling hebat je, bila dah kat depan, haaaa kau tergeliat lidah melayuku... Eheh. Malu I.


Tapi.. tapi.. sampai bila nak malu kan? Kita kena move on.. eceh.. yok2 je aku ni. Ni tadi saja google-google tips nak hilangkan gemuruh di atas pentas dan di depan orang ramai.. Aku ambil ni kat komuniti iluvislam ni.. dulu forum ni aktif, sekarang tak lagi dah. sedih :( Ok jom baca!


1. Sebelum cakap, tarik nafas 7 kali.. then lepas 7 kali gak... Amalkan ea.. InsyaAllah tak gemuruh



2. Berlatih cakap depan cermin, so kita boleh belajar buat eye contact dengan audience


Yang ni buat eye-contact dengan hantu. Sekadar gambar hiasan :)



3. Cakaplah dengan suara yang kuat. Sebab apa? Bila cakap dengan kuat, orang tak perasan suara kita menggeletar. Haaa best tak best tak tips ni? Eheh


Walk the talk




4. Sentiasa berselawat dan ingat, anda lah yang paling hebat di situ.. sebab tulah korang yang bercakap. Eheh tapi jangan nak berlagak plak.. Lempang kang. Ahaha



5. Ingat benda-benda yang kelakar.. so mood anda kan jadi happy dan tak takut. Tapi jangan gelak sorang-sorang plak. Nanti kena hanta Tanjung Rambutan plak . :P



6. Senyum.. jangan buat muka ketat!


Even Bella knows how to smile! :)



7. Cakap tu tak payah perlahan sangat, dan tak payah laju sangat. Kalau laju, nanti kurang oksigen masuk, dan akan mengurangkan keupayaan untuk berfikir. Aiyak! Ok lepas ni speed 90km/j je.. ( _ _ ")



8. Berdiri tegak. Jangan membongkok ea.




9. Fikir positif.. Jangan fikir benda buruk-buruk .. 



10. Baca ayat Al-Quran ni sebelum bercakap. Ini Doa Nabi Musa melawan firaun





Okay tu je!

Selamat mencuba! :)

p/s: Esok ade presentation dengan orang2 besar.. cuakzzzz




Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday #18:Bila Diuji Allah

  12 comments    
categories: 



Sunday, May 6, 2012

Jom Tengok Facebook Cover Artis Yang Cantik-Cantik!

  32 comments    
categories: 

Ni retis-retis yang aku LIKE dalam facebook... Saje aku usha-usha di petang Ahad yang boring ini (kasihan tak?), so aku buat ranking melalui pandangan mata aku sendiri.. Your argument is invalid! Ahaha




Pemenang pertama dimenangi oleh Katy Perry! Sebabnya tak serabut dan hanya fokus pada dia! Dia sahaja okay.. :) Make-up dia cantik sangat!





Yang kedua... drum rolll... eh patut yang no 1 tadi, ermmm takpelah... Jehan Miskin aktor hensem seMalaya.. hahahaha.. sebab apa no 2? Sebab gambar ni menarik woo.. jarang orang buat benda ni.. Bungee jumping ke hape name die ni? Body Jehan pun mantap.. eh eh






Yang ketiga.. Megan Fox! Nampak klasik sangat muka si musang ni kan? Kalau tak silap ni poster iklan kosmetic, tak pun perfume... tak sure. Yang penting cantik lah! Suke suke







Faizal Tahir! Smart kan cover dia? Hitam dan putih sahaja







Hmmm.. ayu sangat gambar Neelofa yang diambil oleh Annas Easkey ni..






Walaupun Emma Watson a.k.a Hermoine tak letak gambar dia sebagai Facebook Cover, tapi aku still berminat! Lain daripada lain kan? Hehe






Zain Saidin! Cute!


:)


Ada lagi ke Facebook Cover yang comel-comel?


Saturday, May 5, 2012

Lirik Lagu Terlalu Mencintaimu by Suki Low

  7 comments    
categories: 





TERLALU MENCINTAIMU
Suki Low


Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa menitiskan air mata
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkanku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulusku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut ke dalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat... Sayang

Sakit, perih, menusuk hatiku
Saat kamu ucap kata itu
Ku hanya bisa menitiskan air mata
Jatuh rasanya langit ini

Apa salahku
Sampai kau tega tinggalkanku
Padahal aku telah berikan segalanya
Belum cukupkah dirimu
Rasakan cinta tulusku
Selama ini hidupku hanya untuk kamu

Benarkah salahku
Ku terlalu mencintaimu
Hingga kau buat aku terlarut kedalam
Mungkin ku tak bisa hidup
Tanpa kamu di sisiku
Ku yakin bisa melewati
Tapi berat.. Sayang




Nota Kaki:

Lama tak dengar cite dia ni kan? Lepas menang One In A Million, ade album kot lepas tu macam tak menonjol dah. Faizal Tahir plak meletup-letup. Tapi takpelah, lagu ni best kot. Suara dia pon sesuai dengan lagu ni. Terbaik!







Friday, May 4, 2012

Al Ma'thurat & Kebaikan Mengamalkannya

  18 comments    
categories: ,




Apa itu Al Ma'thurat?

Al-ma'thurat  merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Zikir-zikir di dalam Ma'thurat sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya di baca sesudah solat Subuh dan solat Asar.


Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud “Aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam“. Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.







Kebaikan Membaca Al Ma'thurat
  • Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani

  • Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin

  • Tidak dihampiri syaitan

  • Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.

  • Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat

  • Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga

  • Terhindar daripada syirik

  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun

  • Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang

  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat





Jom sama-sama amalkan :)