Monday, April 30, 2012

4 Benda Yang Best Dalam Google Yang Mungkin Anda Tak Tahu



Google. Perlu ke diperkenalkan lagi? Memang satu web search engine yang paling glamour kot dalam dunia ni. Nak taw satu fakta tak? Kalau kita nak carik ape-ape dalam website, mesti kite akan cakap camni kan? "Ermm.. okay sekejap biar aku 'google'". Tak pernah plak kita cakap, "Meh aku 'yahoo'." , "Meh aku 'bing'". Haaa.. hebat tak hebat la google ni, sampai trus jadi satu perkataan dalam kamus. Haha



Tapi Google ni bukan untuk mencari informasi je, banyak lagi applikasi lain yang korang kena explore. Memang best-best dan berguna beb! Cekidaut!





1. Off The Record Chat - privasi itu penting!

Gmail secara defaultnya akan save ape sahaja yang diborakkan kat dalam Google chat. Boleh chat kat gmail -> chat. Tapi jika anda mahukan privacy dan taknak perbualan korang tu direkodkan (wow macam artis glamour kan.. off the record please.. eheh), korang boleh pilih option: Go off the record.
So lepas ni kalu korang check balik kat archive chat, memang takde perbualan korang tu. 

Macammana nak buat?
Dekat app Google Talk, pilih option di sudut sebelah kanan skrin. Tekan Go Off The Record. Wallahh








2. Undo Send Email

Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata, tak boleh. Terlajak send email yang tak sepatutnya? Contohnya mengumpat boss send guna email (hi-technye ngumpat kat email!), nak bagi kat bff, sekali otak tersplit, terbagi kat boss. Camana? Jangan risau, kalau guna gmail, boleh undo lagi!

Bagaimana?
Gmail -> Settings -> Labs ->  SearchUndo Send -> Enable Undo Send -> Save Changes



Okay nanti korang try ea kat boss korang. Ingat undo send tu enable dulu :)







3. Video Chat yang super clear & Hangout!


Korang pernah try guna Google+? Kalau tak, try la skarang. hehe. Ade function name die Start a Hangout.. so korang leh la hangout di alam maya dengan best. hehe. Yang penting, google video chat ni memang best dan clear dan lagu mengalahkan Yahoo Messenger. Tapi aku tak paham knape still ramai lagi orang guna YM ni. heishh sangkut-sangkut kot. 








4. Email Sebagai Reminder

Email ni banyak gunanya. Bukan untuk send & forward email-email kelakar aje! Antaranya ialah sebagai reminder. Alaa untuk event-event penting ke, exam tergempar ke..


Camana nak wat ni?
Senang je.. Gi kat Google Calendar -> Create Event -> Pastu nantu kluar page seperti di atas, then korang fill in jelah part mana yang bersesuaian.. then pilih reminder tu ikut mana yang sesuai dengan korang.. weekly ke, daily ke,.. ikut la mane korang nak ek?



Okaylah. Setakat ini sahaja

Selamat Mencuba

:)



Friday, April 27, 2012

Angin Satu Badan??





Punca Badan Berangin:

  • Makan makanan yang berangin seperti kacang, sayur kubis, bawang, makanan bergoreng. Kalau anda baru berjinak-jinak dengan makanan yang banyak fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, anda juga akan rasa berangin tapi lama-lama anda akan pulih. :)  Dengan syarat minum air banyak-banyak taw!

  • Tekanan. Stress. Huh. Susah ni nak elak. Patutlah slalu angin satu badan. Rupanya bila tertekan akan menyebabkan banyak tertelan angin. Hoh. Weird

  • Merokok. Eheh. Tak perlulah nak huraikan dengan panjang lebar tentang pembunuh ini ya 

  • Makan makanan yang banyak lemak dan minum air gas berbikarbonat. Hahah. Ini pakej biasa kalau pergi ke FaSt Food Restaurant. Beragak la ye



  • Makan produk tenusu. Sebabnya kita kekurangan enzim laktase yang menyebabkan laktosa tidak dapat dicerna lalu terus dipindah ke usus. So banyaklah gas terkumpul dalam perut.

  • Makanan manis yang mengandungi gula fruktosa. 




Cara Untuk Elakkan Angin Dalam Badan:


  • Elakkan makanan yang manis-manis yang berangin contohnya gula getah, gula-gula, pemanis makanan



  • Makan perlahan-lahan ea.. kunyah 40 kali. Jangan gelojoh sangat tau! Hee hee. Kalau kunyah cepat sangat, banyak tertelan udara.

  • Kurangkan makanan yang banyak gas macam taugeh, kacang, brokoli, buah epal, buah pear. Makan boleh, tapi jangan banyak sangat. Orang kata, bersedehana lah ye :)

  • Minum air masak banyak-banyak. Air penting uollz


  • Banyakkan bersenam. Sebabnya, senaman merangsang usus untuk mengeluarkan makanan yang tidak dihadam dari badan. 

  • SILA BERHENTI MEROKOK! I'M SERIOUS! (Geram sebab tadi ade orang merokok tepi meja, nak makan pun tak senang. haish!)



okay itu sahaja.. selamat beramal... :)




Sumber asal petua : sini

Sumber imej : sini


Thursday, April 26, 2012

Monday, April 23, 2012

Lirik Lagu Drive By - Train





Drive By
Train

On the other side of a street I knew
Stood a girl that looked like you
I guess that's deja vu
But I thought this can’t be true
Cause you moved to west L.A or New York or Santa Fe
Or where ever to get away from me

Oh but that one night
Was more than just right
I didn’t leave you cause I was all through
Oh I was overwhelmed and frankly scared as hell
Because I really fell for you

Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by
Just a shy guy looking for a two ply
Hefty bag to hold my love
When you move me everything is groovy
They don’t like it sue me
The way you do me
Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by

On the other side of a downward spiral
My love for you went viral
And I loved you every mile you drove away
But now here you are again
So let’s skip the “how you been”
And get down to the “more than friends” at last

Oh but that one night
Is still the highlight
I didn’t leave you until I came to

And I was overwhelmed and frankly scared as hell
Because I really fell for you

Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by
Just a shy guy looking for a 2 ply
Hefty bag to hold my love
When you move me everything is groovy
They don’t like it sue me
The way you do me
Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by

Please believe that when I leave
There’s nothing up my sleeve but love for you
And a little time to get my head together too

On the other side of a street I knew
Stood a girl that looked like you
I guessed that's deja vu
But I thought this can’t be true
Cause

Oh I swear to you
I’ll be there for you
This is not a drive by
Just a shy guy looking for a two ply
Hefty bag to hold my love
When you move me everything is groovy
They don’t like it sue me
The way you do me
Oh I swear to ya
I’ll be there for ya
This is not a drive by


Sunday, April 22, 2012

Review The Cabin In The Woods: Cerita Paling Kejam





Dah lama tak tengok cerita yang berkualiti. Tahun ni banyak cerita yang aku tengok macam hampas je. Haywire, chronicles, hmmm ape lagi yek? Membazir duit aku jek tengok sampai tertidur. Bayangkan tidur dalam wayang, bagai membayar 10 ringgit untuk tidue semata, sedangkan tidur di rumah lebih selesa

Cerita yang lain aku tengok, Street Dance, MI4, Journey to the ... tak ingat, The Hunger Games, hmmm semuanya so-so aje. So malaih ah nak wat review. Heheh.

So.. tadaaa.. here we are.. aku pon gatal tangan gak nak review nih.. fresh dari otak nih sebab baru balik kan..?



Ok sinopsis lah dulu papehal:

Lima kawan pergi ke kabin yang terletak jauh di dalam hutan. Perkara-perkara buruk berlaku.Seorang demi seorang dibunuh dengan kejam. Jika anda fikir anda tahu cerita ini, fikirkan sekali lagi. 

(BUNYI PELIK KAN? THANKS GOOGLE TRANSLATOR!)


Rating saya: 3.5 / 5 stars



KENAPA ANDA HARUS MENONTON FILEM INI?

  • Sebab cerita ini lain daripada yang lain. Mula-mula memang korang ingatkan cliche, macam citer remaja pergi bercuti kat hutan, pastu jumpa benda pelik2, pastu hantu pon kluar. Oh tidak sama sekali!

  • Sebab ada awek cun. Dana. Eheh. Konfius jap mengapa aku perlu teruja ada awek cun?



  • Ada hero kacak yang pada mulanya disangka orang yang dungu. #dontjudgethebookbyitscoverrrr




  • Filem ni jugak mengajar aku untuk tidak berputus asa. Pantang maut sebelum ajal. Kalau korang jumpa zombie jangan terus menyerah okay. Nanti korang plak jadi zombie. Kalau nak kalah sekali pon, kalah dengan cara terhormat okayh? Cewah


  • Sebab pelbagai jenis hantu ada di dalam filem ini. Macam katalog plak boleh pilih hantu. Keh3. Nanti diorang kluar dari lif. Eh spoiler! Keh3

  • Ending pun lain dari yang lain. Haishh senang cakap korang kena expect the unexpected. Hehe. Kena fikir aaa


YANG KURENG SEDIKIT:


  • Not sure sama ada aku perlu tambah power spek ataupun memang filem ni terlalu gelap? Aku tak nampak sangat hantu. Kadang2 macam laju sangat lah hantunya. 



Baiklah itu sahaja. Taknak lah review panjang-panjang kan apalah gunanya. Saksikan di pawagam berhampiran anda :) Peace! Gudnight peeps






Monday, April 16, 2012

Bagaimana Menghapuskan Tikus Dari Bermaharajalela Di Rumah Anda?





Rumah aku dulu aman dan makmur. Binatang yang ada pun, cuma semut - semut kecil yang menghurung gula. Yang selalu ada, burung - burung berkicauan di luar rumah. Cewahh ayat puitis la plak


Tapi.. tak lama selepas tu, ada sesuatu berlaku. Di tengah keheningan malam, kedengaran bunyi plastik sampah bergeseran. Mula - mula perlahan, lepas tu makin kuat. Eh pelik. Kami pun menjengukkan kepala di dapur, dannnnn....... tadaaa!! Kepala tikus menjenguk, kemudian ia mencicit lari di belakang mesin basuh. Hilang.


Aku terus rasa nak pitam. Pening jap aku, Camana dia boleh masuk ke rumah kami? Haish. Lepas tu fikir-fikir balik, macam bodoh je soalan aku tu. Rumah kami kan atas tanah, pandai-pandaila dia masuk dari lubang-lubang mane2 ntah yang kita tak aware.




Operasi penghapusan pun bermula! Mula-mula kami guna cara lembut, halau je dulu. Guna ubat Serai Wangi uollz. Tapi tak jalan daaaa... tikus-tikus macam sukaaa je bau tu, Siap suka hati sangat sampai kencing + berak kat dapur rumah kami! Haiss ini dah melampau ni! This means war!!!!!!!!


So, untuk halau, tangkap dan bunuh tikus:


1. Beli perangkap tikus. Aku punya yang petak macam sangkar tu. Lepas letak 2 hari, dapatlah tangkap.. geli siot.. Lepas pakai tu, jangan lupa basuh dan jemur kat tengah panas. Cek Ti ni hidung dia sensitif, so kalau dia pernah bau kawan dia dah mati kat situ, mestila dia tak nak masuk dah. Pakai gam tikus pun senang, lepas pakai terus buang. Easy peasy.



Huwaaaaaa... geli!!


2. Beli racun tikus. Aku pakai jenama King Kong. Warna pink. Orang kata bagus. Letak kat laluan si tikus. Lepas tu boleh jugak letak sebekas air di tempat berdekatan dengan tempat letak racun, sebab lepas dia makan racun, tikus ni akan rasa kepanasan, dan dia akan carik air. So bila korang dah letak bekas air tu, diorang akan datang situ dan lemas kat situ. Tak payahla lepas ni susah-susah nak cari bangkai tikus tu kan?

Bekas air tu kena besar sketla, yang membolehkan tikus tu lemas


3. Letak daun durian belanda, jering bertangkai dan daun pandan kat tempat tikus lepak. Haaa try laaa mana tau jadik. Ni aku baca kat forum, tapi aku tak try lah 



4. Ada jugak kata letak kapur barus. Kapur barus kan wangi kan... tikus tak suka kot..


5. Bila dah sampai rumah, jangan maki hamun tikus hokayyy (Walaupun mungkin tikus telah menebuk baju baru korang). Sebab diorang ni binatang yang pendendam, so nanti diorang akan bawak konco-konco diorang.. kacau bilaukan rumah korang lagi. Haa cmana? Aku pun tak paham camana dia boleh faham bahasa kite, tapi aku ikut gak la petua ni.. tak baik marah2 kan. hehe


6. Bila dah buat semua ni, jangan lupa jugak tutup mana-mana tempat yang kau syak menjadi sumber/punca dia masuk ke rumah korang. Kalau macam aku, kat lubang bilik air dan toilet. Haa tutuplah dengan batu ke, baldi ke.. Ikut kreativiti koranglah. Asalkan tikus tak boleh masuk lagi ke rumah korang. Yahoooo!




Tapi kalau ada tikus berbakat macam ni masuk kat rumah korang, jangan sia-siakannya ya? ahaks!




So sekarang ni Alhamdulillah, lepas sesi mengemas dan membuang apa yang perlu (takut jadi markas tikus) dan melakukan pencegahan, tidur kami kembali nyenyak tanpa sebarang bunyi dari dapur lagi. Creepy weihhh.. hidup dalam ketakutan. Hidung kami pun boleh bernafas dengan normal, takdelah bau kencing mereka yang @!8&! itu. 

Sekian.

Selamat Berjaya!

Friday, April 13, 2012

Lelaki Paling Fotogenik Di Dunia... Video Pula!




Aduhhh.. tak habis-habis lagi ke pasal mamat ni?

Jawapannya:

Memang tak arrrrr

Hahahahaha

Akhirnya, setelah dia menyorok selama beberapa minggu (nyorok ke?)

Akhirnya dia keluar di kaca TV dalam rancangan Good Morning America!

Wowwww..

So kesimpulannya dia memang handsome laaa...

Sebab tu dalam gambar bertambah handsome.. hehehehe

Cuba korang pause kat mana2 dalam video tu..

Takde satu pon angle yang menyebabkan dia nampak buruk.. bukan sahaja tidak buruk, nak nampak biasa pun susah! Handsome setiap masa!

Enjoy this video ya!






Indahnya ciptaan tuhan :)



This entry was posted in

Wednesday, April 11, 2012

Lelaki Paling Fotogenik Di Dunia



Amacam? Fotogenik tak? Hensem kan? Yang baju purple tau. Abaikan yang belakang tu. Hehe





Ni lah gambar asal :) Gambar ni diambil masa pertandingan Marathon . Gambar ni diupload oleh seseorang kat dalam 9gag. 

Dan tak lame pastu, dalam 2-3 hari je.. dah berjuta orang tengok gambar dia dan terus menobatkan die sebagai lelaki paling fotogenik di dunia. Ahaks! Senang kan?

Kenapa fotogenik? Korang tengokla sendiri gambar tu, orang-orang tepi dia semua nampak sememeh je.. Dia rileks sempi selamba dan bergaya je lari. Hehe. Rambut pon cantik je wooo. Badan pon tough. hehe. Senyuman dia tu yang menawan tu :p

So ramai la orang share gambar die ni.. kat facebook melambak, kat twitter pon ade.. Pendek kata dalam sekelip mata je dia dah jadi famous. Ramaila awek2 dok berkenan dengan die ni. Untunglaaaaa


Tapi malangnya dia dah ada awek laaaa... Dan dia sangat setia dengan awek dia. Hohohoh. Dia jugak pandai memasak.. hmm bonus~ Owh lupa plak! Nama dia Zeddie Little. Umur 25 tahun. Tinggal kat New York. Jom carik die! Hahahaha




Sampai macam ni sekali... Hoho .. believe it or not :p




Versi tak berlari. Hmmm.. what say you? 


Hmmm..ada sesiapa berminat? Cuba untuk mengenali dia dengan lebih dekat? Malangnya takde sape taw laman facebook dia atau pun twitter dia yang sebenar. Yang ada cuma fake account twitter. Hmmm~~ susah la cenggini



Mungkin Zeddie Little tak sukakan popularity dan nak hidup tenang tanpa dikenali oleh strangers. 

:)


Lepas habis marathon


SELAMAT BERCUTI SEMUA! :)




This entry was posted in

Monday, April 9, 2012

Lirik Lagu Tentang Rasa - Astrid (OST Vanilla Coklat)


Bagai pinang dibelah dua.. hik3



TENTANG RASA

ASTRID

Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya





Lagu ni best sebab:


  • Sebab lagu ni OST Vanilla Coklat... mestila best!


Fakta & Kebaikan Jogging




Bidadari-bidadari dari Victoria's Secret pun berjogging uolls.. Patutlah body mantap!



1. Jogging membantu kita untuk mendapat tidur yang lebih berkualiti.
Bila kita selalu berjogging, kita dapat tidur dengan lebih senang. Tapi jangan terlebih plak, nanti asyik tidur je, tak pon... susah nak tidur plak. 


2. Jogging boleh membantu kita mengurangkan tekanan. 
Sebenarnya semua jenis sukan boleh membantu kita menghadapi tekanan. Ia menambahkan kapasiti dan ketekunan kita dalam kerja dan mendorong kita ke arah kehidupan yang lebih aktif. Takdelah ngantok je kan kat opis.. 







3. Jogging boleh membantu menghilangkan lemak degil di perut anda.
Jongging membakar lemak dan menambahkan tahap metabolisme dalam badan. Yang bestnya, jogging boleh hilangkan lemak degil kat perut! Wow! Really? Tapi kena la jogging slalu dan konsisten.. Kalau sebulan sekali tak payah la ea.. hihi 







4. Jogging membantu menguatkan otot dan tulang.
Jogging membantu menambahkan kepadatan tulang . Cuba korang tengok nampak kaki atlit-atlit yang lari jarak jauh tu, nampak macam kurus macam lidi kan kaki diorang, tapi sebenarnya kuat taw. 





TIPS PENTING DALAM JONGGING

1. Kalau baru nak start jogging (dah 5 tahun tak jogging ke), sila jogging sket2 je.. 10 minit pun dah cukup. Jangan over sangat nanti pitam plak. hohoo


2. Jangan lupa warm-up sebelum jogging okay! Penting tu.. Kalau tak nanti otot-otot dalam badan terkejut


3. Bila dah beberapa hari jogging, jangan guna laluan yang sama Cuba tukar - tukar sket.. Bila dah bertukar tu, takdelah kita rasa boring.. so ko akan terus rasa semangat dan bermotivasi. hehehe


4. Sila pastikan anda makan ringan-ringan sebelum berjogging, paling bagus 2 jam sebelum ok? Tapi jangan plak lepas ko lunch ke dinner ke, ko g jogging.. berat plak perut tu.. hohoh



Emma Watson pon gi jogging! Suke! <3

Wednesday, April 4, 2012