Saturday, March 31, 2012

Riot Di Marriot Putrajaya

  17 comments    
categories: , ,


Riot? Takdelah... Sebenarnya aku ada training je kat Putrajaya. Ape kes pulak kan nak riot kat Putrajaya. Tempat aman damai tu.. hehe.

Anyway satu office hari tu kena g training, tapi sapa ada project tak payah g dulu la.. nanti tak siap lak project, client marah plak..

Objektif training tu adalah untuk mengubah mindset kitorang daripada seorang pekerja yang malas, kuat gossip menjadi pekerja yang amanah dan berdedikasi terhadap kerjanya. Hahaha! So persoalannya... does this training work for me? Hmmm~~






Basically Mindset Training ni menarik jugak r.. training macam menyuruh kita empoyee memahami employer and vice versa. Ada banyak input dalam training yang harus dipraktikkan oleh setiap pekerja supaya company jadi lebih maju. Hoho


Antara input yang aku dapat:

  • Apa - apa hal pun SABAR... Jangan asyik nak marah, nak melenting jer

  • Jangan bergosip di office.. sebab bila bergosip, kita akan influence orang lain untuk memburuk-burukkan seseorang atau membencinya. Padahal orang tu tak salah dengan kita pon!

  • Jangan curik tulang kat office! Hmmm ni macam biase buat je kan... haha!

  • Banyakkan MEMBACA. Baca buku motivasi, buku tambahkan pengetahuan. Kalau kita selalu baca buku, kita takkan marah pada dunia ni ~ trainer kata...

  • Bila nak marah, tutup mata, jangan fikir. Bertenang, kemudian baru fikir dengan rasional apa nak buat :)


Kesimpulan:

Trainer ni Chinese, agama dia.. ermm tak dapat dipastikan la pula. Tapi semua benda yang dia cakap dalam training tu semuanya ada dalam Islam. It is all stated in AL-Quran. Pelik tak seorang yang bukan beragama Islam mengingatkan kepada majoriti ummat Islam dalam sebuah training? 

Memang banyak yang dia tekankan tu macam Sabar, jangan cepat marah, jangan mengumpat, jangan merungut.. semuanya patut dipraktikkan dalam kehidupan seharian orang Islam.

Like, kalau kita semua ni memang dah mengikut semua tu (which is not obviously), kita tak akan membazirkan duit company dengan menghantar staff2nya ke sebuah training yang.. memelukan jumlah wang yang agak besar kan. Yelah staff ramai kan. 

Aku sebagai orang Islam menjadi agak malu.. Mengapa dia yang menerangkan sume ni pada kita? Haishh..


Surah Al-Asr:


1) Demi Masa,

2) Sesungguhnya SEMUA manusia itu di dalam kerugian,

3) KECUALI mereka yang beriman, dan beramal soleh

4) Dan berpesan2 pada kebaikan, dan berpesan2 pada 

kesabaran





By the way, kek chocolate di Restoran Tuscany sangat sedap






Ini juga :)




Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday #15: Saya Seorang Arkitek

  10 comments    
categories: 

Sayalah yang buat pelan untuk Hotel Marriot Putrajaya... Alaaaaa templat Lisa Surihani & Yusri nikah tu...


Pecaya tak? Tak percaya tengok la pelan tu.. sama kan .. 

Sila Percaya



Sunday, March 25, 2012

DiGi WWWOW Awards Datang Lagi! Jom Undi!!

  10 comments    
categories: 


Undi lah aku ea:

NUFFNANG BLOGGER OF THE YEAR




Hahahahhahahaha

Gurau - gurau di hari Ahad!

Jangan marah ea!

Aku nak undi Cik Epal

hehehe


Undi di sini:

Friday, March 23, 2012

Lirik Lagu Kosong - Najwa Latif

  14 comments    
categories: 


Kosong

Najwa Latif


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu



Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong 
Kosong


Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong 
Kosong


Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar


Oooo Ooo


Kosong kosong
Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong


Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong
 Kosong


Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong 
Kosong








Nota Kaki: 

Semua lagu Najwa Latif setakat ni tak pernah menghampakan aku. hehe

Maybe sebab suara dia macam Justin Bieber kot. Kah3

Thanks Najwa u make my day lighter . hee

Keep on doing what u love <3


Thursday, March 22, 2012

Wordless Wednesday #14: Orang Asia Genius?

  6 comments    
categories: 


Dalam 9gag selalu ade pasal orang Asia genius

Mementingkan pelajaran

Orang Amerika pulak bodoh, tak boleh harap

Is that so..??



Sunday, March 18, 2012

Saya Suka: Americas Next Top Model

  29 comments    
categories: 


Sebab utama:

  • Nak tengok Tyra Banks lah! Hehehe.. Suka dia ni sebab dia ni versatile lah! Macam-macam dah dia buat. Dia ada show sendiri, Tyra Banks Show, dia juga seorang penulis buku, Modelland.. Dan yang penting dia beauty with brain okay... Dia baru je grad dari University Harvard dalam business school. Hebat kan? Dan yang penting dalam umur 38 sekarang ni, dia tetap fabulous okayyy


  • Aku suka tengok girls! Hahaha jangan cakap aku lesbian plak.. kakaka. Aku suka tengok perempuan-perempuan yang cuba masuk dalam ANTM. Sebab sumenye ade kcantikan masing-masing. Yang peliknya dalam bidang model ni, kecantikan yang diorang tengok bukan kecantikan biasa. Pada mata aku, macam tak cantik. Tapi geng2 Tyra, Andre, Nigel Barker.. semua cakap cantik, beautiful bon structure la.. macma-macam. So tu yang menarik tu. Beauty lies in the eyes of beholder :)





Allison ANTM All-Star 17.. pelik dan comel




Isis King.. dulu jantan pastu wat pembedahan jantina.. masuk ANTM meletoop ko makkk....




Dominue Reighard adalah my feveret model! Sedih bila dia tak menang ANTM All-Stars 17.. huhu. Dah Ada anak 2, tapiii still vogue youolls





  • Suka tengok challenge diorang! Best giler! Bukan stakat jalan pose cantik je tau. Tapi anyak challenge yang macam tak masuk akal. Kena jalan dengan api la, kena shoot kat tempat pembuangan sampah yang busuk. kena pose bogel dan macam-macam lagi! Tapi diorang sume ni layan je... hohoho


Kena jalan dalam buih!





Tengah jalan kena ketuk dengan pendulum.. Terus jatuh.. Sedih




Photoshoot dengan harimau! Aummmmm!!!



Sekarang ni dah America's Next Top Model 18! Jom tengok same-same. hehe

I Miss My Classmates :)

  No comments    
categories: 



Wednesday, March 14, 2012

Lupakah Engkau Kepada Rakib Dan Atid?

  14 comments    
categories: 


Aku sebenarnya mempunyai masalah

Masalah aku sekarang ialah hati aku selalu tak tenang

Aku sedih

Aku murung

Aku pon tak tau kenapa.. Nak cakap aku ada masalah, okay masalah kecik je.. tak payah la nak sedih sangat kan

Aku rasa macam ada yang tak kena

Fikir punya fikir

Aku tersedar sendiri

Aku ni kerja, dapat gaji bulan-bulan..

Dengan duit gaji tu, aku beli macam-macam

Aku beli makanan, aku beli baju, aku bagi duit tu kat mak ayah aku

Tapi..

Aku terfikir

Adakah duit gaji tu setimpal dengan apa yang aku buat?

Aku banyak main

Aku surf internet, aku surf website yang tak sepatutnya

Peratus kerja sedikit, dengan peratus main, buat kerja tak berfaedah lagi banyak

 Kerja tak siap

Bila boss lalu, buat-buat bizi

Masa buat tu aku tak rasa bersalah pon

Aku rasa benda yang aku buat tu macam biase je..

Macam takde pape

Betullah orang kata, benda salah kalau dah biasa buat tak rasa apa-apa

Sampai aku rasa macam kalau buat kerja lebih sket, eleh poyo rajin sangat..

Orang kata makan babi dengan anjing tu haram

Tapi apa bezanya dengan makan gaji buta? Duit gaji tak berkat?

Ya Allah 

Ampunilah dosa hamba-Mu 

Berilah aku ruang dan peluang untuk berubah Ya Allah


Bantulah hamba-Mu ini untuk berubah 

Jauhilah aku dari perkara yang keji dan orang-orang yang zalim


Monday, March 12, 2012

Untungla Mat Luthfi Dah Jadik Selebriti...!

  26 comments    
categories: 





Tengok Mat Luthfi dah glamour...

Balik Malaysia ramai kot nak amek gambar dengan die.. hihihi

Dah tu ada orang samakan die dengan Artis Korea!

Retis lah Mat Luthfi!

Hahahaha


Friday, March 9, 2012

Cara Menjimatkan Petrol & Gas

  14 comments    
categories: 

1. Jangan memandu dengan laju yer
Bila tekan pedal minyak dengan lebih kerap dan lama, maka makin banyak la minyak yang digunakan kan.. Kalau kereta korang ada cruise control, maka gunakanlah ia.  Lagi satu tips dari kawan aku, kalau nak jimat lagi, masa turun bukit, free gear. Wakaka. Try la






2. Jalan Kaki La.. Hohoho
Kalau agak-agak tempat yang ko nak gi tu cuma sekangkang kera, tak payah la malas sangat pungkoq hang tu. Jalan jelah kaki kan.. exercise la sket beb. :) Sihat pun sihat gak ape.. Kalau parking tu, tak payah pusing bangunan tu 2, 3 kali sebab nak carik parking paling dekat dengan pintu masuk.. pe salah nye jalan sket kan? 







3. Pastikan tayar mempunyai  tekanan angin yang betul
Tekanan angin dalam tayar mestilah tak kurang dan tak lebih ok. Kalau tayar kurang angin, kempis, maka kita akan menggunakakan lebih petrol. Kalau terlebih angin tayar akan cepat botak pulak. So better check tekanan angin tayar sebulan sekali ke.. sebulan 2x ke... gitulah ..





4. Jangan biarkan enjin hidup tanpa memandu 
Selalu buat kan? hehe.. Sementara tunggu mak beli barang kat kedai runcit, kita pun duduk dalam kereta dengar radio. Sejuk je dalam aircond. Tanpa kita sedari, sebenarnya kita telah membazirkan petrol. Kalau 5 minit, okay lagi.. Kalau 1/2 jam? 2 jam? 3 jam? Hahaha. over la plak gitu. Baik balik rumah tido







5. Gunakan Public Transport dude! 
Jimat minyak dan jimat duit parking! Hoyeaaaahhhh. Komuter dan LRT  for the win! Dan tak perlu menempuh traffic jamjuga. Tak payah tekan hon! Tak payah marah-marah sumpah seranah!  Isn't that great?? Puchong SILA ADA LRT sekarang







6. Elakkan waktu puncak sewaktu di jalan raya  a.k.a TRAFFIC JAM
Tapi kalau dah duduk KL mesti jammed punyelah pagi-pagi. Cis. Kena kluar pagi2 subuh la. Argghhh!!!!!




7. Pastikan enjin selalu diselenggara
Bawak la gi servis selalu, tukar minyak hitam dan lain-lain lagi.



ok bye :)


Sumber imej : sini 



Wednesday, March 7, 2012

Wordless Wednesday #13: Ade Macam Hanis Zalikha tak?

  12 comments    
categories: , ,

::Dijumpai dalam mag Cleo::


Monday, March 5, 2012

Cara Untuk Hidup Tak Gembira!





Pelik tak? Orang lain bagi tips untuk happy, aku bagi tips untuk tak gembira! Ape ke gila? Anyway, senang je... just avoid this 10 things okay fella?? :)




1. Complain... complain.. complain... kutuk sana sini.. Semua benda ko tak puas hati.. Asyik complain je sampai ko lupa dan ko abaikan benda yang indah-indah .. 







2. Mengelak dari masalah dan cabaran. Hidup ko hari-hari benda yang same je.. Makan, tido, keje, berak.. Come on... hidup mesti ada cabaran kan, takkan nak duduk dalam comfort zone je.. Bila ada problem, fikir cmana nak selesaikan problem tu, bukan mengelak ye






3. Sibuk membandingkan diri anda dengan orang lain. Bandingkan plak apa yang kita takde. Jangan gitu ok.. bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. baru lah hepi :)




4. Bimbang dengan perkara yang belum berlaku lagi. Kita sibuk fikir benda2 yang tak jadi lagi. Asyik terkalau-kalau, dan asyik benda yang tak elok... Pessimist la orang kata






5. Asyik fikirkan masalah, sampai terbawak-bawak dalam mimpi.... Tapi bukan nak selesaikan pun!

Sapai mati pun problem tak akan selesai... hohoho




6. Buat benda yang kita TAK SUKA!




7. Setia dalam hubungan yang tidak menjamin apa-apa. Tak semestinya hubungan percintaan, hubungan persahabatan pun boleh je. Contohnya: Ko kawan dengan orang yang selalu buat ko down.. For what? Tak pun kawan ko yang selalu berfikiran negatif.. lama-lama ko pun jadi macam dia.. Rugi kan?



8. Cuba untuk mengubah orang lain. Sebenarnya, ko tak boleh nak ubah orang melainkan dia sendiri nak berubah. Apa yang kita boleh buat ialah, cuba menasihati. Tapi kalau dia tak berubah? Dia yang rugi! Ko jangan nak kecewa plak...





JOM KITA ELAKKAN PERKARA-PERKARA INI!

TAK ELOK!

:)


Source: sini

Thursday, March 1, 2012

Kenapa Eliana ni Comel Sangat?




Pemenang pipi tergebu dan tercomel di dunia dimenangi oleh Eliana Narvaes!

Cewahhh sesuka hati aku je kan nak bagi anugerah

Umur dia sekarang 3 tahun

Dia suka makan bluberry (blu-bewi), suka makan cookies.. Suka makan ape-ape jelah senang cakap! Hahaha

Dia juga suka miming lagu Adele... comel gila wa cakap lu

Dia ada kakak, nama dia Alexa (yang menawan)

Eli suka menjerit, dia tak suka air, anti gila dengan laut,sungai. Hehe

Dia suka tolong akak die (Alexa)

Dia suka pukul orang.. gangster nih. haha pukul-pukul manje je

Dia jugak suka menyanyi dan menangis.




Meh tengok video dia korek hidung dan makan tahi hidung die. Hahaha!












Eliana baca ABC.. Masa tu dia pelat lagi. hahaha


Semoga Terhibur :)