Wednesday, February 29, 2012

Perkauman






When I born, I Black,

When I grow up, I Black,

When I go in Sun, I Black,
When I scared, I Black,
When I sick, I Black,
And when I die, I still black, 

And you White fella,

When you born, you Pink,
When you grow up, you White,
When you go in Sun, you Red,
When you cold, you Blue,
When you scared, you Yellow,
When you sick, you Green,
And when you die, you Gray, 
And you calling me Colored ?

- The Poem Written by an African Child -

-Was nominated for the Best Poem of 2005-






Monday, February 27, 2012

Saturday, February 25, 2012

Lirik Lagu Sesaat Kau Datang Ramlah Ram feat SLEEQ


Comel tak? Comel tak mereka?



Ini Ramlah Ram tak kan tak kenal kot. hihihi





Aku suka la plak tengok video klip diorang nih... comel je kahwin lari-lari. Hahaha. Mengikut mak Hanis Zalikha, si cantik manis Hanis Zalikha dapat offer untuk jadi model/pelakon dalam video klip ni, tapi sebab Hanis tak free tarikh tu so ganti orang lain, iaitu Jazrina Jasni yang jelita! And she is awesome too babeh! Good job!



SESAAT KAU DATANG
Ramlah Ram feat Sleeq


Ramlah Ram:
Sesaat Kau Datang
Sesaat Kau Hilang
Kemunculan dirimu
Penuh misteri

Kau Mendekat
Kau Menjauh
Kau tinggalkan diriku
Sesudahnya kau membuang
Mencampakkan aku

Sleeq:
Sayang
Bukan tiada cinta lagi
Ku tak ingin sakit hati
 Ku tak dapat lepaskan
Segala yang ku hargai

Oooooo

Maafkanku sayang
Tetapi ku harus pergi
Oyeah...

Ramlah Ram:
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Haaaaaaa......

Sleeq:
Yaaaww yaww.. Cmon cmon

Ramlah Ram:
Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya

Sleeq:
Tentu sayang

Ramlah Ram:
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena ku manusia biasa

Sleeq:
Untuk mendakapmu di sisiku
Siapa yang cuba pisahkan 
Kita kan disiku
Begitu besar sayangku kepadamu
Yeahhh
Tetapi ku tidak pasti
Bahwa ku bisa melalui derita ini

Ramlah Ram:
Oooooooo....

Sleeq:
Uuuuuu....

Ramlah Ram:
Sungguh kejamnya dirimu
Mengkhianati cinta yang ku semat di jiwa
Kau hancurkan segala harapan
Kau remukkan cinta yang telah kita bina
Haaaaaa...

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela

Jika sudah kau mencintai dia
Putuskan aku dengan baik caranya
Walaupun sakit hati ku rasa
Sesungguhnya aku tak rela
Kerna hatiku masih mencintai
Dirimu dengan sepenuh hati
Tapi ku ikhlas melepaskanmu
Karena ku manusia biasa

Tiada salahku kepada dirimu
Kau buatku sengsara
Kau buat kecewa
Ku harap ada karma
Yang datang kepadamu
 Kepadamu


Wednesday, February 22, 2012

Tuesday, February 21, 2012

Tips Merehatkan Mata Yang Penat Menghadap Komputer




Kerja aku memang kena menghadap komputer non-stop selama 9 jam. Okay tipu.. tolak lunch hour, solat, gi toilet, lepak jap kat bay orang lain, basuh mug kat pantry.. ermmm.. 6 jam 1/2 kot. Tapi the point is 6 jam 1/2 tu lama kot.. tak campur lagik dengan bukak laptop kat rumah lepas office hour (macam aku buat sekarang nih). Arghh! Bercinta dengan komputer rupanya aku selama ni. Kesian.


So alkisahnya petang tadi time tengah buat kerja, aku seperti biasa sedang merenung komputer aku dengan harapan automatik semua kerja siap sekelip mata, tiba-tiba je mata aku macam sakit. pastu rasa pening-pening lalat. Aku pun tutup mata jap, tutup lama-lama kang boss aku ingat aku tido plak, barulah aku dapat rasakan yang mata aku ni dah letih.. Oh kasihan mataku. Aku pun google la tips mengurangkan keletihan mata, so aku gather semuanya, nilah jadinya:


Tips Merehatkan Mata Yang Penat Menghadap Komputer


  • Jarakkan pandangan mata anda dari skrin komputer sebanyak 50-100 cm. Okay esok bawak pembaris/tali tape sila ukur ye kawan-kawan :)

  • Tukar setting skrin komputer anda. Korang boleh reduce brightness komputer. Kalau skrin komputer tu terang sangat, memang boleh menyebabkan mata letih sebab banyak warna masuk ke dalam mata. Huhu. Kalau rajin lagi, tukarlah contrast color ke, ape ke, asalkan mata anda dalam keadaan selesa.

  • Alihkan pandangan mata anda dari skrin komputer. Walaupun anda ingin menjadi pekerja terbaik di office (konon2 busy buat kerja padahal tengah baca blog), anda perlu juga mengalihkan pandangan mata anda dari menghadap skrin berterusan. So tengok lah benda-benda lain plak, baca buku ke, g pantry makan ke, buat ni 5 mimit dalam setiap jam. Barulah mata boleh relax sket .. :)

  • Selalu kelip-kelipkan mata. Bukan kenyit mata kat dak opis plak! Hehe. Kalau tenung je skrin, mata akan menjadi kering disebabkan oleh radiation. So slalu2 lah kelip-kelipkan mata anda tu.. untuk mengurangkan keletihan...

  • Bsuh muka dan mata. Kalau dah letih, basuhlah muka dan mata dengan air sejuk. Kurang sket ketegangan otot mata



Okay sekarang mata anda dah segar macam gini.. hik hik hik cubit die comel sangat (^^,)





Mata kucing ni pon cumil sesangat <3 <3



Kalau nak buat exercise mata, sila baca ni --> http://www.wikihow.com/Exercise-Your-Eyes



Selamat Mencuba :)




Sunday, February 19, 2012

Kisah Wanita Gemuk Menjadi Kurus #2

Hai! Kembali lgi dalam rancangan Jom Kurus! Tetiba.. Aku sebenarnya sungguh tertarik dan kagum dengan orang yang berjaya kurus dengan cemerlangnya. Ternyata diorang memang mempunyai determination yang kuat untuk menjadi kurus. 

Bukan senang nak kurus kan? 

Sebabya apa-apa hal pun ko kena control makan dan rajin bersenam kan? Even kalau makan product Dr Rozmey pun kena consume kurang 500 calories ( kalau tak silap la) sehari.. Kalau makan Herbalife pun kena kurangkan pengambilan makanan.. 

Lepas tu, bukan saje  kena kurang makan, tetapi jugak kena bersenam! That's the hardest part babe! Bontot ni nak bangun dari duduk pun macam malas, inikan pula untuk berlari-lari, angkat dumbbell ke hape ke.. susah dan malas woooo

Macam mane plak yang kurus dengan gi Slimming Centre macam London Weight Management, Maria France Bodyline tu? Orang kate alaaa orang kaya senang ah duit banyak nak kurus, pegi je Slimming Center.. senang senang senang.. Eh? Tapi diorang kaya sebab diorang banyak duit. Ingat senang ke carik duit? Hah? hah?

Kalau kurus makan pil kurus? Amek dadah? Haa itu bukan nak kurus, itu nak mati cepat.. Ahahaha.. 

Dah.. dah.. jom tengok gambar orang gemuk dah jadi kurus... :)




1. DATIN NORJUMA HABIB



Kenal tak wanita yang memegang bayi di sebelah kiri itu? Itulah Datin Norjuma selepas melahirkan putera sulungnya! Hehe.. bajet korang tak taw je kan.. Padahal famous giler gambar ni. Itulah pengorbanan seorang ibu tau.. Nak tak nak lepas mengandung dan bersalin mesti berat badan naik punye!

Lepas tu mulalah ramai orang komen Datin Juma jadi gemuk, dulu kan dia slim melim. Masa dia mengandung, berat badannya 105 kilogram. Selepas melahirkan Muhammad Akil Razak yang kini berusia lapan bulan, beratnya turun kepada 95 kilogram. Tpi sekarang, berat Datin Juma dah tinggal 50++ kg je! Banyak giler turun weh! Kagum siot! 

Tipsnya:


“Ketika itu terus Juma diet. Tak makan nasi sebaliknya dalam tempoh tiga bulan Juma hanya makan sayur-sayuran yang direbus. Dalam tempoh enam bulan keseluruhannya barulah badan  kembali normal,”


Sumber: Sini









2. FARHAN AF


Personally aku rasa Farhan ni tak gemuk pun, cuma mungkin kerana dunia artis ni semuanya kurus-kurus belaka, Farhan dikira sebagai golongan artis yang berisi dan diminta untuk kuruskan badan. Sedih kan? Padahal penyanyi patutnya perlu pentingkan suara je :( . Tapi Farhan ni bagus, dia menyahut cabaran itu tapi dia tak nak kurus secara drastik. And she made it. Dia berjaya mengurangkan berat badannya dan she looks fabulous! :) 


Tipsnya?



"Saya akui tidak buat semua ini kerana hendak kurus. Cuma, tiada lebih membahagiakan saya apabila berat badan yang dulu sebanyak 60 kilogram kini turun empat kilogram. Hanya perlu mengurangkan tiga kilogram lagi, selepas ini saya boleh mencapai sasaran berat badan ideal seperti dinasihat doktor.


"Terus terang, saya makan sebanyak lima kali dalam sehari. Kedengaran agak banyak, saya sebaliknya ambil dalam kuantiti kecil sahaja. Contohnya, pagi saya minum air ekstrak buah dan sekeping roti. Kemudian, saya mula joging dan bersenam di kawasan berhampiran rumah.

"Makan tengah hari, saya masih makan nasi dan lauk-pauk bersesuaian dengan makanan diet saya. Waktu petang, saya minum air teh hijau dan menjamah biskut rendah lemak. Sebelum Maghrib, saya pasti akan makan dulu dengan mengambil nasi beserta sayur-sayuran atau ikan sebagai hidangan makan malam."

Sumber: Kosmo




3. JENNIFER HUDSON



Jennifer ni penyanyi + pelakon yang bagus. Aku ingatkan dia ni jenis lantaklah orang nak cakap ape.. Aku happy dengan body aku skarang ( masa dia gemuk lah ). Sekali tup tup aku tengok dia dah kurus. What??!! Apesal macam tibe-tibe je? Tapi ape-ape pun, dia memang nampak cantik lah bila dah kurus ni.

Tips kurus Jennifer?

Say NOOOOOO  to carbohydrate dan bersenam secara konstan/constant. 

Senaman yang dia buat: Berjalan kaki 30 minit untuk satu jam seharikemudian terus gi gimnasium,berjoging, dan motosikal menunggang. Jennifer juga melakukan senaman yang dipanggil "trilogi" yang termasuk set 25 squats,25 push-up, dan 25 ab bergerak dengan kadar baki minit panjang di antara jumlah 15 minit.

Perasaan Jennifer lepas kurus:

 "Saya rasa seperti saya menokok 10 tahun belia saya kembaliSaya kelihatan 10 tahun lebih muda  Orang berkata kepada saya: Anda mempunyai muka Jennifer HudsonAdakah anda Adik perempuan dia? "


Sumber: Sini


Bestnye dah kurus :)



Kesimpulannya:


Kalau nak kurus, kuruslah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan teratur. Banyakkan bersenam dan JANGAN CEPAT PUTUS ASA! Teruskan senaman dan tahan-tahanlah sket makan. Pengorbanan itu memang perlu. Okay, Selamat Sihat & Cantik wahai wanita :)

Thursday, February 16, 2012

Solat Jamak & Qasar : Niat & Cara






Maksud Solat Jamak:

Mengumpulkan 2 solat dalam satu waktu

  • Solat Zuhur & Asar
  • Solat Maghrib & Isyak

Jamak terbahagi kepada dua:

  • Jamak Taqdim:   Melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib
  • Jamak Takhir:  melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak

Maksud Solat Qasar:

Memendekkan solat 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zuhur, Asar & Isyak.


Syarat Solat Jamak & Qasar:

Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.



Cara Solat Jamak Dan Qasar

  1. Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.

  2. Berdiri lurus mengadap kiblat.

  3. Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.

  4. Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.

  5. Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.

  6. Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.

  7. Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.

  8. Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.


Niat Solat Jamak & Qasar



Asar-Zuhur


أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى



“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”





أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى



“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.





Isyak-Maghrib


أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى



“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”




أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى



“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.



Hikmah Solat Jamak & Qasar


Sebagai Musafir, kita sering mengalami masalah di mana untuk berhenti solat, tiada tempat yang sesuai untuk solat dan tiada masa untuk bersolat, oleh itu Allah memberikan kelonggaran ( rukhsah) kepada hambanya untuk memendekkan dan menghimpunkan solat. fardu. 









Kawan - kawan, ingat walaupun macam manapun susah, walau kita sakit teruk sekali pun, solat tetap wajib dilakukan walau dengan hanya menggerakkan kelopak mata.

Sedar tak, solat tidak susah dilakukan, dalam kehidupan sehari, brape lama saja kita diwajibkan menghadap Allah. Oleh itu, jangan ambil enteng ye kawan-kawan :)

Peace & Salam


Wednesday, February 15, 2012

Monday, February 13, 2012

Jalan-Jalan Di Bangkok #2



Breathtaking picture... amek kat sini







1. Floating Market

Haaaa.. ni tempat feveret aku sepanjang di Bangkok. Seronok rasenye dapat naik sampan sambil membeli-belah. Ahahaha. Sebelum sampai kat tempat jual-jual tu dapatla tengok rumah orang-orang Siam tepi sungai. Macam best je. Hehehe. Tapi kalau masa banjir tu cmane ek? Kan diorang hari tu kena bah besar kan?






Ni la antara rumah tepi sungai yang sempat aku snap. Cantik kan? Macam aman dan damai je. Huhuhu. Kalau bising pon bunyi boat la







Tadaaa.. jual jambu atas sampan. Friendly kan akak ni? Orang snap pic, dia senyum sporting giler! Hehehehe. Kat floating market ni yang best beli memang makanan & buah-buahan kat sini. Sebabnye.. memang murah and fresh. Air kelapa dia sedap dan manis tanpa perlu gula tiruan! Rasa macam nak beli banyak tapi susah plak nak bawak balik Malaysia. huhu






Makcik ni punya kedai jual T-shirt dan baju-baju kat tepi sungai. Tengok gaya dia, dia suruh kitorang senyap, jangan bagitaw orang lain yang dia jual murah kat kite. Komain lagi kan kak ni? Tapi sebenarnya takdelah murah sangat ponn


Tips:  Masa kat atas sampan tu, korang akan jumpa banyak la kedai dalam sampan2, yang jual macam-macam, kraftangan, souvenir, cantik-cantik giler! Tapi kebanyakan harganya mahal-mahal. Tapi untuk makanan & buah-buahan, ok memang murah.

So kat mana yang murah? Nanti bila sampan korang dah berhenti, korang akan jalan lagi , banyak lagi kedai-kedai kat atas tanah @ tepi sungai  yang jual barang-barang dengan harga yang jauh lagi murah dari barang kat atas sampan. Yang kedai dalam sampan tu jual mahal maybe sebab diorang amek kesempatan kot, yelah ingat takde kedai lagi kat atas, tamak haloba la nak beli dulu kat bawah.






Eden nak jugak interprem.. hahaha. Tapi ni kat hotel, bukan kat floating market ye






2. Night Cruise di Sungai Chao Phraya

Ini memang pengalaman manis yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. Makan atas kapal mewah ( cewahh mewah gitu tak nak kalah)  sambil tengok pemandangan malam di Bangkok. Cantik giler! Antara bangunan yang aku ingat macam... Kolej Perubatan, Istana- istana, kuil-kuil, hotel-hotel, dan macam-macam lagi la.. cantik wei.. Lampu kuning begemerlapan. waduh waduh, cantik banget!





Ni la contoh kuil yang ada kat tepi sungai tu. Tak sempat den nak amek gambar banyak-banyak. Terpaku dengan keindahan alam. Angin malam dah la sejuk.  Duduk atas kapal plak 2 jam setengah. Ngantuk pun ade. hehehe. Maklumlah lepas makan. Pendek kata memang best ah night cruise tu, cuma yang tak bestnye penerangan dalam bahasa ibunda mereka, aku terkulat-kulat cuba memahami (ada hati cuba nak paham, ingat lepas tengok cite Nang Nak boleh paham dah). Kalau dalam BI mesti lagi bagus


Nota: Sungai Chao Phraya banyak jambatan! Orang-orang Thailand bila kapal lalu bawah jambatan, diorang mesti bersorak sambil angkat tangan macam cuba nak pegang bawah jambatan. Hehe. Tapii.. memang tak dapat la kan.. Comel tol diorang ni :) 


Ok bye :)


Saturday, February 11, 2012

Lirik Lagu Terukir Di Bintang - Yuna

Versi Yuna yang paling aku minat :)



Terukir Di Bintang

Yunalis Zarai


Jika engkau minta intan permata 
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayang kan ku capai bintang
 Dari langit untukmu

Jika engkau minta satu dunia 
Akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu 
Pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan 
Siapa di hatiku
Terukir di bintang 
Tak mungkin hilang 
Cintaku padamu

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan 
Siapa di hatiku
Terukir di bintang 
Tak mungkin hilang 
Cintaku padamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan 
Siapa di hatiku
Terukir di bintang 
Tak mungkin hilang 
Cintaku padamu

Terukir di bintang 
Tak mungkin hilang 
Cintaku padamu

Terukir di bintang
Tak mungkin hilang
Cintaku padamu



Friday, February 10, 2012

Thursday, February 9, 2012

Jalan-Jalan Di Bangkok







1. Bangkok International Airport
Hehe.. sini takdela ape-ape pun.. Anyway, Bangkok punye airport ni memang besar and cantik.. Lebih kurang macam KLIA jugakla.. Canggih pun memang canggih! Luggage pun tak hilang..! Hehe.. terima kasih AirAsia :)







Kat Bangkok banyak giler teksi bermeter, color dia pun meriah, terang, striking punyer so tak susah la pelancong-pelancong nak carik teksi. Bagus kan? Teksi dia pun komain lagiii.. Toyota Corolla Altis. Huhu







Sumber Gambar : Sini  (tak sempat ak ambil gambar, rambang mata.... )

2. Pasar Chatuchak
Kat sini memang best tak hengat kalau nak bershopping ye. Banyak sangat barang. You name it, semua ade. Ikan emas ade, kala jengking pun ade jual. Lipas goreng, ulat goreng, cengkerik goreng... Hurmmm Nyum Nyum! Kat sini banyak sangat kedai taw, kawan aku cakap ade 4000++ kedai kat sini. Kedai kat sini takde aircond, so macam murah la jugak barang-barang dia berbanding kedai ada aircond. Hehehe.

  Tips:

  • Kalau anda ade barang berkenan sangat, beli je.. sebab nak carik kedai tu balik memang jenuh r nak carik! Banyak giler kedai, barang-barang diorang jual dah la unik-unik. geram aku. 2 jam memang tak cukup. Huhu. Patutnya dua hari :P







3. MBK Mall
MBK Mall ni pun sangat besar. Tempat parking je banyak bertingkat-tingkat. Bak kata ayah kawan aku, boleh habis duit minyak RM10  nak sampai ke tingkat paling atas. Hohoho. Kat sini memang banyak barang la. Handphone pun katenye murah-murah kat sini, tapi kena pandai tawar-menawar la. Bonus kalau ko pandai cakap Siam. Hahaha. Kat sini jugak banyak jual barang-barang branded (tapi celup punyer) dengan harga yang jauh lebih murah dari di Malaysia. Tapi murah dia tu jangan lah ko budget kalau RM200 kat Malaysia jadi RM10 kat Bangkok! Adela murah jadi 100 kot.. gitu lah.. Barang-barang kulit macam kulit buaya, kulit ikan pari melambak... Tapi aku tak larat jalan sini ramai gilak orang!

Tips:


  • Kalau anda rasa betul-betul nak beli, barulah anda tawar-menawar. Kalau sesaje, janganla.. kebanyakan diorang macam akan paksa beli sampai anda terperangkap. Lagi-lagi bagi anda yang hati tisu (cepat kasihan pada orang). 



  • Kalau dah dapat harga rendah, pastu tetiba anda tak jadi nak beli, bersedialah kena maki hamun! Hahaha


Wednesday, February 8, 2012