Saturday, January 28, 2012

Set The Fire To The Rain Lyrics By Adele




SET THE FIRE TO THE RAIN
Adele


I let it fall, my heart
And as it fell, You rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and You saved me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you that I never knew, never knew
All the things you'd say, they were never true, never true
And the games you play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Let it burn while I cry
'Cause I heard it screaming out your name, your name

And when I lay with you
I could stay there, close my eyes
Feel you here, forever
You and me together, nothing is better

'Cause there's a side to you that I never knew, never knew
All the things you'd say, they were never true, never true
And the games you'd play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Let it burn while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where I felt somethin' die, 'cause I knew that
That was the last time, the last time

Sometimes I wake up by the door
Now that you've gone, must be waiting for you
Even now when it's already over
I can't help myself from looking for you

I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Let it burn while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where I felt somethin' die
'Cause I knew that that was the last time, the last time, oh

Oh, no
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn














I love u Adele :')



Thursday, January 26, 2012

Kesesakan Kotaraya












Aku tak tau kenapa aku tersangkut dengan tempat sesak serabut macam ni

hohoho

Pagi-pagi selalu stress sebab kesesakan lalu lintas macam ni lah

Nasib baiklah rumah dekat dengan office, takdelah terasa sangat 




Paahal masa darjah 4, 5, 6, bila cikgu tanye ape cita-cita kamu?

Aku dengan konsistennye menjawab:

"Ahli Kajipurba"





Bayangkan aku excited bila jumpe fosil atau artifak-artifak berharga dunia






Seronok jumpa nenek moyang aku dulu, eh bukan.. nenek moyang orang lain la



Kawan-kawan kelas aku gelak je dengar cita-cita aku sebagai Ahli Kajipurba

Cis 


Tapi takpe kawan-kawan, sekarang korang boleh gelakkan aku lagi

Sebab aku tak jadi nak kerja sebagai Ahli Kajipurba. Hahaha






Sekarang aku dah jadi macam ni

Hahahaha

Berangan



Tuesday, January 24, 2012

Tuesday, January 17, 2012

Iklan Hantu Digi Yang Seram.. ~~~







Weh korang dah tengok ke iklan Hantu Digi ni??

Gile seram weh!!

Macam kelakar tapi seram sebenarnye..waaa

Sape yang mengarah iklan ni, haruslah dia mengarah sebuah filem hantu

Mesti terbaik punyer...!











Lepas tengok video ni, korang boleh pilih sama ada nak upload video kat you tube ke or nak google camana cara nak halau hantu

Aku pilih....


UPLOAD KE YOUTUBE!!


So.. ni video sambungan..










Pendek kata memang aku seriau ah tengok video ni sorang2!


Tabik spring kepada Digi sebab produce iklan yang best camni


Promotion Digi memang terbaik ah!

Kalau Digi datang dulu sebelum Si Biru tu mesti aku pilih Digi!


Hehe ok bai...


Selamat Menonton Video

:)



Hantu sedang menyarap :D


Saturday, January 14, 2012

Fakta Tentang Mimpi







1. Anda akan lupa 90% daripada mimpi anda

Lepas bangun tidur, aku selalu berfikir sejenak, "Eh tadi aku mimpi ape ek? Macam best tapi lupelah!". Rase macam rugi jek.. Macam tengok wayang tapi lepas klua wayang lupa terus. Lepas tu tengok skali lagi excited macam tak pernah tengok. Hohoho. Berbalik kepada mimpi, kalau ingat pon ingat sket je.. 


Best kan kalau ada bantal camtu?



2. Kita hanya mimpi orang yang kita kenal

Pernah tak mimpi kena bunuh? Tengok muka pembunuh tu macam tak pernah jumpa, tapi sebenarnya mungkin pembunuh tu orang yang kita pernah nampak masa shopping, masa dalam LRT ataupun pegawai dekat dalam pejabat pos masa nak kemaskini buku bank. Sebenarnya kita pernah jumpa dia cuma kita je tak ingat.. So kalau korang mimpi korang kawen dengan sesorang yang korang rasa korang tak pernah kenal pon.. tapi sebenarnye orang tu kita pernah jumpe dah.. Haa kat mane la tu yek? hehe



3. Mimpi tak semestinya ada color

Kalau mimpi P Ramlee, mimpi anda jadi hitam putih kot. hehehe..  



4. Mimpi yang biasa bagi setiap manusia:

Mimpi berkaitan sekolah/universiti, mimpi jatuh, mimpi dikejar, mimpi basah, mimpi sampai lambat, mimpi orang yang kita sayang mati, mimpi gigi patah (selalu jugak ni), mimpi kemalangan kereta, mimpi fail exam dan mimpi boleh terbang. 


Aku pernah mimpi rumah terbang... best!




5. Anda menjadi lumpuh semasa tidur.

Percaya tak? Masa kita tidur rupenye kita menjadi lumpuh sementara?  Menurut Wikipedia, "Kelenjar mula merembeskan hormon yang membantu mendorong tidur dan neuron menghantar isyarat kepada saraf tulang belakang yang menyebabkan badan untuk berehat dan kemudiannya menjadi dasarnya lumpuh.



6. Anda tidak bermimpi semasa anda berdengkur


7. Apa yang anda mimpi, tidak bermaksud straight-forward, tetapi dalam bentuk simbolik dan perlu difahami dan ditafsir dengan cara tertentu


8. Orang buta juga mimpi, tetapi dalam bentuk sentuhan, bunyi, bau dan emosi. Manakala orang yang tidak buta sejak lahir akan bermimpi dalam bentuk imej, macam manusia normal.







Thursday, January 12, 2012

Aku Sedikit Ketinggalan Tentang 9GAG - Just For Fun


Aduh... dah tak sempat dah weh.. Mengucap jela.. hohoho








Mase kecik2 kalau kopek biskut tu, lepas tu tertinggal sket macam dalam gambar tu, frust siot...








Gmail, awesome weh. I love U Gmail









Seriously name ko Lord Voldemort..?? Opps.. tak boleh sebut name awak.. 




Kalau rasa boring ataupun mengantuk di kelas @ di office..

sila ke sini

|
|
|
v



BEST!

Wednesday, January 11, 2012

Jom Beli Buku Murah-Murah di BookXcess! :)






Jeng jeng jeng

Tengok harga kat buku tu.. 

Percaya tak?

Murah kan? Jarang kan nak jumpa buku BI yang murah?

Paling murah pon standard2 RM30 jugak la kopak...

Tapi kat sini.. wah.. terbeliak mata menengoknya





Haa.. ni buku yang aku beli.. murah je tak sampai pon 10 ringgit weh..

Aku ni minat la jugak membaca novel-novel ni, tapi sebab mahal, aku selalu membantutkan rancangan untuk membeli buku itu..

Tapi sekarang tidak lagi... 

Sebulan nak beli 5 buah buku pon takpe, tak sampai lagi RM50 ye tak??

Kini balik rumah ada aktiviti lain iaitu membaca novel! Yeah!






Kat mane nak dapat buku-buku BI yang murah ni?

Hehe.. jawapannya ialah dekat kedai buku BookXcess dekat AMCorp Mall Petaling Jaya..!!

Dekat tingkat 3 taw

Macam-macam buku ade kat sini, bukan novel je, buku kanak-kanak pun ade.. buku misteri pun ade.. buku masak-masak pun ade.. macam-macam ada..

Tapi semua dalam bahasa Inggeris taw.. time ni lah nak memperkukuhkan bahasa Inggeris ye dok? :P


Kenapa buku dekat BookXcess ni murah-murah punye giler murah??

Sebabnye Publisher buku ni kadang-kadang diorang terlebih print buku tu, tapi tak boeh jual kat kedai buku biasa, so sebab tu lah diorang bagi kat BookXcess ni dengan harga discount, then jual kat kita pulakla! Hehe.. lepas ni tolong print lebih lagi yer :P


So apa lagi? Jom menambahkan ilmu dengan membaca buku! Bestnye!




Kita makan dulu!


Saturday, January 7, 2012

Doa Memohon Keperluan, Kemudahan & Lanjut Usia



Surah At - Taubah

Ayat 128 -129














Ertinya:

"Sesunnguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (Nabi Muhammad S.A.W) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu, dan ia pula menumpukan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah wahai Muhammad, "Cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memeliaraku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai arasy yang besar."



Fadilat membaca ayat ini:

  • Keperluan hidupnya mencukupi termasuk rezeki, pakaian dan kediaman

  • Dapat mempermudahkan segala urusannya yang sulit dan susah

  • Menghilangkan perasaan dukacita, resah gelisah dan susah hati

  • Sebagai doa untuk memohon dipanjangkan usianya.


Kaedah mengamalkannya:

Amalkan membaca ayat ini selepas setiap kali selesai solat fardhu, atau sekurang-kurangnya selepas solat Subuh dan Maghrib





Jom kita amalkan ayat ni dalam kehidupan seharian kita :)







Sunday, January 1, 2012

Mission Impossible 4: Ghost Protocol Memang Terbaik Dari Ladang





Korang buat ape masa malam New Year? Aku tak buat pape pon.. tengok wayang jer.. Dah hari tu kempunan nak tengok MI4 sebab wayang penuh, terpaksa tengok Songlap.. So malam tadi tercapai jugak akhirnya.. Gigih guna e-payment GSC yang kadang2 menyakitkan hati jugak.. :(

Walaupun cerita ni macham dah ramai tengok, tapi aku tetap nak menyebok bagi review. Hahahaha. Kiranye aku tak la spoiler kan, sebab cite dah lame... So far, MI4 ni memang tak menghampakan la.. Memang best dan penuh dengan aksi yang mendebarkan.. Hoho..


Part best dalam citer ini:

  • Masa dia memanjat kat Burj Khalifa, Dubai. Gile seram siot masa Tom Cruise jatuh tu. Bayangkan kalau ko terjatuh dari tingkat 100 lebih, agaknye camane la bentuk mayat kita tu ye. hohoho. Dan untuk pengetahuan, Tom Cruise buat sendiri ye stunt untuk scene tu.. Tak main ah guna stuntman. Tabik spring!! toing toing


Bangunan tertinggi di dunia. 160 tingkat. Burj Khalifa. Nice. Feel want to go there. Hihi



  • Di Kremlin, Russia. Masa Ethan (Tom Cruise) menyamar jadi askar Russia berpangkat General (ketua2 la) dengan kawan dia lagi sorang, Benji. Sebab Kremlin tu dikawal ketat, so nak masuk situ bukan senang-senang ah kan? So diorang guna banyak barang-barang canggih yang tak pernah aku terfikir. Hahaha. Tapi secanggih-canggih barang pun, kalau manusia silap guna, tak jalan gak. :D Anyway, Simon Pegg a.k.a Benji memang kelakar :D


Moscow Kremlin. Ni pun cantik.. nak gi sini gak... wuwuwu


  • Masa part 2 wanita cantik bergaduh. Hahaha. Bukan ape, macam ganas giler beb. Takut aku tengok. Dua dua kuat bertenaga. Dan siapa sangka wanita cantik jugak boleh jadi pembunuh upahan a.k.a assasin? Cool beb :p



Cun kan? Muka macam takdak perasaan je tapi jadik  pembunuh yang disegani ramai. Hehehe. Upah membunuh ialah berlian. Wuhuuuu




Perkara Rawak:

  • Setelah menjadi hero dalam berpuluh-puluh (aku agak je) filem, dan mejadi kegilaan ramai gadis termasuklah isterinya Katie Holmes, kini mungkin kita dapat melihat yang Tom Cruise ni dah nampak tua, badan dah tak firm lagi macam dulu.. Tapi.. tapi pada aku dia masih lagi relevan berlakon sebagai Hero.. :)  Sebab semua aksi dalam cerita menunjukkan yang dia mampu lagi beraksi dengan cemerlang. Hehehe

  • Ada Anil Kapoor dalam cite ni.. Weewit! Glamour la pakcik sorang ni :p Tapi watak dia dalam citer ni ialah seorang playboy kaya gila yang bodoh alang. Haha... Watak dia kejap jer tapi okay ape.. Bollywood goes to Hollywood!!

  • Ada mamat handsome ah. Josh Holloway. Tapi watak dia pon kejap je. Uhuk uhuk uhuk
Hik hik hik




Rumusan:

  • Tak sia-sia RM 11.50 aku

  • Setiap aksi mencemaskan dan mendebarkan!

  • Gajet hi-tech tu menyebabkan saya terliur. Macam best je. Nak jugak!

  • Termimpi-mimpi.. kire best sangat la tu. :P

KORANG PON JANGAN LUPA TONTON YE :)