Thursday, June 14, 2012

Busuk Hati & Cara Mewangikannya

  13 comments    
categories: , , ,



Pernah rasa sebegini?


Sebagai manusia dan hamba Allah yang serba kekurangan, kita tak pernah terlepas dari kesilapan dan kelemahan. Hati kita lemah, iman kita goncang. Selalunya kita tidak minta perasaan begini. Tetapi perasaan busuk hati, iri hati, dengki dan perasaan buruk ini selalu sahaja mengganggu jiwa kita. Ini adalah normal, kita bukan maksum, kita ada hati dan perasaan.

Tetapi, kerana kita manusia jugalah, kita perlu mengawal perasaan mazmumah ini. Kita ada agama yang suci, yang menuntut supaya kita membersihkan hati dan memupuk sifat mahmudah dalam sanubari kita. Ingatlah, dengan hilangnya sikap busuk hati dalam diri kita, kita akan menjadi lebih tenang dan dekat dengan pencipta.



Rasulullah SAW bersabda, 
" Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya dan apabila ia itu rosak maka rosak pula seluruh perbuatannya. "
 (HR Imam Al-Bukhari).


Jadi, bagaimana caranya untuk mengubati hati ini?



1) Berdoa kepada Allah. 
Semua perkara walau sekecil zarah pun datangnya dari Allah. Jadi mohonlah kepadanya agar dibersihkan hati kita. Yakinlah dengan-Nya dan bersangka baiklah dengan Allah. Doa yang baik InsyaAllah akan diterima oleh-Nya.







2) Tukarkan tenaga busuk hati itu kepada tenaga positif
Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka. Kalau kita busuk hati sebab dia pandai, maka kita perlu berusaha untuk menjadi pandai macam dia. Barulah bersaing secara sihat namanya. Hehe





3) Yakin dengan keadilan Allah 
Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.
Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku.




4) Banyakkan membaca Al-Quran
Sape yang rasa dia suka marah-marah, dengki, busuk hati, tertekan dan banyak lagi masalah jiwa, cubalah baca Al-Quran. Semakin banyak membaca Al-Quran, semakin banyak masalah jiwa yang berjaya ditutup.



أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"Ketahuilah, hanya dengan mengingat Allah (zikrullah) hati menjadi tenang".
Surah Ar-Ra'd ayat 28. 








"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" 


(An-Nisa' : 32)




-Sumber-


13 comments:

  1. yer
    adakala kita juga perlu kuat berusaha memajukan diri..
    bila kita berjaya, jarang sekali ada perasaan iri hati..

    buatlah baik keapda semua.. kerana balasan yg kita dapat pun sudah tentu yg baik juga

    ReplyDelete
  2. Amin... tq sbb kongsikan ilmu yg amat barguna ini..

    ReplyDelete
  3. penah sangat.... iri hati kat orang, dan orang ri hati kat kite... hehehe

    ReplyDelete
  4. pernah sangat.... rasa iri hati kat orang dan orang tu jelas2 tunjuk iri hati kat kita....

    ReplyDelete
  5. bagus post akak yang nih..semua manusia ada perasaan lagu tu..berdoa tu la yang terbaik utk kita..

    ReplyDelete
  6. @iKhRam

    drpd dengki, baik berusaha lagi kan?

    ReplyDelete
  7. @Hafiz Abdul Tahir

    wowww..pastu buat cmane kt org yg iri hati tu?

    ReplyDelete
  8. pernah!! eee...tapi hati cepat lembut bila dah berdepan dgn org huhu

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)