Monday, April 30, 2012

4 Benda Yang Best Dalam Google Yang Mungkin Anda Tak Tahu

  12 comments    
categories: , ,


Google. Perlu ke diperkenalkan lagi? Memang satu web search engine yang paling glamour kot dalam dunia ni. Nak taw satu fakta tak? Kalau kita nak carik ape-ape dalam website, mesti kite akan cakap camni kan? "Ermm.. okay sekejap biar aku 'google'". Tak pernah plak kita cakap, "Meh aku 'yahoo'." , "Meh aku 'bing'". Haaa.. hebat tak hebat la google ni, sampai trus jadi satu perkataan dalam kamus. Haha



Tapi Google ni bukan untuk mencari informasi je, banyak lagi applikasi lain yang korang kena explore. Memang best-best dan berguna beb! Cekidaut!





1. Off The Record Chat - privasi itu penting!

Gmail secara defaultnya akan save ape sahaja yang diborakkan kat dalam Google chat. Boleh chat kat gmail -> chat. Tapi jika anda mahukan privacy dan taknak perbualan korang tu direkodkan (wow macam artis glamour kan.. off the record please.. eheh), korang boleh pilih option: Go off the record.
So lepas ni kalu korang check balik kat archive chat, memang takde perbualan korang tu. 

Macammana nak buat?
Dekat app Google Talk, pilih option di sudut sebelah kanan skrin. Tekan Go Off The Record. Wallahh








2. Undo Send Email

Terlajak perahu, boleh diundur, terlajak kata, tak boleh. Terlajak send email yang tak sepatutnya? Contohnya mengumpat boss send guna email (hi-technye ngumpat kat email!), nak bagi kat bff, sekali otak tersplit, terbagi kat boss. Camana? Jangan risau, kalau guna gmail, boleh undo lagi!

Bagaimana?
Gmail -> Settings -> Labs ->  SearchUndo Send -> Enable Undo Send -> Save Changes



Okay nanti korang try ea kat boss korang. Ingat undo send tu enable dulu :)







3. Video Chat yang super clear & Hangout!


Korang pernah try guna Google+? Kalau tak, try la skarang. hehe. Ade function name die Start a Hangout.. so korang leh la hangout di alam maya dengan best. hehe. Yang penting, google video chat ni memang best dan clear dan lagu mengalahkan Yahoo Messenger. Tapi aku tak paham knape still ramai lagi orang guna YM ni. heishh sangkut-sangkut kot. 








4. Email Sebagai Reminder

Email ni banyak gunanya. Bukan untuk send & forward email-email kelakar aje! Antaranya ialah sebagai reminder. Alaa untuk event-event penting ke, exam tergempar ke..


Camana nak wat ni?
Senang je.. Gi kat Google Calendar -> Create Event -> Pastu nantu kluar page seperti di atas, then korang fill in jelah part mana yang bersesuaian.. then pilih reminder tu ikut mana yang sesuai dengan korang.. weekly ke, daily ke,.. ikut la mane korang nak ek?



Okaylah. Setakat ini sahaja

Selamat Mencuba

:)



12 comments:

  1. slama dok guna google nie baru tau pasal semua nie...hehehe.terbaek ar.tq

    ReplyDelete
  2. intenet dengan google semua boleh dapat.

    ReplyDelete
  3. tang undo email tu memang berguna....macehhh

    ReplyDelete
  4. hahaha... lawak la... high class mengumpat kat emel... pastu ter CC kat BOS... mmg masak la....

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)