Sunday, January 1, 2012

Mission Impossible 4: Ghost Protocol Memang Terbaik Dari Ladang

  6 comments    
categories: 




Korang buat ape masa malam New Year? Aku tak buat pape pon.. tengok wayang jer.. Dah hari tu kempunan nak tengok MI4 sebab wayang penuh, terpaksa tengok Songlap.. So malam tadi tercapai jugak akhirnya.. Gigih guna e-payment GSC yang kadang2 menyakitkan hati jugak.. :(

Walaupun cerita ni macham dah ramai tengok, tapi aku tetap nak menyebok bagi review. Hahahaha. Kiranye aku tak la spoiler kan, sebab cite dah lame... So far, MI4 ni memang tak menghampakan la.. Memang best dan penuh dengan aksi yang mendebarkan.. Hoho..


Part best dalam citer ini:

  • Masa dia memanjat kat Burj Khalifa, Dubai. Gile seram siot masa Tom Cruise jatuh tu. Bayangkan kalau ko terjatuh dari tingkat 100 lebih, agaknye camane la bentuk mayat kita tu ye. hohoho. Dan untuk pengetahuan, Tom Cruise buat sendiri ye stunt untuk scene tu.. Tak main ah guna stuntman. Tabik spring!! toing toing


Bangunan tertinggi di dunia. 160 tingkat. Burj Khalifa. Nice. Feel want to go there. Hihi



  • Di Kremlin, Russia. Masa Ethan (Tom Cruise) menyamar jadi askar Russia berpangkat General (ketua2 la) dengan kawan dia lagi sorang, Benji. Sebab Kremlin tu dikawal ketat, so nak masuk situ bukan senang-senang ah kan? So diorang guna banyak barang-barang canggih yang tak pernah aku terfikir. Hahaha. Tapi secanggih-canggih barang pun, kalau manusia silap guna, tak jalan gak. :D Anyway, Simon Pegg a.k.a Benji memang kelakar :D


Moscow Kremlin. Ni pun cantik.. nak gi sini gak... wuwuwu


  • Masa part 2 wanita cantik bergaduh. Hahaha. Bukan ape, macam ganas giler beb. Takut aku tengok. Dua dua kuat bertenaga. Dan siapa sangka wanita cantik jugak boleh jadi pembunuh upahan a.k.a assasin? Cool beb :p



Cun kan? Muka macam takdak perasaan je tapi jadik  pembunuh yang disegani ramai. Hehehe. Upah membunuh ialah berlian. Wuhuuuu




Perkara Rawak:

  • Setelah menjadi hero dalam berpuluh-puluh (aku agak je) filem, dan mejadi kegilaan ramai gadis termasuklah isterinya Katie Holmes, kini mungkin kita dapat melihat yang Tom Cruise ni dah nampak tua, badan dah tak firm lagi macam dulu.. Tapi.. tapi pada aku dia masih lagi relevan berlakon sebagai Hero.. :)  Sebab semua aksi dalam cerita menunjukkan yang dia mampu lagi beraksi dengan cemerlang. Hehehe

  • Ada Anil Kapoor dalam cite ni.. Weewit! Glamour la pakcik sorang ni :p Tapi watak dia dalam citer ni ialah seorang playboy kaya gila yang bodoh alang. Haha... Watak dia kejap jer tapi okay ape.. Bollywood goes to Hollywood!!

  • Ada mamat handsome ah. Josh Holloway. Tapi watak dia pon kejap je. Uhuk uhuk uhuk
Hik hik hik




Rumusan:

  • Tak sia-sia RM 11.50 aku

  • Setiap aksi mencemaskan dan mendebarkan!

  • Gajet hi-tech tu menyebabkan saya terliur. Macam best je. Nak jugak!

  • Termimpi-mimpi.. kire best sangat la tu. :P

KORANG PON JANGAN LUPA TONTON YE :)


6 comments:

  1. wow what a nice site you have made ! I am loving your article.

    ReplyDelete
  2. wah nice review.. filem ni sy tak sempat tengok lg, tapi lepas baca post nih tak sabar2 nak tengok, hehe

    ReplyDelete
  3. heheehe rugi x tengok.. jangan lepaskan peluang menonton :D

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)