Monday, December 31, 2012

Bila 2 Vloggers Bergabung, Bergaduh.. Meletop!

  21 comments    
categories: ,



Please.. please please cakap korang blom tengok video ni! 

Hehe

Aku macam terlambat plak padahal minat gila2 kot kat 2 budak mengong ni. Haha!!

Aku tak paham sangat video ni (maaf kadang2 saya slow sket.. sket jerrr)

Tapi moral of the story: Jangan gaduh-gaduh naaa... tak elok

Korang tengok la!

Best! Mantop!






Selamat Menonton!



Saturday, December 29, 2012

Lirik Lagu Little Things - One Direction

  16 comments    
categories: 




Little Things

[Zayn] 
Your hand fits in mine 
Like it's made just for me 
But bear this in mind 
It was meant to be 
And I'm joining up the dots 
With the freckles on your cheeks 
And it all makes sense to me 

[Liam] 
I know you've never loved 
The crinkles by your eyes when you smile 
You've never loved 
Your stomach or your thighs 
The dimples in your back at the bottom of your spine 

[Zayn + Liam] 
But I'll love them endlessly 

(Chorus) 
I won't let these little things slip out of my mouth 
But if I do, it's you, 
Oh it's you, 
They add up to 
I'm in love with you, 
And all these little things 

[Louis] 
You can't go to bed, 
Without a cup of tea, 
And maybe that's the reason 
That you talk, in your sleep 
And all those conversations 
Are the secrets that I keep 
Though it makes no sense to me 

[Harry] 
I know you've never loved the sound of your voice on tape 
You never want to know how much you weigh 
You still have to squeeze into your jeans 
But, 

[Harry + Niall] 
You're perfect to me 


I won't let these little things slip out of my mouth 
But if it's true, 
It's you, 
It's you, 
They add up to 
I'm in love with you, 
And all these little things 

[Niall] 
You'll never love yourself 
Half as much as I love you 
You'll never treat yourself right, darlin' 
But I want you to, 
If I let you know, I'm here for you, 
Maybe you'll love yourself, 
Like I love you 
Oh 

[Harry] 
And I've just let these little things 
Slip, out of my mouth, 
'Cause it's you, oh it's you, 
It's you, 
They add up to 
And I'm in love with you, 
And all these little things, 

[All] 
I won't let these little things 
Slip, out of my mouth, 
But if it's true, 
It's you, it's you, 
They add up to, 
I'm in love with you, 
And all your little things




Paling Comel







Ingin memuat turun? Klik link di bawah:



Selamat Mendengar :)


Tuesday, December 25, 2012

Doa Pembuka 12 Pintu

  21 comments    
categories: , ,





Doa ini telah diambil dari laman web rasmi Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Banyak fadilat & kelebihannya

Jom amalkan sama-sama

:)


Friday, December 21, 2012

Nad Zainal Banyak Kembar?

  30 comments    
categories: ,


Hai!

Aku minat dengan Nad Zainal ni.. Start dari citer Kotex tu.. ala... ape plak tajuknye lupe.. ha... Memberku Hawa..! Pastu cite Bukan Bidadari and recently Putera Rayyan..

Muka dia pon comel.. So cute! Suka tengok mata dia

Tapi bila aku tengok muka dia lama-lama.. aku rasa macam aku selalu nampak la muka dia ni.. Familiar!

Then, aku pon tengok la You Tubers feveret aku ni.. Charismastar.. Pastu baru aku teringat, eh dia ni macam muka.. macam muka.. Laaaaa.. kembar dengan Nad Zainal ni! Hehe tak caya tengok video bawah ni:







Haaa.. Same kan? Comel sangat dua-dua! I like!


Lagi sorang ialah si cantik manis seksi Mila Kunis! Baru - baru ni dianugerahkan Wanita Paling Seksi Di Dunia! Wowwwww!

Pakwe die si Ashton Kutcher tu.. Tapi baru-baru ni aku tengok pic dia tak pakai make-up.. hmmm.. Now I wonder.. takpe korang gugel la kalau rajin ek!

And tiga-tiga orang ni aku minat..tak sangka plak muka diorang lebih kurang. hehe


Okay bye selamat berhujung minggu!

:)

Tuesday, December 18, 2012

Bagaimana Menghapuskan Lipas Dari Bermaharajalela Di Rumah Anda?

  39 comments    
categories: , ,




* Aku menulis entri ini dalam keadaan bulu roma meremang dan tekak loya nak muntah*



Okay sebelum apa-apa aku nak tanya rumah korang ada lipas tak???

Haaa.. takde??

Okay aku nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah sebab bukan senang tu dan sila kekalkan prestasi anda! :)

Rumah aku kadang2 ada jugak la.. kalau ada abes laaa macam ada godzilla dalam rumah pon ada kecohnya tu

Ok jom tengok langkah-langkah mengurangkan lipas:


  • Kena la selalu cuci bilik air dan toilet.. jangan biarkan lipas bertelur dalam tu
  • Jangan biarkan sampah-sarap menyelubungi rumah anda. Plastik sampah tu kalau dah penuh cepat-cepat bawak keluar dari rumah dan buang
  • Jangan simpan bunga betul dalam pasu kat dalam rumah.
  • Sinki dapur kena cuci selalu.. dapur gas pun kena lap bagi bersih
  • Buang baju buruk, selipar buruk dan apa-apa lagi barang buruk.. Begitu jugak dengan kertas. Lipas suka makan kertas u know??
  • Lepas makan, sisa-sisa makan yang jatuh tu kena kemas terus. Kalau tak.. lipas la take over uools
  • Selalu2 la vacuum rumah, kemaskan laci, kasi buang telur2 lipas itu
  • Baju-baju kotor jangan bagi sepah.. terus masuk washer machine ok? Lipas suka bau peluh... ewwww
  • Boleh jugak letak daun pandan kat tempat yang diingini. Lipas tak suka bau pandan kot







Cara salah bunuh lipas:

Korang pukul sekuat-kuat hati lipas dengan selipar, penyapu, newspaper dan sebagainya. Memang la nampak best kan lipas tu dah mampus dan penyek. Tapi... what if korang terpukul lipas betina? Dalam perut dia ada beribu-ribu telur yang susah nak mati. So telur itu akan bertaburan. Korang memang la tak nampak lagi time tu.. huhu

Tapi if time darurat, korang dah terpukul, cepat2 bersihkan tempat tu dengan air sabun.. Pastu lap la bersih-bersih okay? 






3 ekor lipas paling annoying!


Bye!

Selamat Mencuba! :)


Saturday, December 15, 2012

Farizal Marlias Penjaga Gol Terbaik Di Asean

  26 comments    
categories: 




Yahoo tak sia-sia Farizal selalu mengejar, memeluk bola, sujud ke bumi lama-lama macam tak nak bangun dah, dan juga mencium tiang gol.. ekeke

Akhirnya dapat juga achievement yang membanggakan seperti ini!

Ini sume hasil titik peluh dan semangat anda berlatih dengan penuh cekal dan keazaman!

 Tahniah! 

Teruskan fokus pada kerjaya anda. Semoga terus cemerlang! 



Oh ya, sebelum itu, mari lihat ranking penjaga gol Piala Suzuki kali ini:


1. Farizal Marlias (Malaysia)


2. Kawin Thamsatchanan (Thailand)


3.  Izwan Mahbud (Singapura)


4. Wahyu Tri Nugroho (Indonesia)


5. Eduard Sacapano  (Filipina)




Walaupun tak dapat ke final, tetapi Harimau Malaysia tetap gagah! :)









Wednesday, December 12, 2012

Lirik Lagu Lepaskan - Wanna Ali

  33 comments    
categories: 



Lepaskan

Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku khuatiri
Sejak terjadi cerita itu, cerita itu
Makan minum ku dah tak terjga
Asyik memikirkan tentang kamu
Mungkinkah benar mengapa ku tidak menyedari

Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama 
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah


Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama,
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya
Ku jadi tidak tentu arah, entah apa yang ku khuatiri
Sejak terjadi cerita itu, cerita itu

Lepaskanlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari
Yang kita pasti ada masalah
Lepasknlah lepaskan semua, tiada makna jika bersama
Dalam hidupku oh setiap hari yang kita pasti ada masalah, dengannya



Info sket:

  • Kenal tak Wanna Ali ni? Sorry hari tu tersilap info ingatkan dia ni Wana MyStarz LG rupanya salah orang.. info pasal dia? Tekan sini
  • First time dengar, ingatkan penyanyi dari Indonesia.. rupanya tak.. hehe
  • Lagu ni slow dan sedap didengar dalam radio :). Tapi maksud lagu agak tak paham sket.. Pasal orang frust dengan bf dia la kot...







Download Link Lagu di Bawah:

Lepaskan-Wana Ali


Enjoy the song! :)

Monday, December 10, 2012

First Time Menonton Bola Di Stadium

  24 comments    
categories: , ,


Saje je nak menonton di stadium untuk pertama kalinya dalam hidup yang pendek ini

Eh.


Pandai sangat keluar rumah pukul 7.30 pm, bola start pukul 8.00 pm!

Ingat nak gi kuliah ke boleh lambat2? :P

Orang lain pukul 6 dah tertenggek kat stadium

Punyalah ramai manusia... susah giler nak carik parking!

Pastu balik plak lupa kereta parking mane.. Adoiyai den dah nyanyuk

Anyway nice game!

Yang seronoknya tengok bola kat stadium ni ialah sorakan dan boleh join main wave2 dengan penyokong lain

Pastu nyanyi2 Selamanya.. selamanya... tu

Tapi aku suka tengok kat tv lagi kot, ada pengulas.. baru aku paham

Takdela aku mengacau orang dok tanye2 orang lain apa yang tengah berlaku.. hew hew hew

Anyway, selamat berjuang Harimau Malaya!!





Monday, December 3, 2012

Jalan-Jalan: Bandung Syurga Beli Belah

  77 comments    
categories: , ,

Apa yang paling best kat Bandung?? Shopping lah! Sape kaki shopping memang kena gi Bandung. Barang berkualiti dan harga murah! Sejujurnya aku ni takdelah suka shopping sangat, kalau melancong, aku lebih suka tengok tempat-tempat bersejarah atau tempat menarik kat kawasan tu. Tapi kalau dah gi Bandung, rugilah kalau tak shopping.. best taw. Hehe

Kat Bandung shopping best sebab korang boleh tawar-menawar lagi! Satu sebab bahasa kita lebih kurang je.. Cuba gi Bangkok, haa susah tu nak mintak discount. Lagipun, orang-orang Bandung ni layanan diorang tip-top, baik dan ramah. Tu adalah faktor tebesar untuk membeli-belah for me :) So jangan risau la shopping.

Tapi malangnya aku tiada bakat dalam tawar-menawar. Sedih :( So shopping dengan kawan yang pandai mintak discount ea? Boleh tumpang sekaki. Kekeke

Tempat shopping yang sempat aku gi:


1. Pasar Baru


Dengan sukacitanya aku menyatakan yang tempat ni memang heaven untuk perempuan. Hahaha! Sorry boys.. !! Sebabnya memang kebanyakan barang memang untuk kaum hawa seperti telekung, baju kebaya, kain pasang, tudung, kain lace dan macam-macam lagilah! Hee.. untuk laki ade gak macam tshirt, kasut tapi kureng sketlah. Sape nak kahwin tempahlah baju kat sini, bawak je contoh design korang nak, pilih kain and diorang akan jahitkan. Harga berbaloi-baloi


Tips: 
  • Berhati-hati la dengan handbag anda, jangan leka sangat taw! Kepit kat ketiak tu. Hehe. Even penjual2 kat situ pon pesan hati-hati dengan penyeluk saku.
  • Jalan dalam group. Kalau terpisah kan, macam susah nak jumpe.. sebab pasar ni besar, dan banyak sangat kedai yang nak dekat sama..! Aku pun sesat hari tu.. huwaaa
  • Bawak beg galas besar macam nak gi hiking tu.. sebab nanti bile dah beli banyak barang, korang masukan je dalam bag tu.. takdelah sakit jari-jari tu nak angkut plastik bag sana sini
  • Kalau ada orang datang jual keychain ke, air ke masa korang tengah shopping tu, seeloknye tak payah belila.. mahal taw! Bawak je air dari rumah/hotel, keychain beli kat kedai yang memang jual keychain.
  • Sila download app Currency Converter di handphone masing-masing. Nanti senang nak convert rupiah Indon ke RM. Jangan sampai terbeli keychain 200 ribu rupiah plak.. sebab bajet macam murah kan.. padahal.. keh3



2. Ciwalk


CiWalk waktu malam.. cantik kan?



Nama full tempat ni Cihampelas Walk.. Tapi orang-orang Bandung panggil Ciwalk je.. Kat sini tempat dia cantik la.. banyak tempat makan, tapi tempat shopping pun mesti la ada kan? Wajib la.. Hehe.. Tapi aku tak shopping kat sini.. Malas..





Pemandangan waktu siang.. eh sampai ke malam aku kat sini? Eheh





"Eh kat atas tu Randy Pangalila lah!"

Hehe.. takdelah.. ni kat kedai Jonas Photo. Saje amek gamba dekat studio. Kenang-kenangan la kengkonon. Murah je. Tak ingat berape, tapi dalam 15 000 rupiah (RM 5) seorang.. Murah je kan? Gambar cantik plak tu.. Ade jual frame, album.. cantiks-cantiks uolls







3. Paris Van Java



Nama pon dah gempak kan... So tempat dia memang gempak la.. Hehe.. memang ala-ala Champ Elysees kat Paris tu.. hihi. Kat sini jual barang-barang branded tahu. Macam Charles & Keith, Mark & Spencer, Adidas, Nike dan macam-macam lagilah!Harga die leh tahan lah.. nak kata murah sangat tu tak lah, tapi ok la!

Kat sini ada banyak kedai makan yang best-best.. Harga amat berpatutan. Aku suka la makan kat sini! :) Oh korang mesti taw kedai J.CO kan? Alaaa yang jual dougnut tu! FYI, J.CO berasal dari Indonesia, so kat sini harga J.CO memang jauh lebih murah dari kat Malaysia, jadi sapa-sapa yang minat donut, don't miss J.CO here! Terbaik!





Tadaaa! Aku jumpe pusat karaoke Inul Daratista. Kalau tak silap aku dia memang ada buat business pusat karaoke di sekitar Indonesia.





4. Bali Heaven



Yang aku perasan, semua tempat shopping kat Bandung ni semuanya cantik-cantik dan menggamit perasaan. Macam suruh pergi selalu. Haaa.. nampak tak permainan dia kat situ? :P

Aku suka shopping kat sini. Sebabnye.. barang2 branded macam Topshop leh tinggal sampai RM 40 je kat sini.. Can u believe it? Heheh. Tapi aku tak sure la barang ori ke tak kan... Tapi kualiti kain dia macam tip-top je. Nampak macam kecik je Bali Heaven ni tapi jenuh jugakla aku berjalan-jalan carik barang.




Kalau nak beli souvenir yang cantik dan classy (aww classy uolls) belilah kat sini! Harga pon kalo convert RM okayla.. worth it la.. cantik taw.. I like Bali Heaven! :)




Random Things At Bandung:



Nampak pemuda yang sedang bermain gitar ni? Dia ni selalu ade masa kitorang naik angkut. Angkut ni ala2 teksi kat Malaysia, tapi yang ni van dan tambangnye opkos la jauh lebih murah. Orang main gitar ni kalau nampak angkut tu macam dah penuh je diorang akan carik peluang untuk singgah dan nyanyikan 1 lagu. Bila dah habis nyanyi diorang akan mintak duit (hulurkan topi atau tangan). Kalau baik hati bagilah sket kan.. ;)

Overall, I love Bandung! Suka cuaca dia yang sejuk.. malam kat bilik aku takde kipas pon taw, tapi kena pakai stokin.. huhu.. Aku suka orang2 kat sana yang baik dan peramah.. Aku suka food dia..Suke sumelah! Definitely want to go there again! When got budget la :)


Ok bye!


Saturday, December 1, 2012

Review: Life Of Pi

  18 comments    
categories: 






Hee.. seperti yang telah dijanjikan, saya akan review movie yang best jer. Hew3 berangan seperti pengulas filem yang dikenali ramai, padahal... ;p


Sinopsis:

Filem ini berkisarkan tentang seorang lelaki berbangsa India yang menceritakan pengalamannya kepada seorang penulis buku iaitu kisahnya terdampar di lautan selama beberapa minggu/bulan bersama seekor harimau. Banyak pengalaman dan ilmu yang dapat dikutip sepanjang perjalananya di lautan dan di situlah dia  mengenal kekuasaan Tuhan



Yang Menarik:


  • Filem 3D yang tak mengecewakan langsung! Banyak filem 3D yang aku tengok, yang 3D  cuma subtitle je tapi yang ni? Memang best.. 3D kena pada tempatnya.. haha faham tak? 

  • Sebagai peminat haiwan dan binatang, so aku sangat meminati filem ni sebab banyak binatang yang terlibat seperti ikan paus, kuda belang, hyena, orang utan dan semestinya harimau bengal yang menjadi teraju utama dalam filem ni! Aku kagumlah tengok haiwan2 ni pandai berlakon.. eh ke teknik komputer ek?


  • Banyak sangat pemandangan yang indah-indah dalam filem ni. Suka.. cantik sesangat


  • Lakonan yang terbaik dari semua pelakon. 



  • Moral dari filem ni ialah kita kena selalu ingat tuhan.. bukan time susah je.. dan kena la belajar ilmu-ilmu untuk survive.. huhu..nanti dok sorang2 kat laut yang luas terbentang macam mana?




Biru mata hitamku





Pi yang hebat





Richard Parker yang garang tapi comel




Yang Kurang Menarik:


Ada satu part je, yang dia cerita benda lain kat orang Jepun pembuat kapal, yang tu bosan sket sebab die cerita pakai mulut je.. takde gambar2.. hehe



Keseluruhan:

Memang menarik! Tak rugi menonton! Suke sangat2! Rasa macam nak pi beli buku dan nak baca. Durasi selama 2 jam rasa macam sekejap je and guess what? Aku tak menguap langsung sepanjang menonton (sebab 60% masa aku tengok wayang aku mesti tidur). Jom sama2 mengembara bersama Pi. :p


Ok bye!


Thursday, November 29, 2012

Zombie Menceriakan Hari-Hariku

  20 comments    
categories: ,


Hmm.. ada bau manusia!





Ahhh.. rusa pon jadiklah!





Zombie sakit mata





Polis jadi zombie





Kill zombie!




Perempuan pun boleh bunuh zombie dengan jayanya






Glenn, watak kegemaran saya dalam siri ni. Korean. Comel dan berani





Yang ni paling minat! Gagah tapi penyayang... awww









Jom tengok The Walking Dead! Dah season 3 dah weiiii



Sunday, November 25, 2012

Jalan-Jalan: Taman Safari, Bogor, Indonesia

  35 comments    
categories: , ,

Wah! Lame tak tengok blog nih! Hari tu gi Indon sekejap, best! Antara destinasi feveret aku ialah Taman Safari ni lah! Sebab tu terus wat entri tempat ni. hehe. Aku memang dah lama teringin nak gi tempat binatang macam safari ni, di mana haiwan-haiwan semua bebas berkeliaran dan tak duduk dalam sangkar. Bebas gituew.. 

Perjalanan nak gi Taman Safari ni dari Bandung ialah sekitar 3 jam. Kitorang gerak pkl 5 pagi (6 pagi waktu Malaysia). Awal tak? Hehe.. semangat giler ni nak tengok binatang! Pastu jalan kat sana... hmmm.. janganlah korang expect macam highway kat Malaysia. Jalan dia berbukit-bukau dan macam ular dipalu.. Sape tak tahan boleh pening + muntah woo.. Tapi aku tak maw tidur, aku nak tengok pemandangan sekeliling, cantik! Banyak padi bukit yang bertingkat-tingkat tu.. memang fascinating

So, sebelum sampai ke Taman Safari, korang akan nampak ada local jual carrot and pisang kat tepi jalan. So belilah, harga 20 000 rupiah (dalam RM6). Makanan tu bukan untuk korang taw! Untuk binatang laaa.. hehehe.

Harga nak masuk Taman Safari : 130 000 Rupiah (RM41.30) SEORANG (DEWASA)




Binatang pertama yang kutemui! Hey beautiful!






Tengok.. banyak rusa-rusa dan spesisnya berkeliaran.. tengok juga banyak kereta-kereta berhenti nak bagi makan





Cubaan pertama aku nak bagi makan binatang GAGAL! Cess.. tak nak layan aku kan.. takpe2






Zebra sangat friendly! Aku ingat zebra sombong sebab dia cantik sesangat.. keh3... don't judge the books by its cover






Haha kawan saya takut-takut.. tapi tengoklah tanduk dia tu.. seram sejuk gak






Tengok kat kereta depan.. ada zebra sedang menunggu makanan.. hee.. comelnyiew... rasa nak bawak  satu balik umah ler.. comel comel comeelllll!!!!!!!!! *hysteria*






Dalam Taman Safari ni ada macam kena lalu sungai-sungai kecik gini la.. so.. jangan bawak Produa Kancil gi sini taw.. ngeh3 tak kelakar.. tahu...






Ilama in the house~~!!!





Rambang mata kah??





Nampak tak siapa/apa yang duduk dengan bongkaknya di atas batu itu? Yang ni jangan bagi carrot, korang hulur je tangan korang keluar dari van. Hahaha! Jangan3.. bila dah masuk perkarangan haiwan-haiwan karnivor, korang kena tutup tingkap. Bahaya!




Raja Rimba sedang bersemayam. Jangan diganggu!






Okay time ni dah kena jalan sendirik! Tak naik kereta dah! See.. burung pon tak duduk dalam sangkar :)









Berani kan kawan aku ni amek gambar dengan binatang2 liar ni? Aku? Aku? * mengundur ke belakang buat2 tak nampak * Harga nak ambil gambar = 15000 rupiah (RM 5)






"Bro! Nak pic aku bayar dulu bro..."


Banyak lagi benda best dalam taman safari ni, best woo.. 1 hari memang tak abes la weh! Antaranya:


  • Cowboy Show.. best, memang best!
  • Persembahan dari gajah
  • Ada rumah penguin, dolphin & singa laut
  • Ada cable car! Tapi pendek je. tak puas
  • Taman tema air macam Sunway Lagoon tu...

Dan banyak lagik lah! Memang syok!






Ok bye~~