Friday, December 30, 2011

Lirik Lagu Carta Hati - Najwa Latif

  No comments    
categories: 



Carta Hati


Engkau duduk di situ

Diam tersipu malu

Mahu mendekati aku

Aku mulai resah

Hatiku jadi kebah

Melihat dirimu aku rebah

Tapi hati ini kuat menyatakan

Kau terkini duduk di carta hati


Lalu cinta kita bermula

Dari mata turun ke jiwa
Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita

Menjanjikan bahagia

Untuk kita berdua selamanya

hooo.. hoo.. lalala..haaaa... mmm..
Jangan engkau jangan pergi

Jangan tinggalku sendiri

Jangan tinggalkan carta hati

Kau janji kan bahagia

Ku janji kau tak terluka

Teruslah berada di carta hati kita

Lalu cinta kita bermula

Dari mata turun ke jiwa


Dari teman menjadi cinta
Dan berjanji untuk setia

Sehidup semati kita

Menjanjikan bahagia

Untuk kita berdua selama-lamanya

Oooo...lalalalala








Lagu ni best sebab:


  • Suara Najwa Latif ni gemersik sangat.. kena la dengan lagu macam ni...  :)

  • Aku suka sebab last dia macam rythm.. macam syair la.. hujung dia sama huruf dalam setiap rangkap

SELAMAT MENDENGAR! :)



Wednesday, December 28, 2011

2011 Yang Manis...



Akhirnya sudah akhir tahun.. huhuhu sedih sedih... Tapi aku rasa tahun ni macam panjang sket. Eheh.. bukan ape... sebab dalam tahun ni ada macam-macam benda berlaku.. Yelah, 4 tahun lepas, asyik belajar je.. so belaja, cuti sem, belaja, cuti sem.. tahun ni macam-macam ada lah sket. Sket lah.. 


Ape - ape pun aku bersyukur sangat sebab tahun ni apa yang dirancang hampir semuanya berjalan lancar. Syukur padamu Ya Allah.. :)


Kenapa tahun ni manis? Sebab-sebabnya adalah :


  • Dapat siapkan jugak thesis.. Yahoooo!!! Walaupun aku dah terlambat satu sem.. tapi Alhamdulillah setelah menangis dan memerah otak, siap jugak akhirnya. Walaupun aku taw memang tak sempurna tapi dah pass aku bersyukur sesangat!





  • Dapat praktikal di tempat yang awesome giler! Mula-mula memang nervous nak praktikal, takut environment dia tak serasi dengan aku, tapi lama kelamaan aku rase macam best la.. Walaupun syarikat kecil je, tapi sebab kecik tu la kita saling bekerjasama dan bermuafakat menyiapkan kerja bersama-sama. Hehe. Sampai bila hari terakhir, kena bagi ucapan, aku menangis-nangis plak.. Adoiii.. terlebey sudeh... hohoho





  • Dapat bekerja dan bergaji secara rasminya. Akhirnya setelah 4 tahun belajar dan menghabiskan duit mak bapak, kini tibalah masanya untuk membalas jasa- jasa mereka plak (walaupun taw tak akan terbalas pon.. wuwuwu). Bila dah kena carik duit sendiri ni, barulah pandai menghargai duit sket. Hohoho... Ape-ape pon, seronok gak keja ni.. ofismet sume baik-baik dan peramah belaka.. Tu yang sampai bukak kedai kopi tu..Hehe.







  • Memegang segenggam ijazah dalam Sains Komputer. Seronok tak terkata bila dapat konvo. Lagi bermakna sebelum konvokesyen dah dapat kerja. Alhamdulillah :')




Ha.. itulah serba sedikit kenangan manis di tahun 2011. Diharap tahun 2012 yang tak lama lagi menjengah akan membawa 1000x kemanisan... Dan diharap dengan bertambahnya tahun, bertambah jugak amalan aku.. 

Abdullah ibn Masud berkata,
“Saya belum pernah menyesal melainkan penyesalan saya pada hari apabila terbenamnya matahari, semakin singkat umur saya ini, sedangkan amalan saya tidak bertambah.”


Ibn Ata’illah berkata dalam hikmahnya:
“Banyak sekali manusia diberikan usia umur yang panjang tetapi sumbangan diberikannya sangat sedikit, dan banyak sekali orang mempunyai usia umur yang pendek, tetapi mereka memberikan sumbangan sangat banyak. Sesiapa yang umurnya diberi berkat oleh Allah, maka dalam jangka masa pendek dia akan mendapatkan pelbagai kurniaan daripada-Nya, yang sangat sulit untuk diungkapkan.” 



Wordless Wednesday #8 Bila Parti BN + PAS = ??

  2 comments    
categories: 


Kredit to Danny yang snap gambar ini di Bangkok baru-baru ni :)


Sunday, December 25, 2011

Lirik Lagu Aishiteru - Zivilia Band

  2 comments    
categories: 




Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana
Ooo…


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan



Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Akan tulus a a ai aishiteru


Bridge:

Hapus sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
Banyak segala misi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali


Friday, December 23, 2011

Tentang Sujud Sahwi

  8 comments    
categories: 







Apa itu Sujud Sahwi?

Sujud Sahwi adalah dua sujud yang dilakukan ketika solat, iaitu untuk menutup kekurangan yang dilakukan kerana terlupa.



Bila Kita Perlu Melakukan Sujud Sahwi?


  1. Apabila kita tertinggal satu daripada 7 Sunat Ab'ad iaitu:
  • Membaca Tahiyat Awal
  • Membaca selawat pada akhir tahiyat awal (Allahumma Solli Ala Muhammad)
  • Membaca Doa Qunut dalam solat Subuh
  • Membaca selawat dan salam pada akhir Doa Qunut (Wasallallahu Ala Sayyidina Muhammad Waala Alihi Wasohbihi Wasallam)
  • Duduk kerana membahaca Tahiyat Awal
  • Membaca selawat ke atas keluarga nabi Muhammad s.a.w
  • Berdiri kerana membaca Doa Qunut



Bacaan Sewaktu Sujud Sahwi


سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو

Maksudnya: Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.


Bagaimana Cara Melakukan Sujud Sahwi?

  • Sujud dua kali selepas Tahiyyat Akhir dan sebelum salam

Wednesday, December 21, 2011

Wordless Wednesday #7 - Izzue Islam Penagih Dadah Dalam Songlap

  7 comments    
categories: ,







Tuesday, December 20, 2011

Nyahkan Saja Word Verification Itu

  4 comments    
categories: ,

Pernah nampak tak benda ni? Mesti familiar kan di kalangan blogger2 yang suke mengomen ni kan.... heheheh


Nampak tak huruf-huruf itu? Dan nampak tak orang berkerusi roda itu?


Itulah nama dia Word Verification. Apa gunanya? Untuk mengelakkan spam masuk ke dalam blog kita yang suci itulah kononnyerrr.... 

Kira macam bagusla jugakkan adenye benda word verification ni. Elakkan spam membajiri blog kekdahnye..


Tapi

Tapi 

Tapi aku sebagai seorang blogger dan pemilik sebuah blog, aku tak rasa benda tu patut ada kat blog aku.  


KENAPA?

  • Aku taw Word Verification n fungsinya untuk mengelakkan spam (as I mentioned above), tapi.. tapi kan, aku rasa tak perlu kot sebab komen2 yang aku dapat tak lah banyak mane, so aku boleh lagi la.. nak delete mane2 spam. Anyway, bukan ke blogspot dah dividekan mane spam mane komen btol, so lagi senang ah keje. Lagipon, kadang2 WALAUPUN dah guna word verification, still ade jugak spam yang terlepas, yelah name pun untuk reduce je kan. So... senang cakap menyemak je ah word verification ni

  • Aku sayang readers di blog ini.. sayang sangat! Ikhlas dari hati ni!Kira aku cukup berbesar hati kalau ada orang baca blog aku ni. Lagi la bertambah sayang kalau ada readers yang komen. Soooo.. aku taknak menyusahkan readers2 aku dengan mengisi Word Verification ni, dahlah kena bace.. pastu nak komen kena plak isi macam-macam... No no no

  • Dahlah kena isi huruf-huruf tu, lepas tu kalau salah kena isi lagik! Buat readers takde mood je kan kena isi balik. huhuhu

  • Maybe pada sesetengah orang, benda ni nampak macma remeh, tapi pade aku.... time-consuming la jugak.. Huruf besar huruf kecik lagi kena consider... Dont like lah 



SO CAMANA NAK BUANG WORD VERIFICATION NI??


1. Pergi ke Blogspot Dashboard  -> Setting -> Comments




2. Scroll ke bawah, pergi ke sini :



3. Lepas tu, pilih la NO.




Tadaaa... Senang je kan? 

Now my readers don't need to fill the annoying word verification :) 

Happy blogging!


Monday, December 19, 2011

Ada Apa Dengan SONGLAP?

  10 comments    
categories: 


Niat di hati nak tengok Ghost Protocol, tapi cite HOT macam tu memang sold out jelah kejenye. Tiket laku macam pisang goreng panas. Nak tengok Ombak Rindu, macam lambat sangat la plak.. dah outdated dah.. download jelah nanti.. hehehe. So tinggal cite Songlap.... ahhhhh... Songlap pon Songlap lah....! Mari kite songlap tiket itu! (Tipu melayang RM11)




Poster filem: Cantik? Blur? Ni curik kat sini.. hehehe



Sinopsis cerita ini :

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?






Ape Yang Best?


  • Jalan cerita yang lain daripada lain.. Cite Melayu selalu macam tipikal dan cliche... tapi yang ni memang lain sangat.. Seronok gak

  • Lakonan mantap. Macam Sara Ali tu, tak kenal pon.. tapi berlakon macam best la.. tak banyak cakap pon.. banyak main emosi je.. best2

  • Dialog banyak kelaka - kelaka... Hahahahaa * tibe2 gelak*



Ape Yang Tak Best?

  • Aku rasa lakonan Shaheizy Sam macam membosankan... boleh gitu? Mungkin sebab dah banyak kali tengok dia berlakon, so macam dah... huargghhhhh ( menguap )

  • Aku tak suke cite tergantung.. Aku nak taw ape jadik kat Hawa dan anaknye.. Aku nak taw Ad & Am dan maknya yang pelacur tu.. ape jadik.. Tapi cite ni tak bagitaw ape yang terjadik... Argghhh tensen aku!

  • Macam berat gak cite ni.. kisah sosial dalam cite ni. Macam takde benda baik sangat pon, yang ade cuma watak Syafie Naswip jelah kot.. Tai kisah haruan makan anak tu memang aku tak suka. toksah la cite benda tu


Overall :

Okay la.. so-so... Moh ramai2 kita sokong filem tempatan :D




bye!




Tuesday, December 13, 2011

Beruk Pakai Lip Balm



Hehehe

Penah nampak tak beruk ni?

Nilah die.. name die Paul Frank

Aku selalu nampak dia ni kat T-shirt jek...

Kadang-kadang nampak  kat tali pinggang, kat kasut, kat beg..

Dekat cupcake...





Cumil kan? Nasib baik tak berbulu. eheh




Tapi sekarang... Paul Frank ni dah ada lip-smacker @ lip balm la plak... hohoho




Haaa... ambik ko



Tengok packaging die memang menarik ah... Macam gula-gula pon ada aku tengok.. sedap giler.. hahaha


Hari tu aku nampak kat Guardian, memang tempting.. rasa macam nak beli je.. kebetulan plak lip-balm memang dah nak abes.. tapi.. takut plak nak beli skali tak bagus.. hew hew hew


Tapi kalau ikut kat sini, review dia macam bagus je.. hehe.. tapi tak tahu lah kan..


Kalau ada sapa-sapa dah try, bolehla cite sket..


  • Adakah dia dapat melindungi bibir secara maksimum dari kekeringan?

  • Rasa dia sedap ke? Agak-agak boleh makan tak? :P Okay lame joke

  • Ataupun adakah sekadar indah khabar dari rupa?


Bukan ape, kadang-kadang tu bila pakai rasa macam berangin jek.. sedap ah... tapi bibir still kering! Nan hado! 


Bye!



Saturday, December 10, 2011

Bagi Sesiapa Yang Berangan Hidup Ni Macam Fairy Tales

  8 comments    
categories: 

Ape jadik lepas Snow White kahwin dengan Prince Charming? Adakah mereka hidup bahagia happily ever after? Ape plak kisah Cinderella? Selalunya kalau baca buku cerita bedtime stories tu, last-last puteri-puteri ni mesti kawen dengan prince mereka yang hensem tu dan akan bahagia sampai bila-bila kan?


Tapi betul ke macam tu? Takkan lah terus  bahagia macam tu je kan? Tak challenging la beb.  Hidup tanpa masalah bukan kehidupan manusia namenye. Kehidupan alien agaknye. hehehe


Aku pon curious gak. Mungkinkah hidup mereka menjadi Happily Never After?


Jangan risau. Bagi sesape yang tertanya2 dan bosan macam aku (sebab cite melayu yang best pon Tentang Dhiya je ), mari kita sama-sama menyaksikan cerita bersiri Once Upon A Time, cerita pasal....


Kesinambungan kisah kehidupan Snow White dan Prince Charming ni. Ingat tak Mak Tiri Snow White yang nak sangat Snow White ni mati, bagi epal beracun? Snow White pun mati tapi akhirnya tak jadi sebab Prince Charming selamatkan Snow White dengan ciuman?


Ingatkan lepas tu kehidupan diorang bahagia sampai ke anak cucu tapi mak tiri Snow White yang busuk hati telah membuat satu sumpahan iaitu diorang semua dibawa ke alam realiti ( zaman sekarang ni lah!) dan mereka semua tak ingat apa jadi kat diorang masa dulu. Sume ilang ingatan lah kiranya.

Cume seorang je yang boleh leraikan sumpahan ni, iaitu EMMA SWAN.. Anak Snow White dan Prince Charming lepas umur dia 28 tahun..





White tak Snow White ni? hehehe



KENAPA AKU SUKA TENGOK CERITA NI??



  • Sebab pelakon hebat-hebat belaka.. Watak utama Jennifer Morrison yang ada dalam cite House tu.. dia macam garang tapi comel... (^^). Yang jadi Snow White tu pon comel.. bila cakap macam lemah lembut je I loike.. hihihi

  • Jalan cerita yang menarik dan kreatif.. seronok la takde pon part yang boring.. Bila dia flashback ke zaman silam pun takdelah ngantuk . Cite ni pon senang paham.. :)

  • Best sangat sebab dalam satu cite ade Cinderella, Snow White, Rumplestiltskin.. Macam tengok kisah dongeng dalam satu package.. hehehe

  • Suka tengok pelakon dia lah senang cakap! Semua mantap-mantap! Evil queen dia memang evil betol..




Jennifer Morisson sebagai Emma Swan si anak Snow White yang akan memecahkan sumpahan jahat tu! Yeahh yo go girl!!!






Ni lak anak si Emma tu.. woh woh Snow White dah ade cucu rupenye! hohoho. Comel giler die ni :) :)






Rumplestiltskin yang jahat dan hodoh! Tapi dalam mase yang same cool jugak.. hehe





JOM TENGOK CITE NI! TAK PON DOWNLOAD JE! HEHEHE




Tuesday, December 6, 2011

Rupanya Aku Dah Tua.. :)

  8 comments    
categories: 


Hoi pejam celik pejam celik

Aku dah tua rupanya! hahaha..

Sekarang dah keje

Dulu ingat lagi awal2 masak mula2 masuk ke menara gading..

Cuak sangat kot + exsaited

Dahlah 4 tahun tempoh pengajian aku.. lama kan??







Setelah 4 tahun berhempas pulas, bersusah payah mengharungi segala cabaran dan onak duri

Akhirnya aku berjaya jugak grad!

Syukur pada-Mu Ya Allah..

Aku ingat aku tak join diorang.. sebab aku ni bermasalah la jugak masa belajar dulu.. wuwuwuwu






Inilah kawan-kawan seperjuanganku

Ingat kawan-kawan..

Perjalanan kita masih panjang lagi

Lepas ni kena tempuh benda-benda lain plak

:)

Selamat Berjuang!