Wednesday, November 30, 2011

Monday, November 28, 2011

Kotak Yang Sedih Dan Comel


Hadeih kebizian menyebabkan blog tidak terupdate. Sedih!

Padahal azam nak update setiap hari.

keh keh keh

Tak dak nak cita apa pon

Cume akhir-akhir ni aku selalu nampak orang letak gamba ni kat blog:





TADAA!!!


Gamba kotak tu lah.. selalunye dalam tumblr, tapi ade jugak orang buat profile picture kt facebook, display picture kat yahoo messengger dan macam2 lagi lah!

Mula-mula macam pelik gak.

Apesal kotak ni macam sedih?

Tapi lama-lama tengok comellah pulak.. hehe



Jeng jeng jeng comelnya dia baca buku!






Ewwww~~ comot la kotak makan roti + nutella.. tapi still comel hokaayy




Google google baru lah taw nama dia ni Danbo.. ehehe name pon kiut miut

Dia ni tercipta apabila seorang photographer bernama Anton Tang  membeli Amazon'Cardboard box dari eBay dan kemudian meng'hidup'kan kotak Danbo ni!!


Memang amazing dan kreatif la! Ni barulah dinamakan think out of the box! hehehe


Kalau nak tengok lagi gambar-gambar Danbo yang cumil ini, lawatilah laman web si talented Anton Tang ni.. memang best! 





I ♥ YOU READERS :)



Friday, November 25, 2011

Thursday, November 17, 2011

Lirik Lagu Paradise by Coldplay

Awesome people



COLDPLAY

PARADISE


When she was just a girlShe expected the worldBut it flew away from her reach soShe ran away in her sleepand dreamed of
Para-para-paradise, Para-para-paradise, Para-para-paradiseEvery time she closed her eyes

When she was just a girlShe expected the worldBut it flew away from her reachand the bullets catch in her teethLife goes on, it gets so heavyThe wheel breaks the butterflyEvery tear a waterfallIn the night the stormy night she'll close her eyesIn the night the stormy night away she'd flyand dreams ofPara-para-paradisePara-para-paradisePara-para-paradise
Oh oh oh oh oh oh-oh-ohShe'd dream ofPara-para-paradisePara-para-paradisePara-para-paradiseOh oh oh oh oh oh-oh-oh-oh

lalalalalalalalalalalaAnd so lying underneath those stormy skiesShe'd say, "oh, ohohohoh I know the sun must set to rise"

This could bePara-para-paradisePara-para-paradisePara-para-paradiseOh oh oh oh oh oh-oh-ohThis could bePara-para-paradisePara-para-paradiseThis could bePara-para-paradiseOh oh oh oh oh oh-oh-oh-oh











Monday, November 14, 2011

Saya Membangkang Video Rant On Lagu Cinta Mat Luthfi ;)




Hehehe.. Maaf Mat Luthfi dan peminat-peminat Mat Luthfi.. Aku pun sebenarnye memang peminat fanatik Mat Luthfi.. Bila dia upload video terbaru, aku pun cepat-cepat nak view.. Kadang-kadang tu siap ulang-ulang berpuluh kali lagi.. hihihi. Tapi bila aku tengok video yang terbaru ni, aku rasa macam ada tak setuju la.. hoho. Tapi takpe.. Mat Luthfi pun cakap No Offense.. Lagi pun, ni cuma pendapat aku je..Hihi


Lagu #1 : Tiga Kata by KRU Bersaudara

Aku pon terus terang aku takdelah minat sangat geng KRU ni. Contohnye citer Karak, asek kena kutuk je ah dengan aku. Merong Mahawangsa pon aku tengok separuh, lepas tu KROHH KROHHHH.. zZZZ

Tapi dalam Lagu 3 KATA:
"Tiga Kata Paling Bermakna, Tapi Jarangnya Disebut"
Mat Luthfi kata, lepas tu dia dengar 40 lagu lepas tu semua lagu cinta!

PENDAPAT AKU: Aku rase, ape yang dimaksudkan dalam lagu KRU tu, jarang didengar dalam kehidupan seharian kot. Yelah orang Melayu ni bukannya romantik sangat, nak cakap I LOVE YOU  setahun sekali pon susah kot. Yang banyak kat dalam lagu dan drama jelah. Tapi realiti? Nan ado!  Hehe. So KRU nak buat kempen suruh cakap  I LOVE YOU  tu bila-bila mase je.. ada paham Mat Luthfi??!  :)





Lagu #2: Berdua Bersatu by Fourteen

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu



Pendapat Aku: Mat Luthfi, ko pernah dengar tak, orang yang tengah kemaruk bercinta akan jadi BODOH?? Tak pedulikan orang lain? Tak nak dengaq cakap orang lain dah even mak bapak? Itulah kuasa cinta yang kadang-kadang memang tak masuk akal.

Tapi mungkinlah.. lagu ni memang over sket... tapi biaselah kan.. name pon lagu budak-budak remaja.. hehe





Lagu #3: Terasa Di Syurga by Sofaz

"Tak Sabar Menunggu Hari Esok, Umpama Mawar Yang Sedang Mekar"


Pendapat Aku: Aku rasa dia nak cakap hari esok tu indah macam mawar yang sedang mekar. Cantik dan excited. Bayangkan mawar yang separuh mekar, mesti lah mawar tu exsaited kan nak mekar sepenuhnye.. Macam tulah perasaan pasangan berkasih, excited nak tunggu hari esok..  Simili dan hyperbola memang biasa dalam ayat orang Melayu ye Mat Luthfi.. cuba ko baca buku sastera. Eh tak payahlah, nanti ko lagi pening. hehehe





Lagu #4: Grenade by Bruno Mars

"Should of known you was trouble from the first kiss, Had your eyes wide open"


Pendapat Aku: Aku rasa pada diorang, kalau tengah kissing tu mata terbukak, tu maknenye die tak ikhlas kiss la.. Macam main-mainkan & tak feel gitu. Kalau mata tertutup tu maknanye mati je ke?? Like.. seriously Mat Luthfi?? Seriously u don't know?? So naive la you.. ;)  Haha Mat Luthfi anda memang kelakar lah. That is why lah I like U veri much






Lagu #5: Lelaki Seperti Aku by Alif Satar


Okay yang ni aku sependapat dengan hang!! No objection at all! :D








Bubye!



Sunday, November 13, 2011

Beli Laptop Macam Beli Nasi Lemak Jerr??




Begitulah kata kawan abang aku terhadap kami yang sedang membeli laptop


Huhuhu

Bukan sengaje nak beli laptop macam borong nasi lemak

Tapi kebetulan sume dah kemaruk sangat, 3 bulan hidup tanpa laptop.. so akhirnya kumpul-kumpul duit belila...

Seperti biasa, doakan yang baik-baik ya untuk kehadiran yang baru ini??

:)


p/s: Saya masih tidak boleh melupakan si Boboy yang menghilang entah kemana, yang pertama selalu yang terbaik walaupun tak sempurna kan? ;)



Tuesday, November 8, 2011

Kenapa Saya Masak Sup Kurang Umphhh (Kurang Sedap)?




Sejak duduk rumah sewa nih, kena la slalu masak. 

Dulu masa kat Bangi duduk rumah sewa gak, tapi dapur pun tak dak.. hahaha

Tapi bila dah kerja tetap ni, duit pon kadang2 ade, kadang2 takde.. kena la masak kan. huhuhu

Terus terang cakap, memang aku tak slalu memasak pun.. ( TAKNAK MENGAKU TAK RETI MASAK..KEH3)

Mase kecik-kecik, rajin jugaklah mengacau mak masak.. stakat potong2 bawang jer pon..

Bila dah start masuk sekolah menengah, aku pun duduk asrama, balik weekend, jangan harap lah aku nak menjenguk dapur, tengok tibi (televisyen).. Kalau jenguk pon, sebab nak makan ler, bukan nak masak. huhu

Bile dah masuk universiti pon, aku duduk asrama.. Bawak periuk nasik pon tak dibenarkan di asrama kan? Lagilah aku tak masak.. Makan kat luar je lah kejenye.. Kalau masak tak elok, sakit lah perut dibuatnye.. Duit pun abis kat makan je

SO SEKARANG?

Bila hidup dah tidak dibiayai oleh ibu bapa, barulah aku sedar bahawa susah jugak nak cari duit ni, nak membazir makan tempat sedap tak tentu hala pon aku rasa sayang siot kat duit..

So sekarang kena masak sendirik ah beb! Jimat sket!

Hari tu aku pun dengan bangganya masak sup. Masak dengan kawan2 rumahla weh, sepakat membawa berkat. Orang kata masak sup ni senang gila gila, tutup mata pon boleh. So kami pun masakla.. memang rasa senang pun. hehehe.. campak2 je kate orang

Sekali resultnya tak lah segempak mana, tak sesedap mak masak, dan tak sesedap sup di gerai belakang balai polis Puchong..

Cis! Apa kurangnya sup kami?

Kami masak seperti anda juga!

*tak puas hati ni* *sambil belek2 sup kat kedai orang lain* 
(SUP DIBELEK?? BEDAL AJELAH)

Lepas merujuk di sini, barulah kami sedar beberapa kesalahan kecil.. tee hee hee 

  • Tidak merendam rempah di dalam air panas menggelegak
  • Tidak memasukkan air rendaman rempah selepas ke dalam tumisan dan ayam
  • Tidak memasukkan kiub ayam (optional sebenarnya)
  • Tidak memasukkan daun bawang dan daun sup


Takpelah belajar dari kesilapan :)

Better late than never. hihihi




Learn!




Ni lah rupa sup yang aku buat. Rupa dah ade kan? Ceh tipu ajer... ni sup terbaekkk di Kota Tinggi






Ni lah sup yang sebenar! hahaha!!





Friday, November 4, 2011

Aku Sedar, Aku Hanyalah Blogger Picisan Yang Menumpang Sedikit Ruang Di Dunia Blog Ini





*Mood Sentimental*

Aku sedar diri ini, aku hanyalah insan biasa, tiada apa yang menarik untuk diceritakan seperti blogger-blogger terkenal.. huk huk huk


* tak taw ape motif gambar Selena*


Jadi aku ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada semua yang sudi membaca blog yang tidak seberapa ini


TERIMA KASIH! 


yang tidak terhingga :)


Terharu.. sob sob sob










Okay, gembira semula!!! (^0^)




*tak taw lagi kenape letak pic Selena*




Hari ni nak jawab tag dari seorang gadis comel bernama Miakafiya. hehe




Okay.. Ready.. Get Set.. Go!!!





1. Nyatakan tentang diri kamu dalam 5 perkataan.
Serabut
Pemalu 
Penyegan
Penyebok
Penyebar (?)

2. Kamu rasa kamu cantik/kacak bila...
Bila ek? Serius aku ambik masa yang lama nak jawab soalan ni.. Adelah 30 minit menghadap pc tak buat pape (Nasib baik boss gi London)

3. Cinta pertama kamu masa kamu berusia..??
10 tahun.. hahahhahaha.. eh hari tu nampak kat Facebook die dah kawenla.. hoho tahniah2

4. Lebih suka membaca atau menonton?
Ermmm.. menonton kot.. Cite Harry Potter sume aku tonton je.. tak bace buku die pon.. hohoho

5. Namakan satu buku/cerita kegemaran kamu dan kenapa?
Buku kegemaran saya ialah sebuah novel B.I yang bertajuk The Mockingbird. Kenapa? Sebab dia mengisahkan tentang perkauman iaitu antara kaum kulit putih dan kulit hitam. Banyak konflik. huhu

6. Apa yang akan kamu lakukan pada hari perkahwinan seseorang yang kamu pernah suka dulu??...
Ermm.. takde buat ape pon.. Paling jahat aku boleh buat ialah makan kat kenduri kawen die tapi tak bagi hadiah/duit.. hahahahha

7. Suka budak-budak? Kenapa?
Suke..sebab diorang wangi. Pastu boleh cium diorang sesuka hati.. takde sape marah. hahahahaha

8. Suka berangan?
Suke.. time tengah buat kerja pon boleh berangan inikan plak time takde kerje.. keh keh keh

9. Berapa kerap kamu update blog dalam seminggu?
Paling banyak pun 5 kali kot.. Kalau weekend memang tak dapek lah.. den nak merayap sambil berjimba-jimba. haha

10. Apa benda yang wajib ada dalam beg tangan/poket seluar kamu?
Kunci rumah!! Wajib ade! 

11. Apakah impian yang kamu ingin capai??
Ingin menjadi seorang software tester yang terkemuka. hihiks




Okay.. terima kasih kerana sudi membaca :)


Wednesday, November 2, 2011

Tuesday, November 1, 2011

Kesilapan Besar Dalam Cubaan Untuk Menguruskan Badan #2

1. Minum air bergula BERLEBIHAN

  • Haaa sebelum ni ade cakap kan kena banyakkan minum air kalau nak kurus. Tapi tapi tapi.. tu untuk air kosong jer.. Hahaha.. air coke, pepsi semua tu tolong tolak tepi yer.. Jus buah-buahan 100% atau tak 100%, kopi, susu penuh krim, semua tu kena minum secara sederhana la.. Jangan lebih-lebih plak. Kate nak kurus.. hihi
Hiasan punye gambar



2. Makan laju-laju
  • Yang ko makan kelam kabut tu apehal kan.. Kalau dah lapar sangat pon, janganlah gelojoh sangat der.. Hilanglah keayuan tu.. hehehe. Makanlah dengan perlahan dan bersopan santun. Sunnah Rasulullah pun suruh kita kunyah 40x kan.. Untuk membantu penghadaman la tu.. :) Nanti ko pun akan merasa cepat kenyang.. Tapi kalau masuk Pertandingan Makan, kena la makan laju-laju.hahaha

Comelnessss




3. Diet sampai tak makan langsung
  • La.. ni memang salah sangat-sangat. Mula2 memanglah nampak kesan berlaku penurunan berat badan sket. Tapi bila kita dah start makan macam biase, berat badan akan bertambah secara mendadak. 

KAH KAH KAH KAH






BYE!

SELAMAT MENURUNKAN BERAT BADAN! :)