Did you forget all the plans that you made with me?
‘Cause baby, I didn’t
That should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me, this is so sad
That should be me, that should be me
That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong, I can’t go on
‘Til you believe that that should be me
That should be me
You said you needed a little time for my mistakes
It’s funny how you use that time to have me replaced
Did you think that I wouldn’t see you out at the movies?
Whatcha doing to me?
You’re taken’ him where we used to go
Now if you’re trying to break my heart
It’s working ’cause you know
That, that should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me, this is so sad
That should be me, that should be me
That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong, I can’t go on
‘Til you believe that should be me
I need to know should I fight for our love or disown?
It’s getting harder to shield this pain in my heart, ooh
That should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me, this is so sad
That should be me, that should be me
That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong, I can’t go on
‘Til you believe that that should be me, ooh
Holding your hand, that should be me
The one making you laugh, oh baby
Oh, that should be me, yeah
That should be me, giving you flowers
That should be me, talking for hours
That should be me, that should be me
That should be me
Never should’ve let you go
I never should’ve let you go
That should be me
Never should’ve let you go
That should be me
Never should’ve let you go
Never should’ve let you go
That should be me
Two adorable and cute creatures here.. feels like eating combo meal!
Sincerely I don't know much about this group but I think they are awesome. :D
CHOP!! CHOP!!
What happen with Justin-Selena relationship? Confuse lah. Sometimes they're break up, sometimes news said they are okay and back together. So which is true for now?
Antara azam aku pada tahun-tahun lepas ialah untuk menjadi SKINNY. Kenapa? Sebab lepas SPM aku pemalas, berat tulang., jadi biawak hidup kat rumah. Keje aku makan tido makan ido makan tido je sementara nak tunggu dapat tawaran masuk U. Akibatnyeeee.. dari seorang yang SKINNY terus jadi macam gemok gedempol.. Eh eh takdelah sampai macam tu...tapi hampir ke arah tu la kot.. ahahaha..
Aku menjadi tension. Kawan-kawan sekolah pun taye apesal tibe-tibe ko gemuk? Aku terus down. Aku mula berhasrat. Aku nak kurus! Aku nak jadi SKINNY! Aku yakin aku boleh! Yeahh! Yakin Boleh! Masa zaman tu Skinny ni memang hot la.. Sume nak kurus kan.. Kalau boleh nak kurus secepat yang mungkin.. Sume jealous dengan Nicole Richie.. Dari gemuk dan tembam, terus SKINNY kau.. Jeles mak..
Wahhh kalau Skinny boleh la pakai skirt macam tu.. hehehehe
Aku pun cuba sedaya upaya menurunkan berat badan.. Cewahhhh.. yeke? Takdelah sedaya upaya macam Aizat AF kot sebab Aizat memang sampai tak sentuh nasi selama 3 bulan. Wahh aku tak boleh lah perut aku sangat melayu .. Tapi aku cubela mengurangkan makan nasi dan makanan ringan... Dan jugak bersenam sket-sket. hihihi. At least aku cube la jugak walaupun tak sedaya upaya.. Ish tak cekal aku nih. haha
Jadi... hasilnyaaaaa .....
Drum roll please..........
Hasilnya selari la dengan ape yang aku usahakan.. Memang TAK JADI SKINNY pon... Tapi kurangla berat badan tu.. takdelah malu sangat nak bergambar-gambar kan.. Dulu masa berat badan meningkat dengan mendadak tu, memang down ah.. nak tengok gambar sendiri memang malu ah kan. Nak beli baju pun macam was-was je kan. Akhirnya aku berpuas hati dengan berat badan aku walaupun tak skinny sepeti perempuan2 skinny yang lain. Alhamdulillahhhh
Lagi pon, setelah berfikir-fikir sejenak dan berjenak-jenak, aku rasa aku tak boleh la nak jadi SKINNY.
Antara sebab-sebabnya ialah:
Aku rasa kalau aku jadi skinny, organ-organ dalaman dan tulang temulang aku menjadi tidak selamat dan berisiko tinggi untuk rosak. Sebabnye? Sebabnye perlindungan dari luar iaitu lemak-lemak telah hilang. Hahaha. Nanti mesti badan aku cepat lebam lebam. Hehe. Teori aku je ni
Mesti aku cepat sejuk. Dahlah air cond ofis tu macam terlalu sejuk. Duduk sebelah orang berkulit buaya lagilah, nak naikkan suhu air cond pon tak bolehhh... Haii nasib baik ade lemak-lemak yang membantu aku
Mesti mak aku membebel cakap aku kedekut beli makanan lah. Nanti mesti dia masak sedap-sedap bagi aku makan, wahh konfemlah tak jadi skinny macam ni
Mesti aku menjadi lemah tak bermaya.. Sekarang pun dah lemau lemau lagi lah kalau aku skinny kan. Macam malnutrisi plak
Mesti kawan-kawan pun kutuk-kutuk. "EH KO APESAL KURUS? TAK MAKAN EA? JAGE BADAN EA? GEDIK AH KO! POYO JE NAK KURUS KERING" hehehehehehe
Ok lah tu aje
Anyway I'm happy what I am now. Just aim to be healthy, not skinny or whatever. :)
*Anyway sebab-sebab yang aku tak nak jadi Skinny tu tak boleh la diapplikasikan kepada orang-orang yang sedia skinny kan.. heheh.. mereka lain citer la.. lucky people :)*
Serius aku dah seriau nak duduk sini lagi. Dalam masa kurang sebulan, rumak sewa kami dah 2 kali dimasuki pencuri!
Kali pertama kena seminggu sebulan raya, abes 3 biji laptop kena sebat! Menangis air mata sekalipun rasa-rasanya tak dapat balik laptop tu. Mangga rumah kami hilang terus. Kurang hasam sungguh pencuri-pencuri itu. Kami pasrah, kami tambah mangga rumah kami. Konon-konon dah secure la tu
Kali kedua pulak berlaku masa minggu kedua raya plak. Ya Allah! Masa tu memang kami tak sangka sangat. Kali ni pencuri masuk guna pintu belakang plak. Aduhhhh
Bayangkan.. Tingkat 11 pun dia boleh panjat. Nak kata pintu belakang tak tutup, bergril siap bermangga lagi taw.. Tapi dasar pencuri professional..senang senang je dia boleh masuk!
Kami dah putus dan hilang semangat nak duduk situ lagi.. Setelah berbincang-bincang, minggu ni jugak kami search rumah baru kt internet. Terima kasih mudah.my! :-)
Cari punya cari, rumah-rumah tu tak memuaskan hati kami. Pusing..pusing...pusing...last-last terjumpa sebuah rumah yang amat ideal untuk kami. Yeaaaaaa!!
Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya urusan pembayaran selesai. Tinggal nak kemas-kemas barang kat rumah lama...
Doakan semuanya berakhir dengan baik ya! Excited plak nak mulakan hidup di rumah baru. Kikiki
Hari ni bangun pukul 10. Hohoho malunye. Bukak-bukak tv tengok ada orang tengah berarak mengibarkan bendera Malaysia. Oh hari ni hari Malaysia.
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua. Jujurnya aku sangat sayangkan negara aku ni. Walaupun bamyak pergolakan politik dan ekonomi yang berlaku, tapi perkara-perkara yang baik pun tak boleh dilupa. Aku berdoa semoga Malaysia semakin maju dan aman damai!
Di sini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh memajukan diri dan negara. Terima kasih jugak kepada warga asing yang sama-sama memajukan Malaysia dengan membina bangunan-bangunan tinggi di bawak panas terik mentari. Moga gaji yang kamu dapat dapat menampung makan minum anak bini kamu di kampung.
Aku jugak berazam untuk menjadi seorang citizen yang baik. Kalau asyik complain masalah tak akan selesai jugak kan. Jom sama-sama :-)
Poyo je aku type title post bahasa INGGERIS tapi tibe-tibe je macam blur sangat nak tulis dalam bahasa INGGERIS, al maklumlah tadi dah memerah otak tulis e-mail dalam bahasa INGGERIS dekat boss. So aku tulis dalam bahasa Melayu je lah. Cintailah bahasa kebangsaan kita :)
Semalam dapat email dari Nuffnang. Aku bukak la sebab nak taw gak ape perkembangan terbaru. Aku terkesima dengan isi kandungan email itu. (Amboi bombastic jugak ayat bahasa MELAYU aku)
Marilah kita sama-sama menyokong pledge Nuffnang ni iaitu membantu Rumah Aman. Rumah Aman ialah sebuah rumah anak-anak yatim yang terletak di Shah Alam. Rumah Aman ni beroperasi pada tahun 2005 dan menempatkan 30 orang anak yatim lelaki. Di sini, anak-anak itu akan diberikan pelajaran, makanan, pakaian dan perlindungan.
Ni lah Rumah Aman. Memang nampak aman dan penuh kasih sayang.
Kanak-kanak Rumah Aman yang comel dan soleh :)
Bilik study yang kemas dan selesa
Tetapi, dalam keselesaan dan penuh kasih sayang itu, terdapat juga kelemahan dan kekurangan yang mengekang Rumah Aman ni menjadi lebih sempurna kepada penghuninya. Rumah Aman memerlukan bantuan anda untuk memperbaiki dan menggantikan sistem pewayaran elektrik dan pencahayaan yang sudah 15 tahun lamanya.
Bahaya taw kalau sistem wiring electric tak betul, boleh membawa kepada kebakaran dan kerosakan. Bayangkan kalau apa-apa terjadi kepada anak-anak yatim yang suci dan tak berdosa tu..
Jadi, anda lah yang kami perlukan! Dengan bantuan ihsan dari korang semua, Rumah Aman akan menjadi lebih baik dengan pembetulan dan penambahbaikan sistem pemasangan wayar dan elektrik yang baru yang memerlukan kos sebanyak RM 20 000.
Jadi, hulurkanlah tangan, sama-sama kita membantu Rumah Aman ni. Walau sekecil mana pun bantuan anda, pastinye membawa seribu perubahan terutamanya kepada kanak-kanak ini! :)
Untuk membantu:
Melalui Maybank2u: Anda boleh membuat derma secara online banking dengan menulis remark: “Nuffnang TLC Promise Me S2”. Derma kepada Rumah Aman (Shah Alam), No Akaun : 562106720433 (Maybank).
Lunch time!!! Ni lah masanye untuk aku bermanja-manja dengan blog! Hahaha kasihan kan orang tak dak laptop.. Menumpang belas kasihan laptop opis.. Wuwuwuwu.. Ada sapa2 nak dermakan aku laptop? Buruk pon xpe asalkan leh download movie dah ler.. hehehe
Okay2.. niat utama nak update blog ni sebenarnye nak tunjuk gambar2 masa raya.. Tengok sume orang dah upload aku pon nak upload gak.. Hahaha.. Raya tahun ni of kos lah lebih meriah dari raya tahun lepas sebab tahun ni semua 8 adik beradik mak berayu kat Kampung Lukut. Wuhuuu..seronok! Seronok! Aku pun walaupun dah bekerja tapi cuti tetap seminggu nyah... Puas gak la duduk rumah kirenye..
Ni la Kampung Lukut Next Top Model.. Gembira sungguh dia dapat duit raya
Berdoa semoga tahun ini duit raya lebih menguntungkan.. Tetapi itu tak terjadi pada diri aku.. Warggghhhh.. Ekonomi duit raye aku tahun ini jatuh merudum. Keciwa. Tak nak keje lah camni. Nak belajar je sampai akhir hayat
Baru aku perasan rupenye aku tak banyak gambar time raya! Takpelah gambar beraya kat office pun okay gak kan kan kan
Opismet yang gembira dapat beraya di opis. Sambil buat report sambil makan kuih raye oh nikmatnyerrr
Pada 22/8/2011, berlaku satu malapetaka yang menyedihkan ke atas aku. Eh malapetaka memangla menyedihkan kan? Takkan menggembirakan plak ek. Hoho.. Malapetaka yang menimpa aku dan kawan-kawan aku ialah rumah kami telah dimasuki perompak-perompak berhati syaitan. Dan akibatnya, kami kehilangan laptop-laptop kesayangan kami. Oh my Boboy! Isk isk isk sadis sungguh pengalaman hidup kau Boboy..
Memang aku ralat dan sedih sangat bila laptop kesayangan aku tu hilang. Laptop yang dah banyak berjasa sepanjang aku berada di zaman universiti dan sampai dah kerja pon ha sekarang ni. Aku bukan sedih ape, kalau nak cakap laptop aku mahal ke, baru beli ke memang tak la kan... Tapi benda-benda, maklumat-maklumat dan semua kenangan-kenangan aku 4 tahun ada dalam tu kot... Wargghhhh.. Di bulan Ramadhan yang mulia, rupenye banyak lagi syaitan yang kejam tidak berperi kemanusiaan terlepas kan.. Kebetulan plak hard disk aku rosak.. Memang hilang macam tu jelah kan.. Sedih ati ambo.. :'(
Aku ingin meminta sedikit ihsan korang tolonglah doakan kami agar kami dapat semula laptop-laptop kami.. Wuwuwuwu.. ( x malu kan aku ).. Mengikut kata seorang ustaz, laptop-laptop kami tu ada lagi kt markas penyamun tu, so mungkin ade harapan lagi kot nak dapat laptop tu..
Sekarang ni ape yang boleh aku buat cuma berdoa dan menyerahkan tugas ini kepada abang-abang polis yang dah senyap seribu bahasa.... Oii.. geramnye aku! Tapi dalam geram dan sedih, aku bersyukur jugak sebab masa kejadian tu berlaku, semua penghuni tak ada kat rumah. Semua pergi kerja. Kalau tak, aku takut bukan kes rompak je, mungkin jugak berlaku kes rogol, kes bunuh. Alhamdulillah .. terima kasih Allah
Walau ape pun yang terjadik, Senyum Sokmo deh...
Apa yang berlaku pada aku sebenarnya kini menyedarkan aku jugak, mungkin aku terlalu leka dengan laptop sampai sembahyang pun di hujung waktu.. Leka sangat dengan kehadiran Unifi di rumah.. Leka sangat sampai sanggup tinggalkan Tarawikh sebab nak menonton Gossip Girl kat laptop.. Ha ambek kau satu nikmat telah ditarik.. Hua hua hua
Okay lah, puas hati aku dapat luahkan kat blog kesayangan nih. Ceh poyo je ayat. Ni pon curik2 update kat office ni.. Kalau boss nampak ni, naye aku... Okay bye bye.. Take care.. :)