Sunday, July 31, 2011

Rindu Yang Terubat (Mode Jiwang Tak Habes Lagik)


ABC yang sedap giler ini ade kat Medan Selera berdekatan dengan Balai Bomba Larkin. Bila aiskrim vanila+coklat campur plak dengan kacang yang rangup, bersatu di dalam mulut. Nyum.. enak tak terhingga. Dah habis rasa nak tambah lagi. Tambah lagi dan lagi.. Aduih.. Nasib baik dah sempat makan sebelum puasa... SLURPPPP








Kesedapan berganda-ganda ala2 main game dapat combo marks, bila kacang pool datang menerjah. Sedap giler weihh. Nampak macam roti biase je. Tapi plis jangan tertipu. Sape tak pernah rasa, jangan lupa try k? Wajib!






The priceless moments and most precious treasure I have.






Jeng jeng jeng.. Baju raya la.. Apa lagik... nak raya kan.. tapi pening kepala dan rambang mata la plak...







Kedai bundle yang menawarkan pelbagai baju dan t-shirt yang menarik. Harga pon semestinya berpatutan






Dulu masa kecik2, bila dengar pembaca mohor-mohor besar ni buat pengumuman ni, mesti aku terlompat-lompat macam seronok gila bulan puasa. Masa kecik-kecik, aku memang suka bulan puasa  sebab aku tak suka makan. Diulangi, masa KECIK-KECIK. Tapi bila dah belia ni, tak sopan la lompat2 kan.. Bersukur dalam hati sebab dapat berpuasa lagi tahun ni :)








Selamat Ramadhan semua pembaca :)






إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
"Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; "Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)". Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)"
(Hadis Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a)





Semoga Ramadhan ini bermakna untuk kita semua

Wednesday, July 20, 2011

KOTEX Yang Comel

Perhatian: Lelaki mungkin tidak digalakkan membaca ini, tapi.. sebenarnya takde pape pun.. Bagus jugak kalau korang baca so banyak sket pengetahuan am disamping lebih memahami wanita... Hihihihihi



Sape perempuan yang tak pakai Kotex angkat tangan!! Aku rasa majoriti ramai perempuan kat Malaysia ni akan angkat tangan. Aku pun suka tukar-tukar tuala wanita ni, saje cuba-cuba, tapi last2 Kotex juga yang menjadi pilihan. Tak taw kenape. Serasi kot



Sekarang ni Kotex buat lagi benda yang menyebabkan Kotex bertambah comel di mata aku.





Tadaaa!! Comel gile Kotex sekarang siap ade corak-corak dekat tuala wanita. Okay fineeeee.. ramai cakap, "Alaaaaaa...... buat ape buat corak2 kat situ, bukan ade orang nampak ponnnnn..!!" Tapi pada aku, " Alaaa.. tak kesahla orang nampak ke tak, yang penting ade kelainan beb.. Market.. Hahaha"









Ade emoticon jugak yangboleh dimuat turun jadi MSN Emoticon! Comel kuasa dua!





Sekarang pulak Kotex ada pantiliner terbaru yang jauh lebih best dan selesa! Tak tipu wooo.. Aku dapat free sample hari tu. Sebagai pengguna, memang rasa puas hati lah kan. Barang baik kena ar promote ye tak?




Ape yang best?

  • Pantiliner yang lebih tebal dari panteliners jenama lain, tapi yang menariknye..rase selesa je dan tak rase pon tebal ke, ape ke.. thumbs up!

  • Bila dah tebal mestilah rase lebih yakin dan bersih! Senang sket nak beribadat dan melakukan aktiviti2 harian dengan lebih confident! Hehehe

  •  Tak bergerak-gerak. Best2 I like 



Yes yes this is true! :)




Combo Factor yang ada dalam laman web Kotex ialah ada mitos-mitos mengenai tubuh badan dan hal-hal wanita. Lelaki patut tahu yang ini! Kadang-kadang korang terlebih dengar mitos sampai terpandang serong pada wanita! Eh emosional tiba-tiba







Antara mitos glamor:



  • Sentuhan lelaki pada payudara perempuan dapat merangsang pembesaran payudara.
       ~ Sapa lah yang reka mitos ni, mesti lelaki yang saja nak ambil kesempatan. Cis


  • Semasa datang period kita dilarang mencuci rambut.
~ What??! This is ridiculuos! Kalau orang jenis period lama sampai 13 hari, habis lah bersarang semut rambut die. Hohoho


  • Kalau punggung seseorang itu jatuh,bermakna dia telah kehilangan dara,,...
~ True story. Seorang guru aku menangis sebab ada anak murid lelaki menuduh dia dah takde dara sebab punggung dia jatuh! Padahal.. cikgu aku tu baik kot.. Ish3.. banyak faktor lain okay menyebabkan punggung jatuh. Ade jugak makcik beranak 5 tapi punggung dia tak jatuh.. So apa kes tu? Jawab2 




Okay banyak lagi, jika nak tahu fakta sebenar bolehlah ke Laman Web Kotex :)


Sunday, July 17, 2011

Bye Bye and So Long Harry Potter


Harry Potter membesar bersama aku. Masa dia nak masuk Horgwarts, aku pun baru nak masuk sekolah menengah. Masa Harry potter sedang dipilih oleh topi ajaib untuk masuk Grffyndoor, aku sedang dipilih oleh Cikgu untuk masuh ke rumah sukan warna Hijau, oh aku Slytherin rupenya. Eh aku berangan. Tapi aku ade penyapu gak, tapi untuk menyapu je la.. Ish3






Tahukah anda bahawa yang sebenarnya Lord Voldemort @ Anda-Tahu-Siapa itu sebenarnya mempunyai hidung yang mancung dan handsome giler?? Nama sebenar pelakon ini ialah Ralph Fiennes. Kalau tak percaye, tengok jela mata, sama kan?





Tapi Harry Potter terlalu cepat membesar. Aku baru je start kerja, merasa duit sendiri. Tiba-tiba je Harry Potter dah ada anak, 2 orang plak tu! Siap nak masuk Horgwats plak dah. Dahlah comel, rambut macam Justin Bieber! Hehehe. Masakla kalau nak cerita sume kan. Mestilah ade fast forward.





Tak sangka awak dah membesar dengan begitu cepat, Harry. Ke saya yang tak sedar saya dah tua? Hehehehe. Harry ni yang paling aku suka, dia baik hati. Walaupun ramai orang benci kat die, tapi dia still lagi kesian dan bersimpati dengan musuhnya. Dan paling untung dia ada kawan2 yang sayang kat dia.





Akhirnya Harry Potter dah habes. Memang nak tengok sangat yang last nih maka dengan penuh bersemangat booking ticket online untuk menonton wayang bersama2 kawan-kawan muggle saye yang lain. Kih3. Ramai betul orang tengok cite Harry Potter ni. Budak2 pun boleh tengok movie sampai pukul 3 pagi. Eh tak ngantuk ke diorang ek?






Hermoine yang maintain comel sampai ke hari ini. Seorang yang sangat bijak, berani  dan berfikir dengan cepat pada waktu genting. Aku rasa dia hafal sume jampi-jampi dan sihir-sihir pelik yang ada kat dalam buku teks dia. Bestnya! Memang aku paling suka watak Hermoine sebenarnya. Beauty with brain katenye.. Hihi






Sekarang dia dah berambut pendek. Sepanjang terikat dengan kontrak, dia tak boleh potong rambut. So bile dah abes, ape lagi... rebel time! Kasik potong la..! Hehehe. Realitinya, bukan dalam lakonan je dia ni smart, kat luar pun die tengah belajar kat universiti ni ha.. Rajen wooo.. Dia kata kalau tak belajar pun takpe, duit die dah banyak.. Tapi sebab die ni memang suka belajar, dia pun belajar la...







Ron! I will miss u! Aku suka kat Ron ni sebab dia ni kelakar yang amat. Aku takleh lupa part dia muntah siput & bawak kereta. Walaupun muke dia biase2 je, tapi berjaya jugak dapat si Hermoine yang cantik jelita. hehehe 






Paling dirindui! Si Luna Lovegood yang comel, blur dan bersuara lembut! Topi singa dia Lady Gaga pon tak leh lawan beb!!



Akhirnya episod Saga Harry Potter dah pun abes. Huhu sedih la plak. Lepas ni dah takdelah dunia fantasi magik. Tapi takpelah, masa untuk berpijak di bumi realiti. Hehe. Bye Harry!

Lirik Lagu Party Rock Anthem LMFAO ft. Lauren Bennett, GoonRock







 Party Rock Anthem 
LMFAO ft. Lauren Bennett, GoonRock



PARTY ROCK
Yeah
Wooo!!!!
LETS GO!!

Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
Everybody just have a good time [X2]

We just wanna see yaa!

Shake That !

In the, club party rock look up on your girl
She on my jock non stop when we in the spot
Booty move away like she on the block
What the track I gots to know
Top jeans tatto cause I'm rock and roll
Half black half white diamino
Gain the money, out the door

Yoooo!!
I'm runnin through these hoes like drano
I got that devilish flow rock and roll no halo
We party rock yea! that's the crew that I'm reppin
On the rise to the top no led in our zeppelin
Hey!!!
Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
Everybody just have a good time [X2]

We just wanna see yaa!

Everyday I'm shuffelin

Shuffelin shuffelin

Step up fast and be the first girl to make me throw this cash
We get money don't be mad now stop hatein is bad

One more shot for us
Another round
Please fill up my cup
Don't mess around
We just wanna see
You shake it now
Now you wanna be
Your naked now

Get up get down put your hands up to the sun [X3]
Put your hands up to the sun [X2]
Get up [X9]
Put your hands up to the sun
To the sun
Put your hands up !!!!!

Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
Everybody just have a good good good time

Ohhhhh!!Ohhhhhh!!!Ohhhhhh!!!Ohhh!










Tgok muka diorang ni macam nerd .. skali lagu sume best da...

Saturday, July 9, 2011

Download Lagu Guna Ares

Sekarang ni ramai betul terasa bila banyak website yang download2 kena block dengan SKMM. Kesian la plak kan, nak download movie pun susah. Aku sebagai tukang copy dari orang yang rajin download2 pun terasa tempiasnya. Huhu. 


Tapi ada jugak orang yang terlalu paranoid sampai ingat dah tak boleh download ape2 lagi sekarang. Kepada sape2 yang slalu download lagu atau movie kat website2 yang dah diblock tu, jangan risau. Gunakanlah Ares. Setakat ni Ares masih boleh digunakan lagi.


  •  Download la dulu application Ares ni ye!


  • Contoh la nak download lagu.. 


  • Pergi ke Search, tick button audio.. Kat situ ada banyak options. Video, image, document, software.. leh carik ape-ape ikut suka dan pilihan anda







  • Lepas tu taip name penyanyi dan lagu yang korang nak tu.. Pastu, klik button Search Now








  • Jeng jeng jeng! Klua la list2 lagu.. Pilih la mane yang korang nak download. Bila dah pilih, right-click & tekan download









  • Tunggu download tu sampai abes.. zzzz.... tido jap ( bergantung kepada kelajuan internet anda )







  • Okay da siap!Tekan Locate File, kemudian boleh la letak lagu tu kat folder mane yang hangpa suka






Okay! Dah boleh dengar lagu sampai lebam!!


Friday, July 8, 2011

Sunday, July 3, 2011

(Mode Jiwang) Rindu Itu Adalah Anugerah


Sekarang ni dah keje, rindu plak kat tempat praktikal. Argghhhh ape ni? Mase tengah praktikak, rindu mase time blaja. Sekarang ni bila dah secara rasminya bekerja, rindu plak kat tempat praktikal. Kadang-kadang aku rase aku ni macam ngada-ngada sangat, macam tak bersyukur pon ade. Ish ish ish


Tapi seriously... bile dah masuk tempat kerja baru.. Sebagai insan biase yang lemah (cewahh..), aku tak terlepas dari membuat perbandingan. Tempat kerja baru aku ni, hmmm memang lah tersangat korporat. Disiplin amatlah diutamakan. Orang2nya serius, keje keje keje.. Kalau aku buat bising sket, tercakap kuat sket, mulalah sume mata memandang macam buaya laparkan sang kancil.



Serius aku rindukan tempat praktikal aku yang penuh dengan gelak ketawa dan mesra alam. Tapi kerja tetap kerja.. Mereka sangat workaholic sampai sanggup kerja sampai tengah malam dan tidak meminta duit overtime pun. Sume kerja atas kerelaan hati dan ikhlas gitu. Berat sangat hati nak meninggalkan tempat praktikal yang banyak kenangan manis tu. Tapi ape nak buat kan? Hidup mesti diteruskan! Yeah! Semangat!



Benda-benda yang paling aku rindu:




Bekerja di sini. Kerja kat sini memang mencabar gak ah. Kena buat benda2 yang aku tak pernah belajar kat kampus. Dengan masa yang terhad, kadang-kadang macam nak pecah kepala gak fikir. Tapi ape-ape pon, seronok jugak. Kalau pening, ramai yang sudi mmbantu, terutamanya supervisor. Thank U so much!






Meja aku yang bersepah. Konon-konon busy la kan. Padahal desktop memaparkan interface Facebook. Ceh kantoi di situ. Uhuk uhuk






Officemate yang sengal sengal belaka! Pakai helmet dalam kereta untuk bertambah selamat. Cess pemandu kita adalah pemandu yang cekap okay??







Berhimpit-himpit dalam kenderaan. Takde masalah setakat 5 orang belakang kereta, tambah sorang lagi pon boleh.. Maklumlah semuanya slim- slim belaka... Hohohoho






Disamping menghadap komputer selama berjam-jam, kami juga ada sesi merehatkan otak dengan melukis dan mewarna. Belajar glass painting uolls. Memerlukan kesabaran dan ketilitian yang tinggi. Angkat bendera putih 








Belajar bersabar banyak-banyak dengan mengharungi jammed@kesesakan lalu lintas setiap hari. Untuk mengisi masa sengkang, kami pun usha2 pemandu kereta lain yang handsome-handsome. Fakta: Ramai kot yang handsome.. tak taw kenape






Boss saya seorang yang pemurah. Selalu blanje makan di restoran2 berdekatan dengan office. Antaranya ialah di sini. Cuba teka di mana? Kalau tak dapat jawab memang korang ni penipu lahhh..  Kacang jer nih






Makannnnn.. makan..... Siang dan malam






 Kerja kat sini aku naik 2 kg kot... Cis! Makan free je kerjanya.. Tempat sedap-sedap plak tu. Takpe rezeki jangan ditolak ye tak?








Lepas makan tengok budak2 AF dalam sangkar jap... Sebenarnya aku konfius adakah ia rumah kaca atau rumah plastik? Sebab aku tengok macam plastik je... Ade sekali tu aku datang ada Pak Nil.. Kecik je orangnye.. Yang lain aku tak kenal sangat ah





Akhir kata, aku rindu sangat dengan korang! Rindu sangat dengan environment kerja di sana.. Semoga anda terus maju jaya dan berjaya mencapai visi & misi syarikat. Doaku sentiasa mengiringimu .. sob sob sob.