Saturday, June 25, 2011

Pusat Pengumpulan Barang



Weih.. weih.. pengumuman.. pengumuman! Aku dah habes belajar..!! Eh sebenarnye tak, belajar ialah satu proses yang tidak boleh berhenti sehinggalah kau ditanam di liang lahad. Tapi dengan maksud lain, aku dah habis amek satu degree dah weh. Bunyi macam bercadang nak amek banyak degree je kan.. tak ah. Tak larat. Sekarang aku dah kerja dah. Dah boleh bagi duit kat mak bapak. Owh macam hebat sangat je bunyinye.  Sewa baju konvokesyen nanti kena bayaq sendiri. Oh kool la tu konon


Tapi keja takde lah kool mane. Aku pening. Eh nantilah lain kali citer



Sebab dah habes blaja, buku-buku di asrama kampus selama 4 tahun, kenalah dilupuskan di rumah. Kesian kot rumah aku, spesifiknya bilik aku. Dah macam2 barang  dah disumbatkan di situ. Dah tak larat disumbatkan sampai termuntah dah kot.






Dulu bilik aku dipenuhi dengan majalah-majalah seperti ini, api sekarang... Huhu.. Bye bye Cleo. Kalau kita berjumpa lagi, mungkin ko dah berubah jadi tisu, kotak tisu ke.. sebab ko dah dikitar semula. Aku? Konpem ah dah tua. Isk benci





Tempat majalah Cleo digantikan dengan buku-buku yang lebih berilmiah. Barulah malaikat masuk bilik ~ kata seorang budak yang bersopan santun. Hye buku.. selamat beristirehat di tempat baru :)








Macam pusat pengumpulan sampah pun ade aku tengok. Al maklumlah barang 4 tahun dari Nilai bawak balik rumah.. Nasib tak kena sewa lori je..Bayangkan.. bayangkan.. Ini baru 1/10. Hahaha





Penat wooo kemas.. 2 hari 2 malam baru siap wooo.. Itu adalah disebabkan banyak curik tulang dan curik minum air di dapur.. Pape pon.. selamat jugak dikemaskan semuanya.. Lega..






Tengah mengemas-ngemas, aku terjumpa buku ni dalam bilik aku. Aku cuba baca, tapi aku tak larat. Penuh dengan buntut, lubang, najis, busuk, pukimak. Aku tak sangka Sasterawan Negara yang tulis buku ni. Oh. Aku hampir-hampir nak ambil kos Sastera tapi tak jadik sebab mak tak kasi



Thursday, June 16, 2011

Lirik Lagu Tema Drama Juvana - Babak Pertama By Drama Band




Babak Pertama 

Drama Band


Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami
Cuba aku mengerti


Teruja aku mengejarmu
Bermimpi memilikimu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu kan ku jejaki nanti

Wooo
Woo woo


Takkan ku menoleh lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap kan ku cari
Ku tak akan berhenti

Teruja aku mengejarmu
Bermimpi memilikimu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu kan ku jejaki nanti

Oh… wooo
Oh.. woooo

Teruja aku mengejarmu
Bermimpi memilikimu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu kan ku jejaki nanti

Ooo…ooo.. oooo


Summary:

Bestlah lagu ni! Macam energetic kot! Bila dengar rasa macam tiba-tiba semangat membara-bara. Hehe.. Tahniah Drama Band! Walaupun nama band korang baru aku dengar hari ni, tapi.. itu semua tak jadi masalah! Akan terus support korang untuk lagu2 lain! 

Sesuai sangatla lagu yang best ni untuk sebuah drama yang best lagi bertenaga. Memang teruja aku tengok drama bersiri ni. Aku pun tak taw knape. Nak kata best sangat, hmmm.. tak lah kot tapi yang pasti memang membuatkan aku ternanti-nanti ape jadik lepas ni


Mungkin kerana ada pelakon-pelakon yang mantap2 dan ganteng2 (wahh gatai noo). Yang bestnya diorang ni sebelum ni semua tak glamour pon. Sape kenal si Botak? Apek? Panjang? Ayam tu? Korang pun tak pernah kenal kan? Tapi dalam 1 drama diorang trus malatop kababomm best gilak


My personal favourite is...


TADAAAAA... BOTAK!




Handsome tak my boyfriend? Ahahaha gedix! Dia ni House Captain kat Sekolah Juvana tu. Walaupon dia ni ketua, tapi dia ni selalu je salah gunakan kuasa. Asyik buli orang je. Haha!






Hehe. Ni la Botak yang sekarang, atau nama sebenarnya.. Johan Asari. Ada rambut jadik comel plak kan? I like! Kalau jumpe dia kat luar, jangan lari plak takut kena belasah, dia baik & kelaka je! :D





Monday, June 13, 2011

Kisah Wanita Gemuk Menjadi Kurus

Semua perempuan nak kurus. Ada jugak aku dengar perempuan kurus nak gemuk, tapi aku rasa jauh di sudut hati dia, dia mesti tak nak gemuk. Mungkin maksud dia gemuk tu dia nak jadi berisi sket.. Sket jela kot.. Lepas tu bila dah berisi sket, eh tiba2 nak ke bentuk badan asal yang kurus.. Hehe.. macam-macam la..

Sebenarnya aku pun rasa kurus is better.. Better dari segi kesihatan. Kurus di sini bermaksud kurus yang mengikut berat badan ideal ye. Yang kurus kerempeng macam 0% lemak tu tidak dikira ya.. Itu macam dah nak masuk geng tetulang kat makmal sains tu tak maw ye.. Kurus di sini juga kurus yang sihat dan bertenaga, sentiasa cergas. Kalau kurus pastu sakit2, semput, lemah tulang pun tidak dikira

Kenapa perempuan nak kurus? Antara sebab-sebab popular ialah:

  • Nak sihat! Yelah.. Gemuk selalu dikaitkan dengan penyakit2 kronik macam sakit jantung, diebetis dan macam-macam lagi.. Perempuan plak nak hidup lame..Nak tengok anak, cucu, cicit, piut..
  • Nak nampak cantik dan menarik. Memang dah satu dunia mengiktiraf, wanita kurus lebih cantik. Tengok cover majalah, kalau ade lemak terlebih je.. terus diorang kerat2 guna adobe photoshop, so cover girl memang nampak sangat perfect. Laki pulak kalau nak reject perempuan, suke bagi alasan sebab perempuan tu gemuk, tak cantikla konon.
  • Lagi?

  • Lagi?

  • Takde alasan lain dah.. sebab nak nampak cantik la.. Baju2 dari Fashion designer pun sume saiz S,XS.. nak tak nak kena la kurus. Dalam gambar pun, sume kalau boleh nak buat muka muncung2 tak nak bagi nampak pipi tembam.. Haha!!


Tapi, ramai perempuan cakap susah nak kurus bila dah gemuk. Ada orang cakap, lepas bersalin & melahirkan anak, memang susah sangat nak kurus. Ada jugak orang kata perempuan yang belum berkahwin,tapi dah terlanjur, melakukan seks sebelum nikah juga susah menurutkan berat badan. Erkkk.. betul ke?


Tapi.. tapiii.. itu kata segelintir orang. Kata2 je tak membuktikan apa-apa unless dah ada bukti. Bukti jugak menunjukkan ramai orang yang gemuk boleh jadik kurus, hot and bergetah wehh




Tak caye? Meh tengok meh





Kenal tak sape ni? Inilah Nik Sayyidah atau lebih dikenali sebagai Mek Klate. Mek Klate ni dulu-dulu berat badan dia 100++ kg lebih.. Dalam masa 8 bulan, boleh turun sampai 59 kg! Haaa bayangkan hilang 50++ kg lebih! Memang susah tapi tak mustahil kan? 



Cara Kurus?


Tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda manis dan bergula selama 8 bulan. Setiap hari dia juga akan bersenam selama dua jam iaitu dengan berlari atas threadmill. Kalau balik ke Kelantan, Mek Klate akan ikut kelas aerobik yang mama dia buat. Mak dia cikgu aerobik rupenye..hihi






Ni ade yang tak kenal ke? Kalau tak taw, namanya Mimi One Nation Emcee. Ala.. die sorang je perempuan dalam group tu. Mimi ni kalau tengok2, takdelah gemuk mana pun.. Okay je kan. Tapi sebab dia ni kena lincah bergerak menari disana sini, so dia rasa baiklah dia buang lemak-lemak yang berlebihan di badan dia tu. 







Ha yang ni mesti sume knalkan? Syanie yang comelll. hehe .. Syanie ni dah puas cuba berdiet tapi tak menjadik. So alternatif dia menjalani satu pembedahan iaitu pembedahan gastric bypass. Dari 204 kg skarang tinggal 100 kg. Haa.. gilerlah boleh turun 100 kg beb! 


Kata Syanie:

"Saya buat pembedahan bukan sebab nak cantik, kalau untuk cantik dari dulu saya dah buat, ini semata-mata kerana kesihatan saya. Berat saya dahulu sudah ditahap yang bahaya kerana terlalu besar dan sukar untuk bergerak.

"Selain itu banyak pula penyakit yang datang seperti mudah sesak nafas, mudah letih, susah untuk berjalan, malah tidur pun dalam keadaan duduk.


Selepas Kurus:

"Kini semuanya sudah berubah, saya boleh melakukan aktiviti harian seperti orang lain, saya boleh keluar membeli belah, malah boleh memandu kereta sendiri, dan ramai yang tidak mengenali saya ketika berselisihan"






Ni Nicole Richie. Dulu masa bersama-sama dengan Paris Hilton dalam Simple Life, dia selalu diejek katenye tak lawa sebab gemuk, tak hot macam Paris la konon.. So dia pun ape lagi terus diatercabar, terus kurus melidi. Tapi ade plak yang cakap dia ni kurus sebab mengamalkan cara pemakanan yang salah! Opppsss salah orang



Kesimpulannya:


Kalau nak kurus, kuruslah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dan teratur. Banyakkan bersenam dan JANGAN CEPAT PUTUS ASA! Teruskan senaman dan tahan-tahanlah sket makan. Pengorbanan itu memang perlu. Okay, Selamat Sihat & Cantik wahai wanita :)


Sunday, June 5, 2011

Sesi Mengimbau Kenangan

Teringat mase zaman dekat U dulu ( cewahh macam dah lame sangat je kan abis belaja). Ada satu subject tu, subject Business namenye. Di akhir sem, sebelum final, kena buat praktikal iaitu praktikal menjalankan business/perniagaan.

Yang tak tahan nya, produk yang perlu dijual mestilah berkaitan dengan course yang diambil oleh student itu. 

Maka bersoraklah student2 Food Biotech (Teknologi Makanan) sebab diorang boleh menjual makanan2, air dengan berleluasa. Dah tentu produk diorang mesti laku gilerrr.. Yelah sape tak suka makanan kan? Cakap cakap sape tak suke memang penipu itu olang

Maka kami student2 Computer Science (Sains Komputer) mula merungut-rungut sendiri di belakang (Nak cakap depan lecturer takot.. malu.. )

Student Computer: Laaaaa.. apa kes plak nak jual barang ikut course plak nihhh?? Lecehla nak jual laptop,desktop, monitor sume.. mana ade duit modal!! Kalau kitorang bapak kaya macam Bill Gates takpe gakkk!!


Tiba-tiba ada suara dari belakang... dengan suara yang perlahan menegur dengan baik dan manis


Student X : Okayla korang.. leh gak jual pendrive, cd, disket sume..Ade gak benda best boleh dijual. Abes kitorang ni nak jual ape? KALKULATOR je???


Student X ialah pelajar di dalam jurusan MATEMATIK KEWANGAN