Sunday, April 17, 2011

Anda Rasa Anda Bagus Sangat Ke?




 Sedar atau tidak? Kadang-kadang kita ni selalu terlupa. Nama pun Insan. Insan dalam bahasa Arab maksudnya lupa. Tak payah tunggu jadi datuk/nenek, anda sememangnya memang dilahirkan pelupa. Lagi kronik, kita yang cakap informasi tu kat mereka, tiba2  seminggu lepas tu, dia cakap kat kita balik, sebijik macam kita cakap kat dia.  Seolah-olah dia memberitahu kita semula agar kita tahu padahal kita dah tahu. Ah, memang dasar pelupa.

Kalau lupa, boleh diingatkan balik. Kalau tak sedar diri, boleh kasi lempang sedas bagi sedar diri sket kan. Hehe. Tapi, si pelupa kena la terima teguran dengan baik kan. Kira okay la kan ada orang nak tegur awak supaya awak ingat balik. Kalau tak tegur, terus awak hanyut dan nyanyuk padahal muda lagi.

Okay beberapa senario yang kita lupa untuk ingatan saya dan awak-awak semua yang membaca:


1. Anda rasa anda Fashionista yang bagus sangat macam Anna Wintour

Kenal tak Anna Wintour? Eh kata fashionista mestilah kenal kan Editor Majalah Vogue yang vogue selalu ni. Korang selalu la dok mengutuk baju orang kiri kanan, ini tak kena, itu tak sesuai. Lepas tu mata macam nak terbeliak tengok baju orang. Konon korang ni Fashion Police lah kan.. free je takde gaji.

Tapi anda sedar tak baju anda, gaya anda, style anda pun takdelah elok mana. Mengutuk baju orang, cakap baju orang style 80-an lah.. Tetapi sedarlah anda baju anda, style anda, sebenarnya takdelah class sangat pon.. So sebelum nak mengutuk baju orang, tunduk.. tengok baju kita plak. Sedar2 lah ye..




2. Anda rasa anda berani dan cool

Anda taw benda yang anda buat salah. Mungkin juga anda terlupa. Ya, lupa. Contohnya: Mencarut. Sebenarnya anda taw dah, benda tu tak baik. Melukakan hati pihak yang terkena carutan. Pada anda, benda tu biasa, tak ada apa-apa. Masa raya nanti boleh mintak maap kalau dia kecik ati.

Tapi yang salah tetap salah. Jangan dibiasakan. Biasakan yang betul. betulkan yang biasa. 





3. Anda rasa dunia ni anda yang punya.

Kalau anda bercinta, pasangan tu awak je yang punya. Orang lain kalau boleh pandang pun tak boleh.. Berkepit 24 jam, 7 hari seminggu. Awak marah betul kalau ade orang kacau gf/bf/bini/laki awak tu. Dia tak boleh layan orang lain..  Kalau tak, mula lah awak muncung moody 48 jam

Tapi kalau awak dok bermesra, bergedik-gedik sampai berbulu kornea mata orang lain tengok, dengan gf/bf/bini/laki orang tu.. Ehhh takpe plak.. Takpe, pasangan dia bukan taw pun.. Boleh plak fikir macam tu kan?! Ada anda fikir perasaan gf/bf/laki/bini orang tu? Ade ke? So sebelum berniat apa2, sebelum anda perasan sendiri, sebelum terjadi benda2 buruk, ingatlah, sedarlah. Cermin cerminkan diri anda - bak kata Dr. Fadhilah Kamsah





 Akai ada ka? Guna sket noh




3. Anda rasa anda dah perfect!


Ini masalah paling berat kot. Susah nak ubat ni. Kalau dah sampai ke tahap ni, nampaknya anda memang pelupa tahap hazab. Anda lupa manusia takde yang sempurna, cuma Pencipta sahaja yang sempurna.

Tapi anda dah kronik kan. Payah. Orang tegur anda tak nak terima. Anda marah bila ditegur. Normal sebenarnya marah bila ditegur, itu macam tindakan refleks. Tapi sebenarnya lepas tu otak kita akan berfikir dan menilai semula teguran itu. Jika selepas itu, otak anda dapat menelan dan menapis teguran itu dengan tenang, maka otak anda masih waras. Tapi jika anda langsung tak boleh menerima teguran, maka ada something wrong la dengan otak anda. Check your brain!


Penutup:


Sebenarnya kalau nak disenaraikan huhhh memang banyak benda lah kita lupe kan.. tapi kalau senarai banyak2 nanti lupa lagik kan? So setakat ni jelah peringatan untuk diri aku dan diri anda. Selesai membaca, jom fikir sama2, apa kita dah buat hari ni, adakah benda yang sepatutnya atau tidak. BYE!







Jom muhasabah diri!

Jom ingat mengingati!

Jom perbaiki diri!



Thursday, April 14, 2011

Haiwan Yang Fotogenik & Fotogedik



Kelas gitu tajuk entry kau Maria........

Takdelah, ni ha.. uollz suka guna search engine Bing tak?

I ni nak kata suka, takdela suka sangat kan.. 

Tapi Bing ni pandai tau uollz..

Dia letak gambar2 haiwan yang comel lote..

Menyebabkan I akhirnya memakai Bing di masa lapang

Sebab nak tengok binatangla..

Cekidaut bebeh!






Anak rusa Nani
Baru kembang ekor
Apa salah kami
Lalu tidak tegur


Bila tengok rusa kan, mesti teringat taw lagu tu. Very the nostalgic uollz lagu tu.. Teringat zaman kecik2 yang indah belaka gitu.. Agak2 uollz la kan.. Kenape ek sume rusa tu tengok camera?Takkan la cameraman tu cakap..

"Deer2 sekalian.. tengok camera jom! Say cheese..!"

Hihi.. pikir2 kan ea









Eee uollz.. takut tak tengok ikan ni? Cuba bayangkan uoolz tengah best2 berenang.. Tiba-tiba je bertembung dengan ikan ni? Haru kan..??


Tapi ganaih macam mana pon muka si ikan ni, rileks je ikan2 kecik2 tu berenang tepi dia.. Kalau tak silap, ikan kecik tu siap tolong bersihkan lagi si ikan besar.. Tulah namenye mutualisme.. Eh ye ke? I pun confuse la uollzzzzz. Ape2 pon

Don't Judge The Books By It's Cover

Hihihi







Hey uollz! uollz taw tak setiap kuda belang mempunyai corak yang berlainan? Tidak ada satu pon yang menyerupai? Ala2 macam thumb print la kan... Hebat kan uollz ciptaan Tuhan ni? I like sangat....







Last but not least untuk uollz sume... Tadaaa! Ikan paus sedang tersenyum! Looks like macam tengah tersenyum kan?? Tengok, ikan paus pon tak kedekut uollzz.. Rajin2 la senyum okay dear..?!


Okay.. Bye semua..! TTYL! Muah muah muah! xoxoxo





Nota Kaki: Saje je guna bahasa gedik2, sebab sekarang ramai plak orang gedik di sekeliling! Haha. Ada yang sentap tak uolls??? 

Thursday, April 7, 2011

Cara Untuk Tambahkan Keceriaan di Chat Box Anda!

Hai! Selamat Petang! Hari ni nak buat kelas sket, ceh poyonye. Tadi ade orang tanye cmane nak tambahkan icon/monyet/benda joget2 kat dalam chatbox. Jadi.. meh sini nak ajaq sket. Ceh ceh ceh ( Gaya seorang guru berangan yang tidak berjaya menjadi guru). 


Actually aku pon taw mende alah ni dari tutorial blogger2 jugak, tapi tak ingatlah blog mane. Ape2 pon, terima kasih bebanyaklah pada tutorial blogger itu.  Sekarang banyak pihak sudi meletakkan iklannya di chatbox saya akibat kerana kecomelan shoutbox saye. Keh3 cukup2lah perasan minahh oiii

Dahhh dahh dah jangan melengahkan masa!



CARA-CARANYA:


1. Macam biasa, login di ShoutMix. Oleh kerana aku pakai ShoutMix jadi maybe cara ni berkesan di ShoutMix jela kot, kalau chat box lain,aku tak sure la plak. Hihihi.. Masukkanla korang punye User Name dan Password. :)



2. Bila dah login, akan terus terpapar page Shoutmix-Setting. Pastu, g kat kategori DISPLAY, pastu tekan SMILEY







2. Sesudah tekan, keluar la page untuk tempek smileys.. 








3. Okay, tak payah buat ape2 lagi kat situ. Sekarang, g carik smiley. Selalunye, aku pegi MsnRules . Ok jugak la, ade yang lawa, ade yang tak lawa. Kena pandai carik hokay?




4. Jeng jeng jeng. Dah jumpe yang comeii, I like.  Pastu, right-click je dekat emoticon yang disukai itu. Copy image location die ye!







5. Pastu korang paste balik image location yang korang dah copy tu dekat bahagian Smiley Image URL. Pastu korang letak la ape2 name yang korang nak dekat bahagian Code. Yang Optional tu tak payah susah-susah pikir, bia je kosong.  Tekan ADD. Last sekali tekan SAVE SETTING.









6. Dah siappppp! Dah boleh gune! Yipeee!









SELAMAT MENCUBA!!! 



Friday, April 1, 2011

Poster Iklan Yang Memukau Mata

Warghhhh.. pening palo den buat monthly report nih. Barulah aku sedar yang selama ni aku buat kerja tak strategik, tak kemas dan tak teliti! Lepas ni kena ada improvement okay... " Focus on productivity okay... I'm watching!", kata Boss saya... huk huk huk ( _ _")
 

Selesai membuat report, aku pun mula la google sana, google sini, carik ilham ape ntah.. Tiba-tiba, terjumpa plak satu website yang best untuk diterjah.. www.coloribus.com. Website yang memaparkan arkib-arkib segala macam iklan dari seluruh pelusuk dunia, dari ads print ke media print. Ada poster, ada iklan untuk kat tv.. memacam lagik lah.. Best lah weh. Kreatif sungguh depa nih. Ternganga aku depan laptop ni ha. Kagum dengan orang2 di sebalik media kreatif nih. Kalaulah aku kreatif..  Mesti dah buat iklan best2 untuk brand2 glamour kan. Duit pun masyukk.. hmmm


Okay times up! Habis masa berangan! Jom tengok poster-poster iklan yang menarik lagi kreatif nih! Poster2 yang dipilih telah ditapis mengikut kesesuaian dan tatasusila rakyat Malaysia . ehehehe






Ngahahaha! Korang paham tak? Stop Lying To Yourself. Kalau dah gemuk, dan jantan tu kan.. hentikanlah memakai pregnancy test tu.. Sampai bebila pon baby tak kan keluar.. Lemak masih juga menetap di situ dengan enaknya selagi................ korang tidak mendaftar di X-Fit Body Trainer! Terimalah kenyataan dan start exercise people..! Hehe. Iklan yang bernas ini adalah dari agensi iklan Canada. Wuhuu.. i like..!!







Adakah gadis cun itu benar2 berdebu? Adakah anjing itu bermuka masam kerana ada habuk tebal di atas kepalanya? Tidak sama sekali, kerana anjing jenis bulldog memang berwajah begitu. Ini adalah kerana dinding kaca di rumahnya tidak dilap! Banyak habuk hinggap hingga merosakkan pemandangan orang yang melihatnya. Oleh itu, gunakanlah Codeco untuk menghilangkan debu dengan zassss sekelip mata! Tada.. bersih kan??? Ceh macamlah aku pernah pakai








Ohh My Goddd! OMG sudehh.. Tak sanggup rasanya tengok harimau yang comel diperlakukan sebagai puppet seperti di poster di atas. Sarkis atau circus yang menggunakan harimau sebagai medium persembahan mesti dihentikan! Ingat harimau suke ke hahh lalu2, lompat2 kat lingkaran api tu? Bahaya tau tak????!!  Lepas tu, siap ada yang pukul2 pakai cemeti tu. Hooo sakitlah! Support Animal. Free Circuses! Okay dah taknak emo







Ni plak iklan Canon. Errr,, sebenarnya terus terang aku pon agak blur + konfius apakah maksud simbolik di sebalik iklan Canon ini. Apekah maksudnya camera Canon ini kalis air? Atau boleh zoom ikan paus dari jauh? Kalau aku, baik aku upah phptographer, guna camera Nikon ni, amek gambar ikan paus. Haaa... kan senang? Bukti yang jelas dan nyata. Tiada unsur penipuan mahupun riba'. Hehehehehehehe







Opss maaf iklan ni agak.. over sedikit. Tetapi saya percaya pembaca-pembaca blog ini sudah matang dan boleh membezakan yang baik dan yang buruk.. jadi takde masalah ye. Kah kah kah. Ape yang nak dihighlight kat sini ialah, macam2 style kan iklan product ni. Siap bagi idea lokasi dan tempat strategic untuk penggunaan productnya. Adeihh.. macam macam







Haa kau sebok sangat nak tengok anatomi si pembunuh sampai tak sedar ada 2 A ye di situ... Kesilapan grammar yang agak berat tu, Hehe. Iklan ni khas untuk pemandu-pemandu.. Don't drink and drive ya? Bayangkan semasa kau waras dan sedang membaca blog dengan tenang pun kau tak perasan ada 2 A, inikan plak masa ko dah mabuk ....dah tak nampak ape dah wehhhh.. ceh macam ade pengalaman je kan. Oleh itu, pliss.. Ingatlah orang yang tersayang. Pesanan ikhlas dari Toyota






Yucksss. Bayangkan ada ikan terlekat di celahan gigi anda.. Anda plak tak rajin gosok gigi, atau berus gigi anda tak power. Lama-lama... gigi anda sakit, anda pun gi cabut.. Sekali Doktor gigi tunjuk, ade fosil ikan rupenye dalam gigi anda. Inilah akibatnya. Anda pun menyesal sebab dah hilang satu gigi. Nak senyum pun takottt.. Oleh itu, mari pakai dan gunakan Pepsodent. Pasti gigi anda bersinar berkemilauan bak mutiara. Hihi



Okay tu je . Nanti kite tengok yang lain ea. Bye! Nak tito!