Sunday, January 30, 2011

Lirik lagu Insha Allah Versi Melayu by Maher Zain~ Yeayy!!

  5 comments    
categories: 



Yeayyy!! Versi Inggeris memang sangat superb. Bila dah jadi Melayu, lagi comel dan cute. Dan lebih senang untuk dihayati.. Tak gitu? Cintailah Bahasa Melayu? Gunakanlah bahasa kebangsaan kita... Marilah amalkan ramai-ramai.. Okay.. tibe2 kan klua lagu rasmi. Pandai jugak kan Maher Zain nyanyi lagu Melayu? Takdelah pelat sangat. Pandai Maher Zain ambil hati peminat2 Malaysia dan berdakwah :)


Nah.. amek lirik lagu.. pasni leh karok lagu ni.. hehe



Maher Zain – Insha Allah


Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram bagai malam yang kelam
Tiada bantuan
Tiada tujuan

Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu


Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Kembalilah kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah Doa
Oh Ya Allah..

Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan aku
Ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
   Jalan yang benar....


Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya

Insha Allah.. Insha Allah
Insha Allah
Ada jalan Nya


 Insha Allah.. Insha Allah.....


p/s : Lirik ni aku type sambil dengar lagu.. Kalau salah ke ape ke.. correct me ya~~!






Sape minat die? Boleh la mengikuti perkembangan dia di Fan Page dia yang best nih!

Lebih berminat? Nah amek plak Twitter Maher Zain





Comeiii.. haha






 Korang dah beli tiket???









Friday, January 28, 2011

Haiwan Yang Akan Pupus?!

  19 comments    
categories: , ,
Pelik plak aku akhir-akhir ni.. Hari tu balik kampung, sepupu aku yang berumur 5 tahun dok tanye aku, "Kaklong, sekarang haiwan apa yang hampir mati?". Aku pun pelik.. haiwan ape yang hampir mati? Konfius.. lame aku fikir.. Fikir punye fikir...Pastu aku tanye balik die, "Haiwan hampir mati ke hampir pupus?". Barulah die gelak2 malu, "Ehh salahlah.. lupe plak.. pupus.. bukan mati..!". Aiyoo budak2 sekarang, mentang2 belaja sains bahase inggeris, mati disamekan dengan pupus pulak. Aku pon jawab la hentam2.. serigala pun hampir pupus.. suka2 aku je kan


Lepas tu satu kes lagi, tengah aku berborak dengan sorang member aku kat dalam telefon, tiba- tiba je kitorang macam diam.. macam dah tak tau nak cakap ape lagi.. Yelah dah 2 jam kan, tapi kredit tak luak..besday bonus katekan. Then, tiba je dia tanye, "Eh, u taw tak haiwan ape yang hampir pupus?". Aik.. dalam seminggu dah 2 orang dah tanye. 


Pastu, sekarang ni keyword yang selalu bertandang ke dalam blog aku ialah: haiwan pupus, haiwan terancam, spesis haiwan pupus.. Hmmm majoritinye pasal binatang lah kan? Tapi aku takde pon tulis pasal haiwan pupus, pasal haiwan pelik adelah satu entri..


Aku pun tak taw kenapa tiba-tiba haiwan hampir pupus ni macam glemour sket this week, adakah Jabatan Perhilitan sedang menjalankan kempen menyayangi haiwan hampir pupus? Eh, ade ke haiwan hampir pupus kat Malaysia ni? Wokeyh, jom semak sket haiwan-haiwan hampir pupus di mukabumi ini :



  1. Badak Sumbu Jawa

Sebenarnye aku pun tak pastila nama badak ni dalam bahasa Melayu tu Badak Sumbu Jawa sebab rasenye aku selalu dengar badak sumbu Sumatera jer... Yang penting dalam bahasa inggeris, namanya ialah Javan Rhinoceros. Badak sumbu ni ada kat Indonesia & Vietnam. Sekarang ni, bilangan spesis badak ni tinggal kurang daripada 60 ekor! Gile siket kot.. Agak2 korang, kenape badak ni makin pupus? Mestilah sebab sumbu/tanduk dia tu.. pengamal perubatan Cina suka guna sumbu si badak nih.. Kat pasaran gelap,tanduk tu  hargenye $30 000 per kilogram okay.. gile tak gile.. Hadoiii.. banyak lagi alternatif lain selain sumbu/tanduk nak buat ubat kan.. Susah2 sangat.. minum jela air cap badak.. hihihi

Nota: XSHAHIDX kate Javan Rhinoceros ni dah pupus dah di hutan2 kat Malaysia... Badak Sumbu Sumatera pun tinggal sket je.. Hmmm.. sape2 yang taw  dengan lebih lanjut, bole la explain ye. Segala kesilapan amat dikesali







2. Cross River Gorilla

 Gambar dari sini

Amacam macho tak gorilla ni? Hehehe. Gorilla ni ade kat Nigeria dan Cameroon. Kenape ek haiwan semacho ini boleh nak pupus? Katenye sebab haiwan ni duduk kat tempat yang terpencil dan terasing so menyusahkan mereka untuk mengawan dan menghasilkan anak? Erk? Begitukah? Malahan orang baru sedar kewujudan gorilla ni sekitar awal tahun 1980-an.. La..gitu plak.. Sekarang ni dalam dunia cuma ada kurang dari 300 je? Huhuhu







3. Harimau Sumatera

 Gambar dari sini

Siapa sangka, harimau yang kelihatan gagah, perkasa dan garang ini.. mengalami kepupusan jugak? Haiii ni sume takde keje lain mestilah sebab manusia kan.. nak bulu harimau lah, taring nak buat ubat lah.. macam-macam.. Harimau Sumatra ni ade kat Sumatera Indonesia dan tinggal kurang dari 600 ekor!Sebenanrnya bukan harimau Simatera je yang hampir pupus, harimau2 jenis lain pun same.. Hmmm.. sayangnya kalau haiwan secantik ni pupus.. noooo...







4. Borneo Pygmy Elephant

 Gambar dari sini

Gajah ni terletak di Borneo Utara. Sekarang terdapat lebih kurang dalam 1500 ekor sahaje.. Gajah ni lebih kecil dan kurang agresif dari gajah2 yang lain. Agaknye sebab tu la hampir pupus kot? Sebab hampir pupus.. biasalah.. akibat tangan2 manusia yang suka mengacau habitat mereka.. 






5. Giant Panda

 Gambar dari sini

Oh tak boleh dibayangkan haiwan se'adorable' macam ni akan hilang dari bumi ini.. Tidak! Dahlah mata diorang comel.. lepas ni kalau panda pupus, bila tak cukup tidur, mata jadi macam panda, mesti jadi sedey sebab panda dah pupus.. waa.. tak maw.. Giant Panda ni ada di kawasan China, Burma & Vietnam. Dan, menyedihkan sebab bilangan panda ni tinggal kurang dari 2000 ekor. Kenapa pupus? Sebab habitatnya telah diterokai untuk kesenangan dan kemajuan manusia! Ciss!







6. Beruang Polar
 Gambar dari sini

Hmm.. jangan ingat duduk di Artik yang tak berapa ramai manusia tu boleh selamat ye. Beruang Polar pun termasuk jugak dalam kancah kepupusan.. Sebabnye? Perubahan cuaca yang tak menentu. Yelah, sekarang ni kan berlakunya pemanasan global yang serius.. Ais - ais di antartika mencair.. Kalau perkara ni berterusan memangla si Polar Bear ni akan pupus sebab tak taw nak pindah kan die kat mane dah kan..






7. Ikan Keli Besar Mekong

Gambar dari sini

Huhuhu tak nak besar plak ikan die kan.. aku cuak sket tengok ikan besar2 ni menakutkan sket.. Tapi bagi orang2 tertentu, takde ape yang nak ditakutkan, malahan diorang memburu ikan ni secara agresif. Ikan ni ade kat kawasan Mekong. Sekarang tinggal ratusan ekor sahaja. Sebab pupus? Habitat2 ikan Mekong ni nak dijadikan empangan hidroelektrik. 





Sedih kan bila tengok haiwan-haiwan yang cantik ni mungkin akan hilang dari dunia kita. Sebenarnye banyak lagi haiwan lain yang hampir kepupusan, korang boleh check kat WWF ni. Banyak maklumat-maklumat dan cara-cara untuk mengelakkan haiwan2 ini dari pupus. Kalau tengok sebab2, tak lain tak bukan majoritinya adalah disebabkan kite, manusia! So, marilah kita sama2 menjaga ekosistem dan tidak mengganngu mereka. Diorang pun nak hidup gak! Sayangilah Binatang!Kalau jadi vegetarian lagi bagus. hihi




Saturday, January 22, 2011

Perlukah seorang Makcik penjual tiket bas di Kajang bersikap biadap?

  26 comments    
categories: , ,
Nota : Entri kali ini ialah bersikap luahan perasaan tidak puas hati seorang pengguna kepada perkhidmatan pelanggan yang teruk. Jika anda tidak mahu terkena gangguan perasaan, sila pangkah page ini. ( Hahaha, dalam hati, bace lah weh.. bace la..)


Kisah bermula pada petang yang indah.. Kami dengan niat yang baik ingin membeli tiket untuk pulang ke kampung halaman raya cina nanti. So sejak duduk di rumah sewa di Bangi ni, first time lah kami ke stesen bas Kajang. Sesampai sahaja di sana, kami tengok stesen bus ni lengang je.. Sunyi giler kot! Tak macam kat Seremban, meriah kot! First impression, stesen bus Kajang tak best.. tak rock. Haha, boleh gitu?


Sampai je sana,  kaunter pertama ialah bas Konsortium. Adelah sorang akak jage situ. Kami bertiga pon tengoklah dan bace2 maklumat dan lokasi yang ditulis di kaunter itu sambil berborak-borak di antara kami. Saya pon kebetulan selalu je naik bas ni untuk balik Johor. Saya pon baru nak tanye akak tu tiket ke Larkin 3hb available lagi tak? Bila saye dekat je dengan kaunter tu, tiba2 akak tiket bas tu berkata:

" DAH DAH TAK PAYAH TANYE2 TADI ORANG TANYE BUAT DEK JE! PEGI LA KAT KAUNTER LAIN. PEGI! JALAN SANA.. JALAN.. JALAN!"


Kami terus menjadi terkejut. Kasar sekali percakapan akak tu. Serius, kami memang tak dengar dia ada tanya kat kami tadi.  Yelah, kami tengah berbual-bual sesama kami tadi. Biaselah, first time datang kan, mestilah nak baca2 dulu.. takkan terus nak tanye kan. Sebab terlalu terkejut, kami pun blah ajelah dari kaunter tu dalam kebingungan.. 


Lepas tu kami berbual lah sesama sendiri.

Saya: " Weh, ko dengar ke akak tu cakap dengan kite tadi?"

Kawan: " Ehhhhh.. tak dengar ape-ape pon! Pelik!"



Tiba-tiba dengar suara akak tu dari belakang macam halilintar.

"HA MENGUMPAT LAH TU! SESUKA HATI MULUT KO NAK CAKAP AKU BODOH! MACAM LAH KORANG PANDAI SANGAT! DAHLAH MACAM ORANG BISU CAKAP TAK NAK JAWAB! MACAMLAH MUKA KAU ORANG TU CANTIK SANGAT! BODOH!MACAM BAGUS!MACAM LAH PANDAI SANGAT.INGAT MULUT TU CANTIK SANGAT KE TAK NAK JAWAB!"


Sekali lagi kami terkejut macam nak pengsan. Bolek plak akak/makcik tu cakap kuat2 sampai satu floor tu dengar. Semua orang tengok2 kami, macamlah kami ni hina sangat. Dahlah stesen tu  SUNYI, LENGANG so memang semua orang dengar lah kan? Tapi kami dengan muka tebal buat muke tak paham je, macam tak bersalah. Eh memang tak bersalah pon kan.


Tapi akak/makcik tu memang mengganas lah kan. Dia sambung lagi membebel :


"BODOH SIOT HA PADAN MUKA DAH TAKDE TIKET BAS! INGAT PANDAI SANGAT, INGAT CANTIK SANGAT!BODOH..BISU"



Saya memang tak tahan dengar mulut dia tu, jadi saya pun pergi kat dia.. 

Saya: "Akak ni kenape? Kalau kitorang salah, kitorang mintak maaf la.. Tapi kami takde pun cakap akak BODOH.."

Akak/Makcik :"EYYY.. KO INGAT AKU PEKAK KE.. AKU DENGAR LA. DAH LA.. PEGI JALAN LA.."

Saya: "Kami nak mintak maaf je.."

Akak/Makcik: "DAH DAH..AKU TAK NAK DENGAR.. AKU TENGAH PANAS NI.. PEGI JALAN LA.. NI KAWASAN AKU... BUKAN KAWASAN KO! GI JALAN LA..!"

Saya: "Okay, kalau tak nak dengar, DIAM" (alamak, teremo plak saya. Saya pon terus blah sebab takut die yang macam ahli sumo tu mengamuk dan terus nak membelasah saye)



Akak/Makcik tu tersentak, macam terkejut kot saya cakap macam tu.. 


Akak/ Makcik: "EH KURANG HAJARNYE MULUT KO! AKU TAMPAR KANG..!"


Tapi masa tu saya dan kawan2 dah blah dah.. Malas nak dengar. Malas nak layan.. Kami pun meneruskan pencarian tiket di kaunter lain. Akak tu macam biase, masih membebel-bebel.. Tapi takde orang layan pon.. Membebel lah dia sorang-sorang macam orang giler..

 



Persoalannya di sini:


  • Okay, kalau betul pun kami salah, tak menjawab soalan dia, perlukah die menjerit, memekik-mekik memarahi kami macam orang gila? Dia tu tak kan taw ke, Customer is always right?
  • Tulah, betollah mak saya cakap.. "Mentaliti dia rendah, kalau dia pandai, mesti dia dah jadi doctor, takdelah jadi penjual tiket bas". Maafkan saya, bukan saya nak cakap sume penjual tiket bas tu bodoh, takde adab. Saya yakin, ramai penjual tiket bas yang baik, pandai ambil hati, approach pelanggan dengan mesra. Tapi, yang segelintir macam akak/makcik tu lah yang menyebabkan saya meluat sangat.
  •  Perlu ke dia cakap, "Macamlah muka korang lawa sangat..!". Eh, ape kena mengena dengan lawa atau tidak? Bukan dia tengah jual barang kosmestik pun, pastu kami tak layan.. Dan siapa dia nak cakap kami lawa ke tak? Memanglah tak lawa sangat, tapi lawa la jugak. (Eh, tibe2 kan nak perasan ni apehal?) Dan kami bukan nak cakap apelah, kami rasa seorang penjual tiket berbangsa MELAYU dan sudah pastinya ISLAM, bersaiz  XXXL PLUS tak perlulah memakai dress pendek takde lengan paras ATAS LUTUT. Bukan kerja kat disko pun kan.. stesen bus lengang je pun.. Sopanlah sket..
  • Salah saya jugak sebab tak ambil nombor telefon syarikat bas untuk buat aduan pengguna. Boleh jugak mengadu kat Manager die kan suruh pecat jer orang macam tu. Carik kat website tak jumpe plak. Aduh, salah kami jugak..
  • Saya rasa penjual tiket bas perlu kursus jugak macam mana nak handle pelanggan. Macam mana nak kontrol emosi..  Kalau rasa macam tak boleh sangat nak control perasaan dan emosi, pegilah daftarkan diri di Tanjung Rambutan atau Hospital Bahagia untuk merawat penyakit anda.. Untuk kebaikan diri jugak..


 Ini gambar hiasan je.. Ini penjual tiket kat China.. Yang sudah pasti lebih cantik dan berbudi bahasa dari akak/makcik tu..Agaknye la.. hehehe



NOTA : Sebenarnya saya pon tak suka nak meluah perasaan tak best kat dalam blog. Kalau boleh nak cerita benda2 happy je.. Tapi Dr. Fadhilah Kamsah kate, Kalau stress .. tulis lah kat mane2 bagi melepaskan stress tu. Tapi sebab sekarang dah maju, saya nak menaip jelah! Huhh.. lega skett.. Terima kasih kerana sudi membaca..!


Thursday, January 20, 2011

Lirik Lagu Sungai Lui - Aizat Amdan





cool video ever..!


Hey korang.. saya taw saya memang ketinggalan .. Ya.. lagu Sungai Lui ni memang dah lama kot berkumandang dalam radio..  Tapi lagu yang best macam ni nak dishare bile2 pon tak kesah kan?








First of all, tahniah nak diucapkan kepada Aizat Amdan and his team sebab selalu menghasilkan lagu-lagu yang enak didengar.. enak bangat. Yang menyebabkan hati ini terbuai-buai dalam kereta dan juga menghilangkan kestressan yang melanda ketika jammed ketika di jalan raya. 


Terutama sekali lagu Sungai Lui ni! Saya rasa dalam  semua lagu Aizat. lagu ni lah yang paling best dan bermakna. Tak taw knape, dah lah tajuk dia unik, nama sungai. hehe.. Mula - mula dengar saya ingat lagu ni jiwang-jiwang pasal cinta antara Aizat dan Liyana Jasmay..  Rupa-rupanya pasal kampung halaman.. Tu pun taw lepas tengok video official Aizat.. Hahaha. Bravo Aizat! Memang mendalam sangat lagu ni.. Semoga lagu ni akan diiktiraf dalam mana-mana pertandingan.. AJL  ke 26 ke.. hehehe.Nah lirik lagu Sungai Lui yang syiokk ni :



SUNGAI LUI

Aizat/Anas


Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah
Selagi kau masih percaya




Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata


Ku harap ku masih percaya


Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya





 KAGUM DENGAN AIZAT





Tadaaa..! Sila lihat betul betul..  Gambar di atas ialah gambar Aizat beberapa tahun yang lampau.. iaitu semasa Aizat masih baru-baru keluar Akademi Fantasia.. Gemuk dan bulat kan? Hehehehe.. Comel tu memang comel tapi itulah.. mentaliti kita.. Kalau orang tu tak ada rupa, jangan haraplah bakat dia akan dihargai! Orang pandang sipi-sipi ajer..



Dan kemudian.. Aizat tekad untuk menguruskan badan dia dengan cara yang sihat.. No drugs, no pills .. secara semulajadi! Akhirnya..  Aizat berjaya! Haa.. kurus kan.. Lepas tu dia keluar dengan album baru, Percubaan Pertama.. Besertakan imej baru.. imej remaja kurus yang boleh memakai skinny jeans! Haaa.. meletup-letup terus lagu dia.. lagu Hanya Kau Yang Mampu tu.. Haaa.. Ingat tak lagu tu? Best kan? Tapi lagu tu komposer dia Indon mari.. Kalau tak, kalau masuk AJL, mesti menang kan? Hehe


Nak taw ape tips Aizat kuruskan badan? Nah, amek nih :


" Set jangkamasa nak kurus & target weight. ( Target saya: 75kg- 3 bln). 2. Stop makan nasi, air bergas & fast food utk 3 bln ttu. Makan tiap2 4 jam...apa2 makanan yg kurang lemak, minyak, etc. Exercise 30 minit tiap2 hari..jogging,... swim,futsal, etc..ni tak boleh miss selama 3 bln. Good luck!! "

- dipetik dari Facebook Aizat Amdan



Hmm.. tengok dari cara Aizat tu, macam senang kan? Tapi sebenarnye memerlukan disiplin yang tinggi hokaayy.. Tapi saya memang suka cara Aizat kurus tu sebab dia guna cara natural je.. tak payah la nak beli produk- produk yang mahal tapi tak tentu lagi berjaya.. Yang cara ni, memang nak tak nak, kena disiplinkan diri la kan?



Saya memang sangat skeptikal dengan barang-barang kesihatan yang kononnya boleh menguruskan badan dengan senang.. boleh makan apa- apa je.. Ceh! Yeke?  Lepas tu kate tak ade kesan sampingan.. ceitt.. Cakaplah apa pun memang saya tak percaya, sebab nama pun ubat kan? Nak tak nak mesti ada kesan sampingan punya!Lagi satu, kalau makan ubat2 kurus ni, nak makan apa2 tak payah senam, still boleh kurus. Yeke???????Even makan Jus Mate 5 Dr. Rozmey pun kena kurangkan pengambilan makanan.. so.. what for la jus itu kan??


Kalau ada ubat kurus yang boleh makan apa-apa je, tapi still dapat badan sehot dan seseksi.. Fazura. Let me know ya!   Hahahaha

Sunday, January 16, 2011

Faizal Tahir tipu saye... :'(

  5 comments    
categories: ,

Wahh macam busy sangat je ko kan.. AJL25 da lame dah habes, da seminggu ko baru nak update kat blog.. hahaha so lame.. Tapi tetap.. tetap nak citer.. hohoho. 


Minggu lepas saya menonton lah kan Anugerah Juara Lagu yang ke 25. Oleh kerana rumah sewa saya kosong, ada aksesori tilam dan bantal je pon, maka kami bertiga pun menonton secara online. Mula2 tengok kat handphone kawan saya yang canggih, ade TV woo tapi lama2 sakit mata plak sebab screen kecik sangat. Lalu saya pon mengeluarkan Boboy saye.. eh laptop buruk saye untuk menonton secara online. Ok la jugak walaupun asek diganggu dengan buffering pada awal rancangan..



Hmm.. setelah dianalisis, AJL kali ni banyak drama la weh.. Drama kena tembak la, kena lempang la, masuk sangkar la.. Haiyoo.. adakah penyanyi2 berbakat ini nak menunjukkan yang mereka ada bakat berlakon jugak?? Tak payah la kot...... Fokus kat nyanyian je boleh tak? Ni saya tengok nyanyi pon dah semput - semput.. Gimik je watpe kalau nyanyi lari tempo, masuk ke laut .. eh emo plak saye ( _ _ " )




Okay okay.. berbalik pada topik utama..! Saya menunggu sangat2 persembahan dari Faizal Tahir..  yelah kata peminat setia kan, haruslah menunggu dengan excited. Hehehe. Lagu pertama : Selamat Malam.. Okaylah, so -so.. Faizal Tahir menggunakan pelakon-pelakon hebat dan terkenal seperti Khiriah, Pak Aziz Sattar sebagai penyeri persembahan. Okay la kan...  biase2 je la pada saya, tapi nampak motif lagu tu kasih sayang tu global.. bukan antara kekasih je.. untuk ibu-anak. Bagus..




Lagu kedua plak.. Hanyut.. Wahh, mula-mula je saya dah kagum sebab props dia kan.. cam hebat je.. ade air, ada sangkar.. Gah! Then Faizal pon menyanyi lah sepenuh hati.. best la jugak.. biasalah.. vokal Faizal Tahir ni kan power ala-ala Superman.. Haha. Lepas tu tiba2 jek Faizal masuk dalam air! Fuhh..kaget saya! Biar betol Faizal? Kan dulu die pernah lemas? Dia tak fobia ke? Dah lah tangan dia terikat! OMG! Camane kalau Faizal tak sempat nak bukak? Waaa.. no..!!





Tengok tangan Faizal.. terkunci tu.. ala-ala silap magic tu..





Lega... selamat Superman kita... Nama pun Superman kan??






Then.. Faizal pun menyanyi dengan basah dan steady semula!! Cayalah Faizal my hero!





Dan.... bila time announcement pemenang... Persembahan terbaik dimenangi oleh...FAIZAL TAHIR - HANYUT.. hoyeah hoyeah... !! Memang berbaloi la kan! Macam mempertaruhkan nyawanya! Dahlah lepas hanyut dalam air, boleh menyanyi dengan tanpa mengganggu vokal ke ape.. so.. memang tak boleh dinafikan lah kemenangan Faizal kan untuk persembahan terbaik! Bravo Faizal! 



KEESOKAN HARINYA......


Seperti biasa gosip-gosip dengan rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan di alam maya pasal AJL 25..


Saya : "Hebat giler kan persembahan Faizal? I loiikee!! "

Kawan : "Elehh.. biase je.."

Saya: "Biase je?? Ko bia betol!! Hanyut dalam air tu!!!"

Kawan : " Elehhh... rakaman je tu!! Kau ingat Faizal buat live ke?? Hahahaha!"

Saya: "Haa??"

Kawan: " Yela.. kalau betul, takkan la dia nyanyi rileks je lepas masuk dalam air! Mesti nak amek nafas dulu kan? Ingat senang?!"


Saya: "..........................."




Layann!!



KONKLUSI: Cehh.. tertipu sungguh saya! Mati-mati saya ingat Faizal Tahir menyelam secara live! Macam betul je kan.. Kalau macam tu, baik Stacy, Yuna ke menang persembahan terbaik! Tak main lah rakam.. tak original! Mesti edit2 je ni dari video klip  yang lepas.. Teknologi kan canggih! Hoho.. Sampai ati Faizal :'(





Tapi.. tapi.. I tetap minat Faizal! Go go Faizal!







Monday, January 10, 2011

Lirik lagu Like A G6 by Far East Movement

  No comments    
categories: 



LIKE A G6

Far East Movement feat The Cataracs



Hook
Poppin bottles in the ice, like a blizzard
When we drink we do it right gettin slizzard
Sippin sizzurp in my ride, like Three 6
Now I’m feelin so fly like a G6
Like a G6, Like a G6
Now I’m feelin so fly like a G6

Verse 1

Gimme that Mo-Moet
Gimme that Cry-Crystal
Ladies love my style, at my table gettin wild
Get them bottles poppin, we get that drip and that drop
Now give me 2 more bottles cuz you know it don’t stop

(808) Hell Yeaa
Drink it up, drink-drink it up,
When sober girls around me, they be actin like they drunk
They be actin like they drunk, actin-actin like they drunk
When sober girls around me actin-actin like they drunk

Hook
Poppin bottles in the ice, like a blizzard
When we drink we do it right gettin slizzard
Sippin sizzurp in my ride, like Three 6
Now I’m feelin so fly like a G6
Like a G6, Like a G6
Now I’m feelin so fly like a G6

Verse 2

Sippin on, sippin on sizz, Ima ma-make it fizz
Girl i keep it gangsta, poppin bottles at the crib
This is how we live, every single night
Take that bottle to the head, and let me see you fly

(808) Hell Yeaa
Drink it up, drink-drink it up,
When sober girls around me, they be actin like they drunk
They be actin like they drunk, actin-actin like they drunk
When sober girls around me actin-actin like they drunk

Hook
Poppin bottles in the ice, like a blizzard
When we drink we do it right gettin slizzard
Sippin sizzurp in my ride, like Three 6
Now I’m feelin so fly like a G6
Like a G6, Like a G6
Now I’m feelin so fly like a G6

Bridge

Its that 808 bump, make you put yo hands up
Make you put yo hands up, put yo, put yo hands up
(You can’t Touch this)
Its that 808 bump, make you put yo hands up
Make you put yo hands up, put yo, put yo hands up
(You can’t Touch this)
Hell Yeaaa, Make you put yo hands up, put yo put yo hands up
Hell Yeaaa, Make you put yo hands up, put yo put yo hands up

Hook
Poppin bottles in the ice, like a blizzard
When we drink we do it right gettin slizzard
Sippin sizzurp in my ride, like Three 6
Now I’m feelin so fly like a G6
Like a G6, Like a G6
Now I’m feelin so fly like a G6






 Ya merekalah penyanyi nye.. Cube suruh  diorang nyanyi lagu Jepun, Korea.. pandai jugak kot.. hehehe







 featuring lak dengan The Cataracs.. syiokkk!!







Jadilah Lagu Like A G6 yang best..! hehe





Saturday, January 1, 2011

Bye 2010. will miss u!

  12 comments    
categories: ,
Tahun 2010 memang penuh dengan suka duka. Suka tu banyak lah, penat jugak nak list kan. Duka pun banyak gak, antaranya ialah pointer yang selama ini cuba dinaikkan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, akhirnya jatuh jua tergolek-golek.. adeh nangis pun tak ada guna lagi. Padan muka aku sebab banyak main2.. Tapi syukur jugak masih dalam keadaan paras hidung, tak lemas lagilah kot.. Boleh gak curi2 bernafas


Apa-apa pon selamat datang 2011! Hari ini 1.1.11.. Tak nak cantik plak no. hari ni kan.. So, apa azam korang tahun ni? Hee hee... soalan cliche kan? Bak kata cikgu aku, jangan tunggu tahun baru nak wat azam, sebenanye hari2 kita kena berazam! Owh begitu ye cikgu.. baiklah


Tahun 2010 gak sudah habis belajar, tinggal praktikal je.. Waaa..sedih plak dah abes belajar ni. Bermula lah detik2 untuk latihan berkerja. Waaa.. serius cuak, sebab akan berpraktikal di satu company yang sedang maju mencanak-canak. Konfem pekerja-pekerja disana expert giler computer, mahir-mahir, coding tutup mata pon bole.. Ok tipu. Tapi serius weh.. aku cuak giler ni.. takut sampai2 sane..


Boss : " Okay, awak buat program ni.. website ni.. itu ini.. "


Aku : "Errr... saye.. saye.."


Huhu.. aku takut la aku tak dapat mencapai apa yang dikehendaki. Semoga pekerja2 di sana dapat memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada aku yang lems* ni.. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. ye dok?



So, sebab sayang sangat kat universiti, cuti sem kali ni dikorbankan sekali lagi dengan menyertai kursus - kursus. Peh, dah lama gila aku tak balik rumah, rindu siot! Tapi nak buat camane, ilmu dan pengalaman pun penting jugak kan? Demi itu semua, aku tak kesah, ni lah namenye budak rajin belajar. Wekkk, apesal rase macam POYO GILER  entry kali ni??

Rasa macam banyak lagi nak tulis, tapi entah kenapa susah betol aku ni nak susun ayat dan cerita bagi die macam sequential, tersusun sket. Mungkin aku kena update tiap2 hari, baru la senang nak citer kan? Ni sume nak citer dalam satu entry, memang la caca marba jadinye kan? Takpelah, tengok pic jelah, pic menghabiskan sisa2 tahun 2010.




Benda- benda yang selalu digunakan pada 2010.. erk.. facebook warna kuning??





 Okay.. ni baru betol...





Computer hang lepas tu tiba2 menjadi old skul macam ni..




 Buat programming sampai tengah malam.. perut lapar giler tapi tak nak gerak kan badan dari meja, taknak alihkan mata dari skrin komputer, jadi solusinya prof kami belanja pizza. Mekasih prof. Jasamu tak kan ku lupa sampai bila-bila




Coding lagik






Happy faces sebab dapat menghabiskan kursus yang err.. memerlukan kesabaran yang tinggi ini..





Bergambar dengan kawan2 sekursus.. eh. korang memang best ah. 



Bergambar dengan Dr. kesayangan buat kali terakhir kot.. Maaf Dr. , saya tak dapat jawab soalan exam Dr.. (_ _ " )




2010 dah meninggalkan kita semua.. Mari menuju ke arah kecemerlangan pada 2011!