Monday, December 19, 2011

Ada Apa Dengan SONGLAP?

  10 comments    
categories: 


Niat di hati nak tengok Ghost Protocol, tapi cite HOT macam tu memang sold out jelah kejenye. Tiket laku macam pisang goreng panas. Nak tengok Ombak Rindu, macam lambat sangat la plak.. dah outdated dah.. download jelah nanti.. hehehe. So tinggal cite Songlap.... ahhhhh... Songlap pon Songlap lah....! Mari kite songlap tiket itu! (Tipu melayang RM11)




Poster filem: Cantik? Blur? Ni curik kat sini.. hehehe



Sinopsis cerita ini :

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik RAZAK, HAWA (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?






Ape Yang Best?


  • Jalan cerita yang lain daripada lain.. Cite Melayu selalu macam tipikal dan cliche... tapi yang ni memang lain sangat.. Seronok gak

  • Lakonan mantap. Macam Sara Ali tu, tak kenal pon.. tapi berlakon macam best la.. tak banyak cakap pon.. banyak main emosi je.. best2

  • Dialog banyak kelaka - kelaka... Hahahahaa * tibe2 gelak*



Ape Yang Tak Best?

  • Aku rasa lakonan Shaheizy Sam macam membosankan... boleh gitu? Mungkin sebab dah banyak kali tengok dia berlakon, so macam dah... huargghhhhh ( menguap )

  • Aku tak suke cite tergantung.. Aku nak taw ape jadik kat Hawa dan anaknye.. Aku nak taw Ad & Am dan maknya yang pelacur tu.. ape jadik.. Tapi cite ni tak bagitaw ape yang terjadik... Argghhh tensen aku!

  • Macam berat gak cite ni.. kisah sosial dalam cite ni. Macam takde benda baik sangat pon, yang ade cuma watak Syafie Naswip jelah kot.. Tai kisah haruan makan anak tu memang aku tak suka. toksah la cite benda tu


Overall :

Okay la.. so-so... Moh ramai2 kita sokong filem tempatan :D




bye!




10 comments:

  1. huwaargghhh.. *ngantuk* ape kena entah, skang memang tak ada mood langsung nak tgk apa-apa filem pun!

    why eh? heheh.. ;p

    ReplyDelete
  2. sebab skrg xde cite best sgt pon... hehehehehehehe

    ReplyDelete
  3. dah tgok da x best sgt pun

    ReplyDelete
  4. anon: yeke? hmmmmmmm... ok je pade saye...

    ReplyDelete
  5. ish saya bagi rating 4/5 tau.
    filem ni dapat pujian daripada pengkritik filem dari segi mutu lakonan para pelakon, plot cerita, sinematografi dan audio.

    bagi saya, ini lakonan terbaik Sam dalam filem. :)

    ReplyDelete
  6. owh yeke? mungkin bukan taste sy kot cite mcm ni

    yup stuju lakonan Sam mmg terbaik dlm ape2 filem pun cuma mungkin Sam banyak sgt dlm filem kot. hoho

    ReplyDelete
  7. huhuu..nak tengok.. tp tak brkesempatan lg..

    ReplyDelete
  8. tengok2.. rugi x tengok.. hehe

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)