Tuesday, November 8, 2011

Kenapa Saya Masak Sup Kurang Umphhh (Kurang Sedap)?




Sejak duduk rumah sewa nih, kena la slalu masak. 

Dulu masa kat Bangi duduk rumah sewa gak, tapi dapur pun tak dak.. hahaha

Tapi bila dah kerja tetap ni, duit pon kadang2 ade, kadang2 takde.. kena la masak kan. huhuhu

Terus terang cakap, memang aku tak slalu memasak pun.. ( TAKNAK MENGAKU TAK RETI MASAK..KEH3)

Mase kecik-kecik, rajin jugaklah mengacau mak masak.. stakat potong2 bawang jer pon..

Bila dah start masuk sekolah menengah, aku pun duduk asrama, balik weekend, jangan harap lah aku nak menjenguk dapur, tengok tibi (televisyen).. Kalau jenguk pon, sebab nak makan ler, bukan nak masak. huhu

Bile dah masuk universiti pon, aku duduk asrama.. Bawak periuk nasik pon tak dibenarkan di asrama kan? Lagilah aku tak masak.. Makan kat luar je lah kejenye.. Kalau masak tak elok, sakit lah perut dibuatnye.. Duit pun abis kat makan je

SO SEKARANG?

Bila hidup dah tidak dibiayai oleh ibu bapa, barulah aku sedar bahawa susah jugak nak cari duit ni, nak membazir makan tempat sedap tak tentu hala pon aku rasa sayang siot kat duit..

So sekarang kena masak sendirik ah beb! Jimat sket!

Hari tu aku pun dengan bangganya masak sup. Masak dengan kawan2 rumahla weh, sepakat membawa berkat. Orang kata masak sup ni senang gila gila, tutup mata pon boleh. So kami pun masakla.. memang rasa senang pun. hehehe.. campak2 je kate orang

Sekali resultnya tak lah segempak mana, tak sesedap mak masak, dan tak sesedap sup di gerai belakang balai polis Puchong..

Cis! Apa kurangnya sup kami?

Kami masak seperti anda juga!

*tak puas hati ni* *sambil belek2 sup kat kedai orang lain* 
(SUP DIBELEK?? BEDAL AJELAH)

Lepas merujuk di sini, barulah kami sedar beberapa kesalahan kecil.. tee hee hee 

  • Tidak merendam rempah di dalam air panas menggelegak
  • Tidak memasukkan air rendaman rempah selepas ke dalam tumisan dan ayam
  • Tidak memasukkan kiub ayam (optional sebenarnya)
  • Tidak memasukkan daun bawang dan daun sup


Takpelah belajar dari kesilapan :)

Better late than never. hihihi




Learn!




Ni lah rupa sup yang aku buat. Rupa dah ade kan? Ceh tipu ajer... ni sup terbaekkk di Kota Tinggi






Ni lah sup yang sebenar! hahaha!!





7 comments:

  1. daun sup tu memang wajib,
    namer pun sup.

    heheh:)

    ReplyDelete
  2. sedap je ak rase sup 2..rase nk dmam ari2 sbb nk mkn sup ko..hehehehe

    ReplyDelete
  3. kalau ko buat lg sedap anis... siyesss

    ReplyDelete
  4. nak buat sup yang sedap, kena gunakan bahagian2 tulang. lepas tu sebaiknya renehkan lama. kalau buat sup tulang seeloknya 3 jam dengan api yang sederhana perlahan. sup lebih enak kalau direneh perlahan, 1-2 jam pun boleh la kalau tak cukup masa. boleh juga buat stok siap2, contoh untuk stok ayam boleh rebus tulang/rangka ayam dengan sedikit halia, bawang putih, leek atau boleh juga campur sayuran seperti celery dan lobak jika suka. lepas tu tapis dan simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama. bila waktu kelam kabut tu bolehlah panaskan je dalam periuk dan tambah bahan2 lain seperti meatball, hirisan dada ayam, tauhu, sayuran, bawang goreng dan daun ketumbar/sup. boleh juga guna dalam masakan, gantikan je air dengan stok...jadi tak perlu guna kiub ayam lagi...lebih menyihatkan :)

    ReplyDelete
  5. @mangosteenskin
    terima kasih cik.. atas tips yg berguna ni :)

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)