Monday, November 14, 2011

Saya Membangkang Video Rant On Lagu Cinta Mat Luthfi ;)




Hehehe.. Maaf Mat Luthfi dan peminat-peminat Mat Luthfi.. Aku pun sebenarnye memang peminat fanatik Mat Luthfi.. Bila dia upload video terbaru, aku pun cepat-cepat nak view.. Kadang-kadang tu siap ulang-ulang berpuluh kali lagi.. hihihi. Tapi bila aku tengok video yang terbaru ni, aku rasa macam ada tak setuju la.. hoho. Tapi takpe.. Mat Luthfi pun cakap No Offense.. Lagi pun, ni cuma pendapat aku je..Hihi


Lagu #1 : Tiga Kata by KRU Bersaudara

Aku pon terus terang aku takdelah minat sangat geng KRU ni. Contohnye citer Karak, asek kena kutuk je ah dengan aku. Merong Mahawangsa pon aku tengok separuh, lepas tu KROHH KROHHHH.. zZZZ

Tapi dalam Lagu 3 KATA:
"Tiga Kata Paling Bermakna, Tapi Jarangnya Disebut"
Mat Luthfi kata, lepas tu dia dengar 40 lagu lepas tu semua lagu cinta!

PENDAPAT AKU: Aku rase, ape yang dimaksudkan dalam lagu KRU tu, jarang didengar dalam kehidupan seharian kot. Yelah orang Melayu ni bukannya romantik sangat, nak cakap I LOVE YOU  setahun sekali pon susah kot. Yang banyak kat dalam lagu dan drama jelah. Tapi realiti? Nan ado!  Hehe. So KRU nak buat kempen suruh cakap  I LOVE YOU  tu bila-bila mase je.. ada paham Mat Luthfi??!  :)





Lagu #2: Berdua Bersatu by Fourteen

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu



Pendapat Aku: Mat Luthfi, ko pernah dengar tak, orang yang tengah kemaruk bercinta akan jadi BODOH?? Tak pedulikan orang lain? Tak nak dengaq cakap orang lain dah even mak bapak? Itulah kuasa cinta yang kadang-kadang memang tak masuk akal.

Tapi mungkinlah.. lagu ni memang over sket... tapi biaselah kan.. name pon lagu budak-budak remaja.. hehe





Lagu #3: Terasa Di Syurga by Sofaz

"Tak Sabar Menunggu Hari Esok, Umpama Mawar Yang Sedang Mekar"


Pendapat Aku: Aku rasa dia nak cakap hari esok tu indah macam mawar yang sedang mekar. Cantik dan excited. Bayangkan mawar yang separuh mekar, mesti lah mawar tu exsaited kan nak mekar sepenuhnye.. Macam tulah perasaan pasangan berkasih, excited nak tunggu hari esok..  Simili dan hyperbola memang biasa dalam ayat orang Melayu ye Mat Luthfi.. cuba ko baca buku sastera. Eh tak payahlah, nanti ko lagi pening. hehehe





Lagu #4: Grenade by Bruno Mars

"Should of known you was trouble from the first kiss, Had your eyes wide open"


Pendapat Aku: Aku rasa pada diorang, kalau tengah kissing tu mata terbukak, tu maknenye die tak ikhlas kiss la.. Macam main-mainkan & tak feel gitu. Kalau mata tertutup tu maknanye mati je ke?? Like.. seriously Mat Luthfi?? Seriously u don't know?? So naive la you.. ;)  Haha Mat Luthfi anda memang kelakar lah. That is why lah I like U veri much






Lagu #5: Lelaki Seperti Aku by Alif Satar


Okay yang ni aku sependapat dengan hang!! No objection at all! :D








Bubye!



18 comments:

  1. masa bercinta je sibuk ailebiyu ailebiyu setiap kali sms..
    dah kawen, duk serumah pun, nak ckp ailebiyu kemain susah

    ReplyDelete
  2. hahaha.. kan kan kan? mase bercinta rajin plak.. knape ek?

    ReplyDelete
  3. hahaha
    mungkin mat luthfi ni x pena bercinta kot xD

    ReplyDelete
  4. hahahah.. mungkinlah.. dia pun muda lagi kan.. :)

    ReplyDelete
  5. ermm...betul gak tu. tp bab cicicinta tu annoying gila.he he

    ReplyDelete
  6. tapi Mat Luthfi cute,,hehe,,,nak komen jugak. first, lagu kru 3 kata tu, yeeaaah, terbukti beliau a bit slow. sowy :P setuju ngan cik owner belog :)and suka lah incik luthfi nyer komen sal lelaki seperti aku~alif satar..grr,,haha, so sweet of him !

    ReplyDelete
  7. hahahaha kan adda kan?? mmg la die comel.. itu tak dinafikan. hihihi.

    ReplyDelete
  8. aku rase mat luthfi kene mule bercinta...hehehehe

    ReplyDelete
  9. hahahahhahahahaha bercinta dengan ko ke? :P ok gak

    ReplyDelete
  10. wow..best ah klau g2..konpem ak pon glemer nnt kan?best2..hahaha

    ReplyDelete
  11. konfemlah.. nanti die buat video untuk ko.. untuglah ko..! :D

    ReplyDelete
  12. saya setuju dengan pendapat awak 100%. Saya suka matluthfi.Tapi saya tak setuju dgn video dia kali ni. n pendapat awak tentang lagu2 yang dia cakap tu pun sama dgn pendapat saya. :)

    ReplyDelete
  13. btol3.. same la sy pon minat die jugak.. tp kdg2 x semua orang tu btol kan.. hehe.. lepas ni jom kite tengok video die yang lain.. hehehe.. suke tengok video die yg drama melayu tu.. klako..

    ReplyDelete
  14. berani ko kutuk mat luthfi.hehe

    ReplyDelete
  15. kis sambil tutup mata mean orang tu kuat berfantasi..
    kis bukak mata plak bermaksud berhati- hati

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)