Tuesday, October 18, 2011

Doa Yang Baik - Baik Saje...

  2 comments    
categories: , ,

Ku sangka panas hingga ke petang.. rupanya hujan di tengah hari.. waaaaa..




Bangunan yang indah berwarna jingga hampir mencakar langit (ok tipu) dan sistem kawalan sekuriti yang canggih (kononnya) sebenarnya tidak menjaminkan apa-apa. Mungkin jugak, salah kami, mungkin kecuaian kami. Mungkin juga.

Seperti yang aku belajar zaman kat menara gading dulu, Sekuriti ni bukan lah satu produk, tapi satu proses. Proses di mana kita perlu tambah baik setiap waktu, orang putih kate.. enhance lah.

Yelah, contohnya, rumah dah siap berkunci bermangga dekat pintu, orang boleh pecah masuk guna tingkap. Bila tingkap dah bergril, orang masuk guna bumbung plak.Bile  kat bumbung dah letak jaring, jala segala macam pon.. rupe2nye orang yang masuk tu guna ilmu hitam, boleh tembus dinding. Ah sudah

Pendek katanya, hang jangan dok caya sangat kalau kawasan perumahan korang tu ade pak guard.. Hang kena jugak tambah mangga, gril, cctv, ayat kursi, pendinding dan macam2 lagi.. hehehe. Yang penting jangan lupe doa selalu agar dilindungi dari kezaliman manusia nih








Setelah dua kali rumah dimasuki pencuri dalam masa kurang sebulan, adakah anda rasa kami akan bertahan dalam rumah yang sama? Hehe.. tidak seberani itu, sanggup masuk Fear Factor lagi dari duduk dalam rumah tu.

Sesi pengosongan pun bermula, isk isk serius rasa sedih jugak masa nak pindah tu. Sedih sebab jadi kaum nomad sejak akhir-akhir ni. Banyak jugak kenangan kami bertujuh kat rumah ni walaupun tak sampai 4 bulan duduk sini.Tapi takpe.. hidup perlu diteruskan.. cewahhhh.. 





Ha ni la hasil punggahan barang-barang kami berlima dari lori.. eh ni baru 1/2 ni.. Adeh.. lenguh tangan angkat tong gas dan peti sejuk






Haha.. sedikit gambaran rumah baru.. lalala


Walaupun rumah baru ni tak secantik rumah lama.. tapi percayalah sebenarnya kecantikan tidak menjamin apa- apa yang konkrit ( Kah kah kah apehal dari tadi semuanya tidak menjaminkan apa-apa? Prejudis sungguh) . Biar pun kecik dari rumah lama, tapi takpe .. sesuai dengan kepadatan penghuni sekarang. Barang pun senang nak kemas.. takdelah serabut sangat.


Ape yang aku suka dengan rumah baru:

  • Rumah kat atas tanah.. memang rumah impian aku la kan.. ( dulik ape rumah sewa pun :p ). Barulah more to nature.. memijak rumput-rumput yang menghijau sambil menghirup udara segar setiap pagi.. :D

  • Ada jiran yang sangat caring dan baik hati.. hihihi.. lega hati.. pergi kerja dengan hati yang tenang tanpa gundah gulana.. aiceh.. 

  • Dekat dengan surau.. Alhamdulillah.. dekat dengan masjid jugak.. Alhamdulillah sekali lagi

  • Dekat dengan Giant.. Mydin.. senang la nak beli barang-barang rumah.. barang-barang dapur.. boleh la masak slalu.. kah kah kah





Doakan yang baik-baik ye ? :)




2 comments:

  1. InsyaAllah.semoga semuanya baik2:)
    Cntik je aku tgk umah baru tu. haha

    ReplyDelete
  2. hehehe.. terima kasih di atas doamu. Cantik kerr? hahaha. cantik kot. mcm retro gitu :p

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)