Friday, September 16, 2011

Selamat Hari Malaysia!




Hari ni bangun pukul 10. Hohoho malunye. Bukak-bukak tv tengok ada orang tengah berarak mengibarkan bendera Malaysia. Oh hari ni hari Malaysia.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua. Jujurnya aku sangat sayangkan negara aku ni. Walaupun bamyak pergolakan politik dan ekonomi yang berlaku, tapi perkara-perkara yang baik pun tak boleh dilupa. Aku berdoa semoga Malaysia semakin maju dan aman damai!

Di sini juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bersungguh-sungguh memajukan diri dan negara. Terima kasih jugak kepada warga asing yang sama-sama memajukan Malaysia dengan membina bangunan-bangunan tinggi di bawak panas terik mentari. Moga gaji yang kamu dapat dapat menampung makan minum anak bini kamu di kampung.

Aku jugak berazam untuk menjadi seorang citizen yang baik. Kalau asyik complain masalah tak akan selesai jugak kan. Jom sama-sama :-)


Published with Blogger-droid v1.7.4

0 manusia baik hati:

Post a Comment

sila komen jangan segan-segan :)