Sunday, September 18, 2011

Rumah Berpuaka - Jom Pindah!!




Serius aku dah seriau nak duduk sini lagi. Dalam masa kurang sebulan, rumak sewa kami dah 2 kali dimasuki pencuri!

Kali pertama kena seminggu sebulan raya, abes 3 biji laptop kena sebat! Menangis air mata sekalipun rasa-rasanya tak dapat balik laptop tu. Mangga rumah kami hilang terus. Kurang hasam sungguh pencuri-pencuri itu. Kami pasrah, kami tambah mangga rumah kami. Konon-konon dah secure la tu

Kali kedua pulak berlaku masa minggu kedua raya plak. Ya Allah! Masa tu memang kami tak sangka sangat. Kali ni pencuri masuk guna pintu belakang plak. Aduhhhh

Bayangkan.. Tingkat 11 pun dia boleh panjat. Nak kata pintu belakang tak tutup, bergril siap bermangga lagi taw.. Tapi dasar pencuri professional..senang senang je dia boleh masuk!


Kami dah putus dan hilang semangat nak duduk situ lagi.. Setelah berbincang-bincang, minggu ni jugak kami search rumah baru kt internet. Terima kasih mudah.my! :-)

Cari punya cari, rumah-rumah tu tak memuaskan hati kami. Pusing..pusing...pusing...last-last terjumpa sebuah rumah yang amat ideal untuk kami. Yeaaaaaa!!

Syukur Alhamdulillah.. Akhirnya urusan pembayaran selesai. Tinggal nak kemas-kemas barang kat rumah lama...

Doakan semuanya berakhir dengan baik ya! Excited plak nak mulakan hidup di rumah baru. Kikiki

Bye!
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 manusia baik hati:

Post a Comment

sila komen jangan segan-segan :)