Thursday, September 15, 2011

Rumah Aman Needs You! - Pledge by Nuffnang

  No comments    
categories: ,
Poyo je aku type title post bahasa INGGERIS tapi tibe-tibe je macam blur sangat nak tulis dalam bahasa INGGERIS, al maklumlah tadi dah memerah otak tulis e-mail dalam bahasa INGGERIS dekat boss. So aku tulis dalam bahasa Melayu je lah. Cintailah bahasa kebangsaan kita :)

Semalam dapat email dari Nuffnang. Aku bukak la sebab nak taw gak ape perkembangan terbaru. Aku terkesima dengan isi kandungan email itu. (Amboi bombastic jugak ayat bahasa MELAYU aku)

Marilah kita sama-sama menyokong pledge Nuffnang ni iaitu membantu Rumah Aman. Rumah Aman ialah sebuah rumah anak-anak yatim yang terletak di Shah Alam. Rumah Aman ni beroperasi pada tahun 2005 dan menempatkan 30 orang anak yatim lelaki. Di sini, anak-anak itu akan diberikan pelajaran, makanan, pakaian dan perlindungan.




Ni lah Rumah Aman. Memang nampak aman dan penuh kasih sayang.






 Kanak-kanak Rumah Aman yang comel dan soleh :)






Bilik study yang kemas dan selesa




Tetapi, dalam keselesaan dan penuh kasih sayang itu, terdapat juga kelemahan dan kekurangan yang mengekang Rumah Aman ni menjadi lebih sempurna kepada penghuninya. Rumah Aman memerlukan bantuan anda untuk memperbaiki dan menggantikan sistem pewayaran elektrik dan pencahayaan yang sudah 15 tahun lamanya.



Bahaya taw kalau sistem wiring electric tak betul, boleh membawa kepada kebakaran dan kerosakan. Bayangkan kalau apa-apa terjadi kepada anak-anak yatim yang suci dan tak berdosa tu.. 


Jadi, anda lah yang kami perlukan! Dengan bantuan ihsan dari korang semua, Rumah Aman akan menjadi lebih baik dengan pembetulan dan penambahbaikan sistem pemasangan wayar dan elektrik yang baru yang memerlukan kos sebanyak RM 20 000. 



Jadi, hulurkanlah tangan, sama-sama kita membantu Rumah Aman ni. Walau sekecil mana pun bantuan anda, pastinye membawa seribu perubahan terutamanya kepada kanak-kanak ini! :)



Untuk membantu:

  • Melalui Maybank2u: Anda boleh membuat derma secara online banking dengan menulis remark: “Nuffnang TLC Promise Me S2”. Derma kepada Rumah Aman (Shah Alam), No Akaun : 562106720433 (Maybank).
  • Melalui Milkdeal. Derma melalui sini
  • Melalui cek. Hantarkan di sini :

  • Nuffnang Sdn Bhd
  • 12B5 & 12B6, Heritage House
    33 Jalan Yap Ah Shak
    50300 Kuala Lumpur. 



Okay.. Selamat Beramal..!  :)








0 comments:

Post a Comment

sila komen jangan segan-segan :)