Sunday, July 3, 2011

(Mode Jiwang) Rindu Itu Adalah Anugerah

  2 comments    
categories: ,

Sekarang ni dah keje, rindu plak kat tempat praktikal. Argghhhh ape ni? Mase tengah praktikak, rindu mase time blaja. Sekarang ni bila dah secara rasminya bekerja, rindu plak kat tempat praktikal. Kadang-kadang aku rase aku ni macam ngada-ngada sangat, macam tak bersyukur pon ade. Ish ish ish


Tapi seriously... bile dah masuk tempat kerja baru.. Sebagai insan biase yang lemah (cewahh..), aku tak terlepas dari membuat perbandingan. Tempat kerja baru aku ni, hmmm memang lah tersangat korporat. Disiplin amatlah diutamakan. Orang2nya serius, keje keje keje.. Kalau aku buat bising sket, tercakap kuat sket, mulalah sume mata memandang macam buaya laparkan sang kancil.



Serius aku rindukan tempat praktikal aku yang penuh dengan gelak ketawa dan mesra alam. Tapi kerja tetap kerja.. Mereka sangat workaholic sampai sanggup kerja sampai tengah malam dan tidak meminta duit overtime pun. Sume kerja atas kerelaan hati dan ikhlas gitu. Berat sangat hati nak meninggalkan tempat praktikal yang banyak kenangan manis tu. Tapi ape nak buat kan? Hidup mesti diteruskan! Yeah! Semangat!



Benda-benda yang paling aku rindu:




Bekerja di sini. Kerja kat sini memang mencabar gak ah. Kena buat benda2 yang aku tak pernah belajar kat kampus. Dengan masa yang terhad, kadang-kadang macam nak pecah kepala gak fikir. Tapi ape-ape pon, seronok jugak. Kalau pening, ramai yang sudi mmbantu, terutamanya supervisor. Thank U so much!






Meja aku yang bersepah. Konon-konon busy la kan. Padahal desktop memaparkan interface Facebook. Ceh kantoi di situ. Uhuk uhuk






Officemate yang sengal sengal belaka! Pakai helmet dalam kereta untuk bertambah selamat. Cess pemandu kita adalah pemandu yang cekap okay??







Berhimpit-himpit dalam kenderaan. Takde masalah setakat 5 orang belakang kereta, tambah sorang lagi pon boleh.. Maklumlah semuanya slim- slim belaka... Hohohoho






Disamping menghadap komputer selama berjam-jam, kami juga ada sesi merehatkan otak dengan melukis dan mewarna. Belajar glass painting uolls. Memerlukan kesabaran dan ketilitian yang tinggi. Angkat bendera putih 








Belajar bersabar banyak-banyak dengan mengharungi jammed@kesesakan lalu lintas setiap hari. Untuk mengisi masa sengkang, kami pun usha2 pemandu kereta lain yang handsome-handsome. Fakta: Ramai kot yang handsome.. tak taw kenape






Boss saya seorang yang pemurah. Selalu blanje makan di restoran2 berdekatan dengan office. Antaranya ialah di sini. Cuba teka di mana? Kalau tak dapat jawab memang korang ni penipu lahhh..  Kacang jer nih






Makannnnn.. makan..... Siang dan malam






 Kerja kat sini aku naik 2 kg kot... Cis! Makan free je kerjanya.. Tempat sedap-sedap plak tu. Takpe rezeki jangan ditolak ye tak?








Lepas makan tengok budak2 AF dalam sangkar jap... Sebenarnya aku konfius adakah ia rumah kaca atau rumah plastik? Sebab aku tengok macam plastik je... Ade sekali tu aku datang ada Pak Nil.. Kecik je orangnye.. Yang lain aku tak kenal sangat ah





Akhir kata, aku rindu sangat dengan korang! Rindu sangat dengan environment kerja di sana.. Semoga anda terus maju jaya dan berjaya mencapai visi & misi syarikat. Doaku sentiasa mengiringimu .. sob sob sob.



2 comments:

sila komen jangan segan-segan :)