Saturday, May 14, 2011

Make-Up Yang Buat Sang Lelaki Meluat?

1. Bedak macam Tepung Gomak? Foundation terlebih?




Pendapat Lelaki : Selalunya lelaki meluat tengok perempuan pakai bedak terlebih sebab nampak macam diorang ada dua kulit berbeza. Muka punyalah putih berseri, sekali tengok leher berkerak je.. Errr.. ni bukan aku kata, lelaki yang berkata ye..


Pendapat Perempuan : Susah kot nak carik warna bedak/foundation yang betul2 match dengan warna kulit. Tapi kalau tak pakai kang muka berminyak + nampak noda-noda plak... Adeiiihh.. niat nak nampak cantik & presentable.. sekali laki kutuk2 plak.. hampeh sungguh




2. Lipstick Berwarna Neon





Pendapat Lelaki : Tolongglah.. tak payahla pakai lipstick warne oren sume tu.. Pelik kot..!! Dari jauh nampak bibir ko mengelip-ngelip. 

Pendapat Perempuan: Laaaa.. apa salahnye? Neon lipstick ni trend sekarang hokaaayyyy.. Memang pun nak bagi nampak cun, bagi semua orang nampak.. Barulah menyerlah & outstanding among the crowd!




3. Kening Terlebih Nipis @ Kening Separa Botak





Pendapat Lelaki : Aku pantang betoiii la tengok pempuan kening nipih ni. Depa tak taw ka cukur kening tu haram?? Dah elok2 ja kening tu tebaiii dok pi cukoq kening tu paseipaa?- lelaki Kedah

Kalau dah memang natural nipis tu, tak boleh nak buat ape la kan.. Okayla.. Naseb ko la kan..Tapi kalau dah cukur sampai tinggal segaris, automatik muka kau jadi macam Nyah - Lelaki Johor

Pendapat Perempuan :  Tak suke la kening tebal-tebal.. macam ade ulat bulu kat atas mata.. Kena ikut keselesaan diri kita la




4. Eye- Shadow Warna Terang- Terangan





Pendapat Lelaki : Tak payahla korang dok pi cat cat mata korang dengan warne hijau, warne biru, warne purple... Nanti aku ingat ada burung gergasi tengah cari cacing untuk anak-anak dia  ( _ _ " )

Kalau style.. amende korang panggil tu? Smokey Eyes? Mata berasap?? Haaa.. yang tu okay la sket

Pendapat Perempuan: Korang tak suka pedulik lah kan... Yang penting kami berani bermain dengan warna-warna yang ada di sekeliling kita... Kena la matching kan dengan warna baju.. Tak kan baju purple nak pakai eye-shadow warna oren plak,, Tak sesuai gitu... 





5. Lipstick Dua Warna - Dual Tone 





Pendapat Lelaki : Yang korang dok garis-garis tepi bibir tu apehal? Macam nak masuk pertandingan mewarna je.. Dah la color yang dalam tak sama, tah hape-hape.. Nampak macam fake sangat la

Pendapat Perempuan : Yela... tak nak la lipstick tu comot.. berterabur.. Kena la bagi nampak kemas dan menawan .. 





6. Glitter - Glitter Litle Star




Pendapat Lelaki : Makk oiii korang ni.. amende lak kilat2 letak kat muka ni? Tolongla korang.. muka korang sebenarnya dah cukup berkilat da.. Tak payah la nak letak glitter mlitter nih.. Kat disko pon da banyak lampu kelip-kelip.. Tak payah susah-susah nak lekatkan glitter

Pendapat Perempuan : Biaaa laaa.. tu bagi nak nampak meriah dan seksi!





 Rumusan:


Pendapat Lelaki : Korang tak payah pakai ape-ape.. Kalau dah memang cantik, cantik la jadinya. Kalau dah tak cantik tu, pakai ape pon nampak tak jadik jugakkk.. kikikiki


Pendapat Perempuan: Pedulikan! Lantak la! Lelaki ape tau? Cakap je lebihhh, tengok awek diorang make-up tebal gak.  Yang penting kita confident dan berani mencuba! Secara semulajadi kita akan nampak cantik! 



9 comments:

  1. hahahha... klak0 plak bace.. tp, sy banyak setuju pndapat lelaki tu.

    adakah sebab nama sy macam lelaki?? (ada kaitan ke? hehe)

    ReplyDelete
  2. hye..nice blog

    ReplyDelete
  3. neza: mungkin juga. hahaha

    Anon: thankssss!

    ReplyDelete
  4. pe mungkin2? hehe

    ::neza::

    ReplyDelete
  5. hahahahaha haduii.. perempuan makeup sbb lelaki jugak. untuk suami. and untuk diri sndiri. tak ada seorg pun prempuan yg ske dirinya kusut masai tak terurus.. but yg ckur kening tu mmg setuju sgt lah. mmg haram pun. tp kalau nk bg kemas. lukis la gune pencil eyeliner or eyebrow tu (sorry kalo silap eja ahahah ) :P

    ReplyDelete
  6. betol tu Fatin... tp laki2 ni kdg2 x paham.. hehehe

    ReplyDelete
  7. kalau tebal nak mampos memang membuatkan aku nak flying kick minah tu.. tapi kalau setakat bedak, and makeup nipis2 okay lg :D

    ReplyDelete
  8. hahaha.. x baik la nak flying kick plak :D ..

    ReplyDelete
  9. Haha, lucu pulak baca jwpn dr perempuan ni. Semua tak nak mengalah, yg lelaki pla seronok ja kutuk. Ahak! ada btl nya jga cakap diorg,tp mklum la,girls kn ada 9 nafsu smua nk try. -,-

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)