Sunday, April 17, 2011

Anda Rasa Anda Bagus Sangat Ke?

  12 comments    
categories: , , ,



 Sedar atau tidak? Kadang-kadang kita ni selalu terlupa. Nama pun Insan. Insan dalam bahasa Arab maksudnya lupa. Tak payah tunggu jadi datuk/nenek, anda sememangnya memang dilahirkan pelupa. Lagi kronik, kita yang cakap informasi tu kat mereka, tiba2  seminggu lepas tu, dia cakap kat kita balik, sebijik macam kita cakap kat dia.  Seolah-olah dia memberitahu kita semula agar kita tahu padahal kita dah tahu. Ah, memang dasar pelupa.

Kalau lupa, boleh diingatkan balik. Kalau tak sedar diri, boleh kasi lempang sedas bagi sedar diri sket kan. Hehe. Tapi, si pelupa kena la terima teguran dengan baik kan. Kira okay la kan ada orang nak tegur awak supaya awak ingat balik. Kalau tak tegur, terus awak hanyut dan nyanyuk padahal muda lagi.

Okay beberapa senario yang kita lupa untuk ingatan saya dan awak-awak semua yang membaca:


1. Anda rasa anda Fashionista yang bagus sangat macam Anna Wintour

Kenal tak Anna Wintour? Eh kata fashionista mestilah kenal kan Editor Majalah Vogue yang vogue selalu ni. Korang selalu la dok mengutuk baju orang kiri kanan, ini tak kena, itu tak sesuai. Lepas tu mata macam nak terbeliak tengok baju orang. Konon korang ni Fashion Police lah kan.. free je takde gaji.

Tapi anda sedar tak baju anda, gaya anda, style anda pun takdelah elok mana. Mengutuk baju orang, cakap baju orang style 80-an lah.. Tetapi sedarlah anda baju anda, style anda, sebenarnya takdelah class sangat pon.. So sebelum nak mengutuk baju orang, tunduk.. tengok baju kita plak. Sedar2 lah ye..




2. Anda rasa anda berani dan cool

Anda taw benda yang anda buat salah. Mungkin juga anda terlupa. Ya, lupa. Contohnya: Mencarut. Sebenarnya anda taw dah, benda tu tak baik. Melukakan hati pihak yang terkena carutan. Pada anda, benda tu biasa, tak ada apa-apa. Masa raya nanti boleh mintak maap kalau dia kecik ati.

Tapi yang salah tetap salah. Jangan dibiasakan. Biasakan yang betul. betulkan yang biasa. 





3. Anda rasa dunia ni anda yang punya.

Kalau anda bercinta, pasangan tu awak je yang punya. Orang lain kalau boleh pandang pun tak boleh.. Berkepit 24 jam, 7 hari seminggu. Awak marah betul kalau ade orang kacau gf/bf/bini/laki awak tu. Dia tak boleh layan orang lain..  Kalau tak, mula lah awak muncung moody 48 jam

Tapi kalau awak dok bermesra, bergedik-gedik sampai berbulu kornea mata orang lain tengok, dengan gf/bf/bini/laki orang tu.. Ehhh takpe plak.. Takpe, pasangan dia bukan taw pun.. Boleh plak fikir macam tu kan?! Ada anda fikir perasaan gf/bf/laki/bini orang tu? Ade ke? So sebelum berniat apa2, sebelum anda perasan sendiri, sebelum terjadi benda2 buruk, ingatlah, sedarlah. Cermin cerminkan diri anda - bak kata Dr. Fadhilah Kamsah





 Akai ada ka? Guna sket noh




3. Anda rasa anda dah perfect!


Ini masalah paling berat kot. Susah nak ubat ni. Kalau dah sampai ke tahap ni, nampaknya anda memang pelupa tahap hazab. Anda lupa manusia takde yang sempurna, cuma Pencipta sahaja yang sempurna.

Tapi anda dah kronik kan. Payah. Orang tegur anda tak nak terima. Anda marah bila ditegur. Normal sebenarnya marah bila ditegur, itu macam tindakan refleks. Tapi sebenarnya lepas tu otak kita akan berfikir dan menilai semula teguran itu. Jika selepas itu, otak anda dapat menelan dan menapis teguran itu dengan tenang, maka otak anda masih waras. Tapi jika anda langsung tak boleh menerima teguran, maka ada something wrong la dengan otak anda. Check your brain!


Penutup:


Sebenarnya kalau nak disenaraikan huhhh memang banyak benda lah kita lupe kan.. tapi kalau senarai banyak2 nanti lupa lagik kan? So setakat ni jelah peringatan untuk diri aku dan diri anda. Selesai membaca, jom fikir sama2, apa kita dah buat hari ni, adakah benda yang sepatutnya atau tidak. BYE!







Jom muhasabah diri!

Jom ingat mengingati!

Jom perbaiki diri!



12 comments:

  1. Lu ingat lu bgus sangat ke nasehat2 guwa nihhh? Hahahahahahahaha =p

    ReplyDelete
  2. fuhhhh..panasss... hahahahahaahahahaha

    ReplyDelete
  3. anda lupa. no selepas no 3 sebenarnya adalah no 4. hahaha.

    ReplyDelete
  4. kah3 tahniah anda berjaya! anda mmg peka!!!!

    ReplyDelete
  5. terima kasih. aku pun dah lupa aku agak peka. haha.

    ReplyDelete
  6. Aku suka la post hang yg ni. Tak tau pasaipa. haha. LIKE skit.

    Aku memang semakin lupa skrg ni. Tapi takdak sampai lupa diri lagi.:P

    ReplyDelete
  7. sogeking kun:

    haiyaaa! mcm ni pon ada ka? haha

    ReplyDelete
  8. pZah:

    HEHEHEHEHE..

    TERIMA KASIH KERANA LIKE

    I LIKE U <3

    ;P

    ReplyDelete
  9. hahaha....

    leh post artikel kat ILI ke neh?
    peringatan dan pengajaran...;)

    ReplyDelete
  10. I'm sure the best for you cheap chanel with confident

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)