Tuesday, March 22, 2011

Bedtime Story Yang Best : The Steadfast Tin Soldier & Ballerina Doll

  17 comments    
categories: , ,
Pada zaman dahulu, ada 25 soldadu timah di dalam sebuah kotak. Mereka memakai baju berwarna biru dan seluar berwarna merah. Soldadu timah itu segak berdiri. Set soldadu timah itu diberikan kepada seorang kanak-kanak sempena hari jadinya. Tetapi malangnya, satu soldadu timah itu tidak sempurna, dia tidak mempunyai sebelah kakinya kerana pencipta soldadu itu kekurangan timah. Akibatnya, kanak-kanak itu tidak mahu bermain dengan soldadu itu kerana dia hanya mempunyai satu kaki. Kasihan soldadu itu...






Pada waktu malam, apabila manusia sudah tidur, semua permainan akan berjaga untuk bermain. Soldadu Timah berkaki satu itu hanya melihat sahaja soldadu yang lain berkawad. Kereta kayu dan keretapi juga tutut bermain. Mereka kelihatan sangat gembira! Soldadu Timah itu berasa sangat sedih kerana dia tidak dapat turut serta



Kemudian dia memandang di sekeliling bilik kanak-kanak itu. Bilik itu dipenuhi dengan permainan yang berwarna-warni. Tapi apa yang betul-betul menarik pemerhatiannya ialah sebuah rumah besar bak istana.








Tapi, bukan lah istana itu yang menjadi perhatian si soldadu, sesusuk tubuh kecil di hadapan istana itu lah yang menyebabkan mata si Soldadu Timah terpana dan tidak berkelip. Kelihatan sebuah patung Ballerina yang sungguh cantik sedang menari-nari. Sebelah kakinya diangkat tinggi menyebabkan Soldadu Timah menyangka Ballerina itu juga mempunyai satu kaki sepertinya.


"Inilah dia cintaku. Tetapi dia terlalu tinggi di istana. Ahh.. aku tidak peduli, aku mesti menghampirinya dan mendapatkan cintanya!" getus hati Soldadu Timah.









Soldadu Timah lalu cuba bangun dan keluar dari kotak itu. Dengan susah payah dan sepenuh tenaga dia berusaha untuk berdiri dengan menggunakan satu kaki. Walaupun asyik terjatuh, tetapi si Soldadu masih tidak berputus asa. Patung Ballerina tetap mahu didekatinya. Akhirnya, dia berjaya! Dia dapat mengimbangi badannya walaupun hanya dengan satu kaki. Soldadu Timah sangat gembira! Dia menjerit kegembiraan.



Kemudian, tanpa membuang masa dia melompat dengan satu kaki dan menuju ke Patung Ballerina yang jelita itu. Patung Ballerina itu masih menari-nari dengan asyiknya. Akhirnya, Soldadu Timah itu berjaya mendekati Patung Ballerina. Patung Ballerina itu berhenti menari. Mata mereka saling menatap. Rasa cinta mula menyelinap di dalam diri mereka. Soldadu Timah tidak berganjak dan matanya juga tidak berkelip memandang keindahan Patung Ballerina.Dia berasa sungguh bahagia










Ding! Ding! Ding! Jam di dinding menunjukkan pukul 12 tepat. Tiba-tiba Goblin melompat keluar dari sebuah kotak mainan. Wajahnya kejam dan mengerikan. Dia memandang kepada Soldadu Timah berkaki satu itu dengan pandangan yang tajam dan sinis. 







"Soldadu Timah berkaki satu! Jangan bermimpi untuk apa yang kau tidak boleh miliki!" sergah si Goblin dengan suara sekuat guruh di langit.


Tetapi si Soldadu Timah pura-pura tidak mendengarnya. Hatinya sudah terpaut dengan Patung Ballerina yang cantik. Amaran dari si Goblin dipandang sepi.



Keesokan harinya, kanak-kanak itu mula bermain dengan permainannya. Oleh kerana si Soldadtu Timah itu tidak sempurna, dia tidak mahu bermain dengan soldadu itu. Dia meletakkannya di tepi tingkap. Tiba-tiba, soldadu itu terjatuh keluar dari tingkap. dan akhirnyatermasuk ke dalam longkang. Patung Ballerina cuba menjerit namun suaranya bagai tersekat di kerongkongnya. Patung Ballerina berasa sangat sedih kerana tidak dapat menolong Soldadu Timah yang dicintainya. Dia bermuram dan bimbang tentang Soldadu itu sepanjang hari.


Soldadu Timah itu berasa sangat takut. Dia bagaikan mahu menangis, tetapi soldadu tidak boleh menangis. Soldadu mestilah tabah dan berani. Walaupun dia tertelan air longkang dan hampir lemas, dia tetap tabah dan cuba untuk keluar dari longkang itu. Dia perlu pulang ke rumah untuk berjumpa dengan Patung Ballerina semula.



"Tengok! Ada askar dalam longkang! Mari kita ambil! Kita buatkan kapal untuk dia belayar!" jerit seorang budak kepada kawannya.


Mereka mengambil Soldadu Timah itu dari dalam air dan meletakkannya di tebing. Kemudian, mereka membuat kapal layar daripada kertas dam neletakkan Soldadu itu ke dalam kapal layar itu. Lalu mereka memasukkan kapal itu ke dalam air. Kapal itu meluncur laju di dalam air yang deras. Dua kanak- kanak itu bertepuk tangan kegembiraan. 






Kapal Layar meluncur dan kemudian masuk ke dalam longkang bawah tanah yang lebih besar dan dalam. Keadaan di bawah itu sungguh gelap dan sunyi.  Soldadu Timah menggigil ketakutan. Dia ingin menangis tetapi sebagai Askar, dia tidak boleh lemah. Dia mengemudi kapal itu sehabis baik. Hatinya tertanya-tanya kemanakah hala tujuannya selepas ini. Dia teringatkan Patung Ballerina. Hatinya menjadi bersemangat semula. Dia mesti pulang ke rumah!


Tiba-tiba, kapal layar kertas berpusing-pusing. Soldadu Timah menjadi cemas! Kapal akan karam! Kapal layar berputar-putar dan menghampiri pusaran air. Air mula memasuki kapal layar itu. Soldadu Timah tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Dia tenggelam di dalam air. Dia pasrah. Kini dia tidak dapat berjumpa dengan Patung Ballerina yang dicintainya itu lagi. Hatinya menangis pilu.  Di telinganya mendayu-dayu serangkap lagu yang merdu tetapi sayu:


"Selamat Tinggal Soldadu Yang Berani"
"Bertemu kita di Pusara Nanti"


Kapal layar kertas koyak dan hancur di dalam air. Soldadu Timah terus tenggelam dan hanyut menuju ke dasar air. Tiba-tiba muncul seekor ikan besar dan terus menelan si Soldadu Timah! Oh malangnya nasib si soldadu. Bermacam-macam dugaan yang menimpa dirinya. 






Soldadu Timah cuba keluar dari perut ikan itu tetapi tidak berjaya. Akhirnya, dia mengalah. Dia akhirnya duduk berdiam diri di dalam perut ikan itu selama beberapa hari. Kemudian, dia tertidur. Setiap malam dia termimpikan Patung Ballerina. Dia bermimpi Patung Ballerina itu juga turut bersedih dan menunggu-nunggu kepulangannya. 


Tiba-tiba, ada cahaya menerjah-nerjah ke matanya. Soldadu Timah menutup mata kerana matanya kesakitan dek pancaran cahaya itu. Kemudian, dia membuka matanya perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat dia berada di dapur! Rupa-rupanya ikan itu sudah ditangkap dan perutnya dibelah untuk dimasak. Soldadu berasa gembira kerana telah bebas.


Dia dicuci dengan bersih oleh tukang masak. Dan kemudian dia diserahkan kepada seorang kanak-kanak. Alangkah terperanjatnya kerana kanak-kanank itu adalah tuannya dahulu! Hatinya melonjak-lonjak riang. Kanak-kanak itu membawanya ke bilik dan meletakkannya di sebelah Patung Ballerina. Rindunya pada si jelita sudah terubat. Mereka sungguh gembira dan mata mereka saling menatap. Pada malam itu, semua permainan berpesta kegembiraan. Soldadu Timah dan Patung Ballerina menari sepenuh jiwa raga mereka. Mereka bahagia dan berharap kebahagiaan itu milik mereka selamanya....





***** TAMAT*****


Ehhh.. maaf maaf... kesilapan teknikal! belum tamat lagi.. walaupun hati ini cuba menamatkannya


Keesokan harinya, kanak-kanak itu mengajak kawan-kawannya untuk bermain di dalam biliknya. Seorang kawannya mengambil si Soldadu Timah berkaki satu itu untuk dibawa berkawad. Menyedari si Soldadu itu cacat, dia mencampakkan Soldadu itu ke dalam pemanas bilik, dan Soldadu terbakar di dalam unggun api. Api semakin marak memakan tubuh Soldadu Timah. Matanya masih menatap Patung Ballerina, Patung Ballerina juga menatap wajah Soldadu Timah buat kali terakhirnya. Soldadu Timah semakin cair..


Tiba-tiba, angin bertiup kuat menerpa ke dalam bilik. Patung Ballerina terbang ditiup angin dan akhirnya dia turut terjatuh ke dalam pemanas. Mereka sama-sama terbakar di dalam api yang marak. Mata mereka masih menatap di antara satu sama lain.



"Selamat Tinggal Soldadu Yang Berani"
"Bertemu kita di Pusara Nanti"








Keesokan harinya, pembantu rumah menjumpai sebentuk hati kecil dan sekuntum bunga mawar kecil di dalam timbunan abu... 



**** TAMAT ****

17 comments:

  1. sedih bangat citenye

    ReplyDelete
  2. Hahahaha boleh tulis novel dah. aku mule2 ingatkan name soldadu tuh timah.. Hahahahaha naive nye aku! lols

    ReplyDelete
  3. hasan suyat:


    err.. dalam BI : Tin soldier


    tulis novellll???

    hahahaha

    Google Translator kan ade :D

    ReplyDelete
  4. hahahaha...

    lawak hasan suyat...

    gagah berani cam2 ko panggil dia timah je???


    haha.best2..mengarang upenye dari td yeh ;D

    ReplyDelete
  5. mengarang la banyak masa terluang.. ehehehe

    Hasan Suyat tu duduk obersea sbb tu x brape paham tu :D

    ReplyDelete
  6. demmit..ko dah buat aku terbaca novel cinta..haha

    ReplyDelete
  7. erk.. ni baru cite pendek.. nanti aku buat novel bersiri

    part 1 sampai part 20

    boleh??

    hahaha

    ReplyDelete
  8. ekh ... ending sgt sedih + sweet.. ^^

    ReplyDelete
  9. baca sampai abis! sedih!! cinta selamanya..:(

    ReplyDelete
  10. ka_my : kan..?? sedih..waa.. jangan bace sebelom tido,, nanti nangis


    Noor Fatin: jom nangis reramai! haha

    ReplyDelete
  11. seriouss soldadu tuh soldier? haha baru harinih aku tahuu. Hahaha

    Ohhh, perli aku...aku tauu lahh BM aku tak penah dapat A. Hahaha

    ReplyDelete
  12. yee.. serius sangat

    hahaha! samela kite spm x dpt A gak tp xpe.. masih belum terlambat utk belajar

    :p

    ReplyDelete
  13. wargghhh! nangis!

    ReplyDelete
  14. nangis sket2 je boleh.. jgn over2. hehehe

    ReplyDelete
  15. TAK SANGKA ADA GAK FAIRY TALE YANG TAK HAPPY ENDING

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)