Thursday, January 20, 2011

Lirik Lagu Sungai Lui - Aizat Amdan





cool video ever..!


Hey korang.. saya taw saya memang ketinggalan .. Ya.. lagu Sungai Lui ni memang dah lama kot berkumandang dalam radio..  Tapi lagu yang best macam ni nak dishare bile2 pon tak kesah kan?








First of all, tahniah nak diucapkan kepada Aizat Amdan and his team sebab selalu menghasilkan lagu-lagu yang enak didengar.. enak bangat. Yang menyebabkan hati ini terbuai-buai dalam kereta dan juga menghilangkan kestressan yang melanda ketika jammed ketika di jalan raya. 


Terutama sekali lagu Sungai Lui ni! Saya rasa dalam  semua lagu Aizat. lagu ni lah yang paling best dan bermakna. Tak taw knape, dah lah tajuk dia unik, nama sungai. hehe.. Mula - mula dengar saya ingat lagu ni jiwang-jiwang pasal cinta antara Aizat dan Liyana Jasmay..  Rupa-rupanya pasal kampung halaman.. Tu pun taw lepas tengok video official Aizat.. Hahaha. Bravo Aizat! Memang mendalam sangat lagu ni.. Semoga lagu ni akan diiktiraf dalam mana-mana pertandingan.. AJL  ke 26 ke.. hehehe.Nah lirik lagu Sungai Lui yang syiokk ni :



SUNGAI LUI

Aizat/Anas


Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah
Selagi kau masih percaya




Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata


Ku harap ku masih percaya


Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya





 KAGUM DENGAN AIZAT





Tadaaa..! Sila lihat betul betul..  Gambar di atas ialah gambar Aizat beberapa tahun yang lampau.. iaitu semasa Aizat masih baru-baru keluar Akademi Fantasia.. Gemuk dan bulat kan? Hehehehe.. Comel tu memang comel tapi itulah.. mentaliti kita.. Kalau orang tu tak ada rupa, jangan haraplah bakat dia akan dihargai! Orang pandang sipi-sipi ajer..



Dan kemudian.. Aizat tekad untuk menguruskan badan dia dengan cara yang sihat.. No drugs, no pills .. secara semulajadi! Akhirnya..  Aizat berjaya! Haa.. kurus kan.. Lepas tu dia keluar dengan album baru, Percubaan Pertama.. Besertakan imej baru.. imej remaja kurus yang boleh memakai skinny jeans! Haaa.. meletup-letup terus lagu dia.. lagu Hanya Kau Yang Mampu tu.. Haaa.. Ingat tak lagu tu? Best kan? Tapi lagu tu komposer dia Indon mari.. Kalau tak, kalau masuk AJL, mesti menang kan? Hehe


Nak taw ape tips Aizat kuruskan badan? Nah, amek nih :


" Set jangkamasa nak kurus & target weight. ( Target saya: 75kg- 3 bln). 2. Stop makan nasi, air bergas & fast food utk 3 bln ttu. Makan tiap2 4 jam...apa2 makanan yg kurang lemak, minyak, etc. Exercise 30 minit tiap2 hari..jogging,... swim,futsal, etc..ni tak boleh miss selama 3 bln. Good luck!! "

- dipetik dari Facebook Aizat Amdan



Hmm.. tengok dari cara Aizat tu, macam senang kan? Tapi sebenarnye memerlukan disiplin yang tinggi hokaayy.. Tapi saya memang suka cara Aizat kurus tu sebab dia guna cara natural je.. tak payah la nak beli produk- produk yang mahal tapi tak tentu lagi berjaya.. Yang cara ni, memang nak tak nak, kena disiplinkan diri la kan?



Saya memang sangat skeptikal dengan barang-barang kesihatan yang kononnya boleh menguruskan badan dengan senang.. boleh makan apa- apa je.. Ceh! Yeke?  Lepas tu kate tak ade kesan sampingan.. ceitt.. Cakaplah apa pun memang saya tak percaya, sebab nama pun ubat kan? Nak tak nak mesti ada kesan sampingan punya!Lagi satu, kalau makan ubat2 kurus ni, nak makan apa2 tak payah senam, still boleh kurus. Yeke???????Even makan Jus Mate 5 Dr. Rozmey pun kena kurangkan pengambilan makanan.. so.. what for la jus itu kan??


Kalau ada ubat kurus yang boleh makan apa-apa je, tapi still dapat badan sehot dan seseksi.. Fazura. Let me know ya!   Hahahaha

10 comments:

  1. wooo tips kurus yang patut dicuba..nak try ar nanti hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau aku cakap aizat penah datang umah aku before die masuk AF kau caye takk? Hehe Aku wonder kenape name lagu die sungai Lui. Sbb sungai lui mengalir belakang umah aku jer!

    ReplyDelete
  3. pcaye jek.. Nape kawan skolah kau ke? Ko undi die tak masa dia dalam AF?Hahaha

    Sebab dia suke Sungai Lui.. sbb Sg Lui dekat dgn rumah die kot.. hihi

    ReplyDelete
  4. Tak lahh. Makcik gua cikgu die kat st john. Makcik gua suke bawak anak2 murid die jalann2. Makcik gua jugak yang push die masuk AF. Gua tak penah vote die. Tapi gua respek die punye suara gempakk.

    ReplyDelete
  5. Oooo.. camtu ke.. hehe.. bagus la makcik lu..

    klu ko vote, ntah2 die menang da kot.. hehe

    tapi bapak die kan kaye kan, nape bapak die x vote die ek? hehehe

    ReplyDelete
  6. Bapak die dah kasi duit kat makcik aku sume nak vote. tapi vote untuk die time tuh dah kene block since pkul 6 petang cmtuh. Time hari konsert. Ini sume konspirasi astro ngn maxis. Time tuh ramai tak suke aizat. Then dorang punn nak tarik lebih byk undi untuk maxis punye untung! Kannn? Kann? ;)

    ReplyDelete
  7. bapak die dah bagi duit dahh?? brape? giler ah!

    maxis mmg kejenye nak untung je..ceh!

    xpela aizat dah berjaya dgn sndirinye.. x perlukan AF ponnn

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)