Wednesday, November 24, 2010

Hantu Kak Limah Balik Rumah pulak oiiii


Wah lame kot aku tunggu kesinambungan cerita Zombie Kampung Pisang.. Last2..setelah beberapa tahun..jeng jeng jeng.. akhirnya kluar jugak wehhh .. lalala.. tapi tajuk die cam best dan lain daripada lain sket.. Hantu Kak Limah Balik Rumah! Hihihi.


BERHANTU DI PAWAGAM PADA 9.12.2010!!


Hehehe amacam seram tak poster die?

Sumber : Google



Sinopsis cerita:

Kak Limah di Kampung Pisang tiba-tiba menjadi pelik. Kak Limah tak bercakap dan berperangai pelik dan rambut mengerbang semacam. Maka kecohlah saentero Kampung Pisang mengatakan Kak Limah dah jadi hantu!!

Kemudian ada la penduduk kampung mencadangkan untuk menyiasat perkara sebenarnya.. Iyelah.. Takkan tiba2 jadi hantu kan? Pelik bebeno le plak..  Untuk mengetahui kisah selanjutnya.. silalah ke panggung wayang yang berdekatan! Hehehehe



Hehe aku taw mesti ade yang kate..? 

"Erk..bia betol nak tengok cite hantu Melayu? Ape kelas?! Mesti tak seram la..!!"

Sebenarnya, aku pon berfikiran camtu jugak. Aku memang sinikal ( betul ke ni? ) / berfikiran sinis bile ade cite hantu melayu keluar panggung. Ade sekali tu aku tengok dua cerita hantu dalam satu hari. First, citer hantu Thailand, COMING SOON.. hmm..memang ngeri dan berbaloi2 la kan. Puas hati aku. Then, petang plak aku tengok citer JANGAN TEGUR, serius boring wehhh.. mule2 jela seram.. lepas tu memang aku nak tidor.. Lepas tu setiap kali raye nak tayang cerita ni.. hmmm.. memang.. WTH la kan



Tapi...!!


Ceh tibe2.. ade plak satu cerita hantu tak seram yang aku suke..iaitu..Zombie Kampung Pisang la..!! Hehe.. tetibe excited. Alkisahnye, cerita ni aku tak tengok kat wayang pon. Macam biase, dalam otak dah set, alah..citer ni mesti cam bodo. Then, kua review wartawan kat newspaper, citer ni memang tah hape2. Dalam hati, wah selamat duit aku!


Sekali, adela orang dalam rumah aku, bawak balik CD cetak rompak citer Zombie Kampung Pisang ni. Aku pon mule membebel cakap citer ni mesti tak best,buang masa n bla bla bla. Tapi tangan sumbat gak dalam cd cetak rompak tu kat VCD Player. Hehehehe


Dan kesudahannya, aku ketawa terbahak-bahak sepanjang cerita ni. Serius weh, memang tak seram weh, tapi aku suka!! Ape yang best, walaupun cerita ni memang lawak, tapi ade mesej2 yang cuba disampaikan. Paling kelakar, Zombie- zombie tu akan makan otak yang IQ tinggi je.. patutlah si AC Mizal terselamat otaknya dari dibaham zombie-zombie yang ganas itu. hehehe..




Walaupun ade yang cakap make-up Zombie Kampung Pisang ni ala-ala tepek bedak sejuk je, tapi aku rasa okay jer. Lagipon ni kan Zombie melayu, dan melayu pon sinonim dengan bedak sejuk. So..takpela kan? Hehe.. anyway ni cite hantu lawak. Why so serious people?????


Lepas tu aku suke sangat citer tu sebab pelakon-pelakon dia mantap! AWIE.. Awie wei.. rocker sejati berlakon citer lawak.. mestila extraordinary kan? AC Mizal.. hah.. die memang PELAKON HANDALAN sape berani tak setuju?! Hehe.. Ditambah lagi dengan Que Haidar yang comel cakap Zombie tu Zomba.. Hahaha.. Dan paling aku suke mestila SOFI JIKAN.. start suke die mase tengok citer ROCK. hehe.. macho la..!


Bila aku habis tengok cd terus aku rase macam .. Ish tak patut underestimate satu cerita tu sebelom kite tengok kan? Lagi satu.. Jangan lah dengar cakap orang sangat. Een wartawan yang review citer tu macam @#$%^!& kot! Dia tak buat homework ke??!! Citer tu citer seram + lawak. Yang die g expect citer tu seram sampai nak takot g toilet watpe??!! Sampai sekaranG aku menyampah kalau die review cerita.. sebab dia macam kutuk giler2 cerita Zombie ni! Kalau aku jadi Mamat Khalid memang putus persahabatan lah dengan si wartawan tu!! hahaha



I loikee Zombie Kampung Pisang


Erk.. banyak lak melalut. The point is.. jom la tengok cite baru Hantu Kak Limah Balik Rumah plak!


Harap sangat Hantu Kak Limah Balik Rumah ni best + menggeletek jiwa . At least same macam Zombie Kampung Pisang. Dah lame kot aku tunggu sambungan dia. Pada sapa2 yang minat cerita seram.. I mean.. betol2 seram.. ape kate sekali sekala kita rileks kan reseptor takut ( ade ke?) kite ni kepada yang lebih santai.  Jom g tengok citer ni!




Saturday, November 20, 2010

tersengih di pagi hari



Di saat-saat saya kebingungan menyiapkan thesis dan membaca buku-buku yang berlambak untuk final ini, saya masih lagi sempat membuka blog ini..Kih kih kih..Selepas itu saya seperti biase membaca messages di shoutbox. Tiba2 saya tertarik dengan satu message yang mengatakan dia ade memberi sesuatu di blognya. Apakah itu? Hadiah wang tunai kah? Hehehe.. berangan. Macamla penah join contest kat blog2 nih! Tanpa melengahkan masa, saya pon terus menjengah blog beliau.. Rupa-rupanya...




saya dapat ni!!!


Wahahaha..


terharu lah!


Mekasih ye diucapkan kepada si GadisKecil kerana bermurah hati memberi anugerah ini. Sesungguhnya ramai lagi orang lain yang selayaknye mendapat anugerah ini! hihi

Owh lepas tu kene tag orang pulak....adei.. ni yang den lomah ni.. den nak bolot anugerah ni sorang2 yo..hahahahhahahahaha. Hmmmm..Okay lah..pemenang-pemenangnya ialah.... ( drum rolling sket..)








Orait! Siap! Sebenarnya semua blogger cantik hokay! Termasuk yang lelaki gak! Hehehe. Tapi aku penah bace kt blog sape ntah tak ingat, blog LELAKI lah kan.. dia dapat gak anugerah ni..tapi dia malu nak amek and publish.. sebab die kata die kacak, bukannya beautiful.. Kah3.. Adeh..lawak gak saya bace... Alaaa.. tak kesah la kan ,,, same je pade saya.


Err..pas da dapat anugerah @ award ni.. jangan pulak terus senang ati dan balik lenggang kangkung ea... ade lagi tugasan yang perlu dibuat.. Kikiki. Anda perlulah menyenaraikan  7 hell things about yourself?? Erkkk.. hell?? Okay2.. xde hal lah

  1. Saya tak takut tengok cerita hantu @ seram @ ngeri. Hahahaha.. berlagak giler tak statement saya??? Wakaka.. Tapi seriously, kalau tengok movie kat pawagam, first choice saya mestilah cerita bergenre horror! Dan selalunya saya tak menjerit pon. Kadang2 saya ketawa. Member-member saya pon pelik..time hantu tengah makan orang saya ketawa. Hahaha. Dan saya akan menyumpah-nyumpah kalau habis cerita, rupenye cite tu tak seram, trailer & poster je gempak


 Ni antara muvi seram feveret saye. Anda dah tengok??



2. Saya  tak suka makan ulam-ulaman dan kurang gemar makan buah-buahan. Entah lah, rase macam tak leh terima makan sayur mentah-mentah macam tu.. terasa seperti.. hmmm.. tak taulah, tak boleh masuk ke tekak. Tapi kalau dah goreng ke.. rebus ke.. Saya boleh je makan dengan hati terbuka. Buah - buahan plak, hmmm.. mak and nenek suke bagi bekal buah balik asrama, saye pon bawak jela.. ish dah la berat kan. Lepas tu mesti tak termakan.. Selalunye kawan2 je tolong perabiskan



3. Saya minat lagu rock kapak. Bumiputra Rockers, Search, Febian, Damasutra ( sekadar beberapa nama) .. Korang memang best! Lagu- lagu diorang macam bagi feel lah... Lirik pun bermakna dan tak merepek macam lagu-lagu sekarang! Hihi sori penyanyi-penyanyi baru. Kalau karaoke pon memang suke melalak lagu diorang.. pedulik ape tarik tak sampai. Hahaha



BPR.. Layan ah lagu korang






4. Keburukan yang saya cuba nak buang sekarang ialah suka buat kerja last minute!! Seriously ni lah penyakit paling serius dalam diri. Esok nak exam barulah terkial-kial nak bukak buku malam tu. Lepas tu mule la tak tido malam. Esok g exam dengan lesu.Assignment pon macam tu. Lecturer dah bagik berbulan2, sehari sebelum due date baru nak buat! Saya taw last minute memang LANGSUNG TAK BAGUS, kerja jadi ntah hape2, result exam kalau dapat bagus pon anggaplah ianya miracle, bukan sebab genius giler bace sebelom masuk dewan exam pon bole dapat A



5. Saya suka kumpul perfume. Membazir hokay? Ceh cakap awal2.. Hehehe. Bukan ape, selalu pokai tak berduit sebab beli perfume. Bukan pakai sangat pon, tapi kalau ade perfume baru.. isshhhh.. macam tak boleh tahan. Mesti nak kena beli gak. hohoho.. benci benci



Fergie si fergilicious pon da ade perfume.. arghhhhh! Bertahanlah hati!


 Huwaaaaaa..... Menggoda gila...!!!




6. Saya tak pandai bawak motor. Macam loser kan?? BOOOOO~~!! Orang kata kalau pandai bawak basikal, mesti pandai menunggang motosikal. Padahal mase sekolah dulu sayalah minah rempit, tapi rempit dengan basikal jek ah. Hahahaha. Tapi lepas masuk sekolah menengah, duduk asrama, balik rumah sekali sekala, macam xde selera plak nak bawak motor. Amek lesen pon, lesen kete je. Huhuhu. Pikir2 balik, nyesal plak ..wawawa..




Gua jeles dengan lu minah rempit, gua duduk sebagai pembonceng pon gua cuak, ni nak buat skill macam lu.. (_ _")




7. Saya penat memerah otak memikirkan apa nak ditulis untuk 7 hell things about myself ni. Barulah saya taw, saya ni jarang mengkaji diri sendiri. wakakakakakaka. Orang kata kalau nak jadik orang berjaya,kita perlulah selalu muhasabah diri. huhuhu



Okay thanks sebab sudi membaca!


Sambung study.. lalala..


Sunday, November 14, 2010

Lagu dalam cerita Chinta -Rapuh by Opick-



Lagu ni saya dengar dalam facebook.. ada orang tag kat video dia.. Hmmm pastu baru perasan lagu ni ada dalam drama Chinta kat tv3 tu time Chinta nak insaf. Lagu ni dinyanyikan oleh seorang penyanyi Indonesia.. Lagu ini juga berkonsepkan ketuhanan.. Tapi ada jugak yang kata lagu ni sesuai untuk diberikan kepada bf/gf/tunang/isteri/suami/janda/duda.. Hmmm..yeke? Ape2 pon.. Tepuk dada, tanya iman.. hehehe


RAPUH

Penyanyi : Opick


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan


Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepada-Mu
Yang terindah dalam hidup


Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepada-Mu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah pada-Mu


Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri-Mu yang bertakhta


Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir pada-Mu








Inilah penyanyi bersuara merdu itu... Opick






Ni lagi satu.. imej dia ialah berserban..

Kalau nak taw lebih lanjut tentang beliau,

sila pergi ke fanpage die,click ni  -> Fanpage Opick




Jangan lupa dengar lagu ini ya!!










Nota : Doakan saya berjaya dalam final exam dan thesis!!!! Jasa korang akan saya ingat selalu... Hehehe

Thursday, November 11, 2010

Hey Orang Johor :)

1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.



 Mee Bandung MUOR sangat sedap ohhh



4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)


 Yelah.. why so serious kan?? Okay..mamat ni takde kena mengena dengan Johor


 Oraitt..ni baru orang Johor!


5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap – makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu – pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!



 Amy Search orang Johor okay..? Rocker sejati nih



8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.


 Ermm aku pon tak minat sangat telur pindang nih



9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?


 Ha..ni channel tv Singapore kegemaran aku.. Kalu tengok American Idol, live wooo..time yang same dengan America sane..syiokk..pastu slalu kuakan filem2 baru..pendek kata, tak perlukan wayang ah..bazir duit sajo



Kamus Johor :

Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah”  

Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.

Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…cm nih ayat die..’sajak x beg nih pki ngn bju ni??”

Roti perata – roti canai

Semangka -tembikai

Epok2 -karipap


Note : Artikel ini sebenarnya milik Kawan Kota Tinggi di facebook, tapi dah mintak kebenaran taw.. Artikel ni sangat menarik..sangat2 sebab accurate giler menusuk ke hati.. Ahaha.. sape orang Johor mesti setuju dengan sume kat atas ni.. hehe.. harap rakyat negeri lain pun dapat bace .. setiap negeri ade keunikannya sendiri kan? So.. korang pon tulis lah pasal negeri korang, bleh aku bace..hihi

Wednesday, November 3, 2010

Lirik Lagu If I Had You - Adam Lambert


Video Official lagu ini :







Ade ke kawan aku kata Adam menari tergedik-gedik dalam video ni?? Ishh.. okay ape..?!! Lagi satu, lagi ni memang catchy tak hingat, memang ko secara automatik akan tergedik menari dengar lagu ni  \ (^0^) /





IF I HAD YOU


So I got my boots on, got the right 'mount of leather
And I'm doing me up with a black color liner
And I'm workin' my strut but I know it don't matter
All we need in this world is some love
There's a thin line 'tween the dark side and the light side baby tonight
It's a struggle gotta rumble trying to find it

But if I had you, that would be the only thing that i'd ever need
Yeah if I had you, the money fame and fortune never could compete
If I had you, life would be a party it'd be ecstasy
If I had you
You you you you you
If I had you

From New York to LA getting high rock n' rollin
Get a room trash it up 'til it's ten in the morning
Girls in stripper heels, boys rolling in Maseratis
What they need in this world is some love
There's a thin line tween a wild time and a flat line baby tonight
It's a struggle gotta rumble tryin' to find it

But if I had you, that would be the only thing that I'd ever need
Yeah if I had you, the money fame and fortune never could compete
If I had you, life would be a party it'd be ecstasy
If I had you
You you you you you
If I had

The flashing of the lights
It might feel so good but I've got you stuck on my mind, yeah
The fashion and the stage it might get me high
But it don't mean a thing tonight

That would be the only thing that I'd ever need
If I had you, then money fame and fortune never could compete
If I had you, life would be a party it'd be ecstasy
If I had you
You you you you you

If I had you
That would be the only thing that I'd ever need
Yeah if I had you, the money fame and fortune never could compete
(never could compete with you)
If I had you, life would be a party it'd be ecstasy (it'd be ecstasy with
you)
If I had you
You you you you you
If I had you



Nota : Lagu ni menceritakan tentang seorang mamat yang kemaruk nak cinta seseorang mamat gak yang dia kasih dan sayang dan cinta. Kalau dia dapat orang tu, duit, kemewahan, keglamouran.. tidak penting padanya lagi.... Yang penting sekarang.. Orang yang dicintainya tu..! Hmmm.. Aku suka lagu ni sebab aku suke Adam Lambert! Nyanyi la lagu Bangau Oh Bangau pon si Adam ni, aku tetap suke! Suara die best!  ♥♥







Adam ni aku jumpe ( cewah2 ) masa dia start masa American Idol Season 8 dulu. Aku suka sangat ah dengan dia ni.. maybe sebab suara die yang leh tarik2 sampai ke oktaf berape aku pon tak paham.. Plus muka yang dia cute tu kan.. ehehe.. Kalau boleh vote memang aku vote lah mamat ni. Huhu nasib baik aku duduk Malaysia kalau tak, tak pasal2 je duit habis nak kena topup kredit selalu kan?


Sekali si Adam ni pi buat pengumuman besar-besaran plak dia ni gay.. And kalau tak silap aku la kan, lupe la nyanyuk sket tua2 ni,dia buat announcement  mase tu sebelom final night American Idol! So end up malam tu si Kris Allen yang menang.. Hmm.. dah rezeki si Allen lah kan.. Kalau dia tak announce, aku rase si Adam ni lah menang!


Hmm.. pape pon.. nampaknye sekarang karier si Adam Lambert ni lebih cerah dari Kris.. Kenape ek agak -agak? Maybe sebab Kris dah kawen.. so susah sket nak nyanyi ligat2 nih.. hihi.. Tahun ni Adam dah umur 28.. wah nampak muda lagi.. apakah rahsia??





Adam yang dulu pon okay jugak  
♥♥