CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 22, 2010

Lady GaGa dan dress daging korbannya..

OMG... tu je yang aku boleh cakap.. Aku taw Lady Gaga ni memang seboleh2nya tak nak sama dengan orang lain.. tapi.... kalau dah sampai macam ni.. mak oiii.. dah kehabisan idea ke cik Lady Gaga oii..



 agak2 ada bau hanyir tak?




zoom in baju dagingggg.. tapi rantai dan gelang die macam lawa le plak..



Dia siap cakap lagi, dia rasa takde masalah pon dengan baju tu, dia rasa pakai baju kulit haiwan lagi teruk. Huhhh..same je pada aku, membunuh binatang gak! Tapi kulit haiwan tu nampak le lawa sket.. ni... adoii..geli siot

Binatang ape la yang jadi mangsa si Lady Gaga ni, aku pun tak pasti..  adakah lembu? atau beruang? Harapnya bukan haiwan2 hampir pupus.. Aku harap PETA ambil tindakan sket kat die nih.. Haiwan tidak boleh dijadikan baju! NEVER! Kesian lah sket kat haiwan2.. Diorang pun nak hidup jugak. Kalau buat makan, biaselah.. tapi baju..haishhh



Ni lagi satu kepelikan

Agaknya bile Lady Gaga akan pakai baju lain dari yang lain tapi munasabah dan cantik??



Tuesday, September 21, 2010

Ape kes raya kali ni?

Hohoho.. dah lama tak menjengah blog ini. Raya 2 minggu kat rumah memang tak menang tangan, tak sempat ah nak bukak laptop senang citer..  Kalau ada masa terluang pon, tangan ni memang malas nak membukak laptop. Barulah terasa hidup ni, kalau tak asek menghadap laptop ajerlah.. macam geeky..hee hee

Dah balik kampus rasa macam arrghhh..! Syoknya kat rumah..!! Walaupun pagi2 dijerit oleh mak suruh bangun, sekali dah balik sini rase macam.. " Eh mane mak ni? Kenape x kejut?" Sekali bukak mata.. adoiii.. kat hostel rupanya.. Syahdu giler kot.. Kawan2, sayangi dan hargai keluarga kita okay.. *Tibe- tibe

Lagi syahdu bila aku bukak blog kawan2 blogger, sume update pasal raya. Tunjuk baju diorang yang lip lap, bling-bling penuh labuci.. Huhu.. wa jeles wooo.. Wa amek gamba brape keping je.. Gi beraya dengan kawan2 pon, takde sape pon nak mulakan sesi fotografi padahal masing2 kamera tak nak canggih plak kan. Lainlah aku ni yang gune kamera hp yang kecik saje pixelnye. Hoho.. Lagi tambah malang, napelah laptop ni tak detect memory card aku r?? Tension lagikkk..

Raya ni gak yang aku perasan topik hangat yang diperkatekan ialah kes kematian Sosilawati Lawiya dan kawan-kawannya. Aku yang tak berapa suka tengok berita ni pun tertunggu-tunggu cerita yang selanjutnya. Memang tak sangka dan ngeri kan kematian arwah2.. Tulah mak aku ade kata, orang baik2 ni memang meninggal dunia cepat.. Hmm.. 





Al Fatihah kepada arwah Datuk Sosilawati dan kawan2. Semoga rohnya dicucuri rahmat. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...