Monday, August 30, 2010

Pervert Yang Comel




Semalam emosi aku tak berapa stabil.. dengan naik bas penipu..Kate nak berhenti kat terminal 1, sekali die berhenti gak kat Terminal 2 yang sangat tak best tu. Macam nak meroyan gak la aku. Pastu orang bas tu cakap ade bas free dari Terminal 2 ke Terminal 1. So sebagai seorang yang kedekut, aku pun tunggu bas free tu.

Sementara menunggu bas yang tak kunjung tiba, aku pun menjamu mata dengan melihat gelagat orang sekeliling. Nak menjamu makanan bulan posa pulak. Kemudian aku ternampak seorang pemuda berbaju merah dengan 2 orang budak perempuan kecik, maybe adik2 die kot. Dia hantar adik dia naik bas rupenyer. Bila adik die dah naik bas, die tunggu kat bawah lagi, tuggu bas gerak kot.. Bagus gak dia nih.. abang mithali..haha

Pastu  ade bas baru sampai, sume orang turun. Ramai perempuan hot berseluar dan berskirt pendek turun. Sekali aku tengok pemuda berbaju merah yang aku sangka abang mithali tu terus macam excited. Mata die memang tak lepas tengok kaki2 perempuan tu. Yang tak tahan tu, sampai terpusing2 kepala dia, macam nak teleng kepala dia aku tengok. Aku yang duduk belakang lelaki tu cuma boleh tergelak jela.. Muka dah macho dah macam ZulHuzaimy. Waka waka

Entah cmane die terperasan yang aku tgah tengok perangai die.. Terus muka die blushing2 malu. Hahaha

Moral of the Entry : Jaga mata weh...kurus pahala puasa..!!


This entry was posted in

Sunday, August 22, 2010

Terlalu Suka pada Aamir Khan

Bye bye Shah Rukh Khan. Dulu akulah peminat No 1 kau.. Semua gambar kau dalam majalah aku gunting, buat buku skrap. Sekarang tidak lagi..! Sekarang aku dah ada pengganti yang lebih ganteng. Esok aku nak download sume pic Aamir Khan pastu buat wallpaper desktop, tukar pic lain tetiap hari.  Wakaka

Kenapa tiba2 aku minat Aamir Khan plak? Sebab baru taw selain berlakon, Aamir Khan jugak seorang director dan producer filem! Shah Rukh Khan..? err..? ade ke..? Tak sure plak. Dan yang lagi best, filem2 Aamir Khan semuanya berkualiti, menepati citarasa aku dan memberi banyak mesej berguna


Contoh filem yang diarah dan dilakonkan oleh si Aamir ni yang baru aku tengok (sebenanye da lame kua wayang kot) ialah cite Taare Zameen Par atau dalam bhasa melayunya Kanak-Kanak yang Istimewa. Citer ni mengisahkan tentang seorang budak 8 tahun yang bernama Ishaan. Dia ni malas belajar, suka buat pranks dalam kelas, tapi sukakan ikan2, binatang2 dan sangat berbakat dalam melukis.


Inilah Ishaan



Tapi Ishaan kat sekolah sangatlah.. ermmm.. senang cakap, kategori bodoh la.. oppss.. macam tak proper.. tuka2, macam kurang pandailah kan.. Kawan2 lain bile test dapat 24/25, die plak paling tinggi pon 3/25.. Lama2 Ishaan pon fedup dengan alam sekolah, so dia pon ponteng sekolah. Ntah camana kantoi dengan ayah dia yang garang. Ayah die marah giler so masukkan die dalam sekolah berasrama

Sayang sekali, lepas masuk asrama. Ishaan bukan jadi pandai, tapi jadi makin teruk plak. Dia rindu kat keluarga + tension kena marah dengan cikgu ajer + hidup sorang2.Semua orang blame dia cakap die pemalas la, bodoh la, lembab la.. Lama2 Ishaan jadi pendiam dan lebih suka alone




Kena marah dengan cikgu sebab tak pay attention





Kena marah sebab tak reti kawad plak..Adoi..stress2



Ishaan sedih & trauma dengan kehidupan dia



Tal lama selepas itu.. jeng3.. datang lah hero kita encik Aamir Khan atau watak die dalam citer ni ialah Sir Nikhumb. Dia jadik cikgu pendidikan seni dalam sekolah tu. Dialah orang yang menyedari bahawa Ishaan ni bukan pemalas, bodoh tapi sebenarnya menghidap penyakit Dyslexia, yang menyebabkan penghidap mengalami masalah dalam membaca dam mengira





Kalau aku dapat cikgu macam ni, kelas 5 jam straight pon takde hal punyela..wakaka



Cikgu Nikhumb nilah yang menaikkan semula semangat Ishaan dengan mengajar Ishaan cara menulis & mengira dengan cara yang lebih effective. Beliau jugak menengahkan bakat luar biasa Ishaan dalam lukisan. Dia jugak menyedarkan ibu bapa Ishaan yang Ishaan ni bukannya degil dan tak berusaha, tapi sebab masalah dyslexia dia tulah!

Lastly, mestilah happy ending.. Ishaan happy semula. Dia pun dah boleh menulis dan mengira dengan lebih bagus . Yeaa~~!!






Kenapa aku suka cerita ni?

  • Sebab ada Aamir Khan la.. perlu ke nak bgtaw lg?
  • Sebab semua pelakon sangat superb dalam menghayati watak. Of course it goes to main character, Ishaan..! Ko dah lah comel, pandai berlakon plak tu! Salute ah! Mak die pun cun.. lembut jer.. I like
  • Lagu yang best dan menyentuh kalbu. Sila sediakan tisu sekotak sebelum menonton cerita ini..! 
  • Filem diadaptasi dari kisah benar.. memang feeling kalau tengok kisah2 benaran ni

Okay la tu jer.. kalau korang belum tengok, tengok la okay? Gerenti tak menyesal.

Tuesday, August 17, 2010

Gila - Gila Remaja Buka Puasa

Hai susahnye nak buat starting. Dari dulu kalau nak buat karangan Bahasa Melayu @ Inggeris, mesti termenung dulu, lepas tu barulah kelam kabut. In the end, main tarik-tarik kertas dengan pengawas peperiksaan. Silap2 boleh terkoyak kertas exam. 

Okay testing testing 1,2,3...

Pada hari Ahad lepas, kami kawan2 seperjuangan telah berbuka puasa bersama-sama. Pada mulanya kami merancang untuk berbuka puasa di Port Dickson.. Tapi oleh kerana cuaca yang tak menentu, tempat berbuka puasa diganti dengan rumah seorang kawan kami. Syukur tak hujan. Boleh wat BBQ! Yea~~!!



 
Gambar anak kucing tuan rumah. Comel tak hengat..Rase macam nak picit2




 
Ini dia skuad BBQ kita yang ikhlas berjuang. Khusyuk tu... Masa ni aku tak wujud lagi. Ingatkan datang2 nak makan tros, tapi salah timing daaa~~





 
Ni lak makaroni yang dimasak oleh Cik Balqis. Menitik air liur woo mase amik gambar. Haha maklumlah belum buke posa lagi. Isk pandai kawan2 aku masak. Aku bila lagi? Hohoho




 
Dah siap! 




Alhamdulillah. Setelah penat memasak.. ( err..kecuali aku), terasa nikmat sekali berbuka  posa..yang ni termasuk aku.. Hehe..




 
Acara buka puasa ini juga diselitkan dengan sambutan hari jadi mama tuan rumah yang ke.. teettt.. aku pun tak tahu, Hehe.. Sedap gile kek ni.. Nak lagiii!!




 
Sesi bergambar beramai - ramai. Thanx to Alanne yang sudi mengambil gambar kami! (^0^)




 Ikut caption dalam facebook : Tebongkang kekenyangan..



Seronok la! Masak same2, makan same2, semayang jemaah same2, camwhore same2.. Great time! Lepas ni wat lagi ea


Wednesday, August 11, 2010

Checklist amalan2 yang sepatutnya di bulan Ramadan. Selamat berpuasa!

1. Niat berpuasa la.. hehe. penting tuh

2. Semayang terawih berjemaah..

3. Tadarus Al-Quran

4. Sahur.. kalau masakkan sahur untuk orang lain lagi lah mulia

5. Berbuka puasa dengan makanan yang sederhana.. Jangan berlebih2an yer

6. Jangan cakap merepek-repek, mengumpat, mengutuk dan sebagainya

7. Banyakkan berzikir di masa lapang

8. Banyakkan sembahyang sunat seperti solat Hajat, solat Witir, Solat Taubat, dan lain2 

9. Kurangkan menonton tv menonton cerita seperti GossipGirl, Glee dan lain2


Hehehe nampak macam senang kan..  Peringatan ini adalah untuk saya dan anda semua









Apa yang saya cuba buktikan di sini?  Sebenarnya saya boleh lukis cantik sket tapi sebab paint 2007 saya tak berapa mahir, jadi gambar jadi buruk.alasan semata2.hoho






Pesanan seorang kawan saya kepada saya sempena bulan puasa. Apakah maksudnya?




Okay enuf for ugly stuff






Selamat Berpuasa dan Beramal!!



Sunday, August 8, 2010

Bing Search Engine yang sangat Comel





Teruja giler aku

Baru nak search pasal Thesis 

Pastu keluar katak comel camni tengah mengendap korang

dari celah daun

Terasa diri begitu berharga

Kah kah kah

Bing memang selalu wat suprise =)




Nah amek lagi gambar katak.. 



 Katak nampak macam tersenyum.






 Katak warna Oren memang kelihatan cool..





Friday, August 6, 2010

Johor dan Famous Amous.. maka Nor Azita Osman menjadi FAMOUS







Itu lah dulu ada peribahasa mengatakan KERANA MULUT BADAN BINASA, sekarang boleh tak aku tukar siket,  KERANA JARI BADAN BINASA. Haha giler ah tak pasal2 je kena saman dengan Dewan Bahasa dan Pustaka nanti. Hehehe

Sekarang ni kat Facebook kecoh btol pasal si Nor Azita Osman ni, kerana dia mengutuk negeri Johor yang tak ada Famous Amous. Hahaha. Aku gelak ajer. Bukan ape, aku kesian kat dia.Aku pun ada gak kutuk2 negeri lain (teeettt.kantoi. eleh korang pon same kan? ahahaha)  tapi.. ada tapinya, aku takdelah nak tulis kat status facebook beb, kutuk pon dalam hati ajer lah. Gilo ko nak tulis kat fb??!! Kawan2 aku ada serata Malaysia, negara2 lain pon berlambak ( kawan main game). So, pandai2 lah jage hati beb.


Biasalah, kita ni manusia kan. Selalu je tak puas hati.Bila dah tak puas hati, main redah jelah cakap. Sampai kekurangan diri sendiri pun tak sedar. Pikir2 balik, apa yang Nor Azita Osman tu cakap, macam remeh sangat kan. Pasal BISKUT  jer pon... Cuma apa yang menyebabkan orang2 Johor seperti aku hangin ialah :

  • Perkataan HINA : Hina tu macam sangat low standard. Macam kucing berkurap. Macam whore. Kenapa? Adakah satu negeri itu hina kerana tak ade biskut itu? Dan perlu ke dia mengulang perkataan hina tu berkali-kali?

Apa lagi, tak sampai bebrapa jam dia membuat status itu, dah ade page dah kat facebook, banned die dari Johor. Ah sudah, mesti dia tak terfikir kan benda camtu boleh terjadi? Maybelah die nak BERGURAU ajer dengan rakan2 die di fb, tapi benda2 camni tak boleh dibawa bergurau beb, rakyat Johor sentiasa menyayangi negeri mereka, oppsss bukan Johor je weh, sape2 pun sayang negeri mereka kan..sape tak sentap kalau negeri mereka dihina dikeji ye tak??? Semalam aku tengok dah 4000 lebik like page tu.. dan bermacam kutukan yang diberi ke Nor Azita Osman. Maka dia pun meminta maaf..




Tapi maafnya tak berapa diterima. Hmm.. aku rasa tak payahlah benda ni nak dipanjangkan lagi.. Orang dah mintak maap, terima jelah kan. Walaupun ade orang cakap maaf tu memang senang, hati tetap terluka. Maafkan lah dia. Dia dah lah kerja kat Kastam di Johor, mesti die susah hati kalau orang asyik mengutuk dia.. Husband dia orang Johor tak marah pon, kenapa korang nak marah2 lebey2 kann? Dah2 lah.. kita kan 1Malaysia.Hik3. Lagipun, sorry is the hardest word to say, it takes a lot efforts to say it.. So, let just Forgive & Forget. Hari ni kan hari Jumaat.. Jom3 kita berbuat baik sedikit. Hehehe. Bulan Ramadhan pun dah dekat. hehehe



Moral of the entry : Fikir dulu sebelum menaip dan tekan share!!


Sunday, August 1, 2010

Asramaku Syurgaku

Hari tu aku merungut kan pasal asrama aku yang baru..?

Rase macam tak best plak.. bukan ape, mak aku slalu pesan..
 
Jangan merungut.. Bersyukur la sket.. ade orang tu, tak de rumah pun

Lagi kesian kan..? huhu

Sebenarnya, not bad pun asrama aku yang baru ni

Cuma ari tu still can't get over dengan asrama lama yang

aku dah duduk 3 tahun kan..hehe

Kalau nak taw, asrama baru ni dekat dengan Giant,

so kami pun slalu exercise g Giant, lemak kurang sedikit

duit plak banyak habis

Pemandangan dari tingkat atas pon lawa wooo

Bak kata kawan aku,

"Macam duduk kat resort.."

hehehe.. hebat tak hebat..?




Ni lah asrama kami dari belakang, ada macam hotel 5 stars tak? Sila jawab ya untuk ambil hati..hehehe




Pemandangan sekitar dari tingkat 4, indah tak indah weh... gunung ape tu aku pun tak taw.. Gunung Datuk kot..hehehe.. tak pun Gunung Ledang.. wakakaka.. tal lulus Geografi r..




Ha ni lagi satu.. Maju tak..? Asrama kami banyak dikelilingi bangunan2 dua tingkat yang kosong..hehehe. Sape2 yang nak berniaga kat sini.. apa lagi.. Grab your opportunities la weh. Jual apa pon mesti laku punya, Budak2 asrama ni lapar 24 jam taw.




Ni plak koridor aras aku. Nampak scary ke ha..?? Hehe..xda pape pon.. Aku tidur lena sepanjang malam..sebab aku tak tengok pun koridor tu..hehehe





Mission accomplished. hohoho




Moral of the entry : Tak kenal maka tak cinta