Monday, June 28, 2010

Mari Bermain Dengan Web Browser

Apa itu Web Browser? Web Browser ialah aplikasi perisian yang digunakan untuk mengambil, memindahkan dan menyampaikan maklumat dari World Wide Web. Paparan yang boleh dilihat dari web browser ialah seperti video, imej, laman sawang dan pelbagai lagi. Contoh web browser ialah seperti Internet Explorer, Firefox, Opera dan pelbagai lagi.

WEH WEH APESAL SKEMA NI? PELIK SEMACAM KOT

Cubaan untuk menaip dengan skema tak menjadi. Macam... err.. entah, bukan aku. Kui3.Sebenanye saje je nak citer pasal web browser. Aku guna Google Translator untuk terjemahkan Web Browser ke Bahasa Melayu, sekali boleh plak die Google translate WEB BROWSER jugak. Cesss. Okay mari berkenalan dengan web browser




Nama : Internet Explorer. Latest IE8
Status Penggunaan : Aku ialah pengguna tegar IE ni sejak mula kenal internet. sampailah Second Year di universiti. Tapi sekarang guna kadang2 je itupun kat computer lab di kampus
Kebaikan : Established. Agak senang. Itu je kot
Keburukan : Tidak ada option 'Open in a new tab'. Asyik2 kena bukak new window. Entahlah aku dah carik, tukar2 setting tapi tak jumpa pun. Kalau ada sesape tahu, share lah dengan aku k? Lagi satu, orang kata kalau kite guna windows ( xp, vista @ 7 ), yang PIRATE ,janganlah guna Internet Explorer sebagai web browser anada sebab nanti company Windows boleh detect kita guna pirate punye.






Nama : Mozilla Firefox. Terbaru 3.6
Status Penggunaan : Mase mula2 nampak ikon ni kat desktop di rumah pada tahun 2004, aku buat tak tahu je sebab memang aku tak tahu pun ia adalah WEB BROWSER! haha buta IT kan aku ni ? Aktif guna masa tahun 2008. Sekarang guna lagi tapi tak kerap sangat kot
Kebaikan : Banyak integration dengan application yang lain macam Internet Download Manager, RealPlayer so menyenangkan kerja
Keburukan : Banyak sangat nak kena add-on la. Speed dial pon kene add-on aish susah gak. Lepas tu browser ni makan banyak space la kat atas menyebabkan tetingkap menjadi sempit. Asek kena scroll ke bawah jelah. Aku ni dah lah pemalas, nak scroll ke bawah2 pun malas taw





Nama: Google Chrome
Status Penggunaan : Baru guna dalam setahun kot, tapi sekarang tak guna lagi sebab kerana menyebabkan computer aku a.k.a Boboy selalu hang! Punca sebenar tak dapat dikenal pasti
Kebaikan : Katenye kalau nak tengok YouTube gunelah google chrome nescaya laju. Simple. Takde pening kepala sangat. Ringan
Keburukan : Masa mula2 pakai semuanya okay i like sesangat. Tapi lepas tu asyik2 suroh kill pages, pastu laptop aku yang power ni asek hang aje.. Last2 effect kat Kernel plak. Bila dah uninstall barulah laptop okay semula. Ini adalah pengalaman penulis sahaja mungkin tak akan terjadi kepada orang lain. Dan kerana dia baru dan mentah ala2 kanak2 ribena, jadi tak banyak integrasi dengan software2 yang lain.







Nama : Opera
Status Penggunaan : Baru guna dalam 2,3 bulan. Sekarang menjadi default browser.
Kebaikan : Nampak elegan dan sofistikated apabila memakai browser ni. Kah3 perasan sorang2. Agak senior jadi banyak integration dengan software lain. Ada Opera Turbo, kalau internet connction lambat Opera boleh la tolong sikit2.
Keburukan : Kadang2 gambar lambat sangat loading jadik macam gambar pecah2. 






Nama : Safari
Status Penggunaan : Baru je guna tak sampai sebulan kot
Kebaikan : Sebab asalnya ialah dengan Mac OS & Apple Company, macma2 la yang best kan macam interface dia. Kool lah. Tapi sebab aku guna windows bukan Apple, tak merasalah tu sume. So Safari jadik macam web browser yang lain2 jelah. 
Keburukan : Erm  tak dapat dikenal pasti sangat sebab baru je guna kan. Jarang2 plak tu.


Moral of the Entry:

Mana satu yang paling bagus? Entahlah aku memang tak dapat kenal pasti sebab sumenye ade pros and cons. Tepuk dada tanya selera lah..hehe.Banyak lagi web browser lain kalau rajin cubelah semua. Hehehe








Friday, June 25, 2010

Mengakhiri Kelas Java J2EE

Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari ke-13 J2EE Training. Bukan tak seronok kelas ni..okay je..hehehe..tapi lepas habis kelas ni dapatlah berehat di kampung halaman selama 2 minggu sebelum buka semester baru. Yeaaaa~~!! Mak ayah..tunggu kepulangan anakmu yang jauh di perantauan~~uhuk uhuk

Tapi sebelum nak balik, kena la siapkan projek Java yang diberikan.. kali ni kitorang dapat arahan tak berapa spesifik. Kalau masa kursus PHP  kene buat website e-commerce, kali ni apa2 sistem je.. lagila senang kan.. Belasah aje la.. Kami pun buat la Online Contest.. Pencarian Puteri Muslimah 2010.. Simple ajer.. Boleh vote la mane muslimah yang korang suke



Ha ni senarai group dan project masing2.. Jual budak pun ade..hebat tol lah diorang ni buat sindiket haram terang-terangan ..



Kami diberi masa 3 hari untuk siapkan project tu..Cukup ke masa? Ish macam terlebih cukup je.. Tengok macam semua group membuat projek secara relaks sambil makan kacang, sambil bergosip, sambil dengar lagu Justin Bieber.. Hebatlah korang ni. Salute ah


 Hanya yang serius membuat project sahaja difokuskan.. Yang tengah layan Google Images yang tak sepatutnya telah diblurkan, yang bergelak ketawa riang macam takde keje juga sama


 Yang berlakon busy bila kamera disuakan.. Cess..



Tadaa.. inilah tempat kejadian.Yang kat depan pakai selendang pink tu cikgu kami. Dia periang orangnya.



Kemudian tibalah masanya project dibentangkan di hadapan. Time kat depan la tibe2 project tak menjadi, laptop hang, gamba jadik besar, gambar tak keluar, ada error.. Hahaha.. Tapi sementara je lah.. lepas tu ok jer. Overall, semuanya berjaya. Kreatif. Ada yang canggih sangat. I like. Hehehe.. tahniah kepada semua!!


Project Puteri Muslimah 2010. Tengok penganjur pun Muslimah kan? ( _ _ ")




Group ini membuat review tentang kereta dan juga membuat tempahan membeli kereta. Tak delay punya. Menarik juga



Ni la group jual budak. Eh cendawan putih pun ade.Hahahaha




Ni kedai runcit online. Canggih woo.. Senang mak2 tak payah g pasar. Click2 ajer



Bila dah habis pembentangan project.. hmmmm.. apa lagik.. Kite enjoy~~!!!!!!

Cehh bunyi enjoy tu cam nak gi mane jek.. padahal saje je amek gamba dalam lif. Lif ni mengambil masa yang lama dari tingkat 1 ke ground floor. Saje je isi masa terluang.


p/s : Selamat Bercuti Kawan-Kawan!!



Sunday, June 20, 2010

Tetikus a.k.a Mouse

Check your computer mouse now. Is it.....





Contains actual mouse..??!!I've check mine. Luckily my mouse is transparent so I don't have to open it ~ i may break it. Hehe..  No animal abuse here. =p





Since it's named Mouse, why don't we use real mouse? Ahaha.. No way. U don't have heart right to do this to a cute mouse? Look at his eyes =)




  
Now I'm confuse. Is this a real mouse? Hmmmm...Say NO to animal abuse!!  




p/s: Spending my whole weekend at hostel. It's crazzzyyy 

Saturday, June 19, 2010

Rentetan kisah Handphone (inspired by Kerenyeh@Pzah & Cendawan Putih)

Terima kasih kepada kawan-kawan sebab bagi idea nak update blog. Hahaha.. Aku tergelak membaca post  Cendawan Putih . Ade ke dia kata handphone aku canggih? Kuang3.. Kalau handphone aku canggih, Blackberry ape? Super canggih la kot. Tapi aku ok je.. bersyukur dengan ape yang ade..hehe 

Kalau ingat2 balik, dah 5 handset aku pakai..alah sketnye.. orang lain tiap2 tahun tukar handset macam Encik Iskandar nih. Hehe xpelah die kaye.. huh jeles2



Handset pertama : Nokia 3310



Hehe siapa yang mula dengan berkenalan dengan handset selain handset ini? Mesti anda agak berumur sebab mesti anda berkenalan dengan handset yang sebesar batu bata. hik3 jangan mare. Masa zaman sekolah dulu dah ada handset ni pon kira canggih la.. Cikgu cikgi pon pakai handset ni jadi agak bangga di situ~ konon2 setarap dengan cikgu la tu.


Handset Kedua : Nokia 8310 


Lepas tu abah bermurah hati membelikan handset ini. Wooo serius inilah handset yang paling aku sayang. Sayang giler2 okay..? Sebabnye masa tu kawan2 sume pakai handset 3310 baling anjing tu manakala handset 8310 ni memang sleek, design yang agak kemas, comel kecil molek macam tuannya 5 tahun dulu, maka ada sedikit riak konon handset canggih. Lepas tu tak tahan handset ni ada radio.. macam cool giler lah time class Biology sambil lukis2 kloroplas sambil denga Hitz.fm. Urban la  tu konon. Lepas tuh kene rampas dengan cikgu.. Huh kecewa aku dengan diri sendirik. ( T_T )


Handset Ketiga : Samsung SGH E330



Selepas itu abah bermurah hati sekali lagik memberi handset baru ini. Sebab memang dah lama nak kan handset flip, so tak boleh nak cakap ape, memang happy sesangat lah kan? Handset ni polifonik, merdu la sket dari handset monofonik kan. Tapi yang tak bestnya dah tak boleh nak compose lagu macam dua handset sebelum nih.. hoho terbantut cita2 aku nak jadi composer. Yang lagi best handset ni handset perama aku yang berkaler. Tapi, panas tak sampai ke petang. Keputusan SPM  aku yang disaster menyebabkan handset ni ditarik balik. Okay..lagi skali aku kecewa dengan diri sendirik.. huhu..kesian kan?


Handset Keempat : Nokia 3100


Kemudian, aku cuba bangkit dari kekecewaan, dan juga cuba untuk menjadi independent. Cewaahh..ayat macam gempak sangat jer. Aku pun beli lah handset dengan duit sendirik , mane aku dapat duit aku pon tak ingat. Tapi handset ni agak mahal la dulu2.. Puas hati la. Polifonik, ade game bowling, ade MMS, ade GPRS.Tapi tak best sebab takde radio. Tapi malam2 kalau kite tutup lampu, handset ni jadi glow in the dark. Kire okay lah tu..hehe. Handset ni jugak hanset paling lame aku pakai sampai masuk Universiti woo. Ade la 4-5 tahun dah kot.



Handset Kelima : Sony Ericsson W850



Okay ni lah handset yang dipakai sekarang. Ceh tengok gamba ni macam cantik je tapi bila tengok balik handset aku..err..adakah handset yang sama? Masa aku beli dulu sebenanye aku beli yang warna putih..lagi suci murni.. tapi adelah seorang budak mane ntah, die tukar dengan dia punya yang warna hitam!?? Lepas tu boleh plak dia ilangkan ( oklah sebenanye tak sengaja ) handset aku yang berwarna putih tu?!! Cisssss..memang sakit hati kalau diingat semula. Ok past is past. Handset ni takdelah canggih mana pon. Camera 2mp je. Ade 3g tapi aku pon tak pernah gune ( call me loser ). Ape lagi ek? Boleh denga lagu dengan selesa memandangkan handset ni handset walkman, bunyi memang best



Sebenarnya aku memang ada hasrat nak beli handset baru.. hehe.. tapi.. ntah la.. Aku ni bukannya gadget-freak pon sebab aku gune benda2 basic je.. Message & Call.. 3g pon aku tak pernah taw ksian tak. So apelah gunenya beli yang canggih2 kan? Tapi tengok orang pakai blackberry..IPhone.. Ingat aku tak jeles? Jeles2.. huhu.. dugaan sume tu..

Takpelah tunggu kerja lah kot kalau nak melaram dengan barang2 macam tu.

Tapi, cube korang tengok gambar di bawah. Apelah gune beli mahal2 tapi function lebih kurang dengan handset 3310 kan? Setakat berkaler sahaje.. yang lain non-ado!! hehe


Credit to www.celularis.com


Friday, June 18, 2010

Tak sedap sangat ke bunyi vuvuzela?

Vuvuzela iberbentuk seperti tanduk, dengan panjang lebih kurang 1 meter dan selalunya diperbuat daripada plastik biasa sahaja. Kegunaan rasminya di Afrika dulu2 ialah untuk mengumpulkan orang ramai. 

Aku tak pernah dengar pun pasal vuvuzela ni sampailah masa start World Cup 2010. Vuvuzela digunalan masa opening ceremony. Bunyi dia? Hehe..memang bingit telinga lah.





Monday, June 14, 2010

When the expectation is higher

PhP programming course ended so well. Almost everyone happy and at the same time relieved coz finish their live project and presentation. And everyone got their 'Attendance Certificate'! Congratz because able to withstand 3 weeks program! Hey, do u think it's easy to  stare computer screen with small font dizzy annoying coding from 9 to 5? Okay maybe just me so drama queen =p

After php program, we are facing next killer computer language, java. Actually not so killer, just my impression for java is already in critical zone..easy word is bad lah. Its all because our  experience of previous Java lecturer.. ok don't ask me to story bout it.

Now it has been going for one week. Let see what I got :


Fill in the forms. 


Playing with HTML color while waiting my instructor to find an error in the codes. What the.. fish?


Guess people will automatically click [X] tab if found a website with this color


Things get more worse when everything is being block!!

All social network
YoutUBE


 Okay maybe administrator has strong reason to do that ( so students will focus to lecture ) but some websites related to education? 

Even photobucket.. make my blog so white, clean & clear..



We want freedom!!




Moral of the entry : One of my friends said, " Don't compare, because people will compare you" .

p/s : I know my english is not good. Feel free to correct me! peace!! XD

Thursday, June 10, 2010

Aku tak gemuk tapi aku nak kurus.. (0_o)

Macam mana tu? Adakah korang pun mengalami masalah yang sama? Ke aku je yang gedik2 begini? Camni..berat badan ko dah ideal da..tapi still lagi kau nak kurus. Kenape tak nak berat badan ideal? Ideal taw? Bukan ke best perkataan ideal tu? Macam dapat "kekasih ideal","suami ideal"? Memang idaman kan? Tapi bila tang berat badan, tak nak pulak.. kalau boleh nak underweight jugak..! Kalau ideal pun, ideal paling minima..18.5 ..kalau 21 ke,22 ke..mula la gelabah nak diet..haishh..bukan ke semakin banyak semakin ideal..kan bagus tu..? err..




Aku ade jugak cakap dengan beberapa orang yang rapat tentang perancangan untuk diet......Sebenanye aku pun geli jugak bila cakap pasal benda tu sebab aku..dan diet..??haha memang tak pernah serasi!! tapi saje je kan test market..hehe. Berikut ialah reaksi mereka :

MAK : Tak payahlah Kaklong.. jangan nak ngada2..selagi ada selera makan, makan je.. bukannye obesiti ke hape ke...nanti penyakit lain plak datang..

( hoh mak ni saje ke nak bagi gemok..selagi ade selera..makan je..? 24 hours makan kah?)

KAWAN BAIK LELAKI : Diet? Buat ape? Nak jadi tengkorak berjalan ke? Tak payah ngengade

( hak ala...takkannye boleh diet sampai jadi kurus sebegitu..kalau dapat turun 2 kilo pon da okay sangattttt..!)

KAWAN BAIK PEREMPUAN : Eh nak diet knape..? Ko kan da slimmm

( Okay korang memang penipuuuuuu!!)

Correction : Sebenarnya tak salah pun kalau tak gemuk tapi nak diet. Korang kene paham diet tu bukan maksudnya mengurangkan berat badan tapi diet sebenarnya merujuk kepada tabiat pemakanan yang seimbang, kene ade protein, karbohidrat, lemak, fiber dan lain2.. Ha so pasni kalau orang ajak makan jangan lah cakap..

" Eh takpelah..aku tengah diet"

Instead, cakap lah begini :

"Eh takpelah. Saya sedang berusaha menurunkan berat badan.."

Haa barulah skema dan memartabatkan bahasa melayu gitu..hoho

Okaylah berbalik kepada isu ingin menurutkan berat badan, hmmmm.. ingat senang ke? Susah taw bagi orang macam aku ni. Yelah bukan kena kurangkan makan je, kene exercise lagi, kene minum banyak air..

  • Kurangkan makan? Hohohoho.. itu cabaran utama.. Orang kata kalau nak cepat kurus jangan makan nasik. Makan sayur2 salad2 buah2. Tapi perut aku ni semangat kemelayuan dia sangat tinggi. Nasik juga tetap di perut hati.

  • Exercise? Joging? Dengan status sebagai student yang bizi 24 jam kredit memang tiada masa lah untuk exercise. Bila weekend plak, bangun je bile tibe2 rase panas, bukak tingkap, la.. dah pukul 12 tengah hari hoho penat la kononnya semasa weekday. Kat rumah ade je treadmill tapi dipandang sepi dengan alasan kasut sport tinggal kat asrama plak. Hoho penah denga kan orang malas sentiasa mencari alasan..?

  • Minum Jus Mate5 yang dikatakan hebat tu? Tapi Dr Rozmey dah cakap kene kurangkan pengambilan kalori setiap hari. Habis tu ape gunanye ubat mahal itu? Ingatkan kalau dah minum Jus Mate5 tu bolehlah melantak tak ingat dunia. Hahaha.. Pastu kalau kita dah minum, pastu berjaya kurus, kena plak mantain lg tak boleh makan banyak2.. orang kata kalau stop je minum Jus Mate 5 tu berat badan akan naik mendadak. Betulkah?

Heh kalau dah malas macam tu nampaknye berangan jelah nak seramping Jennifer Aniston..




Ingat senang ke cik puan Aniston ni nak mantain seslim itu? Dia menjalani diet yang ketat ye iaitu 40:30:30 method. 40% low glycemic carbohydrate, 30% proteins dan 30% essential fats. No French Fries please!!





Mahu mendapat body sehot Gwyneth Paltrow? Sila elakkan makan gula dan tepung (0_0) .Makan sayur-sayuran, beras perang dan daging putih ya. Oh ya! barang2 tenusu (dairy products) juga tidak boleh. Dan jangan lupa yoga setiap hari. Wajib




Tapi ade jugak artis yang tak berdiet langsung tapi slim n slender. Contohnya :



Huhu dahla pakai baju cantik2 dalam Gossip Girls. Seronok okay jadi kamu. Blake Lively cakap dia tak pernah control makan apatah lagi  untuk bersenam! Takde masa katanya.




Ade juga artis yang tidak berdiet dan tak malu dengan bentuk badannya :



So what..?? Yang penting Kelly Clarkson boleh menyanyi dengan power dan dapat entertain fans dia! U go girl!


Moral of the Entry : Apa - apa pun, gemuk kah, kuruskah.. jomla kita mengamalkan cara hidup yang sihat. Jangan makan fast food je! Tak elok! Pastu jangan lupa exercise.. Yang penting sihat walafiat

p/s : Doakan aku turun 3kg bulan puasa nanti. 3kg je la!



Sunday, June 6, 2010

PHP & Java

Fuhh tak sangka dapat jugak menghabiskan kursus PHP5 & MySQL yang berlangsung selama 2 minggu. Rasa loya jugak tekak ni dari pagi sampai ke petang menghadap skrin komputer. Tapi kalau menghadap benda lagha tak pulak rase macam tu kenape ek..? hehehe.. Dan tak sangka jugak dapat menyiapkan live project iaitu menghasilkan e-commerce website.. Kami pun membuat website menjual buku. Haha skima kan..? Tapi mestilah dengan pertolongan cikgu kami iaitu cikgu Sumardi Shukor.. Hahaha dia ni glamour kot, dia kata kalau nak carik die senang aje, google sahaja..hihi



Guna framework ni lah untuk buat website tu.. senang la jugak dibandingkan kalau buat cara manual...hmmmm.. menarik jugak lah PHP ni


Esok menghadap Java plak..argghhh..tabahkan hatiku..!!



JAVA the best..heh heh heh