Thursday, October 28, 2010

Ukur Badan

  7 comments    
categories: ,


3G. Apa itu 3G? Selain dari iPhone 3G dan 3G yang kat telepon yang leh tengok muka tu, 3G juga popular di Malaysia bagi terma GEMPAL, GEMUK & GEBU. Menurut doktor- doktor dan ahli dietetik di Malaysia, rakyat Malaysia kini mula menular masalah OBESITI seperti negara2 maju yang lain. Aihh Malaysia belum lagi jadik negara maju tapi dah mula eksyen2 nak jadik jugak. Ehehe okay selingan jer. 

Menurut mereka, masalah ni terjadi sebab masalah rakyat Malaysia yang tidak berdisiplin. Huh dahla kat jalan raya pon tak berdisiplin, ape nak jadi la. Eh okay2 berbalik pada topik. Rakyat Malaysia ni suka makan malam pukul 12, makan roti canai plak.. adeh, kalori tinggi tu. Lepas tu fast food, mcD, KFC kalau boleh nak makan hari2.. Mentang2lah boleh drive-through.. Bahaya tu..






Makan memang best kan? Tapi tulah, makan banyak2, obesiti plak. Obesiti dahlah banyak perkara2 yang negatif je datang. Sakit jantung lah, sesak nafas , kanser dan macam-macam lagilah. So guys, jomlah kita amalkan pemakanan yang sihat supaye kite boleh hidup sihat tanpa penyakit! Mari!


So, kalau nak taw korang ni obesiti ker tak, bolehla check BMI korang.. hmmm..rasenye senang jer..semua dah taw kot. Kat Facebook pun aku tgok hari2 ade je member aku dok kire BMI  diorang. hihi .. kan da kantoi ketinggian mereka. Takpelah meh tempek sket cara kira BMI


FORMULA MENGIRA BERAT BADAN IDEAL (BMI)

Indeks Jisim Tubuh (BMI) : Berat tubuh badan (kg) / Ketinggian (m) x Ketinggian (m)

Contoh :
Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m
Mual-mula kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336
Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan
BMI anda,yang mana jawapannya ialah 22.6



Sekiranya BMI anda :

* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
* 20 hingga 24.9,anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9,berat badan anda mulai berlebihan
* 30 dan keatas,anda mempunyai penyakit OBESITI



Okay..habis bab kira BMI. So? Macam mane normal tak? 


Tapi sekarang ni ade yang lain plak.. huhu. Hari tu ade iklan Nuffnang kat blog seorang kawan, iklan Nestle.. so bukak2 la kan, macam best jer. Lepas tu ade plak dia cara2 nak ukur pinggang plak dah ataupon bahasa omputih nye hip ratio..huhu. Die cakap, kalau perempuan, hip ratio perlulah 0.8 ke bawah manakala lelaki pulak kurang daripada 1.0 ke bawah. Kalau lebih.. haaa.. maknenye tak berapa nak sihat la tu...!! Okay kalau nak taw korang punye hip ratio bolehlah melayari laman web Nestle ini. Nah ni pulak link direct cmane mahu kira hip ratio. Selamat mengira!!




Ni homepage website Nestle. Cantik & menarik kan..





 Adakah hip ratio anda sama dengan MeganFox?? Hehehe






Nota : Nak taw hip ratio korang..! Ahaha menyebok jer



7 comments:

sila komen jangan segan-segan :)