Thursday, October 21, 2010

P.Ramlee Seniman Sejati

  5 comments    
categories: , ,






Siapa rakyat Malaysia yang tak kenal P.Ramlee? Cakap sket.. meh sini aku nak kenalkan.Ehehe.. Kalau tak kenal la kan, ni intro sket. P.Ramlee ni merupakan seorang pelakon, penyanyi, komposer dan pengarah filem yang paling berbakat di abad ini. Kenapa? Tak percaya ke? Buktinya, sampai sekarang.. walaupun dia dah meninggal dunia kira-kira 37 tahun yang lalu..tapi, filem2 beliau masih laku.Diulang-ulang dalam televisyen tapi ajaibnya.. semua orang layan jer. Tak jemu hokay?? 


Same la dengan aku, sampai sekarang pun aku layan jer citer2 P.Ramlee ni. Kadang2 aku terfikir gak, lawak2 yang beliau buat, boleh diguna lagi sampai sekarang. Lebih kurang macam malar hijau @ evergree la macam tu kan? Hmm.. Citer faveret aku plak semestinya Masam-Masam Manis.. Hehehe..Sronok je tengok beliau bergaduh dengan jiran dia.. Lama-lama kahwin plak. Romantik la...hihi

Suara beliau, hmmm.. perlu ke diterangkan lagi. Memang sah sah la merdu kan. Macam lagu Anakku Sazali tu, boleh nangis kot kalau dihayati. Kalau lagu rancak plak, feveret aku mestilah lagu Bila Larut Malam tu..hehehe


Sekarang ni Astro sedang membuat tribute untuk lagenda sepanjang zaman ni. Hmmm..memang baguslah tu kan? Cuba try test bukak laman web ini : http://www.astro.com.my/pramlee/  Kat sini ada macam-macam ( nama pun Astro, mestilah macam-macam ada kan? ) perkara yang korang boleh carik pasal P.Ramlee ni. Pastu lawa la plak website dia. Jatuh cinta aku. Argghh aku memang suka giler tengok website @ blog yang grafik dia gempak2 tapi kemas tak serabut




Ni main page, kat sini leh tengok sejarah, video klip, jadual program2  P.Ramlee kat Astro, tekan jek label2, gambar2 yang ada kat situ.. Konsert P.Ramlee pon ade taw






Kalau nak tahu info2 tentang P.Ramlee, tekan label suratkhabar tu..






Tadaa! Maka keluarlah info-info tentang Allahyarham P.Ramlee ni,, Bace la weh.. banyak gak yang aku tak taw..huhu





Aku pernah baca kat mane tah, tak ingat,. Tapi masa tu nama P.Ramlee agak tenggelam sebab kedatangan era Pop Yeh Yeh. Masa tu P.Ramlee macam dah tak ade job la.. So, ada orang cadangkan dia berlakon drama. Tapi, P.Ramlee menolak mentah-mentah cadangan tu. Pada beliau, drama orang tak berapa nak hargai, orang boleh pegi bangun g toilet, makan atau apa2 je masa tengok drama. Tapi kalau filem? Penonton2 tak akan bangun selagi cerita tu tak habis. Hmm.. macam tulah pemikiran P.Ramlee..

Nota: P.Ramlee memang sepatutnya dikenang kerana jasa-jasanya dalam dunia seni. Nak tengok jugak, lepas ni siapa yang boleh menandingi beliau? Setakat ni tak nampak lagi kot. Mari sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat .  Aminn





5 comments:

  1. umah peringatan P.Ramlee dekat je dgn umah ila. dulu masa kecik2 selalu abah bawak g sana melawat peringatan arwah. mmg sampai bila2 P.Ramlee akan dikenang setiap generasi

    ReplyDelete
  2. wah bestnye,teringin plak nak g

    ReplyDelete
  3. weh,sape p ramlee ni?..macam pnah tgk je..haha

    ReplyDelete
  4. b.e.o.t.m : ko memang! bzla tu kono.hahaha

    yorke kun: haha ntah.aku pon x knal

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)