Saturday, October 16, 2010

Jom tinjau-tinjau Bajet 2011

  6 comments    
categories: ,
Sekadar gambar hiasan



  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 9.5% separuh pertama 2010  ~ Alhamdulillah..syukur nikmat.. Malaysia maju rakyat selamat..~   

  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu   ~ woo.. baguih2 ~   

  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lepas   ~ InsyaAllahhh ..tolonglah jangan kemelesetan ekonomi lagi.. aku nak keje ni..~

  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan

  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015

  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah  ~ fuyyoooo.. lepas ni makin kuatlah kaki2 shopping bershopping.. cukai dah takde kan? ~   

  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka

  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit  ~Waaaaa...yang ni la paling best! Kebetulan handphone aku rosak! Ermmm.. nak beli handphone ape ek?? (O_o)   

  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi

  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi  ~ Amboii..banyaknye.. pasni boleh la setanding dengan filem2 Hollywood kan?? (_ _")

  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011  ~ Good! Tahniah kepada Ayah!(nama Pakgad asrama aku) ~~

  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari  

  • Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Ekspressway Berhad tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang, berkuatkuasa serta-merta ~ Kenapa tak hentikan terus tol? adoii ~

  • Memansuhkan sistem Penilaian Tahap Kecepatan (PTK) untuk kakitangan awam akan digantikan dengan satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima oleh penjawat awam menjelang Jun 2011 ~ Haha ni mesti ramai yang suker nih~ 

  • Kerajaan memperuntukkan RM15.2 bilion bagi membina hospital baru, menambah bilangan doktor dan jururawat serta mendapat bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan


Nota : Camane? Korang suke tak Bajet 2011 ni? Puas hati tak??






6 comments:

  1. duti import tu ptt lame dah dihapuskan..tinggi sgt2

    ReplyDelete
  2. ermm..btol2...pasnileh la shopping puas2 ea??

    ReplyDelete
  3. Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari -> weh,laki pn nk weh..ingt senang ke nk jge bini bsalin..haha

    ReplyDelete
  4. ah laki nanti membute je kt umah..x payah.hahaha

    ReplyDelete
  5. ko kan warga singapura. hehe belila kt sane

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)