Thursday, July 15, 2010

Rumah baru?

Setelah 3 tahun menetap di asrama yang lama, kini terpaksa pulak pindah ke asrama yang baru. Perasaan? Masa mula2 tahu tu bersyukur jelah sebab ramai lagi insan yang tak dapat asrama. Sedih pun ada sebab kena angkat barang2 yang macam gunung Everest tuh. Happy sket sebab kononnya dekat dengan campus. Ceh konon je

Actually aku sebenanye xde la kesah sangat cmana gaya hostel baru. Aku tak kesah dapat tingkat tinggi-tinggi, sebab aku dah 2 tahun duduk tingkat 4. Memanglah azab kelihatan, tapi sebenanye best ape. Sejuk, tak bising, dan boleh simpan barang dulu kalau ade spot check. Baju pun cepat kering

Aku pun tak kesah sape je roomate aku. Negeri mane, umur berape. Aku pernah dapat roomate kuat berdengkur, mula2 memang sakit jiwa. Lama2, alah bisa tegal biasa. Erm, betul kan peribahasa ni?

 Tapi selalu jugak aku berangan nak dapat asrama best ala-ala hotel 5 bintang. Macam :




Asrama kat Queen Margaret University kat Edinburgh. Yang bestnya almari tu la kan. Nak letak buku dari first year sampai fourth year selambe ajela. Takdelah aku kena angkut rak buku aku yang berat tu ke tingkat 4. Radio tu memang die sediakan ke..?




Ni plak asrama kat Qingdao Technological University kat China. Memang sebijik hotel ni.Ade air cond, ade telephone. Wah senanglah nak ajak makan tak payah message2. Ada TV plak tu..tapi tak tunjuk plak.




Ni plak asrama kat University of Glasgow, Scotland. Simple je. Tapi katil dia tu tak tahanlah, empuk semacam je. Maw tak bangun 2 hari 2 malam nih.



  Asrama kat University of Bath, England. Nampak macam sempit tapi selesa je. Suka meja study die. Suka jugak katil dia besar. Haha



Yang ni hostel di University of South Bohemia.Nice sangat. 



NIIT University. Yang ni tak berapa paham. Mane katil die?Yang belang2 tu ke? Isk asyik carik katil je nampak sangat kuat tidoo ( _ _" )




Tapi yang selalunya kita harap-harapkan tu yang tak dapat. Kadang-kadang dapat yang lagi teruk plak. Bilik yang aku dapat bilik ala2 bibik punye, tilam ade taik kucing ke taik tupai.. tak pasti. Main door rosak, pintu bilik pun rosak. Kipas rosak mengeluarkan bunyi nyaring apabila berpusing. Lampu bilik air berkelip-kelip ala lampu disko. Okay.. tu je senarai kerosakan bilik saya tuan.Prebet melapor diri. 



Tapi takpelah, mak pasrah je nyah. Dah beli Aganol, da buang tilam ade taik. Dah mop lantai. Dah curik kipas kat floor atas. Dah terbiasa tidur tanpa kunci pintu. Dah beli mangga solex besar gabak untuk kunci loker. 



Takpe kawan2, satu sem je lagi

Yang INDAH  itu tetap ada. Cuma kita yang tak menyedarinya


8 comments:

  1. University Edinburgh tu aku tengok macam "WOW!!"

    Lagi tengok university England tu.. "Wuish.." terliur sekejap.

    Tapi, antara gambar-gambar tu kan... yang paling menyerupai bilik asrama sebenar kita... last picture tu.

    ReplyDelete
  2. hahaha.. sedey je pic last tuh

    memang .. kenape mereka punya asrama cun2?

    bayar mahal kot

    ReplyDelete
  3. hehehehe..bile la nak dapat asrama camtu ek

    ReplyDelete
  4. yg firt tu sweet, even dia kecik skit.. huhuuu..

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)