Saturday, July 3, 2010

Man in Pink

Hehe tak habis2 lagi ke kisah warna pink ni? Macamlah best sangat. Memang tak habis pun. Sebab tak puas hati. Ade ke Encik Amin cakap pink dan lelaki tidak sesuai? Tak ngam? Tak boleh menjadi kawan karib? Dia juga GELI dengan baju pink. 

Saya  tanyalah.. kenapa?

Dia jawab.. Tak nampak macho dan hilang kejantanan.

Yeke?

Yeke?? 


Saya rasa agak kelakar kot kalau lelaki minat pink KETERLALUAN. Ala..macam citer SUTUN  tu, tapi tu ada kisah lain di sebaliknya kan.  Tapi kalau mereka memakai baju pink, saya tak ade masalah langsung. Saya rasa macam normal je.

Cuba tengok mereka.


Cristiano Ronaldo. Pemain bola Portugal dan kelab Real Madrid. Hebat. Handsome. Playboy. Hehe.. Tengok,  beliau kelihatan menonjol dari orang2 di sekelilingnya yang memakai baju putih dan hitam yang membosankan. Hahaha. Rasenye Cristiano ni memang minat pink la. Banyak je koleksi baju warna pink.




Matthew Bellamy - vokalis utama kumpulan Muse. Juga pemain gitar dan piano. Lagu band Muse ni semua sedap2 belaka. Mempunyai berjuta-juta peminat dari serat dunia. Matthew tidak malu memakai seluar pink terang. Terang tau!




Fahrin Ahmad. Pelakon terkenal. Juga pemain ragbi. Orang Johor. Dulu kat Uitm amek Law. Jurucakap untuk product Garnier for Men. Kacak sangat kot pakai baju Melayu merah jambu. Sangat suka la. So bagi gambar besar siket. Hehehe





Bill Gates. Pengasas Microsoft. Kemudian jadi Orang TERKAYA di dunia. Tapi sekarang orang lain plak yang paling kaya. Sekarang dah jadi dermawan pulak, uruskan foundation dia n bini dia tu. Tengok semangat kan bagi talk sambil memakai baju pink? Like this.




Sesiapa pun tidak boleh menyangkal yang Shahrukh Khan memang nampak macho dan bergaya  memakai turban berwarna pink ini.




Justin Bieber kegemaran kamu semua ni pun suka baju pink taw! Matching siot dengan sneakers! Baby baby baby owh~~


Moral of the Entry : Baju warna pink tidak menghilangkan kejantanan dan kemachoan anda. Anda cuma hilang macho dan nampak sungguh tidak maskulin apabila anda masuk ke Ladies' Coach dalam KTM. 

Sekian.

8 comments:

  1. hensem r cristiano..suke!

    ReplyDelete
  2. wah~
    cristiano dah la sama birthday dgn i,
    minat pink pun sama i!
    suke! suke! :)

    ReplyDelete
  3. nice blog u have

    ReplyDelete
  4. ko minat Justin Bieber ke

    ReplyDelete
  5. anon : thanx!!!!

    Amin : Tak.. hahaha

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)