Sunday, May 23, 2010

Ulat buku? Ke ulat komik? atau Ulat Majalah?


Betul saya selalu confuse. Bila ada orang tanye ape hobi kamu? Mesti saya jawab membaca. Kalau jawab bersukan macam tipu sangat lah kan lagi2 kalau jawab bermain muzik. Lepas tu orang tu mesti cakap "Ooo..ulat buku la ni..". Ada keraguan di situ sebab saya bukan baca buku, saya baca majalah. Jarang sangat saya baca buku.. novel pun jarang beli. Buku sekolah pun baca dekat2 nak exam je.. 

Tapi tak kesah la kan sebab yang majalah ke, buku ke.. semua memberi informasi..Pandai-pandailah pilih informasi yang baik atau yang buruk..hehehe. Dulu masa kecik2 bila da start pandai baca buku, buku yang saya suka baca ialah buku KAWAN. Kandungannya ialah kartun2 atau komik bersiri yang berkisarkan tentang kanak2 la..memang best. Harge die 3 ringgit. Dulu saya kumpul dari bilangan pertama sampai yang dah 60 kot..pastu mak simpan dalam kotak, then jual kat recycle center..sampai sekarang rasa menyesal kot sebab KAWAN memang best..! Sekarang pon buku KAWAN ni ade lagi tapi dah tak best dan merepek sket.


tak jumpe pulak image KAWAN yang awal2, comel n compact! sekarang dah besar sket


Lepas tu masuk sekolah rendah saya mula berkecimpung dengan buku2 pelajaran dan dah mula memasang cita2. Lepas tu selain dari bercita2 ingin menjadi polis, ahli kajipurba, saya juga turut mahu menjadi seorang Saintis. So, amek feeling nak jadi Saintis dengan membaca  TUNAS SAINS. Sebenarnya sampai sekarang memang seronok baca TUNAS SAINS ni coz die terangkan fenomena2 sains macam fotosintesis, digest system dalam bentuk kartun yang fun dan senang difahami. Memang dulu saya hafal term2 atau hukum2 dalam fizik macam tuas, takal.. ikut dalam majalah TUNAS SAINS tu..siap hafal dialog kartun tu.Jawab exam terbayang2 muka kartun yg jadi takal, tuas,klorofil.. Tapi lepas dah belajar Bio, fizik, kimia masa tingkatan 4 rupa2nya semua tu dah jadi indah khabar dari rupa. Ciss.. dulu dalam TUNAS SAINS sume comel2 rupa2nya tipuuuu.. tapi masih lagi membaca TUNAS SAINS sepupu2 pastu ketawa sorang2


Cover depan yang comel melampau..tiap2 minggu mintak duit lebih kat mak nak beli majalah ni


Bila dah masuk sekolah menengah, minat kepada pelajaran dah semakin berkurangan. Yelah hormon tengah berubah la katekan. Jiwa remaja.. kot..? Haha. Saya jatuh cinta plak pada majalah GEMPAK. Peristiwa bermula di mana saya sangat boring pada masa itu jadi saya menyelongkar bawah meja classmates saya untuk carik apa2 yang boleh jadi hiburan (masa tu budak2 lain tengah dengar ceramah kat dewan..teruk kan saya?). Kemudian terus terjumpe majalah GEMPAK isu ke 21..baca2 terus minat giler. Masa tu GEMPAK ni x glamour lagi, tapi saya gigih mencari isu seterusnya sampailah terjumpa satu kedai nyonya yang jual majalah ni..Punyalah banyak kedai buku, kedai nyonya tu je yg ade?Pelik tak? Sejak dari hari tu tak miss lah setiap bulan. Sekarang GEMPAK ni memang ada berlambak kat mana2 tapi aku plak yang dah tak selera sangat nak baca..da tua katekan. Uhuk2



GEMPAK isu pertama.. saya pun tak pernah baca sebab tak jumpa. Menarik kan cover dia?


Masuk tingkatan 4, masa tu sibuk kenal2 artis antarabangsa, hafal lagu Inggeris, curik2 beli walkman RM100 Sony (tapi lepas tu kene rampas dengan cikgu disiplin. warning: walkman tidak dibenarkan di sekolah berasrama), ada handset 3310, ala yang baling anjing, anjing boleh mati tu... Ingat tak handset tu boleh compose ringtone? Best kan? Maka majalah yang sesuai untuk semua tu ialah majalah UTOPIA di mana die cite pasal artis2 hot, ade column lirik2 lagu hot dan key untuk compose lagu2 hot kat dalam henpon. Memang suke ah UTOPIA mase tu!


Avril yang menjadi inspirasi aku mase zaman sekolah menengah atas aku dulu..wakakaka..apa khabar die sekarang ??


Bila dah habis Form 5, mula la ade sifat2 keperempuanan yang lebih menebal. Pastu dah ade feeling jiwang2.. wakaka.. suka kepada alat2 kosmetik tapi dalam waktu yang sama nak jugak concern kepada isu2 semasa supaya tak ketinggalan chewahh. So, majalah yang agak sesuai ialah majalah REMAJA dan CLEO. Kat sini, banyak info2 pasal wanita of coz dan ada pasal isu2 semasa yang x berat untuk dibaca.




So sekarang ni masih membaca majalah2 ni belum lagi baca majalah MIDI. Kadang2 baca jugak mak punya.




Tapi sume majalah di atas ialah majalah bermusim di mana ianya sesuai untuk peringkat umur tertentu sahaja.. Bila umur dah meningkat pastinya majalah itu tak akan dibeli lagi. Tapi ada juga majalah yang menjadi all-time-favourite saya dari zaman hingusan hingga mungkin zaman bongkok tiga nanti insyaAllah. Majalah apa? Majalah UJANG dan GILA-GILA. Lawak spontan dan selamber korang memang BEST GILE kot. Korang memang EVERGREEN,MALAR HIJAU dan AWET MUDA selalu. Cume poket aku je yang tak selau segar. Hidup UJANG dan GILA-GILA!

Dulu rm2.20 je..sekarang?huhu


Mereka teman anda ketika anda berduka.

Apa majalah kesukaan anda?




11 comments:

  1. remaja da xsesuai la ann..kne beli mjlh wanita plak..kate da nk grad..hahaha

    cover mjlh gila2 2 mcm ade je kat umah ak..da lunyai da ak bce dulu..suke sgt..kah3

    ReplyDelete
  2. wakaka...yela..mmg la aku da tua..tp hati remaja lagi.kah3

    gila2 mmg terbaekk r

    ReplyDelete
  3. sama la..sy pon suke dgn gila-gila.hehe

    ReplyDelete
  4. budakBaik = patutlah awk gila..wakakaka

    cendawan putih = hak3..tunggu la aku jadi ma...

    ReplyDelete
  5. pa & ma da lme la ann bace..mse 1st year ag..kat lib usim..hahahaha

    ReplyDelete
  6. tula igtkan dah nak jadi ma & pa masa tu..rupa2nya x jadi plak..wakakaka

    ReplyDelete
  7. Sama dgn saya, dulu minat gila kt REMAJA, skg tak dah. Minat tu dh hilang..skg sya pula xnak ketinggalan mjlh Gempak,tahun ni blm ada yg terlepas pun. Heuheu~

    ReplyDelete
  8. Saya ada isu pertama masih disimpan bersama isu yg lain..

    ReplyDelete
  9. Saya ada isu pertama dan isu lain komik gempak

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)